Thursday, July 27, 2017

SEKOLAH UNTUK ANAK: KERAJAAN ATAU SWASTA?

Assalamualaikum and good day to all😁

Terima kasih singgah lagi kat blog Nina, sebenarnya baru nak aktifkan diri blogging, atleast seminggu 3 kali.

Siapa baca cuba komen kat ruang komen tu, tinggalkan link blog awak semua.

Jom cabar diri nak? Hehe.

Oh, nak cerita pasal ni.. Naluri mak-mak ni kan, bila ada anak, fikir pasal anak je. Macam raya la, anak berpasang baju baru, mak recycle je😅
Kalau la anak faham perasaan ibu, bila besar nanti insyaALLAH tak ada masalah nak rebel dengan ibu sendiri, tapi dengan syarat, dari kecik kena terapkan nilai murni.


Amanda Imani, 4


Maryam Tihani, 2

ANAK DARJAH 1 WAJIB LANCAR MEMBACA

Anak semua dah tidur, masa ni la terfikir macam mana anak nak survive dengan sistem pendidikan zaman sekarang? Bukan salah cikgu, tapi sistem yang boleh membunuh. Siapa mampu tolak sistem?


Kawan whatsapp tadi, copy and paste katanya. Cuba baca, memang menangis😭

Darjah 1, anak mesti lancar membaca, kalau tak memang kesian😭

 Aduhai sedih, kita nak ikut sangat negara maju, tapi adakah kita dah ikut from scratch? Macam mana nak catch up kalau Darjah 1 baru kita nak implement? Hmm..

Tak guna cakap banyak kan, apa yang nak dibuat, akan dibuat jugak. Kalau nak hantar anak sekolah kerajaan, terpaksa ikut sistem dan rentak. Kalau taknak, pilih sekolah swasta, tapi mampu ke?

 Sebab tu dari sekarang Nina dah tanam dalam diri, memang bercita-cita nak hantar anak kat Khalifah Model School (KMS), sekolah swasta. Itu saja caranya, tapi tu pun kalau duit cukup kan? Maklumlah sekolah swasta, nak tak nak beribu jugak yuran kena bayar. Tapi tak apa, demi kebaikan anak. Memang kena struggle sekarang.



Gambar anak sekolah KMS.

Banyak baca pasal KMS ni, dan sejujurnya Nina kenal KMS ni sebab follow Facebook Ustaz Hasrizal (Abu Saif, penulis Saifulislam) tak lama dulu😁

Alhamdulillah, sekolah tu area Ampang jugak, dekat sangat dengan rumah. Senang sangat, semoga murah sangat rezeki.


Boleh ke website khalifahschool.com untuk pendaftaran dan boleh view Visi Misi mereka.

Dulu Nina tak faham, kenapa nak kena hantar KMS, apa KMS ni buat kan, mula-mula memang ikut membabi buta, sebab suka dengar sekolah ni, dan kerap dengar Ustaz Hasrizal bercerita memandangkan anak-anak mereka bekas pelajar KMS, jadi lebih praktikal dan dekat penceritaan beliau.

Dari zaman Nina belum ada anak, Nina dah rasa nak masukkan anak ke KMS ni, over tak?😂

Tapi itu lah impian, dan ada dalam Vision Board Nina. 

Sekarang nampak macam mustahil, tapi tak apa, Nina sedang kerja kuat ni, nak pastikan boleh realisasikan impian, InsyaALLAH..

SAVING UNTUK PENDIDIKAN jANAK

Dari tak nampak jalan, tapi pejam celik lagi beberapa tahun saja anak akan menginjak usia 7 tahun, maksudnya dah darjah 1, kena masuk sekolah. Amanda lagi 3 tahun, Maryam lagi 5 tahun. Sekejap sangat.

Sempat saving ke?

Buat dulu, jadi ke tak nanti fikir. Fake it until you make it💪🏼

Alhamdulillah, sejak berhenti kerja makan gaji, Nina business Shaklee sepenuh masa, dan dapat simpan secara konsisten untuk anak-anak. Masa kerja makan gaji dulu cepat sangat leka, tak tahu la ke mana duit tu.

