Monday, January 31, 2011

Dulu lain,sekarang cara lain.

Assalamualaikum and good day to all.:)

Malam semalam, 30hb Januari,aku dating keluar dengan Mr.Hubby la kan,siapa lagi.Ehe.Tujuan utama ialah untuk beli hadiah sempena pernikahan rakan sekelas aku,Nailah,pada 3 Februari ni,dan kami akan hadiri majlis di sebelah pihak lelaki,di Sungkai,Perak.Insya ALLAH.

Mr.H dah cakap dah nak pergi Wangsa Maju sekejap,ambil rim kereta dia yang telah ditempah berabad lamanya,baru siap.Mungkin orang yang buat tu sibuk sungguh.Tak tahu la.Tapi excited nya dia nak dapat rim ni kan,sampai kan dah dapat tu asyik duk tenung je rim tu.Aku ni dah sah-sah kalah kalau nak lawan dengan rim tu.HAHA.Tapi tak apa,sebagai orang yang istimewa di hati beliau,dan beliau istimewa di hati aku,ceehhh,aku sokong minat beliau dan jauh sekali untuk aku halang.Weekend lepas pun dia pergi konvoi gang kereta oldschool kat Johor,betapa minatnya dia kan.Macam kita minta kasut selipar bla bla kot.Tapi kereta dia tak join pun,sebab rim tu la,lambat siap.Sabar je la..Next time ye,Sayang.:)

Okay,dah settle pasal rim tu dalam pukul 8malam,kami bergegas ke Jusco Maluri,nak kejar Maghrib lagi.Memang dah plan dah nak beli dekat Jusco.Mr.H la bagi cadangan memandangkan aku tak tahu kat mana tempat terbaik untuk beli barang tu.Tempat nak beli settle,barang nak dibeli memang memeningkai.Usai solat Isyak,dalam pukul 9malam,aku cuci mata beli buku dulu dekat MPH sebab tergoda.Lokasi MPH dekat sangat dengan surau.Huhu.Apa daaa..
Antara barang yang tersenarai untuk dipilih sebagai hadiah di hari bahagia Nailah ialah comforter, barang elektrik seperti periuk serbaguna tu,sebab Nailah ni memang power bab-bab memasak,dan satu lagi ialah rice cooker.Barang elektrik juga tu kan?Haha.
Pusingan pertama,pusing tempat barang elektrik..Punya la pilih,pilih dan pilih,Mr.H pun dah tolong bagi idea tapi aku sewenangnya menolak ideanya.Hehe.
Tak puas hati dengan barangan elektrik,bergerak ke kawasan comforter,pilih lagi,terakhir sekali aku dapat jumpa yang untuk aku je,untuk Nailah aku tak tahu nak pilih yang macam mana.Risau kalau dia tak berkenan,tak diguna pula nanti,ye dak?Hehe.Okay,tak nak comforter walaupun Mr.H cakap,kalau kita bagi mesti dia guna je.Aaaaa,tidak,aku tak setuju.Kedegilan terserlah.
Beralih semula ke tempat barang elektrik.Tengok periuk nasi,tengok kipas,tengok periuk yang ada set tu,semua nya macam okay,tapi aku tetap rasa macam risau la kalau dia tak guna macam membazir la kan.Lagi satu aku nak,barang yang aku bagi ni akan memberi manfaat untuk dia,mudah-mudahan..
Aku hampir putus asa,lepas tu nampak barang terpilih ni,haaa,kami berdua serentak,ni pun bagus ni!Dah dapat nak beli apa,pilih pula mana yang nak beli.Bukan senang,sampai dah sakit belakang Mr.H,kesian juga.Tapi biar lah,HAHA.Dah pukul 11malam kot,tapi Jusco tutup lambat semalam,baru kami berjaya pilih yang berkenan di hati kedua-dua pihak.Faktor utama kami pilih barang tu,sebab rasanya less likely nak ada orang bagi kalau ikut pengalaman aku la.Lagipun kami bersetuju,benda ni dia akan selalu guna,tak ada nak gilir-gilir macam comforter dan alat-alat lain.
Apa yang kami beli tu?Haaa,tunggu la majlis tu selesai,nanti bocor la rahsia kami.Ehe!
Selesai pilih,dah bayar,dah test.Lepas.Masa untuk pilih pembalut hadiah.Aku minat yang funky,Mr.H punya la pilih yang sentimental.Ewww,so I don't like.HAHA.Jahat betul.Tapi at last aku ambil yang dia pilih juga,tak sentimental sangat.Exclusive juga.Card pula satu hal.Sama la,aku pilih kad yang macam kartun,dia pilih yang sentimental.Hmm..Dia sangat sentimental okay!Hee.(Gurau je,Sayang.Tapi memang betul kan semalam awak pilih kad jiwang lagi berbunga?Ekeke:P)
Siap dah semua,kad aku ambil yang dipersetujui bersama.Pergi dekat service counter untuk balut hadiah tu,and perjalanan kami masih jauh..
Dalam masa dia memandu,aku terfikir,kalau dulu,kami dating tak ada nya nak buat benda berfaedah macam ni kan semua hal kerja.Kalau dulu,dating kami wajib makan and tengok movie.
Sekarang ni macam dah tak ada masa untuk itu semua,The Tourist pun aku belum sempat tengok walaupun aku craving to watch Angelina Jolie in action,tapi itula,kami terpaksa akur dengan arus hidup yang semakin mencabar dan kesibukan menhimpit diri.
But still,Alhamdulillah,tak banyak yang tak berfaedah berbanding dulu.:)

