Wednesday, September 13, 2017

SHARE AND WIN:DUCKSCARVES UNTUK DIMENANGI

Assalamualaikum dan selamat pagi

Hari ni kami masak-masak sikit, nak sambut Ma dan Abah yang pulang dari menunaikan ibadah Haji, semoga beroleh Haji yang mabrur.



Berita baik September dari Nina untuk semua, Nina launched satu contest, Share and Win!

Hadiah berupa sehelai Duckscarves bernilai RM300.


The Yummy Duck


Kuih lapis Yummy!


The Alhambra Duck

Cantik kan?

Cara nya tersangat simple dan mudah, boleh pilih Ig @byninasalleh atau FB By Nina Salleh 😁

Tapi cara tetap sama.

Like, share dan comment details and melalui DM atau PM.



Buat ketiga-tiga step ni, dan anda dah selangkah untuk menang!

Cuba, mana tau ada rezeki kan? Hehe.

Nina pun tak pernah beli Duckscarves ni, pakai tudung RM10 je, tapi untuk followers dan likers bertuah, nak bagi the best tudung in town!

Oh, Nina akan announce pemenang yang bertuah, pada 24September sempena hari lahir Nina ke 29☺️


Nina pakai tudung RM10 je, tapi penjagaan dalaman memang tak tinggal dan Nina pilih yang berkualiti saja. So Nina pilih Vivix, sekarang Vivix ada promo beli 2 dapat 5% dan FREE membership, cash bonus akan masuk akaun anda pada 14Oktober depan😁

Whatsapp Nina k!

Join la contest tu.

All the best!

Sincerely,
Nina Salleh

Friday, September 8, 2017

5 TIPS KULIT CANTIK DARI DAPUR YANG AKAN BUAT SUAMI TAK PANDANG LAIN

Assalamualaikum, Salam Jumaat yang berkat😁

Terima kasih sebab sudi baca lagi tulisan Nina hihi. Buat apa hari ni? Long weekend lagi kan? Apa kata sesuai sangat buat benda ni, 5 TIPS CANTIK GUNA BAHAN DARI DAPUR SAJA.

Nina nak share hari ni 5 tips kulit cantik yang akan buat suami korang tak pandang lain.

Ok lupa nak masukkan tips yang lebih penting dari 5 ni, mintak doa supaya suami tak pandang lain😆

5 tips kulit cantik ni yang bestnya hanya guna bahan dari dapur saja. Tapi kalau tak masak tu lain la ye, memang tak ada nak cari kat dapur😋

Isteri yang nak pikat hati suami, sangat bagus amalkan tips ni, yang pasti, memang berkesan dan mesti konsisten. Mana ada benda hari ni buat esok terus jadi kan hehe.

Buat sebulan nanti share testimoni ok!

Cabaran cantik dari dapur😁


My bare face, tanpa make up dan foundation atau filter. Nina kalau keluar just apply Uv Protection, tu penting tau untuk elak jeragat. 

Ok, teruskan baca k, akan ada 5 tips kulit cantik yang siapa pun boleh buat, kena rajin je.

1. Gunakan TIMUN
Lebam bawah mata? Cuba hiris timun macam ni, lekatkan pada mata, rehatkan mata selepas bangun dari tidur, dan sebelum tidur.

10 minit je, cuba buat seminggu, dan tengok lebam pada mata anda dah hilang😁

Buat setiap hari lebih baik untuk kesan optimum.


2. Jangan buang AIR BASUHAN BERAS
Sangat serbaguna dan penuh manfaat, untuk kulit yang gebu dan licin, celup kapas dalam air basuhan beras dan jadikan toner.
Atau, sesuai untuk dijadikan make up remover. Jadi anda JIMAT! Sebab tak perlu beli make up remover dan toner. Kulit jadi halus dan mulus gituu😁

Cubalah, pasti tak menyesal, dan paling penting, poket tak kurus😆


3. Uncang TEH HIJAU sebagai scrubber

Kulit berjerawat? Ada blackhead atau whitehead? Nah, jangan minum sahaja teh hijau, uncang nya boleh terus scrub muka secara lembut. Jerawat mudah kecut, black head white head akan tanggal😁


4. Minyak kelapa untuk kulit sihat

Orang dulu-dulu senang, sebab pandai buat minyak kelapa. Jangan mintak resepi dengan Nina tau, tak pernah buat😆 Beli je VCO kat kedai, untuk rambut lebat, untuk area kulit yang kering, sapu saja minyak kelapa.

Rambut akan lebat hitam dan kulit kering tiada lagi😍


5. Lidah buaya

Boleh sapu terus pada muka, buat masker dan perubahan akan ketara, aloe vera akan mengurangkan parut jerawat, jika dibuat berterusan, naaaa FLAWLESS😁

Tapi ni semua untuk orang rajin. Yang betul-betul berdisiplin akan nampak hasil. Nina memang tak la. Pagi-pagi nak hiris timun, mana nak sediakan sarapan anak kan? Anak nangis lagi tak sempat makan kena baling timun tu😂

Nina guna ni, yang sekarang tengah PROMO!


Radiant set, set untuk remajakan balik kulit dan untuk pikat hati suami.

Nampak kesan kalau konsisten, suami pun taknak keluar rumah nanti. Hehe.

Dapatkan Radiant Set yang sedang PROMO ni. 

Nina pun tak miss, so ini rahsia Nina untuk kulit yang tanpa filter dan tanpa make up, tapi masih selfie penuh yakin!

Sincerely, 
Nina Salleh