Ibu bapa yang makan gaji, jangan jadi macam Nina, sebab saving sendiri sepanjang kerja makan gaji pun ZERO. Teruk kan?


Nak lagi selamat, kalau makan gaji, buat penolakan gaji, sikit pun tak apa asalkan konsisten.
Yang paling selamat setakat ni, Tabung Haji.

Nina zaman kerja makan gaji tak sempat nak buat penolakan, duit asyik habis, bayar hutang saja esok terus gaji 0. Teruk sungguh!

Sekarang dah business, buat betul-betul. Ada amanah yang perlu dijaga..

Sekolah swasta atau kerajaan bukan ukuran, ukur baju di badan sendiri, itu sebetulnya. Kalau nak sekolah swasta, buat  macam nak. Jangan nak hanya di mulut, nanti yuran nak bayar pakai daun kering? (Tanya diri sendiri)


Amanah yang perlu dijaga, semoga membesar menjadi saham Syurga, ameen..

Tolong doakan mereka, semoga terlaksana impian Nina nak hantar mereka ke KMS, dan jadi hamba ALLAH swt yabg bertaqwa😊

Sincerely,
Nina Salleh

Tuesday, July 25, 2017

KONGSI RESEPI: BIHUN SOTO DAN BEGEDIL AYAM

Assalamualaikum semua, dan good day😁

Hari ni buat apa? Rehat je dekat rumah, sebab esok kerja kan. Hehe. 

Hari ni Nina nak share RESEPI BIHUN SOTO SEDAP DAN MUDAH, tak ketinggalan BEGEDIL AYAM SEKALI tau. Saje je nak share, sebab excited pertama kali buat terus jadi, ramai puji cakap sedap, tapi Nina tak makan pun, memang bukan seorang yang makan begedil. Kalau gi kedai pun, order siap-siap 'bihun soto taknak begedil'.

Ni resepi paling senang, yang tak pernah pegang sudip kuali pun boleh buat dan dijamin menjadi. Ada beberapa bahagian dalam resepi ni, Nina mula dengan resepi kuah dulu ye. Sebab bihun tu boleh rebus atau rendam air panas je setel.

Bihun soto ni masak masa sambut hari ulangtahun kelahiran anak buah tersayang, Mya Qaleesya yang ke-6, dah besar dah💗


KOMPONEN SOTO AYAM

Kalau yang Nina tahu, soto ni ada beberapa komponen:

Bihun
Kuah macam sup
Kicap berlada
Begedil
Bihun goreng tanpa lembutkan
Kacang tanah salai
Sayur-taugeh, sawi
Bawang goreng

Yang bihun tu macam biasa, yang kuah tu punya resepi, Nina punya kuantiti tak letak, boleh agak la kot kan, banyak mana nak buat, Nina buat banyak seperiuk besar gedabak macam kena lapik kekuda nak kacau😆

Cara masak kuah soto
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Di blend biar lumat

Bahan kasar- rempah 4 sekawan
Perencah sup ayam debu (resepi ni dari Nina punya mak sepupu, suka sangat soto dia, dia guna perencah ni, boleh juga nak guna perencah soto)
Dalam perencah sup ni dah ada jintan semua, jadi tak masuk jintan dah.



Nina guna brand Adabi.

Bahan lain:

Ayam- potong 4, dilarang potong 32 sebab nak perisi pulak, faham ke perisi tu apa? 
Garam
Air

Cara masak:
1) Tumis semua bahan blend tadi, dengan sedikit minyak, masukkan sekali rempah 4 sekawan.
2) Kacau sampai naik bau dan pecah minyak, masukkan perencah sup yang dah dikacau bersama air
3) Kacau sebentar sebelum masukkan air, ikut berapa banyak kuah kita nak hehe
4)Masukkan ayam, perasakan dengan garam.
5)Bila ayam dah masak, angkat, toskan dan perisikan-part ni paling malas sebenarnya😂


Ayam untuk dicarik-carik

Cara buat kicap cili

Bahan-bahan:
Cili padi
Kicap
Gula
Cuka

Cara buat-blend semua bahan di atas, gula tu sedikit saja ye😁

Nak sedap, guna kicap kipas udang. Siap kicap, paling senang.
 