Dah sampai rumah,teringat,kami nak beli racket sebenarnya,nak bersukan.Lain kali ye kita beli racket, okay Sayang?

Till we meet again.Loves!


Mimot-Hari ini haru keranamu.

Assalamualaikum and good day to all.:)

*This has been wrote on 25th of January, and the writing is continued today.

Hari ini hari ke-4 aku cuti sakit,bersijil okay,bukan sendirian berhad and lagi sahih sebab sijil ni dari medical officer PPUKM.He he.No bias,no rasuah pleaseee..:)
Dulu aku banyak juga sijil sakit ni,tapi sebab from General Practioner (GP) clinics,so they rejected my sijil sakit and I have to ganti all the days yang I tak pergi posting.Hmm..So now,no doubt.I was seeking for medical attention at PPUKM,kalau nak suruh ganti juga,layan sahaja la.Nak buat macam mana kan,kita pelajar sahaja.Jangan besar kepala dulu,kalau boleh dah kerja pun jangan besar kepala.Itu sifat mazmumah okay.

Berkisar tentang cuti ni,sakit aku dah semakin menunjukkan tanda untuk sembuh,tetapi masih lagi gatal.Worse is,tak boleh berpeluh.I have to take a bath quite regular.Aku sebenarnya pemalas mandi.Hehe.Tapi sebab dah sakit kan,by hook or by crook kena mandi lah bila dah berpeluh.Badan pula senang berpeluh,sihat kot.Ngee.Tak tahu la nanti nak posting macam mana,harap-harap tak ada la tergaru-garu macam apa je.Ops,haa,Khamis ni dah boleh mula posting,sebab aku hanya diberi cuti sehingga esok,26 Januari 2011.Rasa malas pula kan,dah lama cut

                                                    ***************************

Pasal tajuk atas tu,hari ni Mimot keluar rumah.Mimot ialah seekor kucing yang aku bela sejak 22 April 2010,dah hampir setahun.Bukan tak pernah keluar,tapi biasanya dia keluar pun supervised.Hari ni kami,aku dan ibu tercinta,biarkan dia berlegar kat luar sana sebab pada fikiran kami,dia dah kenal rumah dan memang tak akan keluar.Itu pendapat kami..Rupanya....

Ma    : Ila,(Nama panggilan aku di rumah),Mimot dah masuk ke?(Ma aku kat luar rumah masa tu,getting    ready to fetch adik dari sekolah,Airis tinggal dengan aku di rumah.)
Aku   : Ha?Tak masuk lagi pun..
Ma    : Tak ada kat luar ni.
Aku   : (Buat relax,dukung Airis yang sedang lena,tapi dalam hati menggelabah wei)
Ma    : Tak ada ni, Ma dah nak gi ni,lewat dah. Nanti Alysya tu merayau lagi.
Aku  : Okay, nanti la Ila cari.

Ma aku dah keluar rumah,memandu untuk ambil adik-adik dari sekolah.
Aku kaget,macam mana nak cari Mimot,takkan nak tinggal Airis sendirian kat rumah ni.Atau takkan nak pergi cari angkut dengan Airis sekali.Kamu rasa apa aku buat?HAHA.
Aku tinggal Airis yang tengah tidur tu,dengan aku tak kunci pintu rumah,aku keluar pergi cari Mimot.Jalan kaki je kat kawasan perumahan aku ni.Dah la masa tu tengahari matahari mencacak atas kepala,tak bawak payung,kalau ingat balik macam orang gila pun ada.Huhu.Dengan memakai baju tidur.Wahahaha:P
Dah cari sampai hujung jalan Pria 6,aku terfikir apa la kalau Airis dah terjaga,sebab dia bukan suka tidur lama.Aku cepat balik,dengan mata yang mengalirkan airmata mengenangkan Mimot.Risau,selamat ke dia kan.Sebab dia memang duduk dalam rumah je,tak pernah terdedah atau didedahkan dengan situasi di jalan raya.Macam-macam dalam kepala aku.Lepas tu mula nak imbau kenangan.Apa aku buat dengan Mimot semalam,sebab Mimot biasa tidur dengan aku,atas katil tuuu.Kalau aku balik,Mimot yang sambut.benda-benda macam tu sangat buat aku terharu.

