Monday, December 27, 2010

Pergi Tak Kembali.

Salam and good day to all:)

Tiap-tiap diri pasti akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(21:35)

Hari ni posting,tidur pun dah qadha.Posting syif petang,so habis pukul 10 malam.Ish,malasnya.Namun,perjuangan mesti diteruskan..

Baru semalam,hari Ahad,dapat berita daripada kawan aku,senior kami masa kat MRSM YT-Dungun,Kak Ada,rasanya nama penuh dia Syuhada,I'm not quite sure,dah pergi menghadap Pencipta Yang Esa.
Perginya tak kembali.Al-Fatihah.

Tak banyak kenangan yang aku dapat rakam bersama arwah,sebab arwah lebih rapat dengan kawan aku yang satu lagi,dia kakak angkat kawan aku tu.Yang aku tahu,dia sangat lembut,lembut sangat,kalau bercakap boleh cair la.Itu je yang aku dapat recall.
Dia bukan orang pertama dari sekolah aku dulu yang dah pergi.
Seorang lagi kawan aku,Arwah Liza,Al-Fatihah,juga telah menghadap Ilahi,2004 kalau aku tak silap.Masa aku tingkatan 4,arwah bersekolah di MRSM Kota Putra.Was diagnosed of having leukemia.Arwah sangat happy-go-lucky,buat kerja gila sama-sama masa dekat Dungun dulu,satu dorm kan,as I said,kat Dungun memang rapat kalau ikut dorm.
Lepas tu seorang lagi kawan dekat MRSM Pasir Tumboh,he died because of motorvehicle accident.Pronounced death at scene kalau aku tak silap.Al-Fatihah..
Semoga mereka ditempatkan di kalangan hamba-hambaMU yang beriman,ya ALLAH.Ameen..

Semoga kita yang masih di sini,sentiasa mengingati-NYA,dan sentiasa bersedia menghadapi mati.
Insya ALLAH.

Salam..

Sunday, December 26, 2010

Kelaparan.

Salam and good day to all:)

Hari ini hari kedua..
Hari ini hari kedua aku tidak memakan nasi..
Bukan kerana tiada beras..
Akan tetapi kerana malas memasak..
Oleh sebab itu,minum air milo bersama biskut hi-fibre sahaja..
Cukup mencabar,namun boleh diet.

Sekian.Entry pendek sebagai penyeri perut yang lapar nasi.Malasnya nak masak...

Saturday, December 25, 2010

Niat terbengkalai.

Salam and good day to all:)

Hari ni hari ke 4 aku berseorangan di rumah ni sebab orang-orang penting dalam hidup aku berada di luar Kuala Lumpur dengan urusan masing-masing.
Hari ni hari Sabtu kan,siapa kaki televisyen tu pasti tahu perihal cerekarama di tv3 jam 10malam.Awal tadi,seawal sebelum Maghrib,(ceh,tak tahan tu niat sebelum solat lagi)aku dah niat nak tengok cerekarama.Tapi kan,lepas solat Isyak,aku terfikir sesuatu.Jeng jeng jeng..Biasanya aku tak tutup pun pintu bilik ni,tunggu Mimot masuk.Tapi malam ni nampaknya semua itu tidak akan berlaku kerana sesuatu telah mengganggu fikiranku.HAHA.
Kalau la tak janji dengan rakan seperjuangan nak buat meeting,dah lama ni aku masuk dalam selimut.
Aaaahhh,itu semua mainan syaitan.ALLAH ada kan,baca la ayat 1000 dinar,ayat kursi,insya ALLAH,kita akan di dalam lindungan-NYA.
Ironinya,kenapa kita macam lebih takut kepada makhluk-NYA berbanding kepada Pencipta yang satu itu?
Astaghfirullah..Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun,ampuni hamba-MU yang lemah ini..

