Friday, May 12, 2017

KEIBUBAPAAN:7 TIPS MENGHADAPI ANAK CHICKEN POX

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang berkat😁

Hari ni Nina nak share, tips untuk hadapi anak yang kena peyakit berjangkit chicken pox ni, walaupun mula-mula gelabah, tapi kena cool nanti satu rumah gelabah. Hehe.

Baru anak sorang kena chicken pox, terus nak bagi tips kan.
 
Pooorah siapa nak baca tips hang Nina😜

Biar ler, Nina memang suka share, you don't have to be perfect to share, if you care then you share😁

Anak siapa dah kena chicken pox? Ok la korang ada pengalaman, Nina ni tak ada pengalaman. Mula dengan 1 message dari suami, tunjuk gambar ada biji kat Amanda.

'Ni apa?'
 

Wah dia ingat kita bomoh? 2 biji macam tu boleh jadi gigitan serangga, boleh jadi nyamuk, boleh jadi macam-macam.

Sampai la Nina jumpa sendiri Amanda, sebab sebelum tu Amanda dah kat kampung, Nina masih kat KL ada urusan, ooh dah kena dah anak aku. Selama ni tengok anak orang lain saja..

Bila kena macam tu,beberapa perkara penting ibu bapa kena tahu. Nina boleh listkan ni, setakat yang Nina praktis.

1)JANGAN GELABAH!

Kalau macam suami Nina, dia style gelabah ayam la, ajak pi klinik la, ajak pi hospital la, tapi Nina style rilex😎

Tak ada apa, biasa la, kita observe dulu, Nina cakap. Malas nak pi klinik, lagipun memang Nina lebih suka ke hospital dari klinik. Tu pun kalau perlu. Takkan setakat ada biji 2 macam tu nak pergi jabatan kecemasan sebab hari Sabtu klinik kesihatan tutup, kang dah jadi salah guna jabatan kecemasan😭 

2)KUARANTIN ANAK ANDA

Jangan bawa anak bersiar-siar di pasaraya atau di kedai makan, atau mana-mana tempat awam. Berkurung dulu di rumah. Kalau tak silap Nina, untuk penjawat awam, boleh dapat cuti kuarantin kan 5 hari?

Jangan kecam kalau salah. 
 

Nampak tak bintik-bintik? Teruk jugak la ni dah hari ke 4 rasanya.

Kalau betul, sila apply ye, jangan sia-siakan cuti anda, dan risikokan anak-anak lain di taska😁

3)SELERA MAKAN ANAK

Perhatikan anak anda, kita kenal anak kita kan? 

Selera makan macam mana?

Paling penting, adakah anak kita lesu atau aktif macam biasa? Kalau aktif macam biasa Alhamdulillah, kalau anak lesu lembik, jangan bertangguh.

Guna naluri keibuan untuk justify, perlu ke hospital atau tidak.
 
Dah day 7 of illness.

Alhamdulillah, Amanda aktif saja.

Main concern is, tahap keaktifan anak.

Bila anak tak aktif, nafas laju, atau lain-lain simptom yang mencurigakan, tak selera makan ke, terus ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut.

4)ENCOURAGE ORALLY

Galakkan anak meminum sebanyak mungkin air kosong, dan makan.
 
Her favorite immune booster

Alhamdulillah, Amanda berselera macam biasa, aktif macam biasa, tiada simptom seperti nafas laju dan sebagainya. 

Makan nasi banyak. Minum air kosong pun banyak. 

5)IMMUNE BOOSTER
 
Nina memang bagi immune booster untuk anak, terutama bila dijangkiti selesema, batuk dan demam, 1 sachet Nutriferon sehari untuk tingkatkan imuniti badan. Ketahanan badan melawan penyakit, akan bantu cepatkan proses badan balik kepada asal😁

6)JAGA ANAK DARI MENGGARU

Perbuatan menggaru memang sangat best. Nina sendiri pun tak boleh kalau setakat nak gosok, tapi kagum sangat dengan anak sendiri, bila kita bagitau sekali je suruh gosok, tak boleh garu nanti berdarah, dari lepas tu dia gosok je tabahnya lahaiπŸ˜‚

Mak ni cakap saja. Cakap kat orang boleh la suruh gosok. Kalau diri sendiri memang lagi berdarah lagi sedap.

