Showing posts with label ESP shaklee. Show all posts
Showing posts with label ESP shaklee. Show all posts

Sunday, April 29, 2018

KONGSI RESEPI: RESEPI CUCUR BILIS SENANG DAN SEDAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera


SIBUK BETUL HARI NI!!


Hari ni nak update setelah sekian lama, kesian blog ni hehe. 


Hari ni hari paling sibuk kot, seingat Nina. Paling tak cukup tangan, mungkin sebab Nina sendiri masalah untuk uruskan masa.



Ni squad kecik, ada 2 lagi squad besar

Nak kejar pukul 12 tengahari, sebab nak post barang hari ni. Kalau key in lepas jam 12 tengahari, dia akan jadi esok. Boleh nak pos hari ni, tapi kena gi pejabat pos la.


Yang jadi masalah nya bukan gi pejabat pos, tapi Nina ada skuad. Skuad 4 beranak😂 . Rasanya belum kuat lagi nak gi pejabat pos dengan 3 ketul ni. Walaupun ada jugak pernah pergi, tapi barang banyak ni memang tak sempat.



Selingan dengan sharing Master Hasifah tentang trip percuma, Umrah Ziarah Shaklee, ya ALLAH bestnyaaa, Nina rindu sangat sangat😭

Doakan Nina dapat pergi lagi ya, dengan free trip Shaklee 2020 nak bawak suami😍


Nina sendiri ada agent The Brightstars untuk Nina jaga. Kena update. Kat situ la diorang nak dapatkan info, nak dapatkan marketing plan dari Nina. Sangat besar tanggungjawab, kadang-kadang rasa tak bertanggungjawab sebab sehari tak update mereka. 


Bayangkan dalam group tu, ada yang bersungguh nak cari income, nak bagi duit lebih untuk mak ayah, nak tolong suami, tak kurang ada yang nak berkerja sendiri tanpa susahkan suami😌


Bermula dengan tanpa risiko kan. So bulan ni PROMO ESP, memang ramai sangat la yang nak ESP. ESP NAK STOCK UP UNTUK BULAN PUASA NANTI.





Dah setel postage, dan beli ESP. Balik rumah. Adoi.. lapar pulak, baru teringat belum makan selain dari tengahari tu. sampai dah pukul 7, nak buat apa yang cepat dan sedap?


Bilis ada, gandum ada. So jadi la, cucur ikan bilis!


Google resepi sebab sebelum ni buat, tak pernah kena selera, jadi hari ni Nina buat, cari resepi jumpa Azie Kitchen. Tapi Nina tak ikut sepenuhnya hehe.


So saja nak share resepi cucur bilis sedap dan senang ni, senang Nina nak rujuk nanti.


RESEPI CUCUR BILIS SEDAP DAN SENANG


Bahan-bahan:


Tepung gandum 2 cawan

Bawang besar dadu

Bawang merah baki yang masak menu lain 

Ikan bilis segenggam, bilas , Nina gunting dulu bagi dia kecik tak suka rasa ikan bilis besar tu😂

Air panas mendidih 1 cawan

Air sejuk 1 cawan

Garam secubit

Sedikit serbuk kunyit untuk pewarna

Baking soda hujung sudu kecik


Cara-cara untuk buat cucur bilis sedap dan senang





Campur kan semua bahan, kaca rata. Kecuali air.


Gaul rata



Goreng macam biasa



Bila dah masak, boleh angkat





Bila dah rata, baru masukkan air, dan kacau rata, goreng macam biasa.


Sedap dan senang!!


Cicah dengan sos cili memang terbaik.


Setel menu untuk minum petang, untuk breakfast, pilih ESP! Menu sihat, untuk kenyang lama dan bertenaga. ESP PROMO LAGI 2 HARI SAHAJA!


