Friday, October 27, 2017

KEIBUBAPAAN: 5 TIPS PENTING UNTUK MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN BUAT KALI PERTAMA

Assalamualaikum dan salam Jumaat

Dah Jumaat dah,cepat betul masa berlalu, semenjak dua menjak ni musim kawa-kawan baru lahirkan anak pertama, sebab Nina paling senior kot bab beranak, sekarang nak masuk anak ketiga, so jadi la tempat rujukan kan😊

InsyaALLAH, Nina share sikit berdasarkan pengalaman, sebab semua orang akan melalui yang pertama sebelum kedua dan ketiga.

Jadi, hari ni nak share, lepas ada beberapa orang kawan yang baru melahirkan anak pertama, yang tanya pasal penyusuan susu ibu, Nina nak share 5 TIPS PENTING UNTUK MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN BUAT KALI PERTAMA.

Untuk yang smooth sailing, Alhamdulillah, tapi Nina sendiri bukan la kategori smooth sailing kalau bab ni, banyak tanya kawan jugak, banyakkan membaca. Pengalaman bersalin anak pertama Nina ada share kat sini.

The struggle is real!

Taknak bagi harapan palsu, yang penting kita tahu kekuatan kita dan semua ibu bapa nak bagi yang terbaik untuk anak kan..

1. SEJAK DARI DALAM KANDUNGAN

Tips penting untuk menyusukan anak dengan susu badan buat kali pertama ialah, NIAT dan betulkan mindset kita, sejak dari anak dalam kandungan, setiap hari dan saat berdoa agar dipermudahkan urusan, serta diberi kekuatan untuk kita menyusukan bayi dengan susu badan sepenuhnya sehingga 6 bulan dan seterusnya 2 tahun. 

Dengan doa ni, insyaALLAH minda separa sedar kita akan kuat untuk bertarung dengan pelbagai duh\gaan yang bakal mendatang. hehe.

Amanda Imani, Maryam Tihani, Alhamdulillah both were fully breatfed up to 6 months 
 2. POSITIFKAN DIRI

Bila anak dah selamat dilahirkan, dari niat sejak mengandung tadi, positifkan diri kita.

Ini pengalaman Nina sendiri, sebab pengeluaran susu ni didorong oleh apa yang kita fikir jugak. Sebagai contoh, bila kita fikir susu tak cukup,sebenarnya kita dah beritahu minda kita bahawa kita tak dapat hasilkan susu yang cukup untuk anak. Apa yang kita beritahu minda kita, akan dioproses dan itulah yang kita dapat. Pentingkan mindset ni?

Sebenarnya, susu dihasilkan mengikut demand-supply.

Semakin banyak kali bayi menyusu, semakin bertambah susu untuk dihasilkan

3. SOKONGAN ORANG SEKELILING

Bagi Nina, ini ialah antara yang terpenting untuk menyusukan anak dengan susu badan buat kali pertama.
Untuk Nina sendiri, ada juga cakap-cakap orang yang mengatakan susu tak cukup, susu sedikit, tapi Nina diamkan saja sebab kita tahu perut bayi pun kecik lagi kan.

Anggaran keperluan susu untuk perut bayi mengikut umur

Yang penting, berbincang dengan suami, agar sama-sama dapat melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Di mana kelompongan isteri, di situ suami kena tampung. Memberitahu suami tentang niat untuk menyusua\kan anak dengan susu badan, akan memberi ruang kepada suami untuk sama-sama bersedia.

Bila isteri ingin menyusukan anak, suami boleh mainkan peranan untuk mengurut belakang isteri, mengambil alih tugas menjaga anak seperti menukar lampin dan memandikan bayi, ketika isteri sedang berehat atau mengepam susu. Suami juga perlu sama-sama dalam menjayakan proses menyusukan anak dengan susu ibu.

Tolong basuh parts breastpump.
Basuh botol.
Tahu uruskan susu badan yang dibekukan.

