Thursday, March 29, 2018

PERLUKAH SUPPLEMENT UNTUK IBU YANG MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera😁

Dah masuk bulan Rejab kan, puasa dah ganti? Hehe. Tanya diri sendiri. Kali ni Nina nak share, apa amalan Nina sebagai ibu yang menyusukan anak sepenuhnya sehingga 6 bulan.

Menyusu si kecik ni pulak, Eisyal dah 3 bukan sayang..

Rutin ni (menyusukan anak) dah bermula sejak 2013, sampai sekarang sebab setiap 2 tahun beranak😂

Harap lepas ni rehat lama. Bukan tak penat, penat jugak nak menyusu dengan sus badan ni. Renyah, leceh. Tapi bagi Nina, lagi senang dari bagi susu botol.

Tak payah pilih susu, tak payah beli susu, jimat banyak dah. Tidur malam pun tak payah bangun, kira on the go je lah.

PERLU KE SUPPLEMENT UNTUK IBU YANG MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN?

Betul ke perlu supplement untuk ibu yang menyusukan anak dengan susu badan?

Nina pun tak ambik masa Amanda, sebab berfikiran tak payah la supplement semua ni. Mengarut! Kan? Siapa ada terfikir macam Nina? Huhu. 

Tapi ended up, Amanda despite fully breastfed, berapa kali masuk wad, sebab jangkitan kuman paru-paru, sampai suspected Tuberculosis. Sedih..

Mom&Amanda di Frankfurt

Sejak dari tu, Nina belajar dari kesilapan, walaupun kita menyusukan anak dengan susu badan, tetap kena cukupkan nutrien, baru dapat khasiat kat anak.

Tampung nutrien dengan pengambilan supplement yang betul. Nina dah mula dengan supplement masa Maryam. Alhamdulillah, setakat ni less admission to hospital compared to Amanda.. semua pun dengan izin ALLAH swt, kita hanya usaha😁

APA YANG NINA AMALKAN?

Nina ada share tips untuk menyusukan anak di sini , untuk ibu yang pertama kali. 

Untuk supplement, apa yang Nina amalkan ialah:


ALFALFA COMPLEX
  • Sebagai galactagogue iaitu  milkbooster
  • Memberi tenaga kepada ibu

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
  • Membantu pertumbuhan sel2 bayi dengan lebih baik
  • Memberikan tenaga kepada ibu. 
Bonus :kulit akan menjadi gebu, parut2 memudar dan sebarang luka akan lebih cepat sembuh


Salah satu fav kombi ESP Nina, iaitu dengan Matcha Milk Tea

OSTEMATRIX
  • Mengandungi kalsium magnesium dan Vitamin D
  • Kalsium diperlukan dalam penghasilan susu ibu  
  • Mengelakkan masalah osteoporosis, gigi patah atau sakit2 tulang
B COMPLEX
  • Membantu ibu mengawal tekanan, sangat penting untung memastikan penghasilan susu yang lancar
  • Mindset adalah utama untuk menjayakan penyusuan bayi dengan susu badan


SUSTAINED RELEASE VITAMIN C
  • Meningkatkan imunisisasi tubuh dengan membantu penghasilan antibodi
  • Disalurkan menerusi susu ibu kepada anak tersayang menjadikan bayi lebih sihat, jarang dihinggapi penyakit


LECITHIN
  • Membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
  • Membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
  • Membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • Membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi 
OMEGA GUARD
  • Minyak ikan dari sumber ikan laut yang telah melalui berkali-kali proses penyulingan
  • Memberikan DHA dan EPA untuk perkembangan otak bayi
  • Menghubungkan sel-sel otak bayi
  • Mempunyai anti radang yang akan membantu melawan penyakit
Anak dah besar sekarang, mereka dan makan Omega Guard sendiri, setiap hari satu biji Nina bekalkan.



Nina akan amalkan sehari Nutriferon untuk hari yang Nina tak sihat, sebab dalam tu ada powerful antibacterial, dari sumber semulajadi. Kalau anak demam pun Nina akan suap 1sachet seorang. Pagi demam, malam terus sihat, pengalaman Nina sendiri.

Mungkin kebetulan kan. Tapi Nina percaya pada produk Shaklee, mereka buat untuk memberi yang terbaik kepada kita.

Apa pun, sebenarnya tak ada yang rigid untuk supplement bagi ibu yang menyusukan bayi, tapi lebih kepada untuk perlindungan dan penyelesaian masalah kepada ibu.

Bagi yang ingin dapat bantuan untuk menyusukan anak, insyaALLAH Nina boleh tolong berdasarkan pengalaman dan sedikit ilmu dari kelas-kelas yang Nina hadir.

Boleh whatsapp Nina untuk pertanyaan atau order. Nina akan bantu, yang penting, hati kena nekad dan cekal untuk menyusukan bayi dengan susu badan.

