Thursday, March 29, 2018

PERLUKAH SUPPLEMENT UNTUK IBU YANG MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera😁

Dah masuk bulan Rejab kan, puasa dah ganti? Hehe. Tanya diri sendiri. Kali ni Nina nak share, apa amalan Nina sebagai ibu yang menyusukan anak sepenuhnya sehingga 6 bulan.

Menyusu si kecik ni pulak, Eisyal dah 3 bukan sayang..

Rutin ni (menyusukan anak) dah bermula sejak 2013, sampai sekarang sebab setiap 2 tahun beranak😂

Harap lepas ni rehat lama. Bukan tak penat, penat jugak nak menyusu dengan sus badan ni. Renyah, leceh. Tapi bagi Nina, lagi senang dari bagi susu botol.

Tak payah pilih susu, tak payah beli susu, jimat banyak dah. Tidur malam pun tak payah bangun, kira on the go je lah.

PERLU KE SUPPLEMENT UNTUK IBU YANG MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN?

Betul ke perlu supplement untuk ibu yang menyusukan anak dengan susu badan?

Nina pun tak ambik masa Amanda, sebab berfikiran tak payah la supplement semua ni. Mengarut! Kan? Siapa ada terfikir macam Nina? Huhu. 

Tapi ended up, Amanda despite fully breastfed, berapa kali masuk wad, sebab jangkitan kuman paru-paru, sampai suspected Tuberculosis. Sedih..

Mom&Amanda di Frankfurt

Sejak dari tu, Nina belajar dari kesilapan, walaupun kita menyusukan anak dengan susu badan, tetap kena cukupkan nutrien, baru dapat khasiat kat anak.

Tampung nutrien dengan pengambilan supplement yang betul. Nina dah mula dengan supplement masa Maryam. Alhamdulillah, setakat ni less admission to hospital compared to Amanda.. semua pun dengan izin ALLAH swt, kita hanya usaha😁

APA YANG NINA AMALKAN?

Nina ada share tips untuk menyusukan anak di sini , untuk ibu yang pertama kali. 

Untuk supplement, apa yang Nina amalkan ialah:


ALFALFA COMPLEX
  • Sebagai galactagogue iaitu  milkbooster
  • Memberi tenaga kepada ibu

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
  • Membantu pertumbuhan sel2 bayi dengan lebih baik
  • Memberikan tenaga kepada ibu. 
Bonus :kulit akan menjadi gebu, parut2 memudar dan sebarang luka akan lebih cepat sembuh


Salah satu fav kombi ESP Nina, iaitu dengan Matcha Milk Tea

OSTEMATRIX
  • Mengandungi kalsium magnesium dan Vitamin D
  • Kalsium diperlukan dalam penghasilan susu ibu  
  • Mengelakkan masalah osteoporosis, gigi patah atau sakit2 tulang
B COMPLEX
  • Membantu ibu mengawal tekanan, sangat penting untung memastikan penghasilan susu yang lancar
  • Mindset adalah utama untuk menjayakan penyusuan bayi dengan susu badan


SUSTAINED RELEASE VITAMIN C
  • Meningkatkan imunisisasi tubuh dengan membantu penghasilan antibodi
  • Disalurkan menerusi susu ibu kepada anak tersayang menjadikan bayi lebih sihat, jarang dihinggapi penyakit


LECITHIN
  • Membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
  • Membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
  • Membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • Membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi 
OMEGA GUARD
  • Minyak ikan dari sumber ikan laut yang telah melalui berkali-kali proses penyulingan
  • Memberikan DHA dan EPA untuk perkembangan otak bayi
  • Menghubungkan sel-sel otak bayi
  • Mempunyai anti radang yang akan membantu melawan penyakit
Anak dah besar sekarang, mereka dan makan Omega Guard sendiri, setiap hari satu biji Nina bekalkan.



Nina akan amalkan sehari Nutriferon untuk hari yang Nina tak sihat, sebab dalam tu ada powerful antibacterial, dari sumber semulajadi. Kalau anak demam pun Nina akan suap 1sachet seorang. Pagi demam, malam terus sihat, pengalaman Nina sendiri.

Mungkin kebetulan kan. Tapi Nina percaya pada produk Shaklee, mereka buat untuk memberi yang terbaik kepada kita.

Apa pun, sebenarnya tak ada yang rigid untuk supplement bagi ibu yang menyusukan bayi, tapi lebih kepada untuk perlindungan dan penyelesaian masalah kepada ibu.

Bagi yang ingin dapat bantuan untuk menyusukan anak, insyaALLAH Nina boleh tolong berdasarkan pengalaman dan sedikit ilmu dari kelas-kelas yang Nina hadir.

Boleh whatsapp Nina untuk pertanyaan atau order. Nina akan bantu, yang penting, hati kena nekad dan cekal untuk menyusukan bayi dengan susu badan.

Sincerely,
Nina Salleh

No comments: