Thursday, June 13, 2013

When the two lines appeared..

Assalamualaikum and good day to all of you..(Padahal diri sendiri je baca)

Tajuk nak hebat je kan.Sebenarnya dah lama nak buat cerita pasal ni,tapi ye lah,ada macam-macam isu yang paling utama ialah malas.Bila nak rajin ni..Kalau bab-bab berjalan,makan,rajin je.Kalau bab kemas rumah,nak basuh baju,lipat baju,meeeemang malas.Membuak-buak malasnya..

Okay pasal tajuk tu,nak cerita macam mana perasaan masa dapat tahu urine pregnancy test (UPT) positif.
Al-kisah nya kita memang ada banyak stok alat untuk buat test tu kat rumah,beli sendiri je kat Watson,beli yang paling murah pulak tu.Tak sampai RM6 kot.Tapi dia tulis accuracy 100% percaya je la campur dengan nak jimat.Haha.Ye lah,mana boleh beli yang RM30 kalau nak buat stok.Kuikuikui..
Suatu petang/malam,kita lepak macam biasa kat kedai yang tempat family selalu lepak,sebelum ni kalau makan situ automatik akan order tomyam dengan nescafe ais.Tapi hari tu rasa mual,muak,na muntah semua ada la bila tengok kakak makan tomyam,nescafe ais pun tak lalu.Akhirnya kita makan benda lain yang bukan my regular menu tapi dah lupa.
Pastu balik rumah dah lewat dah,dalam pukul 11 kot masa tu,ada one last piece of UPT punya alat,lepastu buat laa.Tapi tak berharap pun,masa buat tu konon-konon ni mainan perasaan ni,macam-macam ayat dalam hati sebab taknak berharap.Dah buat tu tak tengok terus pun,biar je macam tak endahkan benda alah tu.
Dalam 10 minit lepas tu baru tengok dengan perasaan yang konon relaks macam dah tahu ni mesti negatif,tiba-tiba tengok ada dua line (tajuk entry), terkejut,unexpected,perasaan yang tak tahu nak gambarkan macam mana sebab dah banyak kali buat test ni tapi ni first time nampak double line,terus panggil suami, 
'SAYAAAAAANGGGGGGGGGGGGGGG!!!'
Suami macam,apa dia?Apa dia?Terkejut la dia.Pastu kita cakap 'Positifffff!!!',pastu dia macam betul ke ni?Macam tak percaya and kita bagitahu kalau ikut test ni betul la,tapi jom ultrasound la untuk confirmation.

Macam ni la test stripnya yang murah je,bukan digital punya tapi this is not mine,image from Google.Hehe
So malam tu kami tidur dengan hati berbunga-bunga cinta,keesokan hari pergi ultrasound masa tu kandungan berusia 7 minggu.
Dan sekarang,setakat hari ni Alhamdulillah baby dah 18 minggu.Due date somewhere in November.Mohon doa semua agar dipermudahkan dan semoga permata hati yang bakal lahir ni menjadi penyejuk mata dan saham syurga untuk kami dan orang-orang sekeliling.Ameen..:)