Monday, August 28, 2017

3 TIPS BERNIAGA DI FACEBOOK

         Assalamualaikum and good day!


Hi semua, sihat ke? Kali ni Nina nak share apa yang Nina belajar dari Advance Rocket Bisnes (ARB) bersama Sifu Najib Asaddok pada 25-27 Ogos lepas. 




Memang best giler, sangat banyak input yang boleh dapat dari sana, tapi kena ada tindakan. Kalau tak bertindak, masuk kelas apa pun tak jadi. Kecuali buat skim cepat kaya, tu pun cepat kaya cepat lebur duit kan. Hehe.


Kelas ni memang dah terbukti dah bantu ramai peniaga online tau, dari 0 follower kat Facebook page, sampai dah beratus ribu. Jadi kalau kita baru berapa je followers macam saya pun baru berapa kan, jangan takut, tapi kena mula sekarang!


Bukan sekadar kelas technical ajar naikkan Likes guna Likes Marketing tu, tapi kena tau dulu apa yang boleh buat orang Likes kita, benda tu untuk long term, macam masa kita belajar, kita dari darjah 1-6 setiap hujung tahun ada exam kan, boleh ke kalau kita tiru jawapan dan dapat markah tinggi?


BOLEH! Tapi kita RUGI. 


Sebab kita tak akan faham masalah, kita tak akan tahu nak selesaikan masalah sendiri. Sama macam kelas ARB ni, nak masuk bab Fb ads tu kejap je, tapi apa yang lama sangat Sifu Najib ajar?


Macam mana nak tarik orang biar suka kita. 


Apa yang kita nak beri.


Sebab, di akhir hidup kita, apa yang kita terima tak penting, it is all about what we gave, apa manfaat kita dah beri. Continue saja share manfaat, setiap hari fikir, hari ni kita nak manfaatkan orang macam mana.


Bukan nya asyik JUAL! JUAL! JUAL!


Orang bosan nanti. Tak ada input dari kita. Dari situ kita pun boleh belajar, dan kita share. 


Video ni Nina Share sikit tau. Nanti akan ada lagi. Staytune😁


Semoga bermanfaat


Rasa nak buat side income untuk tambah saving ,boleh contact Nina k! Bisnes sambil sihat. Tak perlu jadi founder pun untuk kaya, modal RM79.50 pun boleh dapat income lebih dari 5 angka. Yang lenting, ILMU, MENTOR DAN SISTEM.


Good luck!


Sincerely,

Nina Salleh

0123114040


Wednesday, August 16, 2017

5 TIPS BELI RUMAH UNTUK ORANG BISNES

Assalamualaikum dan good day!😁


Buat apa hari ni?


Isnin lepas Nina dah ke Maybank untuk buka current account business dengan Maybank, dah ada untuk Bank Islam tapi masih lagi senang dengan Maybank. Sebab dah biasa kot. Jenuh la pi cari introducer kat shoplot tu je, sebab introducer Nina yang dah sign tu, cop nya tak sama dengan dalam sistem Maybank, so kena cari balik kawan tu. Hari tu malas nak tangguh dah, so cari introducer baru je. Hihi.



Page untuk introducer Maybank


KERJA SENDIRI, NAK BELI RUMAH? MACAM MANA DENGAN DOCUMENTATION PENDAPATAN DAN GAJI KITA?


Hari ni Nina nak share sikit tips beli rumah jika anda berkerja sendiri, hasil dari kelas kewangan, yang saya hadiri yang dikendalikan oleh Sifu Kewangan, Kak Ieza Yusof korang boleh follow page dia. Sangat banyak input, nak lagi best kena pergi kelas😁


TETAPKAN MATLAMAT KEWANGAN


Matlamat kewangan ialah apa yang buat kita ingin bisnes? Apa yang kita ingin capai dari segi kewangan? Nak bebas hutang? Nak ada saving banyak? Tapi kena spesifik.


Kita bisnes mesti ada matlamat kewangan kan? So apa matlamat kewangan korang?


Contohnya, nak saving RM20k by end of 2017? Bila nak reach 1st million?


Berapa rumah untuk investment kita nak ada?



Komponen untuk matlamat kewangan


KUASA MEMBELI UNTUK ORANG BERKERJA SENDIRI


Biasanya kita rasa macam kita tak ada buying power sebab kita tak ada slip gaji betul tak?


 Ini yang Nina akan share untuk orang bisnes, sebab orang makan gaji senang je boleh print out slip gaji tunjuk kat bank, tapi ada cara jugak nak bagi bank sayang lebih untuk orang makan gajiπŸ˜‰


Saya share hari ni untuk orang bisnes. Dah dapat kena terus buat tau, kalau tak sampai bila kita taknak capai matlamat kewangan kita kan?


Buat semua step ni, dan anda boleh mula cari hartanah untuk dibeli, dengan gunakan bank sebagai modal, dan boleh buat sewa untuk tambah income, dan boleh bantu lagi ramai orang.


Semoga bermanfaat!


Sila share untuk manfaat lebih ramai orang bisnes yang bercita-cita nak menjadi pelabur hartanah😁


Daftar SSM


Ramai orang berniaga, terutama peniaga online yang guna medium secara percuma ni kan, maksudnya tak payah sewa premis, selalu missed part daftar SSM.


Sepatutnya, once decide untuk bisnes, terus daftar SSM, tahu kelas bisnes kita dan apa bisnes kita nak buat. Untuk permulaan, saya cadangkan guna nama sendiri saja, untuk lebih mudah, dan murah.




Buka akaun semasa


Kenapa kena buka akaun semasa? 


Sebab kita tak ada gaji tetap, kita ada komisyen, untung runcit, kita ada bonus macam car bonus, coordinator incentive bonus kalau bisnes Shaklee, tapi tu semua tak tetap. Bukan masuk macam orang makan gaji.


Semua nya bergantung dengan apa kita buat, itulