Friday, December 30, 2011

Mencegah lebih baik dari mengubati

Assalamualaikum and good day to all.:)

Today, we will talk about 'prevention is better than cure'.Heheh. Saje jeeee,kita nak cakap..Jom la semua kita minum susu at least 2 kali sehari. Today is my second day of my so-called 'Drink Milk Regime'.
Nak dijadikan cerita, sebenarnya kita ni selalu sakit belakang.Sakit-sakit badan.Tulang rapuh kurang calcium kot.haha. Sebelum ni dah beli susu,minum sekali dah tak minum sampai expired susu tu.
Baru-baru ni sakit kita lagi teruk,macam nak demam tapi tak demam pun.
Maka bermulalah detik baru dalam hidup kita,kita wajibkan minum susu.
Kita beli susu Omega.Suka hati la nak minum susu apa,sebab yang penting calcium tu yang kita nak.Kita compare calcium in 100g Anlene dengan Omega,Omega lagi banyak.Lagipun kita boleh kurangkan cholesterol.Kita punya cholesterol dah borderline kot..ish ish..
Lagi-lagi kita kan perempuan, kita kena banyak gain calcium untuk prevent breakdown of bone ie. osteoporosis.
Tapi,tapi,bagi mereka yang alergik pada susu,banyak lagi sumber lain yang boleh dapatkan calcium macam broccoli, tuna, soya, clam, oyster dan macm-macam lagi boleh gunakan Google:P.
Kita pilih susu sebab hari-hari boleh minum,kalau nak cari sumber lain tu macam agak susah untuk istiqamah.
Apa-apa pun,tak kira la dari susu atau dari lain sumber, please be concern about the importance of calcium to help in developmental of bone.
Ini lah susu kita minum.:D



Tuesday, December 13, 2011

I hope..

I hope I will not miss any of those simple things in you that made and will continuously make my upcoming days,and your imperfections that make both of us simply perfect being together.

Kerna Ku Tak Sanggup, Kerna Ku Tak Mampu Hidup Tanpa Dia Di Sisiku..


We will explore the journey and create our happiness along  the way
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku..

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingatkan-Mu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hantinya 'tuk cintaku..

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
selalu rasa ada cinta agung..

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu kuterseksa tanpa cinta dia
Di hatiku..

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti...

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mahu
Hidup tanpa dia di sisiku..



Friday, November 25, 2011

Ada apa dengan 11/11/11?


Assalamualaikum and barakah Friday everyone.:)

Hari ni masuk ofis dalam keadaan mengantuk,sekarang ni masih mengantuk.Ni nak post entry ni sebab mengantuk la.Blogging hilang sikit mengantuk.Or should I change the title to 'Mengantuk'?Hehe.Sabao sabao,ada benda nak cerita ni.

Sorry la kita baru rajin nak tulis entry pasal tarikh lawa yang datangnya 1000 tahun sekali kan,yang dihebohkan semua orang,ye la,memang tak dinafikan lawa tarikh tu.Memang sesuai sangat nak buat sesuatu yang meaningful on that date.But for me,the date is not what matter, it is the journey that matter.
Kita tahu kan kebahagiaan tu bukan lah datang bergolek,kita yang kena cari along the journey called life.

Apa ada dengan 11/11/11?Yang jatuh pada hari Jumaat,you took that special date or the barakah Friday to make your day?Ada khatamkan surah al-Kahfi lepas solat Subuh?Ada solat sunat Dhuha?Bagi yang lelaki,ada solat Jumaat? A reminder for me and for us.
And I do proud of you sayang,instead of having lunch together as planned earlier,he chose to go to masjid 30 minutes early, afraid that he will be late for Solat Jumaat.At first of course la frustrated,sebab kononnya kita nak ingat la 11/11/11 tu kita lunch bersama sepanjang kerja ni tak pernah lunch bersama.But then,bila fikir balik, I am the luckiest person on earth (well,anyone deserves to say he/she is the luckiest on earth)to have someone that make ALLAH his priority. 

Semoga kasih sayang kita akan menguatkan kasih dan cinta kita pada-NYA.
Hold my hand,don't let me go astray.InsyaALLAH,kebahagiaan milik kita.:)




Tuhan berikan pedoman,tunjukkan aku jalan,arah hidup yang KAU redhai.:)

Thursday, November 10, 2011

Tak akan muncul pelangi tanpa hujan.:)

Assalamualaikum and good day to all.:)

Alhamdulillah, memasuki bulan Zulhijjah,bulan umat Islam mengerjakan ibadah Haji, bulan di mana paling ramai manusia berkumpul di satu tempat pada satu-satu masa iaitu sewaktu wuquf di Padang Arafah.Bagi yang berpuasa, Alhamdulillah semoga beroleh barakah dan semoga permintaan dan doa kita semua dimakbulkan oleh Yang Maha Mendengar.Ameen..
Alhamdulillah,kita masih dikurniakan peluang untuk masih merasa pahitnya ujian dunia,manisnya pertemuan,getirnya terkadang menempuh cubaan dari-NYA dalam masa yang sama,semua itu untuk mengekalkan kita pada berpegang teguh yakin hanya pada-NYA.Jangan pernah berputus asa dengan rahmat-NYA.
Untuk memberi kita peluang,memohon pada yang Esa, balik ke pangkuan-NYA jika tersasar dari jalan.
Alhamdulillah untuk semua itu..

