Friday, March 24, 2017

KEIBUBAPAAN: 5 TIPS UNTUK PASTIKAN SI KECIL TIDAK MERAGAM KETIKA BERJALAN-JALAN

Assalamualaikum and good day to all😁

Weekend ni pulak buat apa? Nina ikut event larian minggu lepas, The Running Diva Power of Love❤️

Best jugak join event macam ni. Nanti nak register lagi untuk macam-macam larian lagi untuk 2017.  Coming up next, Bubbly Runs, korang boleh google and register, payment semua online. Tunggu masa nak collect Race Kit je yang ada nombor kita (bib) , pin, dan baju. Nina join yang best dan yang medal dia unik hihi. Kalau setakat bulat atau petak, tak lagi kot.

Cantik kan medal dia?😍

Tu aktiviti untuk mak ayah, untuk anak pulak macam mana? Sebenarnya ramai je masa larian tadi orang bawak anak, anak berlari sama, atau bawak dengan carrier, tolak anak dalam push chair pun ada. Syok sangat kan? Tapi Nina tak bawak anak tadi, anak tidur lewat, kalau bangun mesti cranky. So macam mana nak bagi anak tak cranky untuk dapatkan hujung minggu yang berkualiti?

Kalau anak cranky, mesti plan kita semua tak jadi kan, atau kalau jadi, mesti tak dapat masa kualiti. Masing-masing stress, anak pun stress, anak sedih, mak ayah penat, tak dapat masa kualiti, nak bonding dengan anak.

Nina nak share 5 TIPS UNTUK KELUAR BERSAMA ANAK KECIL.

Mak ayah yang ada anak lingkungan umur 1-4 tahun boleh jadikan tips ni sebagai panduan untuk bawa anak kecil keluar berjalan-jalan.

REHAT YANG CUKUP 
Pastikan anak tidur awal malam sebelum beraktiviti. Macam anak-anak Nina, Alhamdulillah dari sejak lahir lagi, waktu tidur pukul 7-8 malam macam tu. Memang tak berjaga, mungkin sebab kenyang susu dan jugak sebab Nina bedung hehe. So bila besar pun, pukul 8-9 dah mengantuk, tapi bangun memang awal. Anak-anakmemang morning person, pukul 7 pagi tu dah boleh bangun dah. Kadang-kadang lambat pukul 9-10 kalau ada masa dia tidur lewat, bila ada ramai sanak saudara, ada pelepasan untuk mereka tidur lewat. 


Macam mana Nina buat anak tidur awal walaupun sekarang kami duduk rumah family Nina, ada la dah sebulan, rindu rumah😌. Ada je ramai sanak saudara, tapi kalau kita biarkan, memang pukul 12-1 pagi la baru tidur, Nina pukul 9 dah kurung anak dalam bilik. Tak kisah la dia nangis kejap je dari dia cranky esok tu.

BAWA BEKAL DARI RUMAH 
Kalau Nina memang lagi suka siapkan makan anak, dari lepas Subuh masak. Dan makan siap-siap, kalau anak taknak lagi, dalam kereta nanti suap, sampai kat tempat tu boleh terus beraktiviti. Jimat masa. Lagipun anak-anak Nina kalau dah lapar, mula nak mengarut. 


Boleh bawak bekal dari rumah, broccoli nuggets home made sebagai finger foods anak-anak, nak elakkan dari mereka nak coklat la, nak biskut la dan segala macam junk foods, terus jadi kurang makan main meals. Nina bawak bekal jugak, sebab sampai nanti tak payah kalut nak beli, kadang-kadang ada jugak tak bawak bekal, makan nasi kat kedai la jawab dia😂

PASTIKAN TEMPAT YANG INGIN DILAWATI SESUAI UNTUK ANAK
 Jangan fikir tempat untuk mak ayah je, kena jugak memenuhi keinginan anak. Contoh, macam kitorang, kalau untuk anak, suka tempat macam beri exposure untuk anak-anak. Antara tempat yang korang boleh consider, Aquaria KLCC, Zoo Negara dan Farm In The City! Farm In The City top the list la kot.

FARM IN THE CITY


 Mak pun excited.


