Sunday, October 14, 2012

Count your blessings..

Assalamualaikum and good day to all..

This post might sound 'meluat' to some readers,but anyhow this is my 'home',my right to write what I want to, and you,if you are not comfortable with my writings, you may leave with respect.:)

Hehe.kejam gilaaa intro,tak apa,sebab tak nak ada yang dapat dosa sebab mengata penulis lepas baca ni kan.So bagitahu awal-awal.Boleh decide nak terus baca or terus tutup.Lalala.(jual mahal)

First of all,terima kasih ALLAH swt atas nikmat Iman dan Islam.Let us all try to be Islam by choice,bukan sebab keturunan.Aku mengajak diri sendiri yang tak berapa betul jugak,ye laa kan Iman kita kadang-kadang menaik kadang-kadang menurun,itu ikut Ahli Sunnah Wa al-Jama'ah punya pendapat.Jadi hari-hari,kita kena renew,atau reheat,atau apa-apa buat untuk sentiasa tingkatkan Iman atau berusaha untuk Iman kita berada pada level selamat.(Aku bukan cakap sebab aku perfect,tapi sebab aku memang selalu lalai jugak).

"(I swear) by the Time, man is in a state of loss indeed,  except those who believed and did righteous deeds, and exhorted each other to follow truth, and exhorted each other to observe patience." [103:1-3]

Apart from that, I could not thank ALLAH swt enough, HE grant me with such a loving,caring,understanding and the list-goes-on hubby. I love you,sayang.Every day,every single day.You know,right..Walaupun kadang ada masam muka,rajuk tak bertempat,I am sorry,but thanks for always there for me.Thanks sebab tahu macam mana nak deal dengan saya.Thanks ALLAH swt sebab bagi awak kesabaran untuk layan karenah saya.
He is not just that,dia jugak penyangak,pelawak,penggusti dan my very own special clown.Please don't judge him by his quite-looking face,belakang korang (which is depan aku) macam-macam muka dia buat okay.Aku nak marah pun terus tak jadi la (tapi kadang-kadang jadi je marah.HAHA).
Sayang,you are so funny lah,tak expect pun awak nak kelakar macam ni masa mula kenal dulu,about 8 years ago.Time flies huh..
Walaupun awak kerja tak tentu masa,kadang-kadang kita tak celebrate weekend macam orang lain,that's not a problem.Quality yang penting,bukan quantity.I appreciate each and every time we spent together.No gadget please.Tapi tak apa,sebab urusan kerja kan.Awak bukan kerja office hour.Well-understood,sayang.Hehe.
Teringat pagi Sabtu lepas,saya janji nak potong kuku awak kan,lepas tu saya lupa.Siap prepare breakfast semua baru teringat.Dengan tangkasnya saya gapai ketip kuku,mintak tangan awak,lepas tu awak hulur macam tu,saya cakap mana boleh macam ni,kena atas lantai,lapik paper,kasi proper biar kuku jatuh atas tu,tak berterabur.Awak tak layan saya cakap,awak hulur jugak,saya geram,saya pegang tangan awak,tengok kuku dah pendek.Saya tengok awak,awak senyum.Saya terharu.Awak cakap taknak saya kalut,awak potong sendiri je.I love the way you surprised me dengan kuku pendek tu.:)

Banyaknyaaa nak cerita pasal kita.Till next time.InsyaALLAH.


I wrote it down because I don't want to miss every single thing about us.

*Doakan kebahagiaan kami sampai Syurga.Semoga kita semua ketemu di Syurga-NYA.Ameen.


Monday, August 6, 2012

Something the money can't buy..

Assalamualaikum and good day to all.:)

Salam 17 Ramadhan.
Kalau tajuk tu nampak 'wow',sila abaikan sebab isinya tidak se'wow' tajuk.Puiii..apa aku merepek ni..

Ada lagi lebih kurang 2 minggu masa aku untuk berkhidmat dengan company tempat aku berkerja sekarang.I'm resigning,yes,I am.
Why?Why is the most spontaneous question asked by many when I decided to leave this company.Why I am leaving?Friends are so friendly,no pressure (but sometimes it did pressing me,HAHA),salary is okay,bosses are very very humble which I thought I will never find the same anywhere other than in this company.
Why I am leaving?
The job scope is very straight to the point,just do it if got customer.(Customer will be hunted by the salesperson).I just have to wait in the office,do some reading,surfing internet,rest and sleep,watch tv,where got other place other than my current workplace?
But why still I want to leave?
Reason is I feel like I am wasting my time,wasting my ilmu which I studied for FOUR Years,(Ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah).
Ya ALLAH,at some point I feel like menzalimi diri sendiri.I was taught to be a paramedic,mungkin kalau jadi paramedik aku boleh berdakwah.
I was so arrogant last time.Sebelum ni fikir tak mahu jadi paramedik,duduk ofis macam ni,pergi hospital kadang-kadang lagi best.Kerja paramedik,kerja shift,kerja tengah panas,tengah hujan,dengan ragam manusia yang pelbagai,siapa nak kan?
Tapi sekarang aku sedar,I have to stop doing what I am doing right now.
On 5th of September is going to be my last day here,in this company.
I learnt something,something that money can't buy.Its your pleasure,your inner self.
Now I am ready to contribute for ummah,by being a paramedic,or lecturer in the same field that I can relay my knowledge to others.
I seek doa from ALLAH,semoga direzekikan perkerjaan yang bermaanfaat buat diriku khususnya dan agama-MU amnya.Ameen Ya Rabb..

Dear whoever reading this,
Doakan saya agar dapat perkerjaan yang bermaanfaat after this one.