Bagi aku, bersyukur tidak terhingga kerana aku diuji untuk merasa manisnya dan nikmatnya perjalanan ujian itu.
Mana mungkin ada pelangi tanpa hujan mendahului.:)
Hidup ini ialah ujian, jangan mengeluh,jangan menyesal dengan apa yang berlaku,jangan menyesal dengan jalan yang dipilih,tetapi berwaspadalah sebelum memilih jalan itu.
Jalan terbentang luas,untuk kita teliti,untuk kita pilih.Ia terletak di tangan kita.Setelah apa yang kita pilih tidak menepati jangkaan kita,di saat itu,di ketika itu,jangan sesekali kita menyesal kerana terselit hikmah di sebaliknya.
Percaya pada janji-NYA,sesungguhnya selepas kesulitan ada kemudahan.
Apa pun yang terjadi di tengah perjalanan itu, carilah kebahagiaan kerana kebahagiaan tidak datang dengan bergolek.Ciptalah memori yang suatu masa nanti pasti akan kita rindui..

Berusaha,berdoa dan tawakkal, kemanisannya akan dirasai nanti,just a matter of time.Percayalah.:)




Tuesday, October 11, 2011

Kita yang mulakan,kita yang harus tamatkan..

Assalamualaikum..

Ni kali pertama aku tulis pos,saat hati aku dilanda hujan..Hujan yang mungkin tiada henti, atau hujan yang menandakan akan muncul pelangi kelak..
Hari ni,saat ni,aku rasa aku berada pada titik terendah dalam hidup aku..
Esok kena bagi training, yang mana aku pun tak bersedia..
Harap dapat MC esok..Betul,aku rasa tak mampu nak hadapi esok..
Ia mungkin suatu pengakhiran kepada apa yang aku mulakan, atau mungkin sebuah permulaan yang 
tiada pengakhiran.
Aku tahu,permulaannya ialah daripada aku,maka aku lah yang harus tamatkan semua ni.
Pilihan di tangan aku.

Aku mohon Ya ALLAH,jangan KAU uji aku yang lemah ini di luar dari kemampuanku..
KAU berikan aku kekuatan,kepadaku,bagi menghadapi hari-hari mendatang.
Aku pohon pada-MU,berikan aku yang terbaik untukku..
Kurniakan aku kesabaran,tabahkan hatiku..
Andai ini terbaik untukku,permudahkan lah ia..
Jangan KAU sulitkan..

Sebenarnya,aku jenis orang yang kalau ada masalah,aku tak cerita pada kawan-kawan,
and even kepada family aku,
sebab aku ada the best of friend,the best of soul mate.
Hari ni,aku kuatkan semangat,
aku kena kuat.
Aku kena belajar berdikari..
Aku menangis, menangis, menangis..
Ya ALLAH, terasa seperti tidak mampu..Namun KAU tidak mungkir janji.Aku tahu,aku mampu.Kerna itu aku diuji.Aku mohon kekuatan dari-MU Ya ALLAH..

Apa pun yang terjadi,berjalanlah tanpa henti..
Airmata tertahan,waktu untuk dijatuhkan..
Nanti kita kan tahu,betapa bijaknya hidup..
Sepahit apa pun ini, pelajaran yang bererti..
Semoga kepergianmu tak akan merubah apa pun..

Sunday, October 2, 2011

Kita merancang,tapi siapa kita untuk menentukan?:)

Assalamualaikum and good day to all.:)

Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog,kali ini dengan semangat,kerajinan,peluang dan masa yang ada,saya berusaha untuk menulis lagi.Hehe.Bukan untuk orang baca la,sebab dah tahu tak ramai baca.HAHA.Tapi untuk kepuasan sendiri.
Kenangan itu kalau ditulis lebih indah kan?:)

Okay,tajuk hari ini ada kat atas tu..
Pejam celik pejam celik,dah bulan 10 kita kan,lagi 2 bulan nak masuk tahun baru,2012.
Segala puji bagi-MU Ya Rabb,banyak yang diimpikan(wishlist) tahun 2011 ni dah tercapai.Tetapi tetaplah ada yang tertunda kan.Paling happy tahun ni,2011 Ummi dan Ayah dapat gi Haji.
Dear Ummi and Ayah,Nina doakan dapat Haji Mabrur.Ameen.:)
InsyaALLAH,7 Oktober berlepas,dan akan pulang pada 22 November.Dah lama dah Ummi ngan Ayah dalam senarai menunggu,this year,its your turn.
Gembira sangat,terasa nak pergi Haji jugak,InsyaALLAH.Ada rezeki,boleh lah mengerjakan rukun Islam ke-5 itu.
Selain daripada berita gembira itu,saya pun dah konvo,selamat,pada tarikh yang sama dengan birth date.Tu hadiah paling bermakna.
Dah kerja dah,dah masuk 4 bulan.Bos masih baik,rakan sekerja pun best.Semua pun best.
Ada 1 perkara,yang significant,yang tak tercapai tahun ni,mungkin next year?Who knows,tapi optimislah,sebab DIA yang menciptakan kita,maka DIA tahu apa yang terbaik untuk kita selaku hamba-NYA.
Jangan putus asa dengan rahmat-NYA.
October 6th, 2008.
And you,thanks for always know myself more than I do.To handle with care,to love me for who I am,to be with me through my day and night.For the rest of my life,you will always be the best part of me.<3

Sunday, August 7, 2011

Terimalah ku sebagai hamba-Mu,ALLAH..


Salam Ramadhan.:)
Lets go through the lyrics by heart.This nasyeed,touched my heart.
                                                                      Dengar di sini
Hamba-Mu,by Mawi and Akhil Hayy.


Ke arah satu perjalanan

Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisi-Mu ku berserah
Terimalah ku
Hamba-Mu Allah
Hamba-Mu Allah…
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisi-Mu ku berserah
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Saturday, July 23, 2011

Sunday,please come faster.