Whatsapp Nina untuk order, atau klik sahaja link ni untuk order sendiri😁


Selamat membuat persediaan untuk Ramadhan❤️

ESP PROMO TAMAT LAGI 2 HARI

Thursday, October 26, 2017

KEIBUBAPAAN: 5 TIPS UNTUK BAWA ANAK KECIL BERJALAN-JALAN

Assalamualaikum and good day to all😁

Weekend ni pulak buat apa? Nina ikut event larian hari ni, The Running Diva Power of Love❤️

Best jugak join event macam ni. Nanti nak register lagi untuk macam-macam larian lagi untuk 2017.  Coming up next, Bubbly Runs, korang boleh google and register, payment semua online. Tunggu masa nak collect Race Kit je yang ada nombor kita (bib) , pin, dan baju. Nina join yang best dan yang medal dia unik hihi. Kalau setakat bulat atau petak, tak lagi kot.

Cantik kan medal dia?😍

Tu aktiviti untuk mak ayah, untuk anak pulak macam mana? Sebenarnya ramai je masa larian tadi orang bawak anak, anak berlari sama, atau bawak dengan carrier, tolak anak dalam push chair pun ada. Syok sangat kan? Tapi Nina tak bawak anak tadi, anak tidur lewat, kalau bangun mesti cranky. So macam mana nak bagi anak tak cranky untuk dapatkan hujung minggu yang berkualiti?

Kalau anak cranky, mesti plan kita semua tak jadi kan, atau kalau jadi, mesti tak dapat masa kualiti. Masing-masing stress, anak pun stress, anak sedih, mak ayah penat, tak dapat masa kualiti, nak bonding dengan anak.

Nina nak share 5 TIPS UNTUK KELUAR BERSAMA ANAK KECIL.

Mak ayah yang ada anak lingkungan umur 1-4 tahun boleh jadikan tips ni sebagai panduan untuk bawa anak kecil keluar berjalan-jalan.

REHAT YANG CUKUP 
Pastikan anak tidur awal malam sebelum beraktiviti. Macam anak-anak Nina, Alhamdulillah dari sejak lahir lagi, waktu tidur pukul 7-8 malam macam tu. Memang tak berjaga, mungkin sebab kenyang susu dan jugak sebab Nina bedung hehe. So bila besar pun, pukul 8-9 dah mengantuk, tapi bangun memang awal. Anak-anakmemang morning person, pukul 7 pagi tu dah boleh bangun dah. Kadang-kadang lambat pukul 9-10 kalau ada masa dia tidur lewat, bila ada ramai sanak saudara, ada pelepasan untuk mereka tidur lewat. 


Macam mana Nina buat anak tidur awal walaupun sekarang kami duduk rumah family Nina, ada la dah sebulan, rindu rumah😌. Ada je ramai sanak saudara, tapi kalau kita biarkan, memang pukul 12-1 pagi la baru tidur, Nina pukul 9 dah kurung anak dalam bilik. Tak kisah la dia nangis kejap je dari dia cranky esok tu.

BAWA BEKAL DARI RUMAH 
Kalau Nina memang lagi suka siapkan makan anak, dari lepas Subuh masak. Dan makan siap-siap, kalau anak taknak lagi, dalam kereta nanti suap, sampai kat tempat tu boleh terus beraktiviti. Jimat masa. Lagipun anak-anak Nina kalau dah lapar, mula nak mengarut. 


Boleh bawak bekal dari rumah, broccoli nuggets home made sebagai finger foods anak-anak, nak elakkan dari mereka nak coklat la, nak biskut la dan segala macam junk foods, terus jadi kurang makan main meals. Nina bawak bekal jugak, sebab sampai nanti tak payah kalut nak beli, kadang-kadang ada jugak tak bawak bekal, makan nasi kat kedai la jawab dia😂

PASTIKAN TEMPAT YANG INGIN DILAWATI SESUAI UNTUK ANAK
 Jangan fikir tempat untuk mak ayah je, kena jugak memenuhi keinginan anak. Contoh, macam kitorang, kalau untuk anak, suka tempat macam beri exposure untuk anak-anak. Antara tempat yang korang boleh consider, Aquaria KLCC, Zoo Negara dan Farm In The City! Farm In The City top the list la kot.

