Saturday, February 18, 2017

5 SEBAB KENAPA ANDA BOLEH CIPTA MASA DEPAN BERSAMA KAMI, RICH YOUNG GROUP

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua!

Semua buat apa weekend ni? Hehe.

Kali ni Nina nak share, business apa yang Nina buat, dan boleh generate incom berapa banyak yang Nina nak.
Ni family besar kami, Rich Young Group.
Lead by Master Dr Hasifah, seorang doktor perubatan yang dah resign, demi masa bersama anak.

Group besar kami. Masa seminar marketing.
 
Group Nina, The Brightstars group✨

Business ni flexible, dan affordable, yang penting, syariah compliance tau😁

1.We BUILT TO LAST.

Dan lepas ni korang tau kenapa kena join dengan team Nina, bukan setakat menjual.

2.DEDICATED TEAMWORK
Kami ada dedicated team, daripada pelbagai latar belakang. Doktor, cikgu, surirumah, jurutera, arkitek, penolong pegawai perubatan, nurse, macam-macam background yang penting, kami dedicated dan berusaha untuk bantu semua dapat quality hidup yang lebih baik.

Macam mana?
Kami komited nak share kebaikan supplement, yang kami jual, yang terbukti berkesan, dan yang pasti, ada clinical studies. Itu yang penting.

Sebab kesihatan anda keutamaan kami.

3. ALWAYS SAFE, ALWAYS WORK, ALWAYS GREEN

Business apa Nina buat?
Business Shaklee, sebab Nina percaya ia selamat, dan Nina memang pengguna tegar dah rasai sendiri apa kelebihan supplement ni. Sangat membantu Nina. Nina yakin, Shaklee boleh bantu lagi siapa di luar sana.

Nak cari supplement? Cari Nina. Sebab? Nina ada rujukan. Ada doktor untuk merujuk, dan paling penting, kami cadang ikut keperluan. Dan berdasarkan clinical research tau.

Nak tau apa lagi yang boleh dapat selain dari kesihatan yang bertambah baik?

4.UNSTOPPABLE COACHING CLASS
Ilmu yang tak pernah kering, tadah telinga, siap ada kelas setiap masa. Tak tahu mana nak mula? Mula dulu baru tahu. Sebab? Kelas memang kita provide. Dan Nina akan guide awak semua, untuk dapat apa yang Nina dah dapat.

Sama dengan awak, Nina mula dengan zero knowledge pasal supplement, apa yang Nina perlukan dari awak semua?

KEAZAMAN
KESUNGGUHAN
 
Kelas semua dibekalkan, tinggal kesungguhan dan diri sendiri.

5.INCOME UP TO INFINITY!
Berapa angka boleh dapat?
2,3,4,5 malah 6 pun ada! Semua berdasarkan kesungguhan masing-masing. Apa yang boleh dapat dengan duit ni?

Ada car allowance, tapi duit bebas nak buat apa.

Boleh dapat slip macam slip gaji, yang boleh buat beli rumah. Bukti?
 
Master Nana ni speaker jemputan hari tu, dah ada rumah, nak masuk rumah ke6 dah, buat fulltime Shaklee suami isteri.

Best ke best?

Best sebab income kita tentukan, berdasarkan performance, tak payah tunggu kenaikan tahunan, sebab setiap bulan kita akan perform.

Tak tahu mana nak mula?

Tak pandai nak berbisnes?

Rugi kalau tak mula sekarang, 2017 ada banyak plan menarik.

Make a move.

You don't have to be great to start, but you have to start to be great!
 

Join us now.
 

