Showing posts with label breastfeeding made easy. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding made easy. Show all posts

Friday, October 27, 2017

KEIBUBAPAAN: 5 TIPS PENTING UNTUK MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN BUAT KALI PERTAMA

Assalamualaikum dan salam Jumaat

Dah Jumaat dah,cepat betul masa berlalu, semenjak dua menjak ni musim kawa-kawan baru lahirkan anak pertama, sebab Nina paling senior kot bab beranak, sekarang nak masuk anak ketiga, so jadi la tempat rujukan kan😊

InsyaALLAH, Nina share sikit berdasarkan pengalaman, sebab semua orang akan melalui yang pertama sebelum kedua dan ketiga.

Jadi, hari ni nak share, lepas ada beberapa orang kawan yang baru melahirkan anak pertama, yang tanya pasal penyusuan susu ibu, Nina nak share 5 TIPS PENTING UNTUK MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN BUAT KALI PERTAMA.

Untuk yang smooth sailing, Alhamdulillah, tapi Nina sendiri bukan la kategori smooth sailing kalau bab ni, banyak tanya kawan jugak, banyakkan membaca. Pengalaman bersalin anak pertama Nina ada share kat sini.

The struggle is real!

Taknak bagi harapan palsu, yang penting kita tahu kekuatan kita dan semua ibu bapa nak bagi yang terbaik untuk anak kan..

1. SEJAK DARI DALAM KANDUNGAN

Tips penting untuk menyusukan anak dengan susu badan buat kali pertama ialah, NIAT dan betulkan mindset kita, sejak dari anak dalam kandungan, setiap hari dan saat berdoa agar dipermudahkan urusan, serta diberi kekuatan untuk kita menyusukan bayi dengan susu badan sepenuhnya sehingga 6 bulan dan seterusnya 2 tahun. 

Dengan doa ni, insyaALLAH minda separa sedar kita akan kuat untuk bertarung dengan pelbagai duh\gaan yang bakal mendatang. hehe.

Amanda Imani, Maryam Tihani, Alhamdulillah both were fully breatfed up to 6 months 
 2. POSITIFKAN DIRI

Bila anak dah selamat dilahirkan, dari niat sejak mengandung tadi, positifkan diri kita.

Ini pengalaman Nina sendiri, sebab pengeluaran susu ni didorong oleh apa yang kita fikir jugak. Sebagai contoh, bila kita fikir susu tak cukup,sebenarnya kita dah beritahu minda kita bahawa kita tak dapat hasilkan susu yang cukup untuk anak. Apa yang kita beritahu minda kita, akan dioproses dan itulah yang kita dapat. Pentingkan mindset ni?

Sebenarnya, susu dihasilkan mengikut demand-supply.

Semakin banyak kali bayi menyusu, semakin bertambah susu untuk dihasilkan

3. SOKONGAN ORANG SEKELILING

Bagi Nina, ini ialah antara yang terpenting untuk menyusukan anak dengan susu badan buat kali pertama.
Untuk Nina sendiri, ada juga cakap-cakap orang yang mengatakan susu tak cukup, susu sedikit, tapi Nina diamkan saja sebab kita tahu perut bayi pun kecik lagi kan.

Anggaran keperluan susu untuk perut bayi mengikut umur

Yang penting, berbincang dengan suami, agar sama-sama dapat melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Di mana kelompongan isteri, di situ suami kena tampung. Memberitahu suami tentang niat untuk menyusua\kan anak dengan susu badan, akan memberi ruang kepada suami untuk sama-sama bersedia.

Bila isteri ingin menyusukan anak, suami boleh mainkan peranan untuk mengurut belakang isteri, mengambil alih tugas menjaga anak seperti menukar lampin dan memandikan bayi, ketika isteri sedang berehat atau mengepam susu. Suami juga perlu sama-sama dalam menjayakan proses menyusukan anak dengan susu ibu.

Tolong basuh parts breastpump.
Basuh botol.
Tahu uruskan susu badan yang dibekukan.

Ringankan beban, jangan harap isteri seorang untuk buat semua benda. Bersyukur isteri nak menyusukan anak dengan susu badan😊

Peranan suami sebagai orang kuat jangan diabaikan

4. BERSEDIA DENGAN PERALATAN YANG SEPATUTNYA

Nina nasihatkan, siapkan barang keperluan seperti pam susu, storage bottle atau plastik untuk penyimpanan susu ibu, lagi penting untuk ibu yang berkerja di luar dari rumah, kerana perlu pam dan simpan sebagai stok untuk digunakan ketika ibu berkerja nanti.