Ok next, yang paling mendebarkan sebab kita tak makan, tak pernah buat tapi hari ni nak buat kan.

Cara masak begedil ayam

Begedil ayam ni kalau Nina google, ada yang nak kena asing telur putih, telur kuning, rasa rumit nya. Tapi Nina pilih untuk buat yang ni, bahan-bahan:

Isi ayam-diblend
Bawang besar-dipotong dadu
Ubi kentang-di hiris tak halus sangat, dan digoreng
Daun sup-dihiris halus
Lada merah besar-dipotong kecik-kecik
Garam
Serbuk lada putih
Telur



Cara-cara:
1)Tumis bawang besar sampai kekuningan
2)Masukkan isi ayam
3)Perasakan dengan garam
4)Dalam bekas lain, ubi kentang yang digoreng, dilenyek dan atau tumbuk, kacau bersama daun sup, lada dan masukkan serbuk lada putih
5) Campurkan ayam dan campuran ubi, gaul sebati, bentukkan sesuka hati


Nak bentukkan besar ke kecik ke bulat bujur boleh je hihi


Sedia untuk digoreng

Cara goreng:

Celup telur, dan masukkan dalam minyak panas, tunggu sehingga kekuningan, balik sekejap dan angkat, SIAP!




Yeayyy siap!
Kacang tanah goreng takda, sebab tak sempat goreng😆

Selamat menjamu selera.

Sebelum tidur wajib telan Ostematrix, taknak bangun esok dengan sakit badan lagi-lagi mengandung kan. Hehe.

Terima kasih tetamu, ni geng Shaklee yang datang.


Sincerely,
Nina Salleh

Thursday, July 20, 2017

KALAU SAYA DIBERI PILIHAN..

Assalamualaikum and good day everyone😁


My crazy life partner

Hari tu, masa kami dalam perjalanan ke rumah abang suami, ada makan-makan. Saja je cakap, memandangkan ,hari Jumaat lepas, kami baru lepas kehilangan bapa saudara(al-Fatihah) , itu satu peringatan untuk kami, terutamanya saya.

Sebenarnya saya ni nampak je macam boleh buat semua, tapi sebenarnya kerja rumah, jaga anak, semua suami buat kalau kami sama-sama kat rumah😂

Saya tukang bagi susu.


Budak ni nak gi sekolah pun dengan Papa, ornag lain tak boleh hantar

Dalam kereta, saya saja je cakap dengan suami,

'Saya harap, saya mati dulu..

Sebab saya tak tahu macam mana nak hidup tanpa awak..'

Lepas tu ingat ada scene nangis macam drama Korea kan, tapi suami senyum je hampeh😆

Suami tanya, 
'Awak buat perangai tu tak ingat ke?' (Macam nak cakap, masa buat perangai tu tak ingat pulak benda ni)

Oh man, memang la mana ada ingat kalau buat perangai. Kahkah.

Tak jadi nak buat ayat sedih.

Suami cakap, doa la yang baik-baik. Suami saya ni jenis banyak gila sabar dengan isteri dia, isteri pulak level meroyan tak terkawal. Hahaha. Hanya suami je la tahu macam mana meroyannya diri ini. Bila meroyan tu tak dengar apa dah.

'Saya sabar je, saya yakin yang ALLAH swt atur ni yang terbaik'

Ouch my husband is such a sweet talker 😍

Tak dinafikan, memang dia sangat sabar, sabar ,sabar saja dalam hidup dia ada sabar je kot layan bini.

Kalau rasa nak meroyan lagi, mohon ingat balik,

Suami la yang basuh baju.
Lipat baju.
Kemas baju.
Kemas rumah.
Tolong pergi branch.
Mandikan anak.
Layan perangai anak.

Material-wise, memang la mungkin tak dapat beri macam orang lain beri, tapi saya kahwin dengan suami pun bukan sebab material.