Pada pendapat aku,sebab mungkin dari kecil lagi kita didedahkan dengan 'hantu','momok',cerita-cerita hantu yang menghantui pawagam.Aku dapat buat pemerhatian pada adik-adik aku,mereka memang suka layan cerita hantu bagai ni,lepas tu balik rumah nak minum air kat dapur yang tak sampai 10langkah perjalanan pun kena berteman.Persoalannya,macam mana nak ubah pemikiran kanak-kanak ni?
Back to the basic,banyakkan ajar mereka tentang DIA yang satu.Bukan la maksud aku nak kena ajar akidah,tauhid rububiyyat dan uluhiyyat itu,mungkin sangat berat.Tapi cuba ajar melalui perkara yang dekat pada mereka.
Aku cakap je,tak apply pun lagi sebab aku tak ada anak lagi.HEHE.Nanti la ada anak,aku try.Kena banyak membaca buku Parenting Skills juga,mendidik anak bukan semudah menggoreng kacang.Bila tengok budak zaman sekarang,buat aku takut nak ada anak.

Nampaknya lari topik ya,tak apa.Atleast dapat juga input yang secoet itu.
Sekian untuk kali ini.Xx 

Tuesday, December 21, 2010

New Semester begins..

Salam and good day to all:)

Okay,sekarang pukul 9,aku nak kena tidur pukul 11.Sepatutnya study ni.Tapi nak juga update,a quick update it is.
Aku dah start kelas,sebetulnya bukan kelas macam kamu semua fikir.Kelas lecture tu kan.No no no!Bukan sama sekali.Ini adalah posting.Aku dah semester kedua untuk tahun 4,tahun akhir aku sebagai pelajar Sains Perubatan Kecemasan (Paramedic).Alhamdulillah,result final exam lepas melayakkan aku untuk meneruskan pengajian.Tahun 4 ni memang tiada kelas,posting sahaja.Posting kalau ada yang tak faham iaitu berkerja tanpa gaji.Yes!Itu la perkataan yang tepat untuk posting aku sebagai paramedic student.
Kalau tak tahu juga paramedic tu apa scope kerja dia,nanti lain kali aku cerita.Hee.InsyaALLAH.
Untuk semester terakhir ni banyak juga benda best yang aku discovered sampai sekarang.Pertama nya,waktu posting dah jadi 10 jam,which was previously hanya 7 jam.Even office hour pun 9 jam.So kami lah juara.Clap clap untuk diri sendiri sebab paling lama waktu berkerja:(.Syif pagi akan mula jam 7pagi,habis 5 petang.Syif petang pula 12 tengahari mula,10malam habis.Tak boleh tipu okay,kami kena punch card.Siap kena sign sekali.Tapi siapa berani,or should I say terlebih berani macam aku boleh la buat kan.HAHA.
Perkara kedua,aku telah dilantik untuk jadi ketua kelas bagi semester ni.Kelas kami memang setiap semester akan tukar ketua,penat la kan kalau orang sama.Lagi pun nak uji kemantapan orang sebagai ketua.Tapi aku rasa perlantikan aku sebagai ketua kali ini bukan untuk uji kemantapan aku,tetapi lebih kepada untuk mendisiplinkan diri aku.Terima kasih,kawan.Aku akan cuba yang terbaik.Ketua kan,kena tunjuk contoh baik.Atas sebab itu la aku dah buat 12jam posting hari ini.Kita akan tengok esok pula okay.Harap-harap lebih baik.Tapi....tak kan la aku nak buat 13jam,ye dak?Nanti dapat gelaran gila posting.Ewwww,so not me:P
Itu sahaja kali ni,aku nak study pula.Nanti next entry jumpa lagi.
Much love!
Salam..

Monday, December 13, 2010

Jauh.