Assalamualaikum and good day to all.:)

Dah lama tak update blog.He he.Busy la katakan.
I am here in Singapore now,have to attend the training.
Bertiga, all of us were just joined this company for no more than two months. Maybe that is why we are chosen. Hehe.
There is no program for today. So, my friends are going out sightseeing maybe. But I am not. No guts to do so. Pertama sebab malas,rasa lenguh kaki berlari takut terlepas flight pagi semalam belum habis.
Keduanya,sebab rasa tak interest sebab dah pernah dating sini dengan family. This is my first time travelling this far without family members. HomesickL
Ketiga, because I need to saving. Kalau dulu everything is on Abah, dah kerja ni kena sendiri. Kena pandai-pandai la manage money.
Yang seorang lagi sibuk ajak pergi Mustaffa, kedai popular dengan perfume murah. Memang murah gila. But original! I think half of market (KLCC) price. Tapi pun aku tak nak sebab ketiga-tiga yang dah diterangkan.Hehe.
Lagipun banyak lagi perfume kat rumah belum habis pakai.
Tapi kesian juga tadi, duk ajak,ajak,dia first time masuk Singapore,mesti la teruja kan.
Tapi tu la, aku rasa aku tak nak simpati dalam part ni.
Kalau keluar nanti, kesian kat diri sendiri. (Sounds selfish, so what?)
Aku dah fikir dah masak-masak,dah cakap kat dia,esok lepas workshop kalau sempat kita pergi Mustaffa tu.
Lagi pun flight pukul 11 malam.Dah tak tahu la nak buat apa esok.
Lepas tu dia ajak pergi Marina Bay, tempat yang memang Abah dah janji nak bawa, tapi belum tercapai,pun aku malas.
Malas malas malas.
So aku duduk dalam bilik je, online,tengok tv,makan, lepas tu go through presented slides semalam by HQ’s staff.
So that’s all.
My first niece, Airis Qaisara. So close to Mummy Ja. She has to accept that Mummy Ja got  a baby now:)
Sunday, please come faster because I can’t wait to meet my new nieceJ

Friday, July 1, 2011

Sabar..Sabar..

Assalamualaikum and barakah Friday everyone.:)

Would love to watch Transformers and Sekali Lagi tonight..
But but but he is busy:(
Saya tunggu awak free k,sayang?
(Harap-harap cancel la meeting tu malam ni.kekeke:P)

Kau yang terindah dalam hidup ini.:)

Friday, June 24, 2011

Aktiviti di kampung halaman.




Assalamualaikum and a very good and barakah Friday to all.:)

Okay,I am in office right now.Rindu nak update blog.(hahaha)
Nak cerita ni pasal balik Kampung Chicha tanah tumpah darahku bulan lepas,Jun.Balik sekejap je pun,but packed with activities.
Haaa,biarkan gambar berbicara:p


1.Memasak.

Menu nya:Ikan merah masak cili padi, sayur lemak,ayam pedas,ikan goreng

2.Bachok,menikmati keropok dan pisang serta apa-apa yang digoreng celup tepung

3.Adikku Boboy and the gang buat rambut macam pemain bola

Nampak tak?

4.Kolam ikan.This is Airis and sepupu-sepupu Mummy Ila.

This is Khasif and Kimi.

4.1.Pendahuluan di kolam

4.2.Kolam

4.3.With hasil masing-masing.

4.4.Mencari anak ikan.

4.5.Itu my adik,leader,dah masuk dalam jala.

4.6.

4.7.Mengarut betul la Boboy ni.

4.8.Ikan bakar(patin) in the making

4.9.Penunggu lauk masak

4.11.Antara hidangan yang dah siap.Some more ada gulai itik,ayam kampung goreng,sayur lemak.

4.12.Abdikan kenangn bersama tuan punya(di belakang,kecik)

4.13.Ni nak tunjuk pemandangan di belakang tu k:P


That's all.Sambung kerja.:)

Tuesday, June 14, 2011

7 Hari Berkerja

Assalamualaikum and good day to all.:)

Hari ni hari ke-7 beta menjalankan kehidupan sebagai seseorang yang berkerja.No more lepak-lepak at Abah's office,di kedai makan,hidup dah ada hala tuju:P

So far everything goes well,just as planned.Alhamdulillah,semuanya ALLAH permudahkan.Few things I should always bear in mind is KEBERKATAN.Ni part yang susah ni,kena jaga masa,ni update blog ni sebab tak ada kerja lagi.Haha.(pandai la alasan)

Lepas ni dah dapat kad touch-n-go kena beringat supaya tak guna untuk kepentingan sendiri,telefon pejabat jangan guna untuk call untuk urusan peribadi.Solat kena jaga.

Hari Jumaat lepas was my very first time attended a case,a pelvic fracture at UMMC.I was just observing my senior working on a cell saver,a machine to salvage blood.Will be used for expected massive blood loss.Basically my task is to operate that machine with some other machines,same concept but differ in when-to-use.
Operation tu mula pukul 9malam,habis dekat pukul 3pagi.It's a wow for a beginner like me.Tapi jangan risau,boleh claim OT.Wakaka.Parking pun boleh claim.Settle first task.

The other task of mine is to do a user training session.Yesterday we did it at Hospital Tunku Ampuan Rahimah,Klang.Started at about 9am,finished at 5pm.We do a training to the nurses of Blood Bank there on how to use an apheresis machine.A machine to separate blood components.

Itu sahaja.

p/s:gambar upload later,sekarang belum ada.
Thanks for dropping by:)

Tuesday, May 31, 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Dup Dap.Dup Dap.Lub Dup.

Assalamualaikum and Good day to all:)

Tajuk entry kali ini menggambarkan jantung ku yang sedang berdebar-debar menunggu panggilan (kalau dapat).Dapat apa?Haaa.ce teka ce teka.Ehe

Ceritanya bermula apabila semalam saya telah menjalani interview di sebuah syarikat pengeluaran barangan seperti mesin-mesin di hospital,Transmedic Group of Company dekat Solaris Dutamas.
If I will be accepted to be part of the team,antara tugas-tugas nya ialah:

Pertama-Teaching the staffs on how to operate those complicated equipment
Kedua-Troubleshooting the machine,if let say ada problem,I have to troubleshoot.Jangan risau,saya akan dikursuskan dulu.Hehe.Takkan la nak memandai kan dah la harga beratus ribu riban.Haihh,mana nak cekau nak ganti tu hoi.:P
Ketiga-Standby ni ala-ala oncall kalau ada kes.