Sesuai untuk anak sedari dah boleh berjalan, diorang akan excited nak pegang atau nak lari😂

Tapi kena pastikan, umur anak dah sesuai. Umur 1 tahun lebih dah sesuai. Anak dah boleh observe, dan boleh sentuh dan haiwan tu. 


Ada 2 way communication dengan binatang. Haha! Baru la tak boring. Tapi anak-anak banyak yang takut pulak. Mak yang excited hihi. Lepas ni nak bawak anak join run sama jugak la. Hehe.


PAKAIAN ANAK YANG SELESA MENGIKUT TEMPAT DAN MASA
Bab ni kadang-kadang kita terlepas pandang kot, macam banyak order pakaian dari luar negara, kalau yang winter collection tak boleh la nak pakaikan kat anak masa siang hari bawak pergi zoo, kesian meruap anak. Pakaian yang loose je, yang anak selesa, bukan yang kita suka tengok saja. 




Nina sekarang ni banyak nak kena ikut selera anak, sebab dia dah pandai memilih. Pakai tshirt and jeans rasanya paling sesuai, anak pun tak la berdarah lutut kalau jatuh. Hihi.


Kalau pakai macam ni tak sesuai untuk outdoor, siap dengan tight lagi, kalau pergi indoor yang air-conditioned tu sesuai hehe.

IKUT MASA ANAK
Nak pergi berjalan, tak boleh la ikut masa mak ayah. Kalau mak ayah suka lepas, sampai pukul 1 pagi, tak boleh la buat macam anak pun suka. Kita kena ikut masa anak, masa pagi biasanya, anak masih fresh dan excited! Kita bawak jalan-jalan, biasanya tengahari, waktu tidur anak pulak. Kalau pukul 1 baru nak pergi, mengamuk jugak sebab kacau masa tidur.

Takut ayam


Nina share gambar hari tu, bawak anak pergi Farm In The City. Anak memang suka. Tapi ada jugak menangis sebab takut. Haha. 


Masa dekat Farm In The City memang anak suka, si kecik excited main air nak tengkap ikan. Kejap je masa dalam 2-3 jam je spent. Kalau pergi pagi ok jugak sejuk lagi, lagi pun sekarang dah hujan kalau petang kan.

Selain penuhi semua pasal anak, kita sendiri pun kena pastikan dah cukup bersedia nak layan anak, untuk Nina dengan suami, ESP untuk mulakan hari kami, dah cukup bagi tenaga seharian nak layan karenah anak.


 ESP Shake, boleh campur dan pelbagaikan menu. Sedap! Yang penting bagi tenaga, kulit pun jadi cantik.


ESP mixed Ribena

Vivix pulak malam sebelum tidur dah bagi kami energy yang cukup. 


Setiap rumah wajib ada ESP dan Vivix ni😁


One for the album❤️

Nanti ada lagi tips, Nina akan share lagi ok? Semoga bermanfaat.

Sincerely,
Nina Salleh


Sunday, March 12, 2017

MATI ITU PASTI:SEMOGA YANG PERGI TETAP TENANG, YANG TINGGAL MERASA SENANG

Assalamualaikum and good day:)

Korang buat apa weekend ni? Nina rasa weekend ni agak packed sebab, hari Sabtu sehari ada seminar Pengurusan Hartanah, bersama Ieza Yusof Consultancy.
 
Sangat best, sangat membuka mata.

Pernah terfikir tak, siapa yang akan setelkan hutang kita bila kita tak ada?

Pernah nampak tak kes bila ada kematian ahli keluarga, waris ada masalah nak keluarkan duit dari akaun si mati, sebab tak tukar nama. Kalau nak tahu, setakat 2013, RM60 billion duit yang stuck, masuk dalam unclaimed money. Tak dituntut. Duduk di Amanah Raya.

Nina selalu terfikir, macam mana nak buat, siapa nak tolong bayar hutang. Sebelum seminar ni selalu bagitau suami, kalau Nina mati mintak dia tolong setelkan hutang, bukan nak seksa dia, tapi melalui insurans tu, dan duit-duit dalam bank nak mintak dia setelkan hutang.  
 
Hutang ni tetap kena langsaikan walaupun kita dah meninggal.

Alhamdulillah, ada slot macam mana nak agih harta lepas kita dah cari duit, urus, labur semua, kita kena agih. Agih ialah selepas kematian kita. Tu semua ada di highlight dalam seminar lepas. 