Ringankan beban, jangan harap isteri seorang untuk buat semua benda. Bersyukur isteri nak menyusukan anak dengan susu badan😊

Peranan suami sebagai orang kuat jangan diabaikan

4. BERSEDIA DENGAN PERALATAN YANG SEPATUTNYA

Nina nasihatkan, siapkan barang keperluan seperti pam susu, storage bottle atau plastik untuk penyimpanan susu ibu, lagi penting untuk ibu yang berkerja di luar dari rumah, kerana perlu pam dan simpan sebagai stok untuk digunakan ketika ibu berkerja nanti.

Boleh dapatkan pelbagai jenis pam susu yang bersesuain dengan harga yang pelbagai kat pasaran, ikut kemampuan dan yang penting keselesaan sendiri.

Guna bag yang muat barang ni semua untuk patuhi jadual mengepam 3 jam sekali
 Patuhi jadual pam untuk elak kekangan susu bila demand kurang. Untuk ibu yang baru melahirkan, dinasihatkan untuk bersedia dengan tandem pumping kerana bayi anda mungkin akan minta susu setiap jam!

Sebelah direct feeding, sebelah untuk pam, tak senang tapi InsyaALLAH boleh biasakan diri.
Selain dari tu, cuba selesakan diri untuk mendapat posisi yang sesuai, ibu boleh pelbagaikan posisi untuk menyusukan anak, mengikut kesesuaian. Try and error. hehe.
Pelbagai posisi untuk menyusukan anak

5. TAHU KEMAMPUAN DIRI

Paling penting untuk kenalpasti kemampuan diri sendiri.

Untuk ibu yang baru melahirkan, keadaan badan dan tubuh yang memerlukan masa untuk recover setelah penat melahirkan. jadikan tempoh berpantang sebagai tempoh untuk kita rehatkan diri.
Proses berpantang ialah proses recovery, bukan masa untuk paksa diri dan menyeksa diri.


Pelbagai perkara perlu dititikberatkan kerana ini ialah kali pertama, ibu akan penat dan stress, itu akan mempengaruhi susu ibu. Untuk menyusukan anak dengan susu badan buat kali pertama,. ketahui bila ibu perlu amalkan supplement.

Bukan sekadar membeli milkbooster yang dijual di pasaran, tapi paling penting untuk kenalpasti masalah ibu.

Jika ibu stress, amalkan B complex untuk mengembalikan ketenangan.

Jika ibu kurang tenaga dan setiasa penat Nina cadangkan ESP untuk bekalkan tenaga selain dari membantu recovery proses.

Untuk menghsilkan susu yang berkhasiat tinggi EPA dan DHA untuk perkembangan otak bayi, amalkan Omega Guard yang tinggi dengan EPA dan DHA.

Kenalpasti masalah ibu sebelum memilih supplement




Nina dulu pernah reject supplement sebab ada masalah dengan pemikiran, masa tu tak fikir macam sekarang. Bila fikir balik, kesian anak, sepatutnya kita lah kena makan makanan yang berkhasiat dan cukupkan nutrient dalam badan agar susu yang dihasilkan berkualiti.

Sedangkan corak pemakanan masa tu memang kelaut, tapi sebab diri ego. Mungkin sebab  tu anak pertama kerap juga masuk wad, walaupun Nina bagi susu badan sepenuhnya.

Masalah puting susu melecet? Boleh jadi sebab 'latch' tak betul. Klik sini untuk guide latching yang betul. Ini biasa terjadi, ibu jangan stress beri masa kepada diri sendiri untuk adapt. Setiap yang berlaku ialah pembelajaran baru.hehe.

 Untuk mintak pendapat, boleh whatsapp Nina ye. Nina akan cuba bantu bagi yang terbaik mengikut keperluan ibu.

Semoga bermanfaat sharing hari ni.

Sincerely,
0123114040




Thursday, October 26, 2017

KEIBUBAPAAN: 5 TIPS UNTUK BAWA ANAK KECIL BERJALAN-JALAN

Assalamualaikum and good day to all😁

Weekend ni pulak buat apa? Nina ikut event larian hari ni, The Running Diva Power of Love❤️

Best jugak join event macam ni. Nanti nak register lagi untuk macam-macam larian lagi untuk 2017.  Coming up next, Bubbly Runs, korang boleh google and register, payment semua online. Tunggu masa nak collect Race Kit je yang ada nombor kita (bib) , pin, dan baju. Nina join yang best dan yang medal dia unik hihi. Kalau setakat bulat atau petak, tak lagi kot.