If I will be accepted,I will mainly work in hospital,all around Malaysia.Will have to travel.And even keluar negara pun sebab ada expanding branch in Indon,Vietnam,Hongkong and so on.Ibu pejabatnya di Singapore.

La ni masih belum dapat call atau apa lagi.Sebab dia cakap nak call hari ni kalau dapat.
Tu pasal la dup dap dup dap kat tajuk tu.Dah siap ngan additional sounds lagi.HAHA.
Kalau dapat start esok,working hours from 0830-1730.5days per week.

Saya dengan rendah diri nya memohon kawan-kawan untuk titipkan doa supaya saya diterima berkerja.
I thank you all for the prayers.:)

Satu lagi,kenapa susah sangat nak upload gambar?memang susah ke? 

Tuesday, May 24, 2011

Visit Melaka,the city of History:)

Assalamualaikum and good day to all.:)

I woke up early today,because I need to fulfill my need which is jogging. Hehe.It has been a while since the last time I jogged,at the park near my home,last time if I am not mistaken in 2010.Huh,tu pasal la badan rasa buntal dan memang tak sihat.Cepat mengah,turun tangga naik tangga dalam rumah pun rasa tercungap-cungap.Memang boleh rasa beza.Everybody needs to have a healthy life style ok,not just for kurus:P
Let's start from now on,be consistent ok?

Okay,banyak mengarut daaa,lari tajuk.
Back to the topic,last weekend my family and I (of course) went to Melaka,or Malacca in English (is it acceptable?) for a day. Actually, my dad ada konvoi kereta ke Melaka,we planned to meet there as mereka bertolak awal.Apart from that kalau nak follow pun for sure tak sempat, konvoi sports cars,about 70 of them.
I drove the others to Melaka,it took us about 1 and half hour.Menagntuk drive masa tu,but yakin boleh kan,so everything gonna be okay.Boleh je nak switch driver,but buat spare my sis untuk time balik.
We also planned to go to Singapore,but HE is the best planner and HE knows best.:)
Tak jadi ke Singapore due to some reasons.hehe

Sampai Melaka,terus ke MIMC (Melaka International Motorsports Circuit).Jangan tak tahuu,Melaka dah maju.Melaka maju 2010.Watched some of them performing,it was great.But my dad was not participating sebab dia cakap sayang,nanti kereta kotor.(It was raining before that and he is very particular in terms of kebersihan kereta,not only his,his daughters' as well)

Then after that, tunggu ketibaan Kak Long and family.Sebab her hubby works till 5pm,they made a move after that.Jalan pulak jam,pukul 10 baru sampai haaaa,bertolak pukul 7 tuu..Hebat!
Program wajib iaitu makan di Medan Ikan Bakar Umbai diteruskan.Here is the place,a must-visit if we went to Melaka.Order macam biasa,siakap bakar,sotong sambal,cencaru bakar,udang goreng butter,ketam goreng kunyit and mesti ada otak-otak.Nom nom nom.*perut tengah lapar ni*

Around 12am balik hotel,sleep as well.Woke up and breakfast.As this is our first time to visit the historical places,(we went to Melaka quite several times already aaaa,I belajar dekat kolej matrikulasi sana bersama  sarah, tapi kelas lain-lain,and my sis pun ada sana)

But this time around our visit was quite different,tentatif dia lain.hehe.We went to A Farmosa,tapi dah senja masa tu.Me and my sisters with our one and only brother naik atas sana which was once a church.
A Farmosa was a famous one,built by Portuguese led by Alfonso d Albuquerque in 1511,this is among the remaining European architecture in Asia woooo.And this is one yang I still remember until today from my History subject.Heehe.Yang lain tak usah cakap lah,OUT!ekeke

Okay lepas tu,kita pergi Muzium Samudera.All I can say is it is about perdagangan di Melaka sejak zaman Parameswara and Hang Tuah as the most menyerlah Laksamana and so on..






Makan cendol jam besar,famous one.I saw ada keratan akhbar which mean gerai ni pernah masuk paper derrr.Lu ade?Hehe.Murah pulak tu,most of us makan cendol pulut.Cost us only RM 2.70/1.70 per mangkuk.Tak ingat.KL ada harga macam tu?Nan hadoooo..

Tunggu cendol pulut.Dahaga..

This is cendol pulut.Very sedap.Ummph!:D


Dah kenyang tu pergi jalan-jalan and balik KL.That's it.Our weekend:)

p/s:lepas ni dah rajin nak update blog sebab baru buat masuk nuffnang.Hehe

Thanks for dropping by.:)

Saturday, May 14, 2011

Masters

Assalamualaikum and good day.:)

Dah lama tak update blog,hari tu alasan busy study kan,ni dah habis final exam pun tak juga update.Busy apa lagi?hehe.

Ada benda penting nak share dekat sini.
Hari tu,lepas final exam,rasa macam nak sambung study.Unfortunately,di Malaysia tak ada lagi Masters in Science of Paramedic which my bachelor's degree was.And then dengan semangat berkobar-kobar, aku google la untuk cari kan.Then dapat jumpa one or two.Apa lagi,terus apply.Isi form online dengan ketabahan yang tinggi.I chose the one in UK,University of Hertfordshire.Anyone knows about this uni,kindly provide me some info.Huhu.

