Sunday, April 29, 2018

KONGSI RESEPI: RESEPI CUCUR BILIS SENANG DAN SEDAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera


SIBUK BETUL HARI NI!!


Hari ni nak update setelah sekian lama, kesian blog ni hehe. 


Hari ni hari paling sibuk kot, seingat Nina. Paling tak cukup tangan, mungkin sebab Nina sendiri masalah untuk uruskan masa.



Ni squad kecik, ada 2 lagi squad besar

Nak kejar pukul 12 tengahari, sebab nak post barang hari ni. Kalau key in lepas jam 12 tengahari, dia akan jadi esok. Boleh nak pos hari ni, tapi kena gi pejabat pos la.


Yang jadi masalah nya bukan gi pejabat pos, tapi Nina ada skuad. Skuad 4 beranak😂 . Rasanya belum kuat lagi nak gi pejabat pos dengan 3 ketul ni. Walaupun ada jugak pernah pergi, tapi barang banyak ni memang tak sempat.



Selingan dengan sharing Master Hasifah tentang trip percuma, Umrah Ziarah Shaklee, ya ALLAH bestnyaaa, Nina rindu sangat sangat😭

Doakan Nina dapat pergi lagi ya, dengan free trip Shaklee 2020 nak bawak suami😍


Nina sendiri ada agent The Brightstars untuk Nina jaga. Kena update. Kat situ la diorang nak dapatkan info, nak dapatkan marketing plan dari Nina. Sangat besar tanggungjawab, kadang-kadang rasa tak bertanggungjawab sebab sehari tak update mereka. 


Bayangkan dalam group tu, ada yang bersungguh nak cari income, nak bagi duit lebih untuk mak ayah, nak tolong suami, tak kurang ada yang nak berkerja sendiri tanpa susahkan suami😌


Bermula dengan tanpa risiko kan. So bulan ni PROMO ESP, memang ramai sangat la yang nak ESP. ESP NAK STOCK UP UNTUK BULAN PUASA NANTI.





Dah setel postage, dan beli ESP. Balik rumah. Adoi.. lapar pulak, baru teringat belum makan selain dari tengahari tu. sampai dah pukul 7, nak buat apa yang cepat dan sedap?


Bilis ada, gandum ada. So jadi la, cucur ikan bilis!


Google resepi sebab sebelum ni buat, tak pernah kena selera, jadi hari ni Nina buat, cari resepi jumpa Azie Kitchen. Tapi Nina tak ikut sepenuhnya hehe.


So saja nak share resepi cucur bilis sedap dan senang ni, senang Nina nak rujuk nanti.


RESEPI CUCUR BILIS SEDAP DAN SENANG


Bahan-bahan:


Tepung gandum 2 cawan

Bawang besar dadu

Bawang merah baki yang masak menu lain 

Ikan bilis segenggam, bilas , Nina gunting dulu bagi dia kecik tak suka rasa ikan bilis besar tu😂

Air panas mendidih 1 cawan

Air sejuk 1 cawan

Garam secubit

Sedikit serbuk kunyit untuk pewarna

Baking soda hujung sudu kecik


Cara-cara untuk buat cucur bilis sedap dan senang





Campur kan semua bahan, kaca rata. Kecuali air.


Gaul rata



Goreng macam biasa



Bila dah masak, boleh angkat





Bila dah rata, baru masukkan air, dan kacau rata, goreng macam biasa.


Sedap dan senang!!


Cicah dengan sos cili memang terbaik.


Setel menu untuk minum petang, untuk breakfast, pilih ESP! Menu sihat, untuk kenyang lama dan bertenaga. ESP PROMO LAGI 2 HARI SAHAJA!


Whatsapp Nina untuk order, atau klik sahaja link ni untuk order sendiri😁


Selamat membuat persediaan untuk Ramadhan❤️

ESP PROMO TAMAT LAGI 2 HARI

Wednesday, April 4, 2018

Wordless Wednesday

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


400ml green shaker with ball



Sincerely, 
Nina Salleh
012-3114040

Thursday, March 29, 2018

PERLUKAH SUPPLEMENT UNTUK IBU YANG MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera😁

Dah masuk bulan Rejab kan, puasa dah ganti? Hehe. Tanya diri sendiri. Kali ni Nina nak share, apa amalan Nina sebagai ibu yang menyusukan anak sepenuhnya sehingga 6 bulan.

Menyusu si kecik ni pulak, Eisyal dah 3 bukan sayang..