Cantik kan medal dia?😍

Tu aktiviti untuk mak ayah, untuk anak pulak macam mana? Sebenarnya ramai je masa larian tadi orang bawak anak, anak berlari sama, atau bawak dengan carrier, tolak anak dalam push chair pun ada. Syok sangat kan? Tapi Nina tak bawak anak tadi, anak tidur lewat, kalau bangun mesti cranky. So macam mana nak bagi anak tak cranky untuk dapatkan hujung minggu yang berkualiti?

Kalau anak cranky, mesti plan kita semua tak jadi kan, atau kalau jadi, mesti tak dapat masa kualiti. Masing-masing stress, anak pun stress, anak sedih, mak ayah penat, tak dapat masa kualiti, nak bonding dengan anak.

Nina nak share 5 TIPS UNTUK KELUAR BERSAMA ANAK KECIL.

Mak ayah yang ada anak lingkungan umur 1-4 tahun boleh jadikan tips ni sebagai panduan untuk bawa anak kecil keluar berjalan-jalan.

REHAT YANG CUKUP 
Pastikan anak tidur awal malam sebelum beraktiviti. Macam anak-anak Nina, Alhamdulillah dari sejak lahir lagi, waktu tidur pukul 7-8 malam macam tu. Memang tak berjaga, mungkin sebab kenyang susu dan jugak sebab Nina bedung hehe. So bila besar pun, pukul 8-9 dah mengantuk, tapi bangun memang awal. Anak-anakmemang morning person, pukul 7 pagi tu dah boleh bangun dah. Kadang-kadang lambat pukul 9-10 kalau ada masa dia tidur lewat, bila ada ramai sanak saudara, ada pelepasan untuk mereka tidur lewat. 


Macam mana Nina buat anak tidur awal walaupun sekarang kami duduk rumah family Nina, ada la dah sebulan, rindu rumah😌. Ada je ramai sanak saudara, tapi kalau kita biarkan, memang pukul 12-1 pagi la baru tidur, Nina pukul 9 dah kurung anak dalam bilik. Tak kisah la dia nangis kejap je dari dia cranky esok tu.

BAWA BEKAL DARI RUMAH 
Kalau Nina memang lagi suka siapkan makan anak, dari lepas Subuh masak. Dan makan siap-siap, kalau anak taknak lagi, dalam kereta nanti suap, sampai kat tempat tu boleh terus beraktiviti. Jimat masa. Lagipun anak-anak Nina kalau dah lapar, mula nak mengarut. 


Boleh bawak bekal dari rumah, broccoli nuggets home made sebagai finger foods anak-anak, nak elakkan dari mereka nak coklat la, nak biskut la dan segala macam junk foods, terus jadi kurang makan main meals. Nina bawak bekal jugak, sebab sampai nanti tak payah kalut nak beli, kadang-kadang ada jugak tak bawak bekal, makan nasi kat kedai la jawab dia😂

PASTIKAN TEMPAT YANG INGIN DILAWATI SESUAI UNTUK ANAK
 Jangan fikir tempat untuk mak ayah je, kena jugak memenuhi keinginan anak. Contoh, macam kitorang, kalau untuk anak, suka tempat macam beri exposure untuk anak-anak. Antara tempat yang korang boleh consider, Aquaria KLCC, Zoo Negara dan Farm In The City! Farm In The City top the list la kot.

FARM IN THE CITY


 Mak pun excited.


Sesuai untuk anak sedari dah boleh berjalan, diorang akan excited nak pegang atau nak lari😂

Tapi kena pastikan, umur anak dah sesuai. Umur 1 tahun lebih dah sesuai. Anak dah boleh observe, dan boleh sentuh dan haiwan tu. 