But masa isi ni dalam hati aku macam fikir saje suka suki je isi,tak la harap sangat dapat tempat since my undergrade punya result was not satisfying.
God knows best,today I received the email saying that I've got the place to study there,which will be in September 2011.So nak tanya pendapat yang baca ni,should I proceed or should I gain working experience first?
But the problem is,tak tahu pula nak ke tak nak...

Ya ALLAH,bantulah aku untuk membuat keputusan yang tepat.Ameen..

Tuesday, April 12, 2011

Budak kecil berhati besar.

Assalamualaikum and good day.:)

Well,walaupun exam dah esok lusa,actually it will be on 18th-21st of April,namun nak jugak update.HEHE.
Sebelum masuk topik,please doakan saya dapat jawab exam dengan tenang dan cemerlangnya.Ameen..

Okay,back to the topic.
Tadi,dalam waktu Isyak, kakak saya call,sebenarnya dia nak tanya dah masuk waktu ke belum,suruh saya belek tv 106.Alang-alang dah call,banyak la cakap.Macam duduk dekat oversea kan,padahal jumpa je hari-hari.HAHA.

Kakak saya mula bercerita;

Cerita nya ialah pasal adik bongsu kami,Putri Dania Alysya, we call her Moksya or tebuan.You know why?Because she is grumpy little children and sangat lah panas baran.Now she is 7.
Tapi dia sebenarnya seorang yang sangat mudah tersentuh youuu.
Alkisahnya semalam,masa nak tengok movie dengan kakak saya,(yang call ni),dalam kereta dia menangis.
Teresak-esak.Mesti sedih la kalau tengok dia menangis.Isk isk..Kalau menangis yang style teresak ni la kan,bukan style meraung tu.Kalau style meraung rasa nak letak luar kat pagar.

Pastu kakak saya tanya la,kenapa adik nangis? (call her 'adik' bila nak slow-talk atau bodek:P,and kita cakap guna bahasa ibunda kita,nak type ni takut ada orang ternganga pulak. #bajetramaiorangbaca)
She replied,tak ada apa,biarlah dia je yang tahu.(ouchhh,how sweet of her)
Kakak saya tanya lagi,'Alaaa,cakap la,bagitahu Kak Ja je,Kak Ja tak bagitau sesape.'(dah tipu sebab dia cerita kat saya dan of course akan tersebar di kalangan adik-beradik kami)

(susah gak dia nak cerita,main tarik tali dulu,plus ada adik lelaki kami seorang tu,her partner-in-crime,suka usik dia,cakap dia nangis sebab nak ambil perhatian)

At last dia cakap juga,'Adik sedih,sebab kakak-kakak adik suka cakap adik nakal...'
Kakak saya tanya,'Sape kakak adik yang cakap tu?'
She said,'Semuaaa,Kak Ila,Kak Long,Kak Fiza,Kak Pya'
(nama guaa tu firsttt,alahaii,sedih nyaa)
Noted that nama kak Dila (adik saya,selepas saya) tak ada,sebab Kak Dila memang baik dengan semua,and ikut je apa-apa yang adik-adik nak.Cayalahhhh Kak Dilaa.

Lepas dengar je kakak saya cerita ni,macam sedih la juga,sebab kita ingat dia kecil,tak ada la nak ambil hati.Rupanya dia memang makan dalam.
I am sorry Alysya,will call you Good girl after this.:)

Moral of the story:Jaga la hati sesiapa walaupun dia budak kecil yang kita anggap tak reti apa langsung.
But my Alysya really thinks like adult walaupun kadang-kadang dia grumpy,nakal,tak dengar cakap.

This is she:)
Okay,nak sambung study..


Thursday, March 31, 2011

Man with no arms and legs.

Assalamuaikum and good day to all.:)

This video was shared during our defensive driving course yesterday.Very inspiring.
Feels like crying?Go ahead,but move on.Never stops.


Let's have a look,think and be thankful for what we have.:)

Terkadang aku jatuh dan menangis..Terkadang,aku rebah tak daya berdiri..

Sunday, March 27, 2011

Hana Tajima.

Assalamualaikum and good day to all.:)

Hari ni dah sihat dah,tapi belum fully.Sebab batuk pula menyerang.Tapi it's okay selagi tak demam because I can't stand on fever.:(

Okay,back to the topic.Hana Tajima.
Semalam kemas-kemas tudung,masukkan dalam 1 bekas petak yang beli dekat Jusco.*Ni pun nak bagitau ke?*
Al kisah terjumpa la selendang Arzu dan anak tudung yang saya beli lama dulu,sebab konon-konon nak berselendang la kan.Ehe.
Tapi rupanya,hangat-hangat taik ayam sahaja.nak buat macam mana,tak yakin diri la kalau pakai,kepala jadi macam robot.HAHAHA.
I prefer wearing Ariani,my all-time tudung.
Tapi semalam,sebab rindu ke,sebab apa laaa yang menghasut,tergedik nak pakai ala-ala Hana Tajima, siapa yang updated mesti tahu ni.Haaa,jangan tipuuu:P
Naik je kereta dengan si teman dating,kepala jadi keras.Kahkahkah.Tergelak si driver tu sebab sebelum ni tak macam ni pun.Aaaa,malu okay.

Dahla terjumpa dengan kawan masa upper form.Aaaaa,tambah lagi maluuuuu.
Rasa macam muka tak sudahhhh.Aaaaaaa.


Okay,walaupun malu,nak juga letak pic.Jom gelak ramai-ramai.HAHAHAHA

Thursday, March 24, 2011

Tiada kekuatan melainkan dari-MU..

Assalamualaikum and good day to all even I am not in good condition..

Just to share,this is my all-time-favorite song.It gives me strengths, like a reason for me to survive.Not so,but it is just like,the lyric suits me,throughout this journey called life..

Ku mohon..

Setiap hari ku mohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan,dalam hati kekuatan
Menempuhi segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Kau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran

Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak-geriku
Berkatilah ku perlu rahmat dari-Mu



Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepada-Mu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan-Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat-Mu pada hidupku.