LANTIK PENTADBIR HUTANG

Siapa nak urus harta kita selepas ketiadaan kita?Tak perlu risau. Sebab ikut hukum faraid.

Ya betul, itu yang Nina fikir jugak. Tapi nak tau tak, bila tengok orang sekeliling, banyak kes suami meninggal, isteri hilang punca. Nak withdraw duit suami, semua dah kena beku sebab dah meninggal, bukan boleh keluar duit senang-senang. Biasa berapa lama tempoh tu? Nak kena naik turun Amanah Raya.
 
Siapa yang perlu urus harta yang ditinggalkan suami?

Nak langsaikan hutang.

Nak kena bahagikan ikut persetujuan atau ikut hukum faraid.

Sebab tu kena lantik pentadbir harta kita. Nina pun dalam proses nak buat, insyaALLAH kita sama-sama buat.

Kalau taknak lantik pun boleh, pilih waris yang dipersetujui untuk buat urusan ni. Antara wakil yang boleh kita lantik, dari Assalehin. Semalam En.Azlan dari Assalehin yang bagi pencerahan ni. Banyak sangat nanti boleh pilih je. 

En.Azlan cerita banyak kes, yang berpuluh tahun tak setel, sebab tak ada orang nak urus, dan masalah untuk membahagikan harta.

Inilah yang dinamakan 'Wasiat'. Kita melantik wasi, untuk urusan pembahagian harta kita.
 
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Bila ada pentadbir, baru pembahagian harta boleh berjalan, sama ada mengikut hukum faraid atau pun yang dipersetujui oleh waris.

Semua kita maklum, selepas kematian, akan ada hukum faraid tu kan?

Tapi terfikir tak siapa yang nak buat semua tu?

Di sini penting yang lantik pentadbir kat atas tu.

YANG PERGI TENANG, YANG TINGGAL SENANG

InsyaALLAH, bila kita dah setel awal-awal, tak ada isu duit kita akan beku dan hutang kita terbengkalai. Apa lagi yang penting dalam slot semalam ialah, 'HIBAH'.

Contoh, kalau suami ada beli rumah nama suami, suami nak hadiahkan pada isteri, kena buat Hibah.

Bila dah buat hibah rumah kepada isteri, suami meninggal, isteri akan dapat rumah tu. Tak termasuk dalam pembahagian harta pusaka.

Rumah tu dah jadi rumah isteri😊

Banyak lagi benda yang nak share, tapi Nina akan share dari masa ke masa, sepatutnya dalam cycle Duit semalam, topik agih ni last sekali, tapi Nina nak cerita paling awal sebab, semua boleh start buat sekarang, sebab kita pun tak tahu bila kita akan mati.
 
Sama-sama kita bersedia.

Nanti Nina akan share lagi, tapi wasiat ni korang boleh buat siap-siap dah. Tak payah tunggu umur 40-50 baru nak buat. Nina lun baru nak buat😂

Nasib baik pergi seminar tu. Kalau tak memang duk terbayang wasiat tu yang kita assign berapa nak bagi kat siapa tu, rupanya salah selama ni. 

Jangan lupa follow blog Nina, untuk update seterusnya tau. Kalau bermanfaat boleh share😉

Sincerely,
Nina Salleh

Wednesday, March 1, 2017

TIPS MERAWAT KULIT MUKA: CANTIK LUAR SIHAT DALAM


Assalamualaikum and Good March to all😁

Dah lama nak cerita, asyik bertangguh😅

Walaupun kerja dari rumah, kena pandai urus masa jugak, ni masa anak tidur, boleh update entry ni kejap. Penting!
 
Entry hari ni Nina nak share pasal penjagaan muka dari dalam. Macam mana tu ye? Biasa kalau muka jerawat kita akan tukar skincare kan?

Try seminggu, jerawat tak hilang, tukar lagi. Betapa banyak jenis kimia muka kita terdedah, berapa banyak radikal bebas yang dah menyerang sel kita kan? Tapi kita tak perasan..

Sebenarnya Nina sendiri memang dah lama amalkan penjagaan dari dalam, lebih awal lagi sebelum kenal
Nutriwhite.