Ada 2 way communication dengan binatang. Haha! Baru la tak boring. Tapi anak-anak banyak yang takut pulak. Mak yang excited hihi. Lepas ni nak bawak anak join run sama jugak la. Hehe.


PAKAIAN ANAK YANG SELESA MENGIKUT TEMPAT DAN MASA
Bab ni kadang-kadang kita terlepas pandang kot, macam banyak order pakaian dari luar negara, kalau yang winter collection tak boleh la nak pakaikan kat anak masa siang hari bawak pergi zoo, kesian meruap anak. Pakaian yang loose je, yang anak selesa, bukan yang kita suka tengok saja. 




Nina sekarang ni banyak nak kena ikut selera anak, sebab dia dah pandai memilih. Pakai tshirt and jeans rasanya paling sesuai, anak pun tak la berdarah lutut kalau jatuh. Hihi.


Kalau pakai macam ni tak sesuai untuk outdoor, siap dengan tight lagi, kalau pergi indoor yang air-conditioned tu sesuai hehe.

IKUT MASA ANAK
Nak pergi berjalan, tak boleh la ikut masa mak ayah. Kalau mak ayah suka lepas, sampai pukul 1 pagi, tak boleh la buat macam anak pun suka. Kita kena ikut masa anak, masa pagi biasanya, anak masih fresh dan excited! Kita bawak jalan-jalan, biasanya tengahari, waktu tidur anak pulak. Kalau pukul 1 baru nak pergi, mengamuk jugak sebab kacau masa tidur.

Takut ayam


Nina share gambar hari tu, bawak anak pergi Farm In The City. Anak memang suka. Tapi ada jugak menangis sebab takut. Haha. 


Masa dekat Farm In The City memang anak suka, si kecik excited main air nak tengkap ikan. Kejap je masa dalam 2-3 jam je spent. Kalau pergi pagi ok jugak sejuk lagi, lagi pun sekarang dah hujan kalau petang kan.

Selain penuhi semua pasal anak, kita sendiri pun kena pastikan dah cukup bersedia nak layan anak, untuk Nina dengan suami, ESP untuk mulakan hari kami, dah cukup bagi tenaga seharian nak layan karenah anak.


 ESP Shake, boleh campur dan pelbagaikan menu. Sedap! Yang penting bagi tenaga, kulit pun jadi cantik.


ESP mixed Ribena

Vivix pulak malam sebelum tidur dah bagi kami energy yang cukup. 


Setiap rumah wajib ada ESP dan Vivix ni😁


One for the album❤️

Nanti ada lagi tips, Nina akan share lagi ok? Semoga bermanfaat.

Sincerely,
Nina Salleh


Tuesday, October 24, 2017

ADAKAH PROTEIN SOYA SHAKLEE MENYEBABKAN CYST DAN FIBROID?



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bercinta nak update blog pun. Perlukan konsistensi yang tinggi, bukan untuk populariti, tapi bak kata tagline Ustaz Hasrizal yang Nina selalu follow, 'Menulis untuk memberitahu'


Nina minum untuk mengandung, bonus dapat kulit pink pink pink pulak😌

Ini ialah salah satu sebab Nina join family besar Rich Young Group, banyak sangat ilmu yang dapat. Dari kelas pasal supplement, kepada ilmu bisnes, kepada saling mengingatkan untuk akhirat, bukan sekadar dunia😍

Paling best, dulu ada yang tak pakai sarung kaki sekarang dah pakai sebab sama-sama nak jalankan misi ke Syurga. Best kan bisnes macam ni?



Entry kali ni, Nina nak jawab persoalan, 'ADAKAH PROTEIN SOYA SHAKLEE MENYEBABKAN CYST DAN FIBROID?'


Protein Soya dari Shaklee

Sebab ramai sangat yang masih dengan mentaliti PROTEIN SOYA SHAKLEE trigger cyst dan fibroid, jadi Nina terpanggil untuk cerita kebenaran, itu salah satu sebab Nina teruskan dan ceburkan diri dalam bisnes ni. Untuk menyebarkan kebenaran, eh macam apa pulak, ye la sebab banyak sangat salah faham. Semoga ni sebagai saham juga dikira nanti. Ameen..