Sincerely,
Nina Salleh

Friday, March 23, 2018

KONGSI RESEPI: MENU BUKA PUASA YANG MUDAH

Assalamualaikum dan salam Jumaat😁

Awalnya Nina share menu buka puasa kan? Bukan apa, Nina sendiri tak sedar dah dekat Ramadhan, sedar sedar kawan share doa Rejab. Adoi.. lempang diri sendiri. Bila Rejab tiba,  banyakkan istighfar. Banyakkan jugak puasa sunat. Kalau yang belum habis ganti, ganti cecepat k! Hehe.

Banyakkan juga doa ni. Semoga kita semua sampai kepada Ramadhan, ameen.


Rasa macam baru semalam duk buka puasa di Masjid KLCC, Eisyal pun dalam perut lagi. Buka puasa masjid senang, masa tak habis kat dapur. Nak solat pun senang, boleh solat Maghrib berjemaah sekali. (Alasan orang malas masak🤦🏼‍♀️)

Convenient jugak Masjid KLCC, cuma kali ni tak tahu la macam mana, anak dah 3, kalau tahun lepas, anak 2 pun rasa mencabar jugak. Sorang nak kencing, sorang berak dalam pampers. Haha! Kenangan..

Kat masjid KLCC, makanan packing macam ni, sampai je boleh ambik bila kaunter dah buka, dalam pukul 6 macam tu kot. Kalau nak tahu, ramai betul perkerja dan ramai orang warga Bangladesh penuhkan masjid. Lepas kerja diorang terus ke masjid😁

Nina akan bawak bekal macam tu, air Performance Drink untuk hidrat semula badan, dan air kosong sebotol.

Amanda masa ni dah wean off pampers, tapi masih papa kena sorok untuk solat kat jemaah lelaki kalau tak dia menjerit Ya Rabbi Tuhan je yang tahu😂

Budak ni pulak jap nak berak, jap nak makan, jap nak air😆

MENU BUKA PUASA YANG MUDAH

Kali ni nak share, menu buka puasa yang mudah.

Siapa pun boleh buat, dan siapa pun boleh minum, dengan syarat ada bahan utama ni iaitu Performance Drink😉

One of my favorite, Performance Drink X Nenas, pergh rasa dia nikmat sungguh! Hehe. 

MENU BUKA PUASA YANG MUDAH: PERFORMANCE DRINK X NENAS

1) Nenas potong
2) 2 sudu besar Performance Drink

3) Masukkan air sepenuh bekas ni

4) Blend, tadaaaaaa siap! Nina guna ferrana blender senang, shake and go gittewww! Boleh beli dari Nina k, Shaklee punya of course😁

5) Nina akan sejuk bekukan, once sampai masjid, sempat dia cair gitu kan, so kita minum masih sejuk hehe. Fresh, masuk tekak lepas 12 jam tahan lapar kan.

MENU BUKA PUASA YANG MUDAH: PERFORMANCE DRINK X MANGGA

Ni pun sama, cuma tukar mangga. Nina suka mangga, oren dan nenas. Tu semua favorite❤️


Jangan lupa standby Performance Drink untuk puasa k! Menu buka puasa yang mudah, hidrat semula dan bagi tenaga berterusan.

Selamat memanfaatkan Rejab, Syaaban dan semoga kita semha sampai kepada Ramadhan, ameen😊

Sincerely,
Nina Salleh

Friday, March 16, 2018

KEIBUBAPAAN: CARA PENDAFTARAN ONLINE TAHUN 1 BAGI SESI 2019/2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ramai tak kawan-kawan yang beranak tahun 2013? Hihi. Dah nak darjah 1 dah anak kita wak, dah tua dah diri ni. Hehe. 



Amanda belum setahun masa ni,nak darjah 1 dah sayang mom😭

Dah boleh mula daftar anak darjah 1 online tau, sehingga 30 April 2018 untuk anak yang nak masuk sekolah tahun 2019/2020, sebab anak sulung pun masuk darjah 1 tahun 2020, so Nina share semoga bermanfaat.


Kali ni Nina nak share cara pendaftaran online tahun 1 bagi sesi 2019/2020 untuk anak pertama, Amanda Imani yang akan mula sesi persekolahan tahun 2020 nanti.


Senang je sebab maklumat tu kena edit sikit-sikit je. Yang pasti, buku immunisasi anak kena ada kat sebelah 😉


CARA PENDAFTARAN ONLINE TAHUN 1 BAGI SESI 2019/2020





Step 1





Daftar sebagai pengguna baru di website : https://public.moe.gov.my


Isi kan maklumat ibu atau bapa kat sini tau, jangan anak pulak. Ni maklumat pengguna, maksudnya ibu atau bapa atau siapa yang guna untuk pendaftaran online Tahun 1.