Boleh dapatkan pelbagai jenis pam susu yang bersesuain dengan harga yang pelbagai kat pasaran, ikut kemampuan dan yang penting keselesaan sendiri.

Guna bag yang muat barang ni semua untuk patuhi jadual mengepam 3 jam sekali
 Patuhi jadual pam untuk elak kekangan susu bila demand kurang. Untuk ibu yang baru melahirkan, dinasihatkan untuk bersedia dengan tandem pumping kerana bayi anda mungkin akan minta susu setiap jam!

Sebelah direct feeding, sebelah untuk pam, tak senang tapi InsyaALLAH boleh biasakan diri.
Selain dari tu, cuba selesakan diri untuk mendapat posisi yang sesuai, ibu boleh pelbagaikan posisi untuk menyusukan anak, mengikut kesesuaian. Try and error. hehe.
Pelbagai posisi untuk menyusukan anak

5. TAHU KEMAMPUAN DIRI

Paling penting untuk kenalpasti kemampuan diri sendiri.

Untuk ibu yang baru melahirkan, keadaan badan dan tubuh yang memerlukan masa untuk recover setelah penat melahirkan. jadikan tempoh berpantang sebagai tempoh untuk kita rehatkan diri.
Proses berpantang ialah proses recovery, bukan masa untuk paksa diri dan menyeksa diri.


Pelbagai perkara perlu dititikberatkan kerana ini ialah kali pertama, ibu akan penat dan stress, itu akan mempengaruhi susu ibu. Untuk menyusukan anak dengan susu badan buat kali pertama,. ketahui bila ibu perlu amalkan supplement.

Bukan sekadar membeli milkbooster yang dijual di pasaran, tapi paling penting untuk kenalpasti masalah ibu.

Jika ibu stress, amalkan B complex untuk mengembalikan ketenangan.

Jika ibu kurang tenaga dan setiasa penat Nina cadangkan ESP untuk bekalkan tenaga selain dari membantu recovery proses.

Untuk menghsilkan susu yang berkhasiat tinggi EPA dan DHA untuk perkembangan otak bayi, amalkan Omega Guard yang tinggi dengan EPA dan DHA.

Kenalpasti masalah ibu sebelum memilih supplement




Nina dulu pernah reject supplement sebab ada masalah dengan pemikiran, masa tu tak fikir macam sekarang. Bila fikir balik, kesian anak, sepatutnya kita lah kena makan makanan yang berkhasiat dan cukupkan nutrient dalam badan agar susu yang dihasilkan berkualiti.

Sedangkan corak pemakanan masa tu memang kelaut, tapi sebab diri ego. Mungkin sebab  tu anak pertama kerap juga masuk wad, walaupun Nina bagi susu badan sepenuhnya.

Masalah puting susu melecet? Boleh jadi sebab 'latch' tak betul. Klik sini untuk guide latching yang betul. Ini biasa terjadi, ibu jangan stress beri masa kepada diri sendiri untuk adapt. Setiap yang berlaku ialah pembelajaran baru.hehe.

 Untuk mintak pendapat, boleh whatsapp Nina ye. Nina akan cuba bantu bagi yang terbaik mengikut keperluan ibu.

Semoga bermanfaat sharing hari ni.

Sincerely,
0123114040




Sunday, June 4, 2017

KEIBUBAPAAN: TIPS MUDAH UNTUK CERAIKAN SUSU DENGAN BAYI

Assalamualaikum dan good day semua:)

Selamat berhujung minggu, salam Ramadhan ke 9, sedar tak sedar dah hampir 1/3 Ramadhan kita. Dan bakal pergi tak lama lagi. Self checked, have we done our level best? Mungkin Ramadhan ni yang terakhir. 

Sebak pulak..

Betul sebab mati tak kenal usia, semoga ini yang terbaik, sebab kita tak tahu akan jumpa lagi ke tak untuk next Ramadhan😊
 

Hari ni Nina nak share, dengan happy dan penuh rasa syukur, sebab ALLAH swt mudahkan jalan untuk wean off Maryam.