FARM IN THE CITY


 Mak pun excited.


Sesuai untuk anak sedari dah boleh berjalan, diorang akan excited nak pegang atau nak lari😂

Tapi kena pastikan, umur anak dah sesuai. Umur 1 tahun lebih dah sesuai. Anak dah boleh observe, dan boleh sentuh dan haiwan tu. 


Ada 2 way communication dengan binatang. Haha! Baru la tak boring. Tapi anak-anak banyak yang takut pulak. Mak yang excited hihi. Lepas ni nak bawak anak join run sama jugak la. Hehe.


PAKAIAN ANAK YANG SELESA MENGIKUT TEMPAT DAN MASA
Bab ni kadang-kadang kita terlepas pandang kot, macam banyak order pakaian dari luar negara, kalau yang winter collection tak boleh la nak pakaikan kat anak masa siang hari bawak pergi zoo, kesian meruap anak. Pakaian yang loose je, yang anak selesa, bukan yang kita suka tengok saja. 




Nina sekarang ni banyak nak kena ikut selera anak, sebab dia dah pandai memilih. Pakai tshirt and jeans rasanya paling sesuai, anak pun tak la berdarah lutut kalau jatuh. Hihi.


Kalau pakai macam ni tak sesuai untuk outdoor, siap dengan tight lagi, kalau pergi indoor yang air-conditioned tu sesuai hehe.

IKUT MASA ANAK
Nak pergi berjalan, tak boleh la ikut masa mak ayah. Kalau mak ayah suka lepas, sampai pukul 1 pagi, tak boleh la buat macam anak pun suka. Kita kena ikut masa anak, masa pagi biasanya, anak masih fresh dan excited! Kita bawak jalan-jalan, biasanya tengahari, waktu tidur anak pulak. Kalau pukul 1 baru nak pergi, mengamuk jugak sebab kacau masa tidur.

Takut ayam


Nina share gambar hari tu, bawak anak pergi Farm In The City. Anak memang suka. Tapi ada jugak menangis sebab takut. Haha. 


Masa dekat Farm In The City memang anak suka, si kecik excited main air nak tengkap ikan. Kejap je masa dalam 2-3 jam je spent. Kalau pergi pagi ok jugak sejuk lagi, lagi pun sekarang dah hujan kalau petang kan.

Selain penuhi semua pasal anak, kita sendiri pun kena pastikan dah cukup bersedia nak layan anak, untuk Nina dengan suami, ESP untuk mulakan hari kami, dah cukup bagi tenaga seharian nak layan karenah anak.


 ESP Shake, boleh campur dan pelbagaikan menu. Sedap! Yang penting bagi tenaga, kulit pun jadi cantik.


ESP mixed Ribena

Vivix pulak malam sebelum tidur dah bagi kami energy yang cukup. 


Setiap rumah wajib ada ESP dan Vivix ni😁


One for the album❤️

Nanti ada lagi tips, Nina akan share lagi ok? Semoga bermanfaat.

Sincerely,
Nina Salleh


Tuesday, October 24, 2017

ADAKAH PROTEIN SOYA SHAKLEE MENYEBABKAN CYST DAN FIBROID?



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bercinta nak update blog pun. Perlukan konsistensi yang tinggi, bukan untuk populariti, tapi bak kata tagline Ustaz Hasrizal yang Nina selalu follow, 'Menulis untuk memberitahu'


Nina minum untuk mengandung, bonus dapat kulit pink pink pink pulak😌

Ini ialah salah satu sebab Nina join family besar Rich Young Group, banyak sangat ilmu yang dapat. Dari kelas pasal supplement, kepada ilmu bisnes, kepada saling mengingatkan untuk akhirat, bukan sekadar dunia😍

Paling best, dulu ada yang tak pakai sarung kaki sekarang dah pakai sebab sama-sama nak jalankan misi ke Syurga. Best kan bisnes macam ni?