Sincerely,
Nina Salleh

Thursday, February 16, 2017

7 STEP SIMPLE UNTUK BUBUR BAYI YANG SEDAP

Assalamualaikum and good day to all

Hari ni plan buat apa? Nina tak ada apa, nak gi branch Shaklee je setelkan order customer dan packing lepas tu pos.
Sebenarnya boleh Shaklee post kan, tapi saja boleh selit love notes sikit😁

Okay, pagi ni semua dah masak untuk anak? Lagi-lagi yang ada anak kecil kan, yang belum setahun, baru intro solid, kena la buat menu asing. Nina nak share resepi untuk anak pulak kali ni. Nanti lain kali resepi untuk Mak Anak😆

Senang je, resepi ni sebenarnya ambil dari Ig Dr Zahilah Filzah, Pakar Kanak-Kanak, tapi Nina ubah sikit-sikit ikut apa yang ada kat rumah. Bahan-bahan nya macam dalam gambar ni,
 

Wajib untuk resepi ni:
Leek dan unsalted butter

Yang lain optional, sayur boleh tukar-tukar, nak tambah kacang yang hijau tu yang macam dalam nasi goreng Cina sedap jugak, atau nak tukar ayam dengan ikan. Yang dalam gambar tu Nina guna ikan tenggiri, isi ikan.

 
Yang ni tukar tenggiri dengan salmon, carrot tukar brokoli.

Hehe. So mommies boleh tukar-tukar.

Cara buat:
1)Masukkan unsalted butter dalam periuk
2)Sauteed Leek sampai agak layu dan kekuningan
3)Masukkan beras segenggem
4)Masukkan air 1L 
5)Masukkan brokoli atau apa saja sayur pilihan
6)Masukkan ikan atau ayam atau daging
7)Renehkan sehingga beras lembut ikut kesukaan kita untuk dapat kepekatan yang macam mana

Siap!!


Senang je kan? Anak suka!

Masa Maryam tak boleh makan macam ni, Nina blend semua ni lepas masak. Boleh simpan dalam freezer macam biasa.
 
Kalau Maryam selesema atau demam, Nina akan masukkan 1 sachet Nutriferon dalam makanan dia untuk boost immune system dia.

Tak risau, sebab natural ingredient😉

Selamat mencuba mommies!

Boleh pelbagaikan lagi ikut kreativiti masing-masing.

Sincerely,
Nina Salleh

KITA BUKAN TUHAN

Hari ni kita benci dia, sebab dia tak beli dengan kita.

Hari ni kita kutuk dia, sebab dia rampas customer kita.

Hari ni kita marah dia, sebab dia paksa kita buat kerja dia.

Hari ini kita sakit hati, kerana kita ingin ajak dan beri peluang kepada mereka untuk ubah hidup mereka, malangnya kita diperli.

Salahkah usaha kita?

Hari ni kita seolah-olah ingin jadi Tuhan, yang menghukum gerak geri manusia lain.

Lupakah kita, KITA BUKAN TUHAN?

Hati kita, hati dia, dan hati mereka, Tuhan yang pegang.

Dia beli dengan kita, sebab Tuhan gerakkan untuk beli dengan kita.

Dia join bisnes kita, sebab Tuhan gerakkan hati dia untuk join.

Tugas kita?

Buat yang terbaik, selagi kita boleh memberi. 

Tak perlu menghukum.

Semoga, apa yang kita beri, boleh membantu mereka, bermanfaat untuk mereka, dan sebagai bekal untuk ke sana yang pasti.

Perjalanan masih jauh, sahabat..

Semoga redha ALLAH swt milik kita semua.

Sincerely, 
Nina Salleh

Tuesday, February 14, 2017

IKHTIAR UNTUK HAMIL MEMBUAHKAN HASIL SELEPAS 7 TAHUN

Assalamualaikum and a very good day😃

Hari ni Nina nak share, cerita kakak Nina sendiri.

TUJUH TAHUN BUKAN JANGKA MASA YANG PENDEK SAMPAILAH SATU KETIKA..

Ini kisah kakak saya sendiri.
Tahun ni , genap 7 tahun dah, usaha nak dapatkan zuriat ke2 penyambung warisan..

Zuriat datang dengan Amanah dari Pencipta.

Macam-macam dah ikhtiar, anak sulung pun teringin sangat nak adik dah.

Kalau nampak Maryam, anak Nina,memang tak nak lepas.
 