 

Ini Maryam, umur baru je 1 tahun 7 bulan. Tapi sebab dah mengandung, Nina pilih untuk stop breastfeeding, dan Maryam memang tak minum botol. Maksudnya dia dah completely off dari susu. Sumber kalsium dari makanan pulak, senang je anak-anak Nina makan. Sayur semua makan so far, tak ada masalah, tu pun syukur kan.

Ingat lagi memang selalu doa, mintak ALLAH mudahkan nak bagi anak makan sayur dan makanan berkhasiat, milo memang Nina tak bagi kalau kat rumah. Susu kotak jarang-jarang kalau Papa diorang bagi🙄

Kita memang selalu gaduh bab ni haha.

Ok back to the topic, macam mana Nina buat. Cerita nya bermula semalam, lepas Nina nekad nak wean off, sebab dah penat . Mak na rehat jap sementara tunggu bulan 12 ni keluar😁

APA YANG NINA PILIH?

Nak tau Nina guna apa? Ni tak google pun, tak tanya orang, main pandai sendiri je, memang suka buat kerja sendiri, membijam orang panggil, tapi tak sangka berkesan jugak untuk Maryam.

Tadaaaaaaa! Nina guna serbuk kuliy kayu manis. Hehe.

Tapi tak ada lah gigi nak buat serbuk dari yang keras. Kebetulan kat rumah memang ada pakai yang ni, Mccormick. 

 
Ada macam-macam jugak, paprika, rosemary kat rumah tu, rasanya semua boleh pakai.

Tapi saja try guna yang ni dulu.

CARA NINA BUAT UNTUK WEAN OFF

Kebetulan masa semalam, seharian dia tak menyusu, sampai lah dalam pukul 3 petang, dia nak susu. 

Nina masuk dapur, terus cari serbuk ni, basahkan sikit, dan apply. Masa dia nak susu, terus dia terjerit tengok. Takut!

Tapi lepas tu, dia mintak lagi. Tunjuk lagi. Sampai la malam dia tidur tak minum susu, Nina cuma tepuk saja, dan dia tertidur.

Dalam pukul 4 pagi macam tu, Maryam terjaga nak susu, cepat-cepat turun bawah pergi buat benda sama, tunjuk kat dia, memang dia nangis sikit, tapi lepas tu tertidur sendiri😁

Sampai saat sekarang, dia tak mintak lagi susu.

PALING PENTING IALAH DOA

Peringatan untuk diri Nina sendiri jugak. Kita ibu, doa kita untuk anak tak ada hijab.

Doa lah.

Nak anak mudah wean off susu, wean off pampers, mudah makan sayur, mintak pada ALLAH swt. Guna la kelebihan yang ALLAH swt bagi kat kita, doa ibu tak ada hijab kan. Itu yang syok boleh doa macam-macam, jangan malu mintak dengan spesifik.

 
Dah bebas dari 2 ni. 

Masa Amanda dulu, pun sama umur lebih kurang Maryam, wean off sebab mengandung. Tapi Amanda ada minum susu formula jugak kejap.

Masa Amanda lagi senang, tak sapu apa-apa, cuma dia balik KL masa tu Nina kerja kat Sabah, dia balim seminggu, lepas tu automatik wean off😁

YAKIN ANAK SIHAT TANPA SUSU

Sebenarnya, once dah wean off, tak perlu dah bagi susu formula, kalau bayi dah 2 tahun atau 1 tahun setengah, kalau ikut pembacaan Nina, dari Dr Suriyakhatun, cukup dengan makan real food.

Bila banyak bagi susu, anak jadi kurang rasa nak makan nasi. Apa yang Nina praktis, pagi-pagi tak bagi susu dulu, terus bagi nasi atau makanan yang ibu rasa berkhasiat untuk anak.

Kalau tak ada nasi, ada breakfast segera sekarang.

 

Breakfast segera yang sihat.

 

Paling tak pun blend mealshake dengan pisang, kalau tak ada mealshake, pisang pun dah cukup sihat untuk breakfast anak dan mak😁

Tak lupa juga supplement untuk kesihatan anak, Nina akan bagi setiap hari sebiji Omega Guard untuk anak.

1 sachet Nutrferon bila ada simptom macam nak demam, atau selesema.

Dan multivitamin untuk kanak-kanak😁
 

Itu saja tips Nina untuk mak-mak, yang penting jangan stress tau. Enjoy😁

Sincerly,
Nina Salleh
0123114040