2-2 nak dengan Papa, mom kat belakang bawak diri je😁

BAGI KEBENARAN KAHWIN LAIN

Wow sangat kan. Bukan senang isteri nak bagi kebenaran.
Besar sangat tu kalau saya nak cakap bagi kebenaran, tapi untuk diri sendiri, mungkin, walaupun bukan sekarang, saya kena terima hakikat.

Jauh kat sudut hati, siapa nak kan? Bermadu kot. 

Tapi, padan la muka kalau dapat kan, sebab perangai taknak jaga.

Tolong doakan saya, supaya ubah perangai biar molek sikit.


Tak ada kot orang yang nak bagi suami kebenaran kahwin lain kan? Mungkin dia kena pilih.

'Setakat sekarang, saya memang tak terfikir ke arah tu' kata suami bila saya tanya pasal ni.

Sebab orang sekeliling pun ramai kahwin bukan 1.

Harap suami tak terpengaruh, tu je.

KESABARAN DALAM RUMAHTANGGA

Teringat pesan Prof Harlina, untuk puterinya yang baru berkahwin, dalam rumahtangga, kena,

Sabar..
Sabar..
Dan sabar lagi..

Itu je formula. Jangan hadkan kesabaran kita.

Terlebih dahulu saya nak nasihatkan diri saya sendiri, dan mohon semua yang membaca, untuk doakan kerukunan rumahtangga kami.

Masih banyak yang saya kena ubah.

Banyak lagi yang saya kena beri, sebelum saya persoalkan hak saya untuk menerima, kerana erti hidup adalah pada memberi.

Sincerely,
Nina Salleh

Thursday, July 6, 2017

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN BERKESAN

Assalamualaikum semua, lama dah tak bersiaran. Dah lama duk peram entry ni. Asal nak pos je banyak pulak dugaan.

Rasanya belum terlambat nak ucap selamat hari raya, nah belanja gambar raya 1😛

Anak dah besar, punya la macam kena dera nak berganbar sekeping. Pening makkk!

Raya hari tu macam mana? Tebal ke make up, nak cover jerawat? Hiks. Alaa gurau je, ni Nina nak tolong ni. Nak tau tak macam mana nak hilangkan jerawat?

Kali ni Nina nak cerita cara hilangkan jerawat dengan berkesan.

PENAT TUKAR SKINCARE TAPI JERAWAT TAK HILANG

Ok siapa rasa dah penat tukar skincare, tapi jerawat tak jugak hilang?

Penuh 1 muka jerawat kalau tak dihapuskan punca

Biasanya kita tukar skincare je kan, kita assume jerawat tu sebab skincare. Bila dah beli, pakai, lepas tu jerawat lagi banyak, salahlan skincare. Merata pulak berjam-jam tawaf Watson kan nak pilih skincare lain pulak.

Sebenarnya, cara hilangkan jerawat dengan berkesan ialah kena buang apa sebab yang tumbuhnya jerawat tu, salah satu ialah sebab toksin dalam badan. Jadi, kena singkir toksin, bukan asyik bertukar skincare😁

Kena detox!

Sebelum dan selepas detox, tak perlu label kan?☺️

KENAPA BILA DETOX, ADA ORANG KELUAR JERAWAT PULAK?

Ini pun ramai tak tahu.. terus menggelabah.

Lain orang lain effect detox.

Bergantung pada orang tu sendiri. Badan masing2 tak samakan.

Cara pemakanan awak tak sama dengan saya. Jenis kulit awak pun tak sama.

Organ terbesar di badan kita adalah kulit.

Kulit juga adalah organ yang bebaskan toksin.

Jadi imagine bila anda detox, kulit anda akan keluarkan toksin..

Sebab tu setengah orang peluh busuk dari orang lain.

Kerana toksin juga keluar dalam peluh. Bau peluh juga bergantung pada pemakanan seseorang.

Cara yang baik untuk elakkan jerawat semasa detox adalah:-

Clearkan pori2 anda. Supaya peluh dan toksin keluar dengan baik tanpa tersumbat✅

Rajin scrub muka akan clearkan pori dan halang pori dari tersumbat. Anda boleh elakkan jerawat jikalau pori tak tersumbat✅
Boleh guna gentle action make up remover untuk scrub muka. Sangat best, nampak tak keluar daki?