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak update blog ni,agak lama.Mungkin aku tak boleh buang sifat hangat-hangat tahi ayam aku untuk berblog,sekalipun aku mencuba dan akan terus ku cuba.
Hmm..Dua tiga hari ni,aku rasa jauh..Jauh dengan Pencipta,aku pun tak tahu kenapa.Rasa tak tenang.
Mungkin aku sangat berada di zon selesa,aku perlukan sedikit cabaran untuk aku sentiasa dekat pada-NYA.
Aku mohon pada-MU,Ya Rabb,dekatkan aku pada-MU,jangan engkau biarkan aku jauh dari-MU walaupun pada kadar sekelip mata.Ampuni dosaku,ya ALLAH..Jadikan aku hamba-MU yang sentiasa mengingati-MU,Ameen..
Berikan aku ketenangan dan kebahagiaan,di sini di dunia ini dan di akhirat yang kekal sana,ya Tuhan..

Saturday, December 4, 2010

Kisah aku dan Ayam Penyet

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Al-kisahnya la,semalam kan hari Jumaat malam,aku rasa nak dinner ayam penyet kat KLCC tu.Memandangkan boleh pergi jalan kaki je,and parking pun tak perlu bayar,hehe,sebab aku stay kat hotel sebelah tu,lepas solat Isyak aku decide untuk makan ayam penyet.Lantas menyatakan hasrat hati kepada Mr.H,he said okay.Aku dengan Ma and adik-adik aku pergi dulu dekat KLCC,tunggu beliau di sana.
Ma and adik-adik aku beli dah,mereka makan sizzling,aku pula dah jemu dah,sebab dulu dah selalu makan.Memang jenis aku,bila dah jemu tu memang tak boleh la.Sesuap dua tu boleh lagi.Tapi ada juga makanan yang aku harap aku takkan jemu,sushi dan ikan keli.HEHE.
Ma aku dah cakap dah,beli la dulu,sebab Mr.H tu dari jauh,jauh juga la.Aku cakap taknak,nak tunggu juga,ala-ala romantik gitu kan.HAHA.
Jam 9.30 malam lebih kurang,Mr.H sampai,pergi la terus ke kedai Ayam Penyet tanpa buang masa.Al sedihnya hati aku kecewa tidak terkata,cashier cakap dah tutup okay.TUTUP.Aku pun apa lagi,memang tak ada rasa nak makan apa sebab dari tadi set dalam kepala nak makan tu.Macam-macam Mr.H tawarkan.Tawaran istimewa la juga.KFC?McD?Tiramisu?Burger King?Autie Anne's?Semua aku geleng dan aku terus mendiamkan diri.Saat itu, detik itu,aku terus berubah mood,biasa la,aku memang swing selalu.Kesian,sabar je la Mr.H aku melayan:).
I love you,sayang.Walaupun buat perangai semalam:P

Lepas tu,aku balik ke bilik,perut lapar ni,minum je la air mineral yang tersedia.Nak order nasi kang kitchen tutup dah masa tu.Padahal nya aku dah makan dah,sebab penginapan kali ini agak special la.Alhamdulillah,Abah minta bilik club lounge.Ada breakfast,lunch and evening cocktail.Biasanya ada breakfast je kan?Kan?Tapi tak tahu la kot-kot memang tempat kamu semua ada semua tu.HEHE.
Aku ni dah makan dah masa evening cocktail tu,pukul 5petang sampai 7petang buka.Tapi nya,kata orang Asia truly Malaysia,nasi makanan ruji.Ahhhh,tidaaaakkk,kecewa bila kat sana yang ada hanyalah kek-kek yang comel dan ayam serta daging.Nasi manaaaaa???Tak bolehhh,aku nak nasii..
Last last tidur dengaan perut yang menyanyi indah.Zzzzzz...

Pagi nya,hari ini,aku membodek Ma,ajak makan kat Ayam Penyet,makanya tercapai juga hasrat semalamku untuk makan Ayam Penyet.Dan Ayam Penyet pilihanku ialah Lele balado,selalu aku pilih ni.Hehe.Lele tu ikan keli.My forever favourite la wa cakap luuu.Keke.

Itu je kisah aku dan ayam penyet,lepas tu layan movie Rapunzel 3D,layan juga.Aku nak tengok The Social Network,tapi adik-adik aku yang kecil lagi tu belum cukup umur.Rapunzel pun layan jugaaa:)
Sekiaaannnn.