Sampai rumah,Airis masih tidur.Selamat kan..Tapi Mimot tetap tak ada.Aku duduk-duduk tengok TV,lepas tu nampak macam kelibat sesuatu warna putih kat luar dari sisi mata aku.Mimot balik!Waahh,berbunga hati aku.Selamat.Kupanjat kesyukuran pada-NYA,Alhamdulillah.Terima kasih,Tuhan.:)

Nanti upload gambar Mimot.Tak sempat upload ni,Airis duk merengek ni minta didukung.

Till we meet again.Mmuahs.

Saturday, January 22, 2011

Jumaat yang 'Astaghfirullah..'

Assalamualaikum and Good day to all:)

Jumaat sepatutnya menjadi hari yang berkat untuk semua,sebagaimana Jumaat ialah penghulu segala hari.Kiamat pun hari Jumaat,Nabi Adam dicipta pada hari Jumaat.Semua orang pasti tahu kan,yang berukun dengan Rukun Iman yang enam.Insya ALLAH..

Lain pula Jumaat aku.A bad start,leads to a bad whole day.Astaghfirullah,untuk hari Jumaat aku,semalam. 21 Januari 2011.Antara sebab nya ialah:

1)Aku memulakan hari jam 5.45 pagi,sebab aku syif pagi,maksudnya kena punch card pukul 7 pagi.Dah bersiap semua,nak keluar rumah,cari kasut,TAK JUMPA!Dalam hati aku,'Ya ALLAH,ni kena curi la ni'.Sebab aku letak kat luar,sebelum ni pun kasut Abang Long aku dah pernah hilang.Menggelabah la cari kasut posting nak warna hitam.Geledah rak kasut,Alhamdulillah,ada.Tapi aku tak tahu kasut siapa aku rembat,aku rasa itu kasut adik aku.

2)Aku dah memandu dengan kelajuan yang agak membahayakan,tapi aku memang suka pun macam tu.Untuk hilangkan mengantuk.Aku nak kena sampai pukul 6.30 pagi kat PPUKM,sebab dari sana,naik kenderaan rasmi PPUKM untuk ke Hospital Serdang.Tapi tak salah kalau aku nak pergi sendiri,tapi JAUH wehhh.Tak larat eden nak drive.Boleh berhenti dulu,tidur.Aku memang suka tidur dalam kereta.
Sampai kat PPUKM,driver dah tunggu.Tapi yang kumpulan St.John tak sampai lagi.Sebab nak ke hospital tempat aku tu,hantar sama dengan yang nak posting St.John.Aku okay je,tak kisah pun kalau sampai lewat,lagi best.Hee.
Sampai Hospital Serdang,biasala,masuk dalam Call Centre.Sebab memang posting block ni untuk kami observe atau assist call yang masuk.Kalau nak tahu,yang 999 tu,nanti kalau dia dalam emergency dan perlu ambulance,operator 999 akan sambung ke Hospital Kuala Lumpur atau direct ke mana-mana hospital yang ada Medical Emergency Call Centre(MECC).Haa,kami nanti yang kena jawab tu.Tu antara skop kerja yang kena arif.Being a call taker is not as easy as ABC.Perlu pengalaman,kepakaran,pengurusan emosi yang baik untuk mengelakkan sama-sama terikut jadi menggelabah macam caller.
Isu kat Hospital Serdang ni,ada pegawai yang tak puas hati.Dia cakap kami tak ada buat apa dalam tu,cuma menonton television.What the?Kami baru je hari kedua kat hospital tu,tak kan dah nak tunjuk perangai.Agak-agak la.Dah la menuduh,memang dia tuduh pun sebab dia tak pernah masuk bilik tu.Dia mungkin dengar dari mana-mana pegawai.Fitnah betul la.
Dia marah,dan suruh kami masuk resuscitation room,buat apa yang patut.Masalahnya,sekarang ni posting untuk ambulance call,buku log pun perlu dipenuhkan dengan apa yang berkaitan dengan perkhidmatan pre-hospital.Sabar je la..Rasa nak lempang pun ada manusia kerek macam tu.Dia memang berjawatan,tapi dia tak layak nak tuduh kami bukan-bukan,dengan tak endahkan penerangan yang kami bagi.What a bad,rude behaviour,Mr.!
Hari aku yang berkat,jadi hari yang penuh dengan mengata,merungut,memarah beliau.
Astaghfirullah.Aku mohon keampunan dari-MU ya ALLAH..