APA SEBENARNYA CYST DAN FIBROID?

Sebelum Nina explain, elok dulu kalau Nina kenalkan, apa sebenarnya cyst? Apakah fibroid? Adakah kedua-duanya sama?

Cysts
A cyst is an abnormal, sac-like structure that can be found anywhere in the body. Cysts usually contain a gaseous, liquid, or semisolid substance and have an outer wall, known as the capsule. Cysts may be small and visible only under a microscope, or they may grow to a very large size and displace normal body structures.-emedicinehealth.com


Ovarian cyst- salah satu jenis cyst yang berada di ovari (pada sistem pembiakan wanita)

Cyst diberi nama bergantung kepada lokasi keberadaannya

Fibroid
noncancerous growths of the uterus that often appear during childbearing years. Also called leiomyomas (lie-o-my-O-muhs) or myomas, uterine fibroids aren't associated with an increased risk of uterine cancer and almost never develop into cancer.-mayoclinic.org


Lokasi keberadaan fibroid

Kesimpulannya, cyst dan fibroid adalah dua benda berbeza.

FAKTOR RISIKO CYST DAN FIBROID

Apakah faktor risiko cyst dan fibroid? Adakah PROTEIN SOYA Shaklee menyebabkan cyst dan fibroid? Jika amalkan PROTEIN SOYA Shaklee anda akan dapat fibroid atau cyst?

Boleh baca sini untuk faktor risiko kepadafaktor risiko kepada cyst yang ditulis oleh seorang pegawai perubatan.

Faktor risiko kepada fibroid pula ialah kebanyakan kajian mengatakan pemakanan yang tinggi dengan daging merah, tekanan darah tinggi dan berat badan berlebihan serat keturunan yang akan meningkatkan risiko untuk mendapat fibroid.



SOYA SEBAGAI ALTERNATIF UNTUK FIBROID

Sangat menarik sebab Nina baru jumpa artikel ni berkenaan 'Complementary and alternative medicine for the management of fibroid' bermaksud, ada akternatif di samping rawatan dan ubat-ubatan hospital.

Dan paling menarik, SOYA ialah salah satu darinya!



Boleh baca 

Diet yang ideal untuk mereka yang ada fibroid ialah salah satunya diet yang kaya dengan soya tanpa GMO, boleh didapati dalam bentuk tofu dan juga tempe jika di Malaysia, tapi jika nak senang cari yang non GMO, pilihlah PROTEIN SOYA dari Shaklee.
Untuk bacaan lanjut, klik sini :soya yang boleh membantu mengecutkan fibroid .

APAKAH SEBENARNYA YANG SOYA LAKUKAN?

Credit image livestrong.com

Soya sangat banyak manfaat kepada kehidupan, apa yang menerukkan keadaan ialah soya yang mengalami perubahan genetik, malah ada kajian yang menunjukkan mengamalkan soya dalam diet seharian boleh membantu mengecutkan fibroid. Boleh klik link untuk bacaan lanjut.

Pilihan di tangan anda.

PILIHLAH yang organic dan semestinya berkhasiat!

Di Shaklee, syarikat sangat mementingkan kualiti, jadi soya yang digunakan ialah yang BEYOND ORGANIC.

Semestinya non GMO dan selamat.

Surat dari pihak Shaklee USA apabila diajukan soalan mengenai soya yang digunakan, adakah GMO atau sebaliknya.

Gunakan tanpa ragu.

PEMILIHAN PROTEIN YANG BAIK AKAN MENJAMIN KESIHATAN DIRI YANG BERTAMBAH BAIK

Nina share sikit sebelum memilih protein, apa yang kita perlu titikberatkan? Sebab dari segi varieti, terlampau banyak sumber protein di pasaran.

Tapi nak pilih yang terbaik? Ini guideline untuk anda😁


Susah nak cari yang menepati ciri di atas? Kami ada penyelesaiannya!

Dapatkan PROTEIN SOYA SHAKLEE SEMENTARA HARGA MASIH PROMO



Anda baca, kaji dan nilai sendiri.