Semua bermula bila saya join bisnes ni, saya suruh try supplement ni. Saya pun ada suruh pergi jumpa doktor.m, dan memang kakak saya dah pergi jumpa doktor untuk follow up.

Nak tahu apa masalah. Sebab bukan tak pernah mengandung,tapi anak dah 7 tahun. Kakak nak main dengan adik😰

Alhamdulillah, kakak saya terbuka hati nak try supplement ni. Kita ikhitiar, buat kerja kita.

Kita doa.

Kita usaha.

Kita tawakkal. 

Yang pasti, ALLAH swt akan beri dalam masa yang sesuai.

Alhamdulillah, lepas 2 bulan consume, dapat berita gembira😍
 

 
Boleh la start set prenatal pulak, boleh bagi tenaga sebab makan semua tak lalu.Hihi.

Apa yang Kakak Nina makan?

Nak tau? Boleh whatsapp tau. Ni bukan yang biasa, ni hasil dari formula Doktor dalam group kami😁

Doakan semoga bayi dalam kandungan kakak Nina membesar dengan sihat dan sempurna, dengan akhlak yang elok dan terpuji. Ameen❤️

Mila can't wait, baby!

Nak try untuk hamil? Kita ikhtiar, Dia Yang Maha Memberi😁
Sincerely,
Nina Salleh

Monday, February 13, 2017

KELAS MAKE UP PERCUMA!!

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Nina nak bagitau sini. Siapa suka make up?
 
Mesti kenal kan Shazreeyana Shukri? One the famous and wanted MuA. Kami berkolaborasi dengan Shazreeyana, untuk event ni. Apa yang best?

KELAS PERCUMA!!

Tapi maaf sangat sebab kelas percuma ni dah full, tinggal beberapa tempat je lagi.

Kelas make up Shazreeyana ni sebenarnya RM500 tau. Tapi sebab kami dah tanggung kos RM500 untuk anda, sekarang anda hanya perlu bayar kurang dari RM500😳

Shazreeyana Shukri ni tau! Tengok berapa follower Ig dia.

 
Ramai giler.

Kelas make up dia biasa RM600 ke atas. Tak percaya try email dia quotation😊

Cantik kot dia make up, memang lawa, tanpa ada ubah muka orang pun, tapi naikkan seri wajah tu.

 

Rasa nak kahwin lagi sekali mintak dia make up kan, tapi mesti overbudget😋

Nak jimat, belajar make up dalam kelas ni nanti. Kelas make up untuk daily living.

Nak tau tak berapa harga ni?

Lagi beberapa tempat je, siapa cepat dia dapat!

KINI DIBUKA SEATS HARGA RUNTUH MAKEUP CLASS!!

Dalam masa beberapa hari pakej kelas mekap dah sold out!!😱

Pakej Queen RM 500 SOLD OUT❎

Pakej PRINCESS RM 300 SOLD OUT❎

Kini untuk beberapa seats terakhir, kami buka kepada anda PAKEJ DUCHESS RM 160 sahaja!!!😱😱😱

Untuk seats yang terakhir✅
First come first serve✅

After this no more seats🙏🏻

26 February 2017
1-3 ptg
Di Atmosphere Seri Kembangan.
Kelas kecantikan kulit bersama kelas mekap bersama MUA Shazreeyana.

Terus whatsapp Nina untuk confirmkan seat ok?

Sincerely,
Nina Salleh

Sunday, February 12, 2017

BERPANTANG GAYA MODEN: BEZA BERPANTANG ANAK PERTAMA DAN KEDUA

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua

Duk buat apa tu? Dah makan ke? Lipat baju dah? Hihi.

Hari ni Nina nak share, pengalaman berpantang. Sebab dah lalui 2 kali berpantang, walaupun baru 2, dah boleh compare la kan. Hehe. Bukan bermakna nak pantang lagi, tapi kalau ada rezeki insyaALLAH, lebih bersedia. 

