Tuesday, March 5, 2013

My field.Getting my dream comes true,a step closer.

Assalamualaikum and good day to all..

Seems like I have been busy with my real life thatI have no time to update the blog.Tak busy sangat pun.
Nak share,kita dah masuk kerja dekat Ampang Puteri Specialist Hospital.Kat sini I am the second Medical Assistant,the first one ialah yang pencen dari government.Been the odd ni memang agak special,pergi mana orang macam tertanya-tanya kita punya role kat sini.Uniform pun lain.
I am working in Accident and Emergency (A&E) department.Not much role as a Medical Assistant played here,more to be a nurse,memang ditempatkan bawah nursing department pun.Kesian kan?Macam dianak tirikan,tapi tak apa.Take it positively.Kita accept ni sebab nak gain experience.Memang haru jugak,dah lama tak buat venepuncture,tiba-tiba kena cucuk orang ni,macam budak baru belajar pun ada.hehe.Benda-benda macam ni perlukan pengalaman,it does not work with theory-only knowledge.
Nak resus patient pun macam menggelabah gila,kena keep on refreshing about the Cardiopulmonary resuscitation (CPR) according to American Heart Association's protocol.'Code-blue' term yang digunapakai untuk patient yang collapse,kalau activate ni turun la anaesthetist untuk intubate patient for invasive airway management.Sangat berbeza dengan PPUKM,sebab ada emergency physician,no need to wait for anest to intubate.Kadang-kadang student kita pun intubate je.
Kerja dekat hospital berbayar ni rule dia yang kita kena bear in mind is 'patient always right'.Peti complaint kita memang selalu penuh,Patient pun yang datang Tan Seri,Dato' Seri dan macam-macam seri lagi.Bila dah macam ni kita nak kerja pun memang sangat-sangat berhai-hati,extra precaution taken.
Dah masuk shift dah. Touch n go lah dengan suami.Lagi-lagi kalau shift malam,pergi malam suami belum balik,esok pagi jumpa kejap lepas tu suami gi kerja,kita sambung tidur and life goes on.Tak apa,kerja kan.Ibadah tu.
Konsep dekat hospital pakar ni,semua benda pakar yang buat,even untuk simple procedure macam jahit 2-3 jahitan,luka kecil,semua pakar akan turun tengok kalau patient dekat A&E.
Tapi in some circumstances contoh patient tak mampu,ada la MA yang buat atau MO dekat A&E tapi very rare cases.
I'm in my learning process now,mohon doa dari semua agar saya ikhlas dan tabah dalam mengharungi segala cabaran sepanjang bertugas.

:)

Friday, November 9, 2012

Doa itu senjata muslim.Percayalah.Have faith is all that we need.

O you who believe, seek help through patience and prayer. Surely, ALLAH is with those who are patient. (Surah Al-Baqarah:153)

Your Lord has said, : Call ME, I will respond to you. Definitely those who show arrogance against worshipping ME shall enter Jahannam (Hellfire) with disgrace. (Surah Al-Ghafir:60)

Doakan saya,interview di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital pada hari Isnin (12/11/12) pukul 9 pagi, dan interview SPA sebagai Penolong Pegawai Perubatan U41 pada hari Jumaat (16/11/12) pukul 8 pagi.
Semoga saya dapat jawab segala soalan dari panel penemuduga,semoga dipermudahkan urusan,dan dibukakan pintu hati mereka untuk mengambil saya dan kawan-kawan yang sama dengan untuk berkerja bersama mereka dan paling penting,semoga ALLAH swt memberi yang terbaik buat saya dan kita semua.

Ameen.Ameen.Ameen Ya Rabb..

Wednesday, October 31, 2012

I took the one less traveled by...

Assalamualaikum and good day to all..

Ehem,kenal tak tajuk entry ku itttewww?Masihkah kau ingat?Hehe.
Ala-ala 'The road not taken' yang kita belajar masa Form 3,kan?

Okay,sebenarnya,hari ni mood nak cerita perjalanan sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjanamuda Sains Perubatan Kecemasan,iaitu kos yang julung kalinya ditubuhkan pada tahun 2007,dan aku ialah dikalangan yang pertama grad sebagai pelajar kos ini.
Mesti ada yang cakap macam doktor kan?Haaaa,sebab aku pun memang ingat kerja macam cerita E.R (Emergency Room) channel 701 dulu,ada lagi ke sekarang cerita ni?
Dulu,masa pilih dalam UPU aku memang letak kos ni pilihan pertama,aku kan suka benda-benda mencabar ni kan,sampai terlebih mencabar pun ada rasanya.Haha.Aku pilih kos ni sebab nak kerja macam cerita ER ni lah,lepas tu pilihan yang seterusnya ada Sains Forensik.Tapi rezeki aku,dapat pilihan pertama.Aku memang tak pilih Jurusan Doktor Perubatan,sebab aku fikir aku malas nak menghafal,dan dalam kepala aku,susah laaaa MD.Ropenyaa kos aku pun tak kurang hebat dia.Cuma lebih fokus untuk kecemasan.
Back to the topic..Kos aku ni sebab yang pertama,kami yang pioneer ni jadi macam kena jawab soalan sama yang paling famous 'ke mana hala tuju kami?'.
Sebab skop kerja lebih kurang Assistant Medical Officer (AMO) yang sekarang ni dipegang oleh mereka yang lepasan kolej KKM sendiri,Diploma Pembantu Perubatan yang bila grad,masuk kerja kerajaan akan dapat gred U29.Disebabkan kami ini lepasan ijazah (la sangat),maka gred kami ialah U41,mengikut sistem pengredan kerajaan Malaysia.
Cerita dia sangat panjang.Terkadang ada juga give up terlintas di hati,menyesal pun ada sebab ambil kos ni,dan menjurus kepada ber 'kalau' yang sangat disukai syaitan seperti kalau lah aku pilih Medic dulu,kalau lah aku terima biasiswa MARA dulu,macam-macam kalau..Tapi sebenarnya, ALLAH swt itu Maha Tahu,perjalanan ini telah diatur oleh-NYA,cantik,terbaik untuk hamba-NYA.Pasti terselit hikmah.
Pahit jerih kami lalui,dengan hala tuju yang belum pasti.Tapi semangat pensyarah,dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung,yang tidak putus memberi kata semangat,membantu membuka jalan bersama kami,4 tahun kami harungi dengan jayanya.
Alhamdulillah,dengan kerja keras para pensyarah,antara pencetus idea untuk menubuhkan kos ini iaitu Prof Madya Dr. Hj Ismail bin Saiboon,dan ramai lagi yang bertungkus lumus untuk mendaftarkan kami sebagai AMO di bawah Lembaga Pembantu Perubatan,kami secara rasminya sekarang ialah Penolong Pegawai Perubatan,dan interview pertama dengan pihak SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Perubatan U41 akan diadakan pada 16-23 November 2012.
Mohon doa dari kalian yang membaca,agar direzekikan kami untuk berkerja dalam sektor kerajaan,agar dapat kami manfaatkan ilmu yang diamanahkan ini,seterusnya bersama menambahbaikkan khidmat dan professional AMO di Malaysia.Semoga dengan penempatan kami di sektor kerajaan akan mengukuhkan kedudukan kami,dan menaiktarafkan AMO sekarang.Bersama menggembleng tenaga.

Ameen.Ameen.Ameen ya Rabb..
We will make a different.
*Image from Google*