Entry kali ni, Nina nak jawab persoalan, 'ADAKAH PROTEIN SOYA SHAKLEE MENYEBABKAN CYST DAN FIBROID?'


Protein Soya dari Shaklee

Sebab ramai sangat yang masih dengan mentaliti PROTEIN SOYA SHAKLEE trigger cyst dan fibroid, jadi Nina terpanggil untuk cerita kebenaran, itu salah satu sebab Nina teruskan dan ceburkan diri dalam bisnes ni. Untuk menyebarkan kebenaran, eh macam apa pulak, ye la sebab banyak sangat salah faham. Semoga ni sebagai saham juga dikira nanti. Ameen..

APA SEBENARNYA CYST DAN FIBROID?

Sebelum Nina explain, elok dulu kalau Nina kenalkan, apa sebenarnya cyst? Apakah fibroid? Adakah kedua-duanya sama?

Cysts
A cyst is an abnormal, sac-like structure that can be found anywhere in the body. Cysts usually contain a gaseous, liquid, or semisolid substance and have an outer wall, known as the capsule. Cysts may be small and visible only under a microscope, or they may grow to a very large size and displace normal body structures.-emedicinehealth.com


Ovarian cyst- salah satu jenis cyst yang berada di ovari (pada sistem pembiakan wanita)

Cyst diberi nama bergantung kepada lokasi keberadaannya

Fibroid
noncancerous growths of the uterus that often appear during childbearing years. Also called leiomyomas (lie-o-my-O-muhs) or myomas, uterine fibroids aren't associated with an increased risk of uterine cancer and almost never develop into cancer.-mayoclinic.org


Lokasi keberadaan fibroid

Kesimpulannya, cyst dan fibroid adalah dua benda berbeza.

FAKTOR RISIKO CYST DAN FIBROID

Apakah faktor risiko cyst dan fibroid? Adakah PROTEIN SOYA Shaklee menyebabkan cyst dan fibroid? Jika amalkan PROTEIN SOYA Shaklee anda akan dapat fibroid atau cyst?

Boleh baca sini untuk faktor risiko kepadafaktor risiko kepada cyst yang ditulis oleh seorang pegawai perubatan.

Faktor risiko kepada fibroid pula ialah kebanyakan kajian mengatakan pemakanan yang tinggi dengan daging merah, tekanan darah tinggi dan berat badan berlebihan serat keturunan yang akan meningkatkan risiko untuk mendapat fibroid.



SOYA SEBAGAI ALTERNATIF UNTUK FIBROID

Sangat menarik sebab Nina baru jumpa artikel ni berkenaan 'Complementary and alternative medicine for the management of fibroid' bermaksud, ada akternatif di samping rawatan dan ubat-ubatan hospital.

Dan paling menarik, SOYA ialah salah satu darinya!



Boleh baca 

Diet yang ideal untuk mereka yang ada fibroid ialah salah satunya diet yang kaya dengan soya tanpa GMO, boleh didapati dalam bentuk tofu dan juga tempe jika di Malaysia, tapi jika nak senang cari yang non GMO, pilihlah PROTEIN SOYA dari Shaklee.
Untuk bacaan lanjut, klik sini :soya yang boleh membantu mengecutkan fibroid .

APAKAH SEBENARNYA YANG SOYA LAKUKAN?

Credit image livestrong.com

Soya sangat banyak manfaat kepada kehidupan, apa yang menerukkan keadaan ialah soya yang mengalami perubahan genetik, malah ada kajian yang menunjukkan mengamalkan soya dalam diet seharian boleh membantu mengecutkan fibroid. Boleh klik link untuk bacaan lanjut.

Pilihan di tangan anda.

PILIHLAH yang organic dan semestinya berkhasiat!

Di Shaklee, syarikat sangat mementingkan kualiti, jadi soya yang digunakan ialah yang BEYOND ORGANIC.