Entry ni diharap boleh membantu ibu-ibu yang bakal bersalin, dan berpantang, yang masih buntu nak pilih set berpantang😂


ANAK PERTAMA: KURANG PENGETAHUAN
 
Masa ni mengandung anak pertama, dah 37minggu, gigih photoshoot haa..

Kalau nak tahu, masa berpantang anak pertama, Nina tak sediakan pun apa set pantang untuk makan. Macam tak buat research sangat. 

Jadi, ikut saja apa orang cakap.

Tanggal 8Nov2013, pagi masa nak solat Subuh, air ketuban pecah kat rumah, terus bergegas ke hospital. Bila sehari duk hospital, dah boleh balik. Balik rumah, keluarga semua duk tanya, tak beli ke set pantang apa kan, normal la kalau kita dikelilingi ahli keluarga. Memang akan bertanya. Sebab bagi mereka, apa yang kita makan dalam pantang tu akan bagi tenaga kat kita.

Paling penting, dalam pantang kena jaga betul-betul sebab bagi kesan masa kita berumur nanti. Nina akur saja lah. Dan tanya pendapat mereka, nak beli set apa sebab memang tak buat kajian pun😂

Ramai yang suggest Nona Roguy, okay Nina minta suami belikan. Sekali dia balik, semua benda dia beli. Dalam tu ada tea herbanika, minyak urut herbanika, lulur herbanika, mandian herbanika. LENGKAP! Dari nak mandi, sampai nak makan. Oh ada 1 lagi, phytonatal.

Yang mandian, lulur semua, 2-3 hari je buat, lepas tu tak berapa nak rajin, maklumlah berpantang sendiri hihi. Yang amal pun pil phytonatal, tu pun lepas 2 minggu bersalin sebab dia herba.

Pasal phytonatal, memang dah lama dengar sebab orang cakap memang tak sembelit. Lawas saja membuang. Tapi kalau bayi kuning, memang tak boleh makan tu, dengan tea herbanika pun tak boleh. Nurse pergi cek kat rumah pun nasihatkan supaya jangan ambil apa-apa jenis herba, risau kalau bayi kuning, akan tambah teruk😰

2 minggu lepas bersalin azab jugak, sampai ada episod berak berdarah ingatkan pendarahan lepas bersalin. Berdarah sebab sembelit, lagipun masa tu jahitan luka episiotomy belum lagi sembuh pun😭

Menangis dalam bilik air. Bayangkan dalam mangkuk tandas penuh darah, buasir kot. Nurse datang melawat pun tak bagi makan pil phytonatal tu, sebab takut bayi kuning walaupun Alhamdulillah, anak-anak memang bebas kuning.

Masa tu tak study, tak buat research. 

Lepas kejadian tu, memang dah nekad, nak kena guna set berpantang lain. Masa tu luka pun lambat juga sembuh, kalau tak silap dalam 3 minggu kot. Makan pun kurang sayur, vitamin C pun tak cukup. Protein pun tak cukup, macam mana kulit nak cepat hasilkan sel baru?

SEBAB SEMBELIT SELEPAS MELAHIRKAN

Situasi sembelit selepas melahirkan bayi bukan suatu yang asing lagi, baik yang bersalin secara normal atau secara pembedahan. Nina dah rasa dah tahap membuang sampai berdarah, jadi kena elakkan dah lepas ni. Ada cara. Tapi kena tahu punca dulu.

Nak tau apa punca sembelit?
Antaranya:
📍Buasir
📍Kesakitan pada episiotomy
📍side effect daripada hormon ketika mengandung
📍kesan daripada supplement iron yang dibekalkan ketika mengandung
📍kecederaan pada 'anal sphincter' atau 'pelvic floor muscle' ketika melahirkan
 

 

Bila dah tahu punca, maka barulah kita boleh cari penyelesaiannya. Apa yang lebih penting, dalam pantang, mesti makan makanan yang berserat tinggi, untuk membantu  memudahkan proses pengeluaran najis.

Makanan yang kaya dengan protein dan Vitamin C, untuk mempercepatkan dan memberi kesembuhan pada luka, selain dari menyembuhkan otot yang mengalami trauma.

