Thursday, November 10, 2011

Tak akan muncul pelangi tanpa hujan.:)

Assalamualaikum and good day to all.:)

Alhamdulillah, memasuki bulan Zulhijjah,bulan umat Islam mengerjakan ibadah Haji, bulan di mana paling ramai manusia berkumpul di satu tempat pada satu-satu masa iaitu sewaktu wuquf di Padang Arafah.Bagi yang berpuasa, Alhamdulillah semoga beroleh barakah dan semoga permintaan dan doa kita semua dimakbulkan oleh Yang Maha Mendengar.Ameen..
Alhamdulillah,kita masih dikurniakan peluang untuk masih merasa pahitnya ujian dunia,manisnya pertemuan,getirnya terkadang menempuh cubaan dari-NYA dalam masa yang sama,semua itu untuk mengekalkan kita pada berpegang teguh yakin hanya pada-NYA.Jangan pernah berputus asa dengan rahmat-NYA.
Untuk memberi kita peluang,memohon pada yang Esa, balik ke pangkuan-NYA jika tersasar dari jalan.
Alhamdulillah untuk semua itu..

Bagi aku, bersyukur tidak terhingga kerana aku diuji untuk merasa manisnya dan nikmatnya perjalanan ujian itu.
Mana mungkin ada pelangi tanpa hujan mendahului.:)
Hidup ini ialah ujian, jangan mengeluh,jangan menyesal dengan apa yang berlaku,jangan menyesal dengan jalan yang dipilih,tetapi berwaspadalah sebelum memilih jalan itu.
Jalan terbentang luas,untuk kita teliti,untuk kita pilih.Ia terletak di tangan kita.Setelah apa yang kita pilih tidak menepati jangkaan kita,di saat itu,di ketika itu,jangan sesekali kita menyesal kerana terselit hikmah di sebaliknya.
Percaya pada janji-NYA,sesungguhnya selepas kesulitan ada kemudahan.
Apa pun yang terjadi di tengah perjalanan itu, carilah kebahagiaan kerana kebahagiaan tidak datang dengan bergolek.Ciptalah memori yang suatu masa nanti pasti akan kita rindui..

Berusaha,berdoa dan tawakkal, kemanisannya akan dirasai nanti,just a matter of time.Percayalah.:)




Tuesday, October 11, 2011

Kita yang mulakan,kita yang harus tamatkan..

Assalamualaikum..

Ni kali pertama aku tulis pos,saat hati aku dilanda hujan..Hujan yang mungkin tiada henti, atau hujan yang menandakan akan muncul pelangi kelak..
Hari ni,saat ni,aku rasa aku berada pada titik terendah dalam hidup aku..
Esok kena bagi training, yang mana aku pun tak bersedia..
Harap dapat MC esok..Betul,aku rasa tak mampu nak hadapi esok..
Ia mungkin suatu pengakhiran kepada apa yang aku mulakan, atau mungkin sebuah permulaan yang 
tiada pengakhiran.
Aku tahu,permulaannya ialah daripada aku,maka aku lah yang harus tamatkan semua ni.
Pilihan di tangan aku.

Aku mohon Ya ALLAH,jangan KAU uji aku yang lemah ini di luar dari kemampuanku..
KAU berikan aku kekuatan,kepadaku,bagi menghadapi hari-hari mendatang.
Aku pohon pada-MU,berikan aku yang terbaik untukku..
Kurniakan aku kesabaran,tabahkan hatiku..
Andai ini terbaik untukku,permudahkan lah ia..
Jangan KAU sulitkan..

Sebenarnya,aku jenis orang yang kalau ada masalah,aku tak cerita pada kawan-kawan,
and even kepada family aku,
sebab aku ada the best of friend,the best of soul mate.
Hari ni,aku kuatkan semangat,
aku kena kuat.
Aku kena belajar berdikari..
Aku menangis, menangis, menangis..
Ya ALLAH, terasa seperti tidak mampu..Namun KAU tidak mungkir janji.Aku tahu,aku mampu.Kerna itu aku diuji.Aku mohon kekuatan dari-MU Ya ALLAH..

Apa pun yang terjadi,berjalanlah tanpa henti..
Airmata tertahan,waktu untuk dijatuhkan..
Nanti kita kan tahu,betapa bijaknya hidup..
Sepahit apa pun ini, pelajaran yang bererti..
Semoga kepergianmu tak akan merubah apa pun..

Sunday, October 2, 2011

Kita merancang,tapi siapa kita untuk menentukan?:)

Assalamualaikum and good day to all.:)

Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog,kali ini dengan semangat,kerajinan,peluang dan masa yang ada,saya berusaha untuk menulis lagi.Hehe.Bukan untuk orang baca la,sebab dah tahu tak ramai baca.HAHA.Tapi untuk kepuasan sendiri.
Kenangan itu kalau ditulis lebih indah kan?:)

Okay,tajuk hari ini ada kat atas tu..
Pejam celik pejam celik,dah bulan 10 kita kan,lagi 2 bulan nak masuk tahun baru,2012.
Segala puji bagi-MU Ya Rabb,banyak yang diimpikan(wishlist) tahun 2011 ni dah tercapai.Tetapi tetaplah ada yang tertunda kan.Paling happy tahun ni,2011 Ummi dan Ayah dapat gi Haji.
Dear Ummi and Ayah,Nina doakan dapat Haji Mabrur.Ameen.:)
InsyaALLAH,7 Oktober berlepas,dan akan pulang pada 22 November.Dah lama dah Ummi ngan Ayah dalam senarai menunggu,this year,its your turn.
Gembira sangat,terasa nak pergi Haji jugak,InsyaALLAH.Ada rezeki,boleh lah mengerjakan rukun Islam ke-5 itu.
Selain daripada berita gembira itu,saya pun dah konvo,selamat,pada tarikh yang sama dengan birth date.Tu hadiah paling bermakna.
Dah kerja dah,dah masuk 4 bulan.Bos masih baik,rakan sekerja pun best.Semua pun best.
Ada 1 perkara,yang significant,yang tak tercapai tahun ni,mungkin next year?Who knows,tapi optimislah,sebab DIA yang menciptakan kita,maka DIA tahu apa yang terbaik untuk kita selaku hamba-NYA.
Jangan putus asa dengan rahmat-NYA.
October 6th, 2008.
And you,thanks for always know myself more than I do.To handle with care,to love me for who I am,to be with me through my day and night.For the rest of my life,you will always be the best part of me.<3