Picture from Google Image


Ya ALLAH,jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau dalam kadar sekelip mata.Ameen..

Saturday, March 12, 2011

Tertekan.

Assalamualaikum and good day to all.:)

Ini kali kisah nya ialah apabila saya tertekan.
Bukan tertekan biasa-biasa,ini tertekan tahap rasa nak makan kepala orang.
Bila saya tertekan macam ni,maka saya akan menangis.
Dulu masa lower form selalu jadi macam ni,bila tak faham apa yang diajar oleh cikgu-cikgu yang comel.
Saya masih ingat subjek Geografi yang ada longitud and latitud tu,punya la susah nak faham menyebabkan saya tertekan!
Kawan-kawan satu kelas dengan saya masa lower form mesti faham perangai saya.
Bila dah tertekan,bukan boleh duduk diam,kena push juga sampai boleh faham.
Belajar la sambil menangis.
Depan-depan cikgu comel pun menangis.
Eeeeeii,so childish.
Bukan pasal belajar sahaja okey,pasal makan pun.
Kalau pergi dewan selera lambat,maka makanan habis.
Perut lapar,dan tertekan.
Menangis lagi.Kesian Syarah Farhah,kena la teman pergi beli makanan dekat kooperasi.Hihi.

It happened again,I was stressed!
Cari klinik haiwan untuk Mimot tak jumpa.
Bayangkan,dari pukul 3.45petang keluar dari rumah,balik rumah pukul almost 8,masih tak jumpa klinik tu.
Makk aiiii,tertekan nya dalam kereta,dengan jem yang memang biasa je untuk Kuala Lumpur,
tapi ada juga yang rasa nak bunuh diri bila keadaan macam tu.
Ya Ampunn,punya la susah nak jumpa bila nak,bila tak nak,banyak pula nampak.
Hmm.Ada la tu hikmah kan.Sabar.
Dan syukur,masih ada kereta untuk bergerak.
Dan minyak kereta yang separuh dah nak habis.
Gila.Memang gila.Macam dah pergi Melaka,padahal pusing-pusing jalan sama je.
Tapi disebabkan jem yang teramat.
Sakit mata tengok jalan,sakit belakang duduk lama sangat,sakit HATI tak jumpa klinik tu.
Kesian Mimot,kulit dia macam dah infected.Sob sob.
Hari ni nak pergi cari lagi.
Tolong la jangan jem.

Introducing my Mimot:)

p/s:puas hati dapat upload gambar.hehehe

Sunday, February 27, 2011

Alhamdulillah,DSLR is ours:)

Assalamualaikum and good day to all.:)
Quick update.Excited,bak kata hubby,saya teruja.
Yes,I am.No doubt. Extremely excited with this gadget.
Dulu pernah dia janji nak beli DSLR,nak rakam semua memori kami.
Dah dapat dah,tunggu nak snap.
Masukkan dalam album yang dah ada lama dulu tapi tak terisi,cuma ada satu gambar.
Gambar yang bakal mengetuai gambar-gambar hebat yang lain.
Jeng..jeng..jeng..

Sunday, February 13, 2011

Cara ALLAH bagi rehat.

Assalamualaikum and Good day to all.:)

Sebelum masuk tajuk,nak ingatkan semua yang hari Selasa ni Maulid Rasul kan,sama-sama kita banyakkan selawat untuk mengingati Baginda,yang al-Quran itu sendiri adalah akhlaknya.Mulia sungguh Rasul junjungan kita,harapnya dapat syafaat dari Baginda nanti.Insya ALLAH,ameen..
Dan,ingat Baginda bukan pada hari itu je tahu,kena istiqamah.Sebagai salah satu cara untuk istiqamahkan diri mengingati Baginda,kita boleh baca selawat sebelum solat,sebelum niat tu kan.Of course,insya ALLAH,kita akan istiqamah sebab solat pun kita wajib kan.:)
Sama-sama amalkan ok..Untuk peringatan saya dan pembaca juga.(Macam ramai pula baca.HAHA)

Okay,get back to the topic.
Minggu lepas,masa 7 Februari-11Februari lepas seronokkk sangat!Eheee.Rasa macam bahagia gila hidup.Sebab biasanya kena posting 10jam kan,kebetulan minggu lepas saya punya turn posting dekat St.John Ambulance,dekat je dengan rumah ni.TAPI,saya paling tak suka tempat tuuuu.Sebabnya kan,sebab nya ada staf kerek kat sana.Ops.Tak boleh sebut nama.
Sangat tak suka,Alhamdulillah,minggu lepas minggu tak payah posting.Sebab kena present case dekat PPUKM,start pukul 8.30 pagi tuu.Itu yang paling best,kalau ikut biasa,posting pagi start pukul 7 kan.Haa,dah banyak masa untuk apa?Untuk tidurrr laaa.Ohh,my favourite.Hehe.
Lepas tu,yang syok juga,balik pun awal,tak sampai pukul 1tengahari dah boleh balik.Heaven!Baru rasa ada life.:D
Sehari je baki posting di St.John,semalam la,posting petang.Masuk pukul 12pm-10pm.Hmm,penat.Penat sebab tak ada case.Aduhh.Buat apa je,belek-belek buku,lepas tu tengok tv,sempat lagi layan Dil To Pagal Hai,tapi tak layan sangat.Sebab cerita tu jenuh duk menyanyi,kalau Kuch Kuch best juga kan.Hee.
Demand,orang dah bagi tu tengok je lah.Haihh.Ini lah salah satu sifat yang perlu disingkirkan dari hati..
Jahat betul kan,tapi semua-semua,yang tak perlu posting tu saya anggap sebagai cara ALLAH nak bagi hamba-Nya rehat.Alhamdulillah.Sangat-sangat syukur.Present case lebih baik daripada kena posting dekat St.John.Huhu.
Rasa boleh bernafas,boleh facebook lama sikit,boleh makan-makan dengan family.Biasanya memang balik tu,terus menuju bantal.Sleeping beauty,tidur kena cukup.Kalau tak cukup tidur nanti merengek.Bajet baby pula kan.