Kalsium pulak, sangat penting, sebab ia akan membantu pergerakan otot, termasuk otot pada usus. Maka najis akan keluar dengan mudah bila usus bergerak dengan lancar.

ANAK KEDUA: BERSEDIA DENGAN KAJIAN YANG MENYELURUH

 
Baru lepas bersalin terus selfie, sambil tahan sakit sebab ada drip pitocin, masa anak pertama tak ada drip ni mat HKL. Ni anak kedua di HRPZ11

Bila dah tau mengandung anak kedua, memang dah nekad nak guna set mengandung dan berpantang Shaklee.
 
Pantang hari ke 14 dah pergi mall, makan. Grrr..

Masa mengandung Nina dah amalkan pun set prenatal Shaklee. Sebab dah siap-siap prepare, dan janji dengan diri sendiri, kali ni mesti lebih baik. So apa yang Nina amalkan?
 
Masa berpantang, memang continue je makan apa yang Nina dah beli masa mengandung, tambah alfalfa je.

IBU BERPANTANG PERLU BERTENAGA SEPANJANG HARI

Bila pagi dah mulakan hari dengan ESP blend dengan kurma, memang rasa bertenaga. Tak ada rasa kusam, dan serabut. Makan B complex untuk setelkan mood, biasa ibu berpantang kena jaga mood, sebab emosi kadang-kadang terganggu.

Mana taknya, sakit bersalin belum hilang, nak kena menyusukan anak, kalau anak bangun setiap jam, memang haru jugak. Atau ank yang jenis berjaga malam.

Yang best nya bila minum ESP, anak tidur lena, kenyang lebih lama kot. Anak saya tidur kalau lepas maghrib, bangun kejap pukul 10 sambung menyusu, dan tak berjaga pun dalam tempoh berpantang, sampai la pukul 7 pagi. Kalau bangun pun sebab poopoo.

Setiap 1 tu bagi fungsi berbeza, tapi memang penting. 
Untuk sembuhkan luka dengan baik, dan dari dalam, Nina amalkan Vitamin C dan Omega Guard, untuk anti radang. Kesan dia, dari hari ke 14 dah boleh berjalan dengan baik. Boleh travel dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur masa hari ke 10, jalan-jalan Johor masa sebulan selepas bersalin.
Selain dari tu, Osematrix sebagai sumber kalsium, penting untuk tulang yang sihat, dan ATASI SEMBELIT. Sakit dan lenguh badan pun boleh hilang tau. Bukan untuk ibu berpantang saja, ibu mengandung, menyusukan bayi, orang-orang tua dan mereka yang amalkan gaya hidup yang aktif, mereka perlukan kalsium yang cukup.

Memang pengalaman yang berbeza, dapat tenaga yang berpanjangan, mood pun terkawal dengan B complex, luka cepat sembuh, episod mangkuk tandas penuh darah tak ada lagi. Hehe. Alhamdulillah.
 
Terima kasih kepada kawan-kawan yang suggestkan. 

Sekarang, dah habis tempoh pantang, tapi nak tau ada yang lagi power, yang ni. Yang buat muka kita glowing even dalam pantang😍
 
Sesudu kecik je setiap hari, untuk kesihatan menyeluruh, tinggi resveratrol, membaiki dari peringkat sel. 
Beza sangat muka dulu dengan sekarang, dulu kusam, kalau tak jaga dari awal, memang sendiri pun fed up. Walaupun dalam pantang, tetap kena jaga. Nanti diri sendiri yang stress tengok muka kat cermin😂

Apa yang Nina belajar dari pantang ni, air kena minum cukup, 2-3 L sehari air kosong.

Kalau ibu berkerja, pam susu setiap 3 jam, mula dari awal kelahiran bayi tetapi mesti monitor, takut oversupply nanti baby ada risiko tersedak.Kalau nak tahu lebih pasal berpantang dengan Shaklee, boleh whatsapp je.