Nina sedia memberi khidmat nasihat yang terbaik, hanya yang terbaik untuk anda.
Pelbagai resipi menarik untuk dinikmati bersama ESP anda. Dapatkan hari ini selagi harga masih jimat.


Mixed berries smoothies yang mengenyangkan, memberi tenaga yang lama dan mencantikkan kulit😍

Ramai yang dah cuba dan rasai perubahan. Anda bila lagi?

Untuk sebarang kekeliruan,  boleh whatsapp Nina😁
InsyaALLAH Nina cuba semampu Nina, kalau tak dapat, kita forward soalan kepada yang lebih arif. Hehe.

Like Fb Page By Nina Salleh untuk pelbagai info dan update.

Berminat nak jana income?

Boleh klik untuk join team Nina dan Nina akan guide dari product, cara iklan, cara promote dan berpeluang untuk masuk perlbagai kelas yang kami sediakan hanya online!

Sincerely,

Thursday, October 19, 2017

10 SEBAB KENAPA SEMUA ORANG PERLUKAN PIL OSTEMATRIX

Assalamualaikum dan selamat pagi!


Selamat hari Jumaat, wah syok ke raya? Hehe. Korang raya mana? Nina raya kat Johor, masuk Legoland dengan family, dulu masa mula buka, dah masuk dah tapi tak banyak park yang bukak.



Saje nak tunjuk bag cantik😜


Banyak dah park yang bukak, best best, masa pulak tak dan. Sampai pukul 3 petang. Tutup pukul 7 petang. Memang kannnnn..



Semua dari lego rasa nak bawak balik


Mak buyung sakan berjalan, tak duduk langsung, nasib baik la dah telan pil kalsium, Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium tau!


Hari ni Nina nak cerita, 10 sebab kenapa kita kena amalkan

makan pil Ostematrix bukan sekadar pil kalsium.


Bukan kalsium sahaja


Bukan semua pil kalsium adalah sama. Sebab tu kena tau, apa kandungan di samping kalsium.


Kalau setakat kalsium semata, tidak mencukupi kerana magnesium diperlukan untuk 'transport' kalsium tu😁


10 SEBAB KENAPA SEMUA ORANG PERLUKAN PIL OSTEMATRIX 


1. Mengurangkan gejala tulang rapuh


Kenapa terjadi tulang rapuh? Seperti semua yang kita tahu, tulang kita ni komposisi utama ialah kalsium. Bila kurang kalsium, tulang akan kurang tumpat. Maka, bila kurang tumpat, tulang akan jadi rapuh, mudah patah.

Antara tulang tumpat dan rapuh




2. Menguatkan gigi 


Kalsium juga ialah satu keperluan penting untuk gigi yang kuat.

Tanpa kalsium yang cukup, gigi akan murah berlubang, rapuh dan tak kuat.



Kalsium yang kurang akan sebabkan gigi mudah reput dan rosak, termasuk lambat tumbuh gigi.


3. Memastikan kuku yang cantik dan sihat


Ramai yang tak tahu, kuku juga memerlukan kalsium. Betapa kalsium yang cukup diperlukan untuk kesihatan badan, termasuk kuku. 


Kekurangan kalsium akan menghasilkan kuku yang rosak. Seperti gambar, bahasa Inggeris ialah 'brittleness' , Nina tak pasti apa bahasa Melayu.




4. Mengurangkan gejala PMS


Kekurangan kalsium, bukan sahaja menyebabkan wanita terjadi masalah seperti lewat datang haid, tapi bila period, akan terjadi nya 'period pain' , sakit-sakit badan dan sendi.


Period pain ialah salah satu tanda badan kurang kalsium. Cuba Ostematrix setiap hari 4 biju, dan rasai perubahan yang  akan mengubah persepsi anda.


5. Mendapatkan rambut yang sihat dan cantik


Kalsium ialah elemen penting untuk kesihatan rambut. Pendek kata, dari hujung kuku ke hujung rambut, KALSIUM MAINKAN PERANAN PENTING!


Nak rambut sihat? Cukupkan kalsium.