Semestinya non GMO dan selamat.

Surat dari pihak Shaklee USA apabila diajukan soalan mengenai soya yang digunakan, adakah GMO atau sebaliknya.

Gunakan tanpa ragu.

PEMILIHAN PROTEIN YANG BAIK AKAN MENJAMIN KESIHATAN DIRI YANG BERTAMBAH BAIK

Nina share sikit sebelum memilih protein, apa yang kita perlu titikberatkan? Sebab dari segi varieti, terlampau banyak sumber protein di pasaran.

Tapi nak pilih yang terbaik? Ini guideline untuk anda😁


Susah nak cari yang menepati ciri di atas? Kami ada penyelesaiannya!

Dapatkan PROTEIN SOYA SHAKLEE SEMENTARA HARGA MASIH PROMO



Anda baca, kaji dan nilai sendiri.

Nina sedia memberi khidmat nasihat yang terbaik, hanya yang terbaik untuk anda.
Pelbagai resipi menarik untuk dinikmati bersama ESP anda. Dapatkan hari ini selagi harga masih jimat.


Mixed berries smoothies yang mengenyangkan, memberi tenaga yang lama dan mencantikkan kulit😍

Ramai yang dah cuba dan rasai perubahan. Anda bila lagi?

Untuk sebarang kekeliruan,  boleh whatsapp Nina😁
InsyaALLAH Nina cuba semampu Nina, kalau tak dapat, kita forward soalan kepada yang lebih arif. Hehe.

Like Fb Page By Nina Salleh untuk pelbagai info dan update.

Berminat nak jana income?

Boleh klik untuk join team Nina dan Nina akan guide dari product, cara iklan, cara promote dan berpeluang untuk masuk perlbagai kelas yang kami sediakan hanya online!

Sincerely,

Wednesday, October 4, 2017

5 RESEPI SMOOTHIES ESP YANG ANDA PERLU CUBA

Assalamualaikum dan salam sejahtera (macam pembaca berita)

Dah lama tak update, ada yang rindu tak? Ke tak ada yang baca pun. Haha. Tak apa la.. tulis untuk diri sendiri. 

Anyway nanti Nina share pasal trip Nina ke Singapore last September, was memorable one sebab birthday kat sana😁

Kami stay di Marina Bay Sands, sambil bercuti pun bisnes jalan😁

Banyak tempat yang baru pergi walaupun dah berkali ke Singapore, antara tempat first time jejak ialah Bugis Stress dan Gardens by The Bay.

Bugis Street tu best sebab barang murah, baju pun ada 10-15SGD je, siapa gila uptown akan gila jugak Bugis Street tu. 

Banyak pulak nak cerita next entry k. Promise!


Visiting Gardens by The Bay, malam lagi meriah, ada lampu-lampu and of course certain park kena bayar untuk masuk. 

Ok kali ni nak share, 5 resepi ESP smoothies yang korang kena cuba. 

Kalau tak, membazir je beli ESP, padahal banyak manfaat tu untuk kesihatan. Buat 5 Resepi ni, nanti mesti tak cukup 1 canister, beli 4 terus alang-alang bulan ni ada PROMO ESP terlajak murah. Beli dengan Nina k😆

Sebelum Nina share 5 resepi smoothies ESP yang lazat, ni antara apa yang pelanggan dah feedback lepas minum ESP:

'Kenyang giler lepas minum, tak rasa nak makan banyak dah'-Ms N, Ampang

'Kulit dah tak kusam, hanya shake-shake saja saya dah nampak effect'-Ms A, Hulu Langat

'Apa yang buat saya kerap mengandung ialah smoothies ni, saya tak rasa penat mengandung!'-Ms H, Melawati

5 RESEPI SMOOTHIES ESP YANG PERLU ANDA CUBA

Bahan yang wajib ada:
ESP
Air kosong
Ais cube
Ferrano blender

Resepi pertama:
Mango smoothies

Mesti ada manggo, dan untuk bagi lemak berkrim lagi, tambah susu segar Nina suka brand Farm Fresh sebab tak ada campuran.