Sincerely, 
Nina Salleh

Saturday, February 11, 2017

TIPS UNTUK DAPAT BERAT IDEAL SELEPAS BERSALIN; HILANG 20KG SELEPAS TEMPOH BERPANTANG

Assalamualaikum and a very good day to all

Nina dah janji hari tu nak share , TIPS UNTUK DAPATKAN BERAT IDEAL SELEPAS BERSALIN :)

Sebenarnya, jujur Nina cakap, Nina sendiri pun takut nak bersalin, bukan takut apa, ye sakit memang satu hal, tapi risau sangat berat badan tak turun, macam di pam pulak. Lagi risau sebab orang sekeliling kebanyakan bila bersalin, badan naik😣

Cuba tengok dalam gambar ni, Nina punya buku masa 1st pregnancy, berat naik 20KG!
Sebelum mengandung, 51.5KG. Ni belum bersalin tau, yang last tu beberapa hari lagi. Sebab makan memang selera sangat.
 
Alahan ada tapi masa early pregnancy je, 4 bulan ke atas boleh membaham sesuka hati, tapi kena pedas tahap gigit cilo hijoo orang tengok pun pelik. Hihi.

Nak masa apa kena buh cili berbondong-bondong. Haih, rindu pulak kan nak pregnant😛

Bila dah bersalin, berat tak terus normal, bukan senang nak turunkan 20KG, tapi Alhamdulillah, pengalaman Nina setakat 2 anak, memang turun, masa check anak sebulan, Nina timbang 54.5KG, ada lagi beberapa KG je.  

Mungkin ada yang dah amalkan tips ni, Nina nak share, berkesan untuk Nina, mungkin berkesan jugak, boleh try😉

BREAKFAST LIKE A KING

Nina akui, memang Nina jenis makan banyak. Kalau breakfast, masa dalam pantang lagi cepat lapar. Lagi-lagi menyusu badan, memang kena makan saja kalau tak, ketar nanti sebab kelaparan.

Pukul 8 pagi dah minum ESP blend dengan kurma, sedap sangat dan rasa energetic. Menyusukan baby, pump susu untuk stock, lepas tu pukul 11pagi, lapar lagi. Makan nasi dah. Makan nasi pulak tu banyak, dengan sambal lada hitam!
 
 
Macam-macam resepi ESP boleh try, ni one of the best,ESP campur matcha , Green tea, kirim kawan yang duk Jepun. Kalau nak boleh beli dengan dia, nanti Nina bagi contact dia.

SAMBAL LADA HITAM UBAT KEMPIS

Sambal lada hitam memang buka selera masa dalam pantang, walaupun Nina jenis pantang yoyo ooo je kan, tapi best woo.. 
Biasa yang buat untuk Nina, nenek Nina. Masa tak bersalin pun dia buatkan untuk cucu ni😌 
 
Boleh cepatkan kempis perut jugak, dah sihat nanti jangan lupa buat plank ya!
Cara buat sambal lada hitam senang je Nenek cakap, salai bawang kejap, lepas tu tumbuk dengan lada hitam. Yumm!

BUKAN SEKADAR BAKAR

Setiap kali lepas makan nasi, Nina akan telan Lecithin, untuk bakar balik kalori, yela kalau bersalin, takkan nak jogging? Nak berjalan banyak pun orang-orang tua tak bagi hihi. Kita bakor guna Lecithin.
 
Bukan bakor saja, tapi Lecithin ni berkesan kalau jenis ada 'duct clogged' atau susu tersumbat, selain massage, boleh ikhtiar dengan Lecihin. InsyaALLAH berkesan,tak ada masalah bengkak susu.

MINUM AIR GAYA NINA

Setiap kali makan, Nina memang tak akan minum air terus. Minum air sambil makan pun MEMANG TAK!