Rutin ni (menyusukan anak) dah bermula sejak 2013, sampai sekarang sebab setiap 2 tahun beranak😂

Harap lepas ni rehat lama. Bukan tak penat, penat jugak nak menyusu dengan sus badan ni. Renyah, leceh. Tapi bagi Nina, lagi senang dari bagi susu botol.

Tak payah pilih susu, tak payah beli susu, jimat banyak dah. Tidur malam pun tak payah bangun, kira on the go je lah.

PERLU KE SUPPLEMENT UNTUK IBU YANG MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN?

Betul ke perlu supplement untuk ibu yang menyusukan anak dengan susu badan?

Nina pun tak ambik masa Amanda, sebab berfikiran tak payah la supplement semua ni. Mengarut! Kan? Siapa ada terfikir macam Nina? Huhu. 

Tapi ended up, Amanda despite fully breastfed, berapa kali masuk wad, sebab jangkitan kuman paru-paru, sampai suspected Tuberculosis. Sedih..

Mom&Amanda di Frankfurt

Sejak dari tu, Nina belajar dari kesilapan, walaupun kita menyusukan anak dengan susu badan, tetap kena cukupkan nutrien, baru dapat khasiat kat anak.

Tampung nutrien dengan pengambilan supplement yang betul. Nina dah mula dengan supplement masa Maryam. Alhamdulillah, setakat ni less admission to hospital compared to Amanda.. semua pun dengan izin ALLAH swt, kita hanya usaha😁

APA YANG NINA AMALKAN?

Nina ada share tips untuk menyusukan anak di sini , untuk ibu yang pertama kali. 

Untuk supplement, apa yang Nina amalkan ialah:


ALFALFA COMPLEX
  • Sebagai galactagogue iaitu  milkbooster
  • Memberi tenaga kepada ibu

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
  • Membantu pertumbuhan sel2 bayi dengan lebih baik
  • Memberikan tenaga kepada ibu. 
Bonus :kulit akan menjadi gebu, parut2 memudar dan sebarang luka akan lebih cepat sembuh


Salah satu fav kombi ESP Nina, iaitu dengan Matcha Milk Tea

OSTEMATRIX
  • Mengandungi kalsium magnesium dan Vitamin D
  • Kalsium diperlukan dalam penghasilan susu ibu  
  • Mengelakkan masalah osteoporosis, gigi patah atau sakit2 tulang
B COMPLEX
  • Membantu ibu mengawal tekanan, sangat penting untung memastikan penghasilan susu yang lancar
  • Mindset adalah utama untuk menjayakan penyusuan bayi dengan susu badan


SUSTAINED RELEASE VITAMIN C
  • Meningkatkan imunisisasi tubuh dengan membantu penghasilan antibodi
  • Disalurkan menerusi susu ibu kepada anak tersayang menjadikan bayi lebih sihat, jarang dihinggapi penyakit


LECITHIN
  • Membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
  • Membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
  • Membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • Membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi 
OMEGA GUARD
  • Minyak ikan dari sumber ikan laut yang telah melalui berkali-kali proses penyulingan
  • Memberikan DHA dan EPA untuk perkembangan otak bayi
  • Menghubungkan sel-sel otak bayi
  • Mempunyai anti radang yang akan membantu melawan penyakit
Anak dah besar sekarang, mereka dan makan Omega Guard sendiri, setiap hari satu biji Nina bekalkan.



Nina akan amalkan sehari Nutriferon untuk hari yang Nina tak sihat, sebab dalam tu ada powerful antibacterial, dari sumber semulajadi. Kalau anak demam pun Nina akan suap 1sachet seorang. Pagi demam, malam terus sihat, pengalaman Nina sendiri.

Mungkin kebetulan kan. Tapi Nina percaya pada produk Shaklee, mereka buat untuk memberi yang terbaik kepada kita.

Apa pun, sebenarnya tak ada yang rigid untuk supplement bagi ibu yang menyusukan bayi, tapi lebih kepada untuk perlindungan dan penyelesaian masalah kepada ibu.

Bagi yang ingin dapat bantuan untuk menyusukan anak, insyaALLAH Nina boleh tolong berdasarkan pengalaman dan sedikit ilmu dari kelas-kelas yang Nina hadir.

Boleh whatsapp Nina untuk pertanyaan atau order. Nina akan bantu, yang penting, hati kena nekad dan cekal untuk menyusukan bayi dengan susu badan.

Sincerely,
Nina Salleh