ESP 1-3 sudu, Nina suka 3 sudu, then masukkan air 600ml dalam botol Ferrano, atau ikut kepekatan yang korang nak, blend secukup rasa🤤

Aduh sambil type boleh terliur.

Resepi kedua:
Avocado smoothies

Gambar google

Ok yang ni, kalau Nina, Nina akan mix dengan low fat yogurt🤤

Masukkan air sikit, then boleh blend🍹

Sedap sangat, lemak, berkrim, masam-masam just nice, korang try k!

Resepi ketiga:
Mixed berries smoothies

Ni memang best tapi tak boleh buat hari-hari sebab high cost🤣
Campur semua berries, blackberries, blueberries, strawberries. Adoi sedap!

Boleh bayang tak minum pagi-pagi sebelum kerja? Sihat lagi mengenyangkan.

Dah kenyang, mood kerja pun bagus kan. Tak ke bagus ESP ni? Bagi manfaat kat semua orang. Kita yang minum, orang lain pun gembira sama sebab kira gembira kan.

Lagi best bulan ni boleh share dengan kawan-kawan ofis, dapat lagi JIMAT!

ESP tengah promo sekarang.

Resepi keempat:
Kurma smoothies

Yang ni sangat recommended, sebab kurma kan makanan yang bagus. Lagi bagus untuk ibu mengandung dan menyusukan badan, tapi sebenarnya untuk semua golongan pun😉

Nina tak makan tau kurma yang sebiji-sebiji, jadi cara Nina, blend kurma tu. Kalau rasa nak kurma, Nina shake dengan ESP. 

Sekarang dah ada susu kurma farm fresh tu, boleh beli yang tu je kalau malas nak blend kurma. Hehe.


Kurma ni kalau siap-siap blend banyak, simpan dalam peti ais tak perlu la setiap hari nak blend kan. Hehe.

Resepi kelima:
Banana berries chiaseed smoothies

Okay yang ni boleh tukar chia seeds dengan oats atau granola, apa benefit dia?

Bagi kenyang lagi lama, sangat-sangat sesuai untuk yang nak kurus. 

Kalau awak nak kurus, wajib try resepi ni😍

Chia seeds dan oats sangat bagus, dan memang ada kajian boleh turunkan paras kolesterol jahat. Lagi berkesan kalau gabung dengan ESP!



Okay Nina dah share 5 resepi smoothies kat atas tu, yang boleh ubah hidup korang😆

APA KEBAIKAN ESP SHAKLEE YANG KORANG KENA TAHU:

Minuman soya berperisa vanilla yang sangat lazat, minum sekali confirm! Nak lagi. Sehingga menitis air liur kalau teringat🤤

Dari soya natural yang tidak melalui pengubahsuaian genetik✅
Selamat digunakan✅
Halal✅
Diluluskan KKM✅

Fungsi:

❤️Gebukan kulit
❤️Hilangkan parut
❤️Lebatkan dan cantikkan rambut
❤️Kawal berat badan
❤️Kuruskan badan
❤️Beri tenaga
❤️Kuatkan tulang dan otot

Sesuai untuk:

Warga emas yang perlukan tenaga✅
Anda yang cepat letih✅
Ibu mengandung yang letih dan sakit pinggang✅
Ibu menyusu yang nak tambah susu✅
Ibu berpantang yang nak bertenaga, luka cepat sembuh dan susu banyak serta nak kulit cantik, glowing✅
Nak kembalikan bentuk badan dan segala yang kendur ke bentuk asal✅

Like Fb: By Nina Salleh

Terus klik link untuk dapat harga JIMAT!
http://espjimat.wasap.my/


ESP dah ubah hidup Nina, walaupun mengandung, kulit tak kusam, glowing tanpa make up, dan berat badan terkawal❤️

Sincerely,
Nina Salleh