Pantang Nina yang paling Nina rasa berkesan. Bukan dalam pantang je, memang macam tu. Kalau jumpa Nina pun, kalau makan, memang Nina minum air lambat.  Secara logik, mungkin boleh bagi makanan dicerna sepenuhny. Nina minum air lepas 30 minit makan nasi😄
 
Tak boleh buat? Boleh!! Permulaan memang agak mencabar, mulakan dengan 10minit dulu, nanti kita akan biasa. Kadang-kadang sampai lupa minum pun ada😅
Try la memang berkesan. Rasa perut sihat sikit kalau buat macam tu. Hihi.

JANGAN JADI LOJI NAJIS

Cuba bayangkan kalau kita makan saja, tapi tak membuang?

Atau takut nak makan, sebab takut nak membuang. Yap! Lepas bersalin memang kebanyakan ibu akan takut dah seriau nak membuang termasuk Nina!

Mana tak takut, baru lepas jahit, nak membuang pulak. Macam mana nak buang kalau sembelit? Memang berdarah la, risiko nak terbuka jahitan episiotomy pun ada tau. Sebab tu kena minum air banyak untuk elak sembelit. Untuk Nina, Nina memang amalkan makan Ostematrix sebelum tidur, esok pagi akan membuang dengan lancar. 
Sakit badan pun hilang tau. Badan memang perlukan kalsium yang cukup untuk bergerak, setiap pergerakan kita memerlukan kalsium untuk otot bergerak. Orang selalu kejang pun boleh try Ostematrix, salah satu sebab kejang ialah badan kurang kalsium.

✅Ibu menyusu
✅Ibu mengandung

Semua ni perlu kalsium yang cukup, untuk bina tulang bayi dan juga untuk salurkan kalsium kepada bayi melalui susu ibu.

Selain tu, Nina akan makan Alfalfa untuk detox, lancarkan darah nifas, milkbooster juga.

Makan kalau tak buang, akan jadi loji najis badan kita ni😆
 
Gambar 2 minggu selepas bersalin, Nina ke mall, makan😃

Berpantang dan istiqomah dengan supplement ni, buat badan kita rasa kuat. Luka dalaman pun cepat sembuh. Ops, ikut yang mana boleh je ye, bab langgar pantang jangan ikut😁

Sekarang ada promo untuk berpantang, menyusu, dan mengandung. 

Untuk dapatkan free consultation, whatsapp Nina.

Sincerely,
Nina Salleh
Your Healthy and Beauty partner❤️

Saturday, February 4, 2017

TIPS JAGA MUKA YANG MANTAP UNTUK PARA IBU

Assalamualaikum and good day😁
Sementara anak tidur, sambil tidurkan si kecik ni yang terjaga, terfikir nak buat apa sebab tak boleh tidur lagi, belum setel kerja. Nak update database customers.
Sebab dah lama Nina janji dengan diri sendiri, nak share dengan semua pembaca, macam mana cara untuk jaga kulit supaya sihat luar dan sihat dalam. Ya, RAJIN ialah perkara utama. Kalau malas, apa pun tak boleh kan? Hehe. Muka Nina senang saja nak jaga, muka tak banyak songeh, tu pun rezeki. Tapi tak boleh la kita nak buat endah tak endah kan?
Takkan nak tunggu muka berjerawat, baru kita kalut nak cari penawar kan? Prevention is always better than cure😉

KENALI JENIS KULIT
Sebelum amalkan apa-apa supplement untuk penjagaan kulit, atau skincare untuk kegunaan harian, kenali dulu jenis kulit anda. Kalau kulit Nina, memang Normal la. Tak kering dan tak berminyak.
Boleh rujuk gambar ni, tapi kebiasaan mesti kita dah tahu kan kulit kita macam mana😂