Step 2


Log masuk ke dalam akaun, menggunakan kad pengenalan dan password yang kita dah isi di ‘Daftar Pengguna Baru’


Step 3




Step 4




Step 5


Isi maklumat yang diperlukan, dari maklumat murid iaitu anak yang bakal masuk tahun 1, tahap kesihatan anak dan maklumat penjaga










Maklumat imunisasi, pastikan buku imunisasi anak ada kat sebelah sebab kena isi details







Step 6


Dah nak habis dah daftar tahun 1 online, masa untuk pilih sekolah, bergantung pada jenis sekolah dan daerah pilihan




Step 7


Perakuan untuk maklumat adalah benar, Nina pilih sekolah jenis Cina untuk Amanda, sekarang menggelupur nak cari cikgu Tusyen pulak sebab mom and papa Amanda tak ada basic Cina pun hooii hahhaa.




Tadaaaaaaaa!!


Siap, tu je 7 step untuk pendaftaran online tahun 1 bagi sesi 2019/2020. 


Boleh share jika bermanfaat. Mom berazam untuk bagi Amanda bekal setiap hari, dan semestinya Mealshakes untuk kesihatan Amanda.




Sincerely,

Nina Salleh

012-3114040






Monday, March 5, 2018

KONGSI RESEPI : CARA MUDAH UNTUK BUAT BONE BROTH

Assalamualaikum dan salam sejahtera😁

Lambat update entry, sepatutnya dah scheduled pukul 10 pagi, tapi biasalah kita rancang ALLAH swt juga rancang kan. Hehe.

Nina masih dalam mood Ganu, untuk S2U families tour, kami bertiga sampai Terengganu by road. Nina lah driver, power kan? Hahaha

Kawan-kawan Nina semua sihat? Anak-anak sihat? Sekarang dengar cerita musim demam kan? Tapi rasanya tiap-tiap musim pun musim demam kalau kat Malaysia, takde 4 musim eh🤭

Kebetulan pulak Nina buat bone broth, so nak share cara mudah buat bone broth. Tak payah pening kepaleeee, tak payak nak fikir banyak, sap sap soi semua bahan, siap! Hehe.

Nina kongsikan cara mudah untuk buat bone broth, tau tak untuk apa bone broth ni?  Bagus sangat la untuk demam selesema, kaya dengan mineral dan zat galian. Untuk sesiapa ada anak kecik yang dah boleh makan, rajin-rajin buat bone broth ni takpe, boleh simpan stock. Haaa nama lain dia kan chicken stock. Penampah perisa dalam makanan pun sodap, sihat pun sihat.

Jom banteras musim demam tak bertepian😆

CARA MUDAH BUAT BONE BROTH

Bahan-bahan untuk buat bone broth:

1. Rangka/ tulang ayam 
( kalau nak lembu, tukar tulang lembu, yang pasti memang nak yang rangka tulang tu
2. Daun saderi
3. Lobak merah
4. Bawang besar 
5. Bawang putih
6. Asam limau

Senang je, boleh tengok gambar. Nina share.


Ayam yang dah bersih, masukkan dalam periuk besar. Perahkan asam limau untuk extract zat galian dari tulang



Masukkan air yang dah ditapis


Yang atas air tu, kena buang, guna senduk buang, setiap kali mendidih ada benda macam tu kena buang sebab tu bahan kotoran pada ayam


Dah mendidih, transfer ke dalam slow cooker


Set masa sehingga 24 jam, kalau guna lembu, lagi lama 48 jam untuk extract zat dari tulang. Air kena sentiasa tambah


Dah siap, boleh tapis. Isi ke dalam bekas. 


Boleh tambah dalam masakan untuk anak-anak, tak perlu guna perencah sesedap rasa ke, ajinomoto ke, sebab bahaya. Yang ni lagi sihat😉


Sedap kan? Dah jadi makanan😁 Nina buat bubur ni pakai bone broth. Nanti Nina share resepi bubur nasi ni pulak. Anak pun suka.

Dah siap bone broth, mudah kan? Simpan dalam freezer stock tu, bila masak boleh buh dalam masakan. 

Anak Nina Alhamdulillah memang kuat makan dan berselera, sayur pun semua makan😁

ALTERNATIF BONE BROTH

Ada masa Nina pun takde stock bone broth tu. 

Kalau musim diorang tak sihat, ni lah Nina kan bagi, selain dari bone broth, Nina akan bagi Nutriferon untuk boost imuniti. Nina sendiri pun makan kalau demam, kalau makan setiap hari lagi bagus😉


1 sachet Nutriferon, dicipta oleh pakar imunologi Jepun, Dr Yasuhiko Kojima yang ambik masa 40 tahun, bayangkan, bukan biasa-biasa tau.

Dapatkan Nutriferon untuk kesihatan seisi keluarga hari ini dari Nina.

Boleh whatsapp Nina untuk pertanyaan.

Sincerely, 
Nina Salleh