Next week start block baru,critical and non critical posting.Tak perlu ikut ambulance daaa,stay dekat Emergency Department (ED) je.Menggelabah juga nak kena update ni,drugs dilution,drugs dosage,reporting,diagnosis,bla..blaa..blaa..sebabnya kat ED tu semua benda nak kena cepat,lagi-lagi kalau kerja kat resuscitation room aka red zone,kalau lambat,siap la kena maki dengan pakar atau registrar incharge.Ewww,sungguh tidak sanggup.Tapi kalau ada yang baik tu,tak marah la kan.
Maklum la,manusia ni macam-macam,dan kita sebagai pelajar dalam proses menuntut ilmu mesti banyak bersabar.Itu yang sedang nak didik hati ni.Sangat susah nak sabar kalau kena marah,rasa nak balik,tak datang dah.Huhu.
Semoga dipermudahkan segala urusan.Doakan saya supaya dapat belajar dengan baik ye.

Terima kasih kerana membaca.:)



Monday, January 31, 2011

Dulu lain,sekarang cara lain.

Assalamualaikum and good day to all.:)

Malam semalam, 30hb Januari,aku dating keluar dengan Mr.Hubby la kan,siapa lagi.Ehe.Tujuan utama ialah untuk beli hadiah sempena pernikahan rakan sekelas aku,Nailah,pada 3 Februari ni,dan kami akan hadiri majlis di sebelah pihak lelaki,di Sungkai,Perak.Insya ALLAH.

Mr.H dah cakap dah nak pergi Wangsa Maju sekejap,ambil rim kereta dia yang telah ditempah berabad lamanya,baru siap.Mungkin orang yang buat tu sibuk sungguh.Tak tahu la.Tapi excited nya dia nak dapat rim ni kan,sampai kan dah dapat tu asyik duk tenung je rim tu.Aku ni dah sah-sah kalah kalau nak lawan dengan rim tu.HAHA.Tapi tak apa,sebagai orang yang istimewa di hati beliau,dan beliau istimewa di hati aku,ceehhh,aku sokong minat beliau dan jauh sekali untuk aku halang.Weekend lepas pun dia pergi konvoi gang kereta oldschool kat Johor,betapa minatnya dia kan.Macam kita minta kasut selipar bla bla kot.Tapi kereta dia tak join pun,sebab rim tu la,lambat siap.Sabar je la..Next time ye,Sayang.:)

Okay,dah settle pasal rim tu dalam pukul 8malam,kami bergegas ke Jusco Maluri,nak kejar Maghrib lagi.Memang dah plan dah nak beli dekat Jusco.Mr.H la bagi cadangan memandangkan aku tak tahu kat mana tempat terbaik untuk beli barang tu.Tempat nak beli settle,barang nak dibeli memang memeningkai.Usai solat Isyak,dalam pukul 9malam,aku cuci mata beli buku dulu dekat MPH sebab tergoda.Lokasi MPH dekat sangat dengan surau.Huhu.Apa daaa..
Antara barang yang tersenarai untuk dipilih sebagai hadiah di hari bahagia Nailah ialah comforter, barang elektrik seperti periuk serbaguna tu,sebab Nailah ni memang power bab-bab memasak,dan satu lagi ialah rice cooker.Barang elektrik juga tu kan?Haha.
Pusingan pertama,pusing tempat barang elektrik..Punya la pilih,pilih dan pilih,Mr.H pun dah tolong bagi idea tapi aku sewenangnya menolak ideanya.Hehe.
Tak puas hati dengan barangan elektrik,bergerak ke kawasan comforter,pilih lagi,terakhir sekali aku dapat jumpa yang untuk aku je,untuk Nailah aku tak tahu nak pilih yang macam mana.Risau kalau dia tak berkenan,tak diguna pula nanti,ye dak?Hehe.Okay,tak nak comforter walaupun Mr.H cakap,kalau kita bagi mesti dia guna je.Aaaaa,tidak,aku tak setuju.Kedegilan terserlah.
Beralih semula ke tempat barang elektrik.Tengok periuk nasi,tengok kipas,tengok periuk yang ada set tu,semua nya macam okay,tapi aku tetap rasa macam risau la kalau dia tak guna macam membazir la kan.Lagi satu aku nak,barang yang aku bagi ni akan memberi manfaat untuk dia,mudah-mudahan..
Aku hampir putus asa,lepas tu nampak barang terpilih ni,haaa,kami berdua serentak,ni pun bagus ni!Dah dapat nak beli apa,pilih pula mana yang nak beli.Bukan senang,sampai dah sakit belakang Mr.H,kesian juga.Tapi biar lah,HAHA.Dah pukul 11malam kot,tapi Jusco tutup lambat semalam,baru kami berjaya pilih yang berkenan di hati kedua-dua pihak.Faktor utama kami pilih barang tu,sebab rasanya less likely nak ada orang bagi kalau ikut pengalaman aku la.Lagipun kami bersetuju,benda ni dia akan selalu guna,tak ada nak gilir-gilir macam comforter dan alat-alat lain.
Apa yang kami beli tu?Haaa,tunggu la majlis tu selesai,nanti bocor la rahsia kami.Ehe!
Selesai pilih,dah bayar,dah test.Lepas.Masa untuk pilih pembalut hadiah.Aku minat yang funky,Mr.H punya la pilih yang sentimental.Ewww,so I don't like.HAHA.Jahat betul.Tapi at last aku ambil yang dia pilih juga,tak sentimental sangat.Exclusive juga.Card pula satu hal.Sama la,aku pilih kad yang macam kartun,dia pilih yang sentimental.Hmm..Dia sangat sentimental okay!Hee.(Gurau je,Sayang.Tapi memang betul kan semalam awak pilih kad jiwang lagi berbunga?Ekeke:P)
Siap dah semua,kad aku ambil yang dipersetujui bersama.Pergi dekat service counter untuk balut hadiah tu,and perjalanan kami masih jauh..
Dalam masa dia memandu,aku terfikir,kalau dulu,kami dating tak ada nya nak buat benda berfaedah macam ni kan semua hal kerja.Kalau dulu,dating kami wajib makan and tengok movie.
Sekarang ni macam dah tak ada masa untuk itu semua,The Tourist pun aku belum sempat tengok walaupun aku craving to watch Angelina Jolie in action,tapi itula,kami terpaksa akur dengan arus hidup yang semakin mencabar dan kesibukan menhimpit diri.
But still,Alhamdulillah,tak banyak yang tak berfaedah berbanding dulu.:)