PENJAGAAN KULIT LUARAN
Ok, mula-mula Nina nak cerita pasal skincare. Mesti ramai yang excited kan? Hehe. Tapi Nina lagi excited sebab dah lama berkurun tau muka Nina tak pernah cuci. Sebelum ni rasa macam tak perlu, tapi bila kenal skincare ni, terus jatuh cinta pandang pertama🤣
Untuk kulit normal, boleh dapatkan skincare ni tau. Ada 7 jenis yang berlainan dan fungsi pun lain. Dari pencuci muka, scrub, krim siang dan krim malam. Ada lagi 3 Nina tak pakai.
Apa yang Nina pakai? Mesti la pencuci muka, Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser. Lepas pakai ni kulit memang rasa best, lembut, licin dan rasa mulus gituuu.. 
Kesian dekat muka sendiri sebab dah bertahun tak cuci muka. Jangan abaikan tau. Bayangkan kalau kita mandi pun guna sabun kan, ini kan pula bahagian muka yang lagi banyak terdedah. Pencemaran apa je yang tak kena kan.
Rutin mingguan, Nina akan apply make up remover ni, Nutriwhite Gentle Action Make Up Remover , sangat best! Nama saja tu make up remover, tapi Nina yang tak pakai mekap pun boleh cakap best sebab dia berfungsi macam scrub.
Nanti daki pun keluar, white head pun sama keluar. Buat home spa saja la, lepas buat kat muka sendiri, buat kat muka suami, haaa eratkan hubungan suami isteri❤️
Memang best sangat 2 benda favorite ni. Memang bergabung meletops, Nina suggest sangat siapa kulit normal, kalau taknak yang lain pun tolong adakan yang dua ni. Sebab macam terlampau penting ni.


Siap mandi semua, muka pun dah bersih. Ok sebab Nina tak mekap kan? Bedak pun tak pakai. CC cream ke, BB cream ke, memang tak pakai lah. Nasib baik sedar sebelum terlambat, dah sedar penting pakai sunblock ni sebab kesan cahaya tu boleh nipiskan kulit, lama-lama nanti banyak la jeragat. 
Jadi jangan pelik kenapa muka banyak jeragat, walhal sebelum ni tak ada.
Benda ni akan lalui proses dia, bukan sehari dua, tapi untuk jangkamasa yang panjang. Nina pilih sunblock dari Nutriwhite jugak, tadaaaaa!!
Muka Nina memang tak pakai bedak, hanya calit lipstik dan eyeliner, I'm ready to go!
Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion kesayangan!
Memang ada SPF, jimat sangat sebab sekali pump saja. Dan sapu kat muka. Bergantung kot, kalau jenis pakai banyak, 2-3 kali pump kot tu hehe. Nina pakai light saja nak lindungi dari UV.


Comel je botol dia, yang penting memang berbaloi, setanding harga atau terlampau murah untuk tandingj harga tu.
Okay last but not least, sebelum tidur mesti cuci muka lagi sekali, daaaan sapu Nutriwhite Overnight Renewal Whitenig Cream.

Selepas sapu cream , memang muka rasa sejuk fresh, tak rasa tutup pori pun hehe


Yang pasti skincare Nina semua yang 4 ni memang jimat.
Pencuci muka dari bulan 8 '16 beli, sekarang dah 5 bulan, masih banyak lagi, sampai penat tunggu nak rasa yang baru pulak🤣
Siapa yang kulit normal, dan nak jaga dari sekarang, boleh try Nutriwhite ni, Nina sangat recommend. Tengok muka tu kan? Tak ada filter, dan tak pakai bedak atau benda lain selain 4 tu😁
Jangan risau, semua bahan selamat, yang penting paraben free. Jadi gunakan tanpa was-was. 
Nina macam awak jugak. Kalau boleh nak semua natural, Alhamdulillah jumpa skincare ni. Kalau tak sampai sekarang muka tak bercuci.
'Murah dan berpatutan, tetapi kualiti setanding SK**' , ini salah satu feedback dari customer Nina yang sebelum ni pengguna tegar produk terkemuka tersebut, sekarang dah bertukar sebab yang ni lagi best lah😁
Nak yang murah? Berpatutan? Teknologi Jepun?
Nutriwhite jawapan kepada semua tu. 
Nina bukan saja pakai skincare tau, kalau nak jaga kulit kena dari dalam jugak. So apa Nina consume untuk dapat kulit macam ni?

 
Next entry Nina reveal ok. Stay tuned for updates😍

Thanks for reading!

Sincerely, 
Nina Salleh