3)Aku ada gatal-gatal kat badan aku,mulanya aku ingat allergic reaction yang biasa aku dapat,sebab aku memang ada allergic of unknown aetiology.Bila reaction tu datang,akan dapat urticaria ,so aku buat tak tahu.Tapi bila balik rumah,aku tengok banyak gila rashes yang bukan urticaria.
Sebelum ni pun adik-adik aku dah kena,jangkitan virus Varicella-Zoster ,virus ni sangat mudah berjangkit.
Aku assume,memang aku dah kena ni.
Hari ni,Sabtu,aku sepatutnya posting pagi.Tapi aku tak pergi,sebabnya aku nak dapatkan rawatan di PPUKM sambil dapatkan sijil cuti sakit (MC).Hehe.Walaupun tunggu 2jam sebab bukan kecemasan,tapi berbaloi-baloi sebab dapat cuti 5 hari.Tak payah jumpa staf kerek kat Hospital Serdang.Yeaaaayy!
Setiap yang berlaku ada hikmahnya..
Alhamdulillah..

Semoga hari yang dilalui mendapat keredhaan dari-NYA,ameen..
Till  the next entry.
Much love!


Thursday, January 13, 2011

Hypoglycemia.

Assalamualaikum and Good day to all.:)

Untuk yang belum tahu,aku memang sedang belajar untuk menjadi seorang paramedic.Paramedic in my own terms is those who work in pre hospital level,atau dengan kata lain ialah yang berkerja out-of-hospital environment.Merawat sesiapa yang berada dalam kecemasan,di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital untuk definitive care.Kalau nak tahu,berkerja di luar hospital ni lagi banyak risiko.We are risking ourselves.For instance,kalau pergi respond case motor-vehicle accident(MVA),bayangkan dengan cuaca yang kita boleh jangka,tapi tak terjangka.Ops,apa aku merepek?Buat-buat faham.Yang nak cakap di sini,kalau hujan atau panas atau salji tiba-tiba turun di Malaysia ni,kami terpaksa redahi.Tidak seindah berkerja di dalam hospital yang berpendingin hawa itu.Namun,demi kerja.Hehe.(Monolog:siapa suruh nak jadi paramedic kan,aku dah pilih,and I dare to.I am giving my very best.)
Itu pendahuluan untuk kerja sebagai paramedic.Belum kerja lagi,aku masih belajar.Maksudnya tiada lagi gaji yang masuk setiap bulan itu,tapi sepanjang posting aku,Alhamdulillah,dah banyak macam case yang aku respond.Hypoglycemia ialah case yang common,apart from MVA.
Hypoglycemia is a condition where serum glucose level is below 3.5mmol/L,however the number differs in different person.For a better understanding,kindly visit about hypoglycemia.
It looks simple,but it is an emergency.It is a life-threatening condition that often took for granted by most of us.
Antara sign and symptom yang akan dialami apabila seseorang berada dalam keadaan gula dalam badan yang rendah ialah giddiness,body weakness,sweating,unresponsive and even death!
I was responded to a call last few nights,that wanted us,an ambulance crew to confirm death.Relax je la kan,sebab dah tak ada,ye la,caller pun relax.Okay,sampai lokasi,attached ecg leads,straight line appears,membawa maksud asystole.No heart beat.Lung auscultation,no air entry.No sign of breathing.Pupils fix and dilated,no reaction to light.Glucose level appeared low;unrecordable by the machine.Gosh!The death was secondary to hypoglycemia!See,it can lead to death.Brain cannot function without glucose that will provide energy.Every organ needs energy to well-functioned.
Tak elok berkalau,memang ajal dia,he was an Indian.Tapi,untuk pengetahuan semua,jika berlaku perkara ini antara orang-orang sekeliling anda,cepat dial 999 untuk yang berada di Malaysia.Jangan bertangguh.True,ajal maut kita sudah tercatat sejak azali,tetapi usaha kena ada.
Berbalik kisah tadi,in pre hospital level,we usually will give bolus Glucose 50% 50ml in hypoglycemia patient.But for that patient,he had no sign of life.He was unresponsive about one hour ago before the relatives called 999.So,untuk kesedaran bersama,be alert untuk setiap yang berlaku di sekeliling kita and please do not take thing for granted!
Semoga bermanfaat,untuk peringatan bersama.:)

Monday, January 3, 2011

My January 1st,2011.