Dah sampai rumah,teringat,kami nak beli racket sebenarnya,nak bersukan.Lain kali ye kita beli racket, okay Sayang?

Till we meet again.Loves!


Mimot-Hari ini haru keranamu.

Assalamualaikum and good day to all.:)

*This has been wrote on 25th of January, and the writing is continued today.

Hari ini hari ke-4 aku cuti sakit,bersijil okay,bukan sendirian berhad and lagi sahih sebab sijil ni dari medical officer PPUKM.He he.No bias,no rasuah pleaseee..:)
Dulu aku banyak juga sijil sakit ni,tapi sebab from General Practioner (GP) clinics,so they rejected my sijil sakit and I have to ganti all the days yang I tak pergi posting.Hmm..So now,no doubt.I was seeking for medical attention at PPUKM,kalau nak suruh ganti juga,layan sahaja la.Nak buat macam mana kan,kita pelajar sahaja.Jangan besar kepala dulu,kalau boleh dah kerja pun jangan besar kepala.Itu sifat mazmumah okay.

Berkisar tentang cuti ni,sakit aku dah semakin menunjukkan tanda untuk sembuh,tetapi masih lagi gatal.Worse is,tak boleh berpeluh.I have to take a bath quite regular.Aku sebenarnya pemalas mandi.Hehe.Tapi sebab dah sakit kan,by hook or by crook kena mandi lah bila dah berpeluh.Badan pula senang berpeluh,sihat kot.Ngee.Tak tahu la nanti nak posting macam mana,harap-harap tak ada la tergaru-garu macam apa je.Ops,haa,Khamis ni dah boleh mula posting,sebab aku hanya diberi cuti sehingga esok,26 Januari 2011.Rasa malas pula kan,dah lama cut

                                                    ***************************

Pasal tajuk atas tu,hari ni Mimot keluar rumah.Mimot ialah seekor kucing yang aku bela sejak 22 April 2010,dah hampir setahun.Bukan tak pernah keluar,tapi biasanya dia keluar pun supervised.Hari ni kami,aku dan ibu tercinta,biarkan dia berlegar kat luar sana sebab pada fikiran kami,dia dah kenal rumah dan memang tak akan keluar.Itu pendapat kami..Rupanya....

Ma    : Ila,(Nama panggilan aku di rumah),Mimot dah masuk ke?(Ma aku kat luar rumah masa tu,getting    ready to fetch adik dari sekolah,Airis tinggal dengan aku di rumah.)
Aku   : Ha?Tak masuk lagi pun..
Ma    : Tak ada kat luar ni.
Aku   : (Buat relax,dukung Airis yang sedang lena,tapi dalam hati menggelabah wei)
Ma    : Tak ada ni, Ma dah nak gi ni,lewat dah. Nanti Alysya tu merayau lagi.
Aku  : Okay, nanti la Ila cari.

Ma aku dah keluar rumah,memandu untuk ambil adik-adik dari sekolah.
Aku kaget,macam mana nak cari Mimot,takkan nak tinggal Airis sendirian kat rumah ni.Atau takkan nak pergi cari angkut dengan Airis sekali.Kamu rasa apa aku buat?HAHA.
Aku tinggal Airis yang tengah tidur tu,dengan aku tak kunci pintu rumah,aku keluar pergi cari Mimot.Jalan kaki je kat kawasan perumahan aku ni.Dah la masa tu tengahari matahari mencacak atas kepala,tak bawak payung,kalau ingat balik macam orang gila pun ada.Huhu.Dengan memakai baju tidur.Wahahaha:P
Dah cari sampai hujung jalan Pria 6,aku terfikir apa la kalau Airis dah terjaga,sebab dia bukan suka tidur lama.Aku cepat balik,dengan mata yang mengalirkan airmata mengenangkan Mimot.Risau,selamat ke dia kan.Sebab dia memang duduk dalam rumah je,tak pernah terdedah atau didedahkan dengan situasi di jalan raya.Macam-macam dalam kepala aku.Lepas tu mula nak imbau kenangan.Apa aku buat dengan Mimot semalam,sebab Mimot biasa tidur dengan aku,atas katil tuuu.Kalau aku balik,Mimot yang sambut.benda-benda macam tu sangat buat aku terharu.

Sampai rumah,Airis masih tidur.Selamat kan..Tapi Mimot tetap tak ada.Aku duduk-duduk tengok TV,lepas tu nampak macam kelibat sesuatu warna putih kat luar dari sisi mata aku.Mimot balik!Waahh,berbunga hati aku.Selamat.Kupanjat kesyukuran pada-NYA,Alhamdulillah.Terima kasih,Tuhan.:)

Nanti upload gambar Mimot.Tak sempat upload ni,Airis duk merengek ni minta didukung.

Till we meet again.Mmuahs.