Mandikan dengan sabun Basic H yang tak ada kimia, tak pedihkan dan tak sakitkan (irritate) kulit , boleh bantu juga dalam menghadapi chicken pox.
 
Untuk mandian, masukkan setitik Basic H dalam sebaldi air, then mandikan, best sebab anak tak pedih.

Lepas mandi,Nina akan sapu herbal blend cream, bau berangin tapi tak pedih pun. Lembabkan kulit, ni memang multipurpose krim, buat lotion pun best!
 
Best sangat herbal blend ni, sebelum ni tengok orang je. Work wonder!

Parut Amanda pun tak ada sangat, Alhamdulillah.

7)TAHU LIMIT SEBAGAI IBU BAPA

Kena tahu limit kita, supaya bila ada apa-apa, kita bergefas ke hospital berdekatan😁

Kadang-kadang, kita dah sampai tahap buntu macam mana nak tolong anak, jangan lengah terus bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Biasanya naluri ibu ni, bila ada tak kena dia tak sedap hati kan? Gunakan juga naluri tu untuk judge perlu ke hospital atau tak.
 
Dah fully recovered 

Tapi kalau jenis hati kering, tolong jangan guna naluriπŸ˜‚

Itu saja tips kali ni. Boleh share jika bermanfaat😁

Sincerely,
Nina Salleh

Thursday, May 4, 2017

10TIPS KURUS TANPA TOLAK NASI

Assalamualaikum and good day semua!

Lama Nina tak bersiaran, banyak benda nak share sebenarnya, waiting list nak cerita pasal anak kena chicken pox, pasal percutian pendek ke Cameron Highland, semua ada kat draft.

Tapi..

Ada yang lagi wow ni, nak tau tak RYG nak buat open sharing lagi, malam ni!

MALAM NI!

Jangan lepaskan peluang.

Ada 10TIPS KURUS TANPA NASI, Coach Aishah yang akan bagi talk malam ni. Coach Aishah dari pengalaman dan pembelajaran sendiri dan dengan pengalaman coaching orang ramai untuk turun berat badan secara SIHAT!

Kenapa secara sihat? Tak boleh la drastik, nanti diet yoyo. Apa tu? Dia kurus sekejap, nanti badan naik macam yoyo, jadi belon.

Nak tahu macam mana nak dapatkan berat ideal? Nak join mereka yang sedang berusaha dapatkan berat badan sihat?

Atau nak jadi penyumbang kepada negara paling tinggi obesiti?

Berjasa kepada negara part obesiti😰
 
Malaysia paling tinggi ok! Sangat ngeri.  Ubah sekarang.

Ubah pemakanan.

Ubah gaya hidup.

Ubah menu seharian kita.

 
Ke nak jadi macam ni? Masa kahwin dengan lepas kahwin beza sangat, Nina taknak la. Kalau boleh nak sama je depan suami, sebelum atau lepas kahwin, tapi perangai susah nak ubahπŸ˜‚
 
Berat masih sama, maintain, dari sebelum mengandung, selepas bersalin dan sampai sekarang.

Nina pun seorang yang tak boleh skip nasi, NASI HIDUPKU adalah moto hidupπŸ˜›

 
 

Ini antara mereka yang dah berjaya.

Anda bila lagi?


Kurus bukan untuk berpakaian ketat.


Perlu ke kurus? Ya sangat perlu, bukan untuk cantik sahaja, badan akan lebih ringan!

Penyakit kronik jugak rendah risiko bila berat dah normal.
 
Muka pun nampak sebujur sireh😁

Nak 10 TIPS KURUS TANPA SKIP NASI?

Jangan lupa whatsapp Nina segera! Nanti Nina akan bagi link untuk masuk dalam group exclusive sharing dari Coach Aishah.

 

Kelas free, percuma untuk semua!

Sincerely,
Nina Salleh