Assalamualaikum and good day to all:)

First of all,selamat tahun baru.Setahun bertambah,semakin bertambah usia,semakin dekat lagi kita dengan mati.Persoalannya,sudahkah kita bersedia?Tepuk dada,tanya iman.Seperti yang kita pelajari dah fahami serta percaya,iman boleh bertambah dan berkurang.Untuk diri saya sendiri dan pembaca,(macam ramai:P),bersama kita memastikan kita tidak terlajak dari landasan.
Insya ALLAH.
Always pray that HE will guide us to the right path,ameen..
Itu tazkirah kali ini,semoga bermanfaat dan selamat menambah amal.

Cerita tahun baru..
Ye la,cuti kan,tak kan la nak duduk di rumah aje,nak juga keluar.Lagipun ni la cuti paling lama yang aku ada apart of cuti raya Cina in February nanti.Lepas tu memang kena posting aje lah,macam tak ada life kan?Oh,no no..Akan ku cari ruang untuk ku bernafas.Ehe:)
Hari tu,masa new year,kami makan tengahari rumah kakak aku yang pertama,Kak Long,dekat je rumah dia.Tapi dekat pun,itu la first time aku sampai.Sebab aku memang busy kan.Lagi pun masa aku cuti,Airis,anak Kak Long,aku juga jaga kat rumah ni.Jadi,aku tak pergi la rumah dia.
Pasal makan tengahari,banyak gila makanan okay.Memang makan besar sampai tidak kehabisan.Membazir pula.Pasal apa,Kak Long aku ni,dia punya cerewet la juga bab makanan ni nak berbanding dengan adik beradik aku yang lain.Kami  main hentam je,kalau makanan tu dah panaskan tiga empat kali pun,selagi rasa dia tak berubah,telan je.Lain dengan kakak aku seorang ni,dia makan sekali je.Tiada istilah panaskan dalam hidup dia.Tak best kan?HAHA.
Antara makanan yang dimasak ialah siakap masak tiga rasa,ikan kembung singgang,ayam madu,ayam goreng pedas,ikan cencaru bakar dan tidak dilupakan makanan wajib kakak kedua aku,sayur campur.Sebelum tu aku nak cakap,aku tak join aktiviti masak-memasak ni,sebab aku sampai tu dah terhidang.Ketua chef untuk hari itu,mak saudara kami dari Klang.Beliau ni kalau ada aktiviti memasak memang nombor satu!Rajin wooo..Aku bercita-cita juga nak jadi macam tu,nak pikat hati suami kannnn:)

Gambar masa makan tak sempat pula snap,sebab semua macam kebulur kan.Layan aje,lepas makan baru la aku sempat main-main dengan Airis.Masa lapar tu tak nampak si kecil tu:P

Malam tu,lepas Isyak,kami ke KLCC,nak cari beg sekolah untuk sepupu aku tu.Cari punya cari satu Parkson,satu Isetan,satu KLCC lah,tak ada yang berkenan di hati budak tu.Sampai la KLCC tutup,pulang dengan tangan kosong.

Malam masih muda..dalam pukul 10malam keluar dari KLCC.
Hati dah terdetik,rasa macam nak makan kat Oldtown sebab dah lama kami tak lepak kat sana.Aku membodek Kak Long,beliau setuju.Terus ke Oldtown.Makan tak ingat dunia!Isk..
Makan macam tak ingat dunia,aku juara order paling banyak.Tahniah wa Syabas!

Untuk tidak menyebabkan makanan yang dimakan ditukar kepada lemak tepu,kami bercadang untuk mengelilingi Uptown Danau Kota.Last time aku pergi,aku pun tak ingat.Punya la ramai makhluk ALLAH kat sini,menyesal pun ada.
Penat kot,nak cari parking satu hal,nak jalan tu satu hal lagi.Tapi nasi dah jadi bubur,alang-alang dah sampai,pusing juga dekat Uptown tu.Hampir 2jam!Aku balik dalam pukul 2.35pagi.Phewwww,memang hancur lebur lemak.Jalan je,sebab memang niat nak jalan.Tak ada beli apa pun.HIHI.

Itu ler kisah sambutan tahun baru aku dan keluarga tercinta:)
Kamu semua macam mana?
Apa pun,semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.Ameen..

Till we meet again..Salam.