Look for a job not just for money.
And for your info,
I'm resigning without any back up job.Going to be a full time housewife for a short time (hopefully)

Sunday, July 1, 2012

Being ME;Muslimah Empowered

Assalamualaikum and good day to all..:)


Alhamdulillah.Cepat masa berlalu,sekarang dah Sya'ban.InsyaALLAH semoga kita semua dipanjangkan umur untuk menikmati Ramadhan kali ini,dan jika tiba masanya kita masih diberi peluang,sama-sama kita lakukan yang terbaik seolah-olah ini Ramadhan kita yang terakhir.InsyaALLAH..

Setinggi syukur,tidak terhingga kepada ALLAH swt yang telah menggerakkan hati ini untuk mendaftar sebagai peserta untuk konferens Being ME;Muslimah Empowered yang julung kalinya diadakan di Malaysia.Semalam tanggal 30 Jun 2012 telah selesai konferens yang dinantikan menampilkan speaker hebat dari seantero dunia seperti Sis Yasmin Mogahed, Raya Shokatfard, Myriam Francois-Cerrah,Sheikh Yahya Ibrahim dan Sheikh Daood Butt.
Subhanallah!
Very inspiring talk from those speakers.
I wish I could describe here what I felt when I was one of their audiences.The feeling,was unexplainable..
Rasa semacam ada sebak di hati,ada rasa jiwa yang tenang,ada dapat kekuatan dalaman dan sangat menyentuh jiwa.
Islam dan Imaan,nikmat paling besar.Hargai dan bajai Imaan kita.InsyaALLAH sama-sama kita berusaha..

Sebelum ni aku pergi sebab nak dengar from Yasmin Mogahed,I'm her follower in twitter and facebook as well as her blog at www.yasminmogahed.com .Memang dia je aku 'kenal',benar nama-nama lain aku memang tak 'kenal'.
Program bermula pukul 10 dengan alunan bacaan quran dari Sharifah Khasif,a Malaysian Celebrity Quran Reciter,tapi ada masalah timing lari sikit,so semua slot macam ada yang kena pendekkan.Sedih sangat.Bukan senang nak dengar dari mereka semua.Beliau membacakan ayat 32-34 dari surah Al-Ahzab.Sungguh indah,merdu alunannya.MasyaALLAH..

Apa yang istimewa pasal konferens ni ialah semua yang ada dalam dewan ialah wanita,termasuk jurukamera terkecuali speaker dan seorang yang bernasyid untuk slot entertainment.

Petang semalam,slot bersama Raya Shokatfard dengan tajuk My Journey Back To Islam.
Untuk sesi tersebut.beliau ada video screening untuk documentary yang beliau sendiri producer dan director.All by her own.
Cerita beliau sangat sangat menitiskan air mata.Kita yang lahir Islam,dan masih dalam Islam,mungkin tak rasa berharganya Islam kita ini sampai kita kehilangannya.May ALLAH swt protects us..
Beliau berasal dari Iran,dilahirkan pada 1949,berhijrah bersama keluarga ke Northern USA.Setelah di USA,seluruh ahli keluarga termasuk ibu dan bapa beliau telah meninggalkan dan melupakan Islam.Beliau juga sangat berjaya,yang pada ketika itu didefinisikan sebagai mempunyai banglo mewah di Beverly Hills,memiliki beberapa lagi rumah di US,memiliki kebun,haiwan ternakan,melancong ke seluruh dunia,just name it.
Suatu hari beliau rasakan ada sesuatu yang missing dalam hati,beliau mula mencari Tuhan.,dimulakan dengan menjadi penganut Hindu,Buddha,Nuish(tak pasti ejaan) dan kemudian Kristian.Sempat keluar masuk Church selama 7.5 tahun!
Meskipun berkepercayaan Kristian ketika itu,beliau tidak dapat menerima tentang trinity.Suatu hari paderi datang kepada beliau dan bertanya tentang trinity,sama ada beliau sudah mempercayainya atau belum.Beliau meminta diberi masa 4 hari untuk mencari dan membuat keputusan.Pada ketika itu,Kristian adalah pilihan terakhir kerana Islam telah dilupakan sepenuhnya,seperti tidak ada wujud agama Islam.
Sebaik pulang ke rumah,ada ternampak naskhah al-Quran yang dibawa dari Iran dulu.Dibawa naskhah itu bersama untuk mencari apa yang missing..
Di tempat itu,di sebuah gunung(atau yang seumpamanya) beliau membelek naskhah al-Quran dan ditemuinya apa yang dicari dalam Ummu al-Kitab,surah al-Fatihah.
Sehingga ayat ke-7 iaitu ayat terakhir,beliau pengsan dalam masa yang tidak dapat dipastikan,setelah terbangun perasaan beliau ketika itu seperti anak yang hilang dan baru menjumpai ibunya.Ya ALLAH,hidayah itu benar milik ALLAH untuk yang mencarinya..Beliau kembali semula dalam agama Islam,sebagai pendakwah,dan degree dalam Journalism dan Mass Communication kerana beliau ingin menguasai media massa yang selama ini telah banyak menjatuhkan Islam.Semoga ALLAH swt memberi bantuan kepada beliau.
InsyaALLAH beliau akan berhijrah ke Langkawi dan menjadi pendakwah kepada pelancong di sana yang tidak pernah mengetahui tentang Islam.Doakan beliau dan semoga rahmat ALLAH swt sentiasa buatnya.Ameen..

Banyak lagi yang nak dikongsikan,sehingga ada masa dan ruang.
InsyaALLAH..

Bersama tingkatkan Imaan dan amal soleh.Hargai Islam yang kita ada.

Semoga semua dalam rahmat ALLAH swt.Ameen.:)