Banyakkan minum air untuk cepat singkirkan toksin✅
Selalu bawa bekas air, baru setiap kali dahaga kita akan minum air kosong, air manis kena kurangkan.

SIMPTOM DETOX 

1-7 hari selepas start detox.

Berapa lama? 

Sebenarnya, setiap individu tak sama berapa lama simptom nak habis.Bergantung pada individu. Boleh jadi 1 minggu, hingga 1 bulan atau lebih dari 1 bulan.



Bergantung kepada bahagian mana jerawat tumbuh, menentukan bahagian mana perlu detox.

Simptom tu akan mula dengan intense dan makin berkurangan secara berperingkat sehingga stop.


PERLU STOP BILA NAIK JERAWAT?

Bila anda alami breakout selepas mula detox, consult dengan siapa anda beli, penjual yang baik, akan dapat beri jawapan untuk anda. Selalu tangkap gambar muka untuk luhat perbezaan.

. Breakout kerana detox tak perlu dirisaukan. Teruskan detox kerana breakout tu akan stop dan heal.


Teorinya:

Orang yang ada masalah kulit berjeragat dan jerawat ni mempunyai celaan dalam kulit. Yang menunggu masa untuk naik ke permukaan luar kulit dan menjadi jerawat.

Jika tak keluar harini ia akan keluar esok lusa.
Sebab tu ada orang sebulan 5-10 jerawat keluar. Lepas dah hilang jerawat tu, keluar lagi 5-10 bulan depan.

Maka ia berterusan begini.

Kerana jerawat itu sudah berada dalam lapisan kulit. Tunggu masa nak keluar. Teori ni apply utk mereka yg ada masalah jerawat sahaja.

Bila detox, dipercayai detox itu sendiri menolak jerawat didalam lapisan kulit untuk keluar serentak.

Segalanya keluar serentak. Menjadikan kulit yang selalu ada 5-10 jerawat sebulan, skrg ada berpuluh jeragat kecil.

Jadi ramai yang panik sampai stop detox.

Anda pilih nak keluarkan semua jerawat sekarang sampai no more akan tertinggal dalam kulit dan kulit tiada lagi masalah jerawat? Atau nak terus ada setiap bulan 5-10?

The main point is to have healthy skin, free of toxin.

Sebab tu kena detox selalu. 

Walaupun semua jerawat keluar sekaligus, jika anda teruskan detox dan minum air kosong. Banyakkan sayur dan buah. Amalkan vitamin C dan exfoliate skin well, dalam masa 3 minggu max, jeragat tadi stop keluar dan sudah kecut.


HANYA CUKUP DENGAN DETOX?

Lepas anda pass fasa detox ni, baru add collagen dan sapu masker vitamin E untuk hilangkan parut. Add ESP dan collagen utk hasilkan sel kulit yang cantik dan gebu. Liang pori menjadi halus dan kulit sempurna.

Tengok la muka Kak Inat pun banyak dah berubah, lepas 7 kotak collagen tanpa skip. Nacam baby dah!

Ni gambar, kalau rasa edit, boleh view LIVE FB Kak Inat (Sinar Suriany)

So perlu takut pada breakout semasa detox??

Tak perlu. Ia adalah sementara.

SET DETOX SHAKLEE

Ada beberapa agent detox Shaklee, yang mana akan diberi ikut kesesuaian, bergantung kepada badan masing-masing. Jadi make sure kena consult ornag yang betul. Hehe

Taknak guna set Shaklee pun boleh, ada banyak cara untuk detox. Tapi renyeh la sikit kan. Nak kena rendam halia lemon segala😆

Ada 5 jenis, nak dapat free membership dengan cash rebat, JOM GRAB SEKARANG!

Nak tau fungsi setiap satu, next entry k! Atau nak cepat, boleh whatsapp Nina untuk tanya pasal ni atau nak try berbisnes cara mudah hehe.

Setakat ni je entry kali ni k, jangan lupa detox! 

Sincerely,
Nina Salleh