Tak ada lah rambut pun tertukar dengan bulu penyapu nanti.


Rambut sekata, dan nampak cantik, tak bercabang.



Hehe. Dari kanak-kanak lagi kena pastikan dapat kalsium yang cukup. Maka, amalkan pemakanan yang tinggi dengan kalsium.


6. Menghadapi penuaan dengan tenang


Tiada gejala tulang rapuh.


Badan tak bongkok.


Gigi masih kuat.


Kuncinya ialah, sebelum menopause, pastikan kita mendapat dan cukupkan keperluan kalsium dalam badan. Ini kerana, sebelum menopause, kalsium akan disinpan di dalam tulang.


Sehari demi sehari, kalsium akan dikeluarkan dan digunakan. Untuk pastikan masih ada tulang yang kuat, pastikan kita terutama wanita, dapatkan kalsium terbaik semestinya Ostematrix Shaklee untuk menghadapi penuaan dengan tenang😊




7. Untuk pesakit hormon tak stabil


Pesakit hormon tak stabil,  hypoparathyroidism mengalami kesukaran untuk mengawal paras kalsium yang mencukupi dalam darah kerana badan mereka tidak mempu menghasilkan parathyroid hormon yang mencukupi.


Oleh itu, sangat penting untuk pesakit tersebut mendapatkan kalsium yang terbaik, Ostematrix Shaklee sebagai pelengkap nutrien seharian mereka.


8. Membantu menurunkan tekanan darah


Oleh kerana kalsium ialah penting untuk memastikan jantung berfungsi dengan baik, kerana peranannya untuk pengembangan salur darah dan penghantaran signal dari otak ke jantung. Keadaan ini sangat penting untuk memastikan jantung dapat berdegup dengan baik dan mengawal tekanan darah.




9. Membantu dalam melawan dan mencegah kanser


Terdapat kajian yang menunjukkan, pengambilan kalsium berserta vitamin D dapat mencegah dari kanser, dengan syarat kalsium diambil bersama Vitamin D untuk optimal result.





Boleh klik untuk baca lanjut: link kajian


10. Membantu mengelakkan dari penyakit Kencing Manis


Vitamin D dan calcium, yang diambil bersama, seperti dalam  Ostematrix Shaklee, mungkin membantu untuk dapat metabolism glucose pada tahap yang optimum.


Baca lanjut tentang kajian untuk kencing manis di sini.


Terdapat juga kajian yang menunjukkan pengambilan 1200mg calcium dan 800IU Vitamin D menghasilkan pengurangan risiko untuk sakit kencing manis sebanyak 33%.


Boleh baca lanjut tentang kajian di sini




Ostematrix Shaklee dilengkapi dengan Vitamin D, dan magensium untuk penyerapan kalsium yang optimum.


BUKAN SEKADAR KALSIUM!


Secara rumusan, KALSIUM ialah sangat penting untuk kesihatan badan yang menyeluruh.




Jangan risau, kalau taknak makan Ostematrix, ada lagi pilihan selain dari susu.




Tapi tak pasti bagaimana dengan Vitamin D😁


Banyak lagi sumber, tak terhad kepada susu. Tapi kalau nak pastikan badan dapat cukup Kalsium dan Vitamin D serta magnesium untuk pengangkutan kalsium, terus klik untuk order ostematrix !


JANGAN LEPASKAN PELUANG


Dapatkan Ostematrix anda hari ini, untuk anda dan yang tersayang.


PROMOSI OSTEMATRIX BERAKHIR 20/10/2017!


Klik link whatsapp Nina untuk order atau untuk consultation berkenaan supplement yang terbaik untuk diri anda!




Lupa pulak untuk orang mengandung, salah satu sebab terjadi kaki kejang ialah tak cukup kalsium.


4 biji sebelum tidur malam untuk pastikan ibu dapat tidur lena tanpa kejang😆



Cuba teka mana 1 kalsium😁


Semoga bermanfaat.


Salam Jumaat yang berkat, jangan lupa order sebab dah hari akhir!


Sincerely,

Nina Salleh

0123114040