Nina nak ajak semua pembaca, sebelum bertukar-tukar skincare, cuba pulihkan masalah kulit muka dari dalam.

Pertama sekali,kena kenalpasti masalah pada kulit muka, baru boleh selesaikan. Contoh masalah:

1)Kulit berminyak
2)Muka berjerawat
3)Liang Pori yang besar

Kalau muka berjerawat tanda badan banyak toksin, jadi sangat penting untuk detox. Detox ialah proses untuk buang toksin dari usus, yang mana boleh sebabkan kurangnya penyerapan nutrien pada usus. Rehatkan usus, dan bersihkan usus.

Bayangkan sepanjang hidup, kalau 29 tahun, apa yang boleh jadi pada usus? Dah berkeladak.Ini bukan Nina saja yang cakap, Dato' Dr Suryakhatun pun biasa sebut kalau pasal toksin ni. Jadi bukan dongeng ya. 

Kalau nak tahu lebih pasal detox, Dr Hyman practicing family physician, ada sebut dalam functional medicine😉

Biasa ada orang dia makan macam-macam lepas tu tak ada kesan, dia salahkan produk padahal usus sendiri dah kotor tak boleh nak serap nutrien dari supplement tu dah. Usus dah tepu.
 
Customer Nina, sebelum dan selepas. Tak perlu label kan?

Nina jenis susah jugak nak membuang pagi-pagi, melainkan malam sebelum tu Nina dah telan Herblax siap-siap confirm esok legaaaaa. Herblax ni salah satu agent detox dalam Shaklee tau. Ada banyak jenis lagi sesuai untuk semua jenis kulit.

Kalau consult masalah kulit dengan Nina,daripada terus tukar skincare, Nina memang akan advice, dari dalam. DETOX.

Ikut kesesuain, mungkin akan ada yang perlukan agent detox yang lain.
 
Set detox yang Shaklee offer

Then, Nina akan suggest ikut budget. Yang ni customer Nina sendiri. Muka sangat teruk breakout sebab?

Banyak sangat bertukar product.

Biasalah, umur meningkat remaja, sangat taksub nak kulit licin. Bila berhenti pakai, kulit akan breakout dan jerawat teruk!

Nina bagi dia detox dengan Alfalfa, dan ESP, Vitamin C.
 
PROMO VITAMIN C DAN ESP 2016 lepas, sekarang dah harga biasa😄

Sebab dia student, so itu dia mampu. Alhamdulillah. Much better.

ESP ni memang multi purpose, bukan saja untuk kulit, tapi banyak lagi,

✅nak bertenaga 
✅nak kenyang lama boleh
✅untuk ibu mengandung 
✅Ibu yang menyusukan anak
✅nak turunkan berat badan
✅nak mengurangkan risiko kencing manis ketika mengandung (Gestational Diabetis Mellitus)

Senang saja, dan boleh buat pelbagai resepi. Nina paling suka buat smoothies, blend ais dengan fresh fruits of your choice, then ESP, there you go! Sedap!
 
Salah satu cadangan resepi, ESP mixed ribena. Kalau dapatkan dari Nina, banyakkk lagi resepi boleh kongsi. Hehe.

Selain dari ESP,Nina memang amalkan Vivix dan collagen.
 

Vivix ni pun serbaguna, pelbagai fungsi, untuk kesihatan dalaman, sebab sangat kaya dengan resveratrol, dan tinggi anti oksida. Boleh baca macam-macam artikel dan paling penting, Shaklee dah keluarkan Landmark study tau, bukan koman punya study.

TAK SUKA MAKE UP
Sekarang muka Nina memang tak pakai bedak, nak keluar rumah Nina sapu protection lotion saja untuk SPF. Lotion tu ada SPF 15. 
Untuk skincare, Nina tengah nak completekan set Nutriwhite ni.
Menabung dulu. Hehe. Setakat ni dah pakai 4 ni memang best!
 
Nak keluar rumah, calit eyeliner sikit, calit lipstick dan siap. Hehe.
Dah jadi ratu selfie🙈
 
Nak muka tak payah make up? 

Boleh whatsapp Nina anytime untuk consultation. Nina share saja apa yang Nina amalkan.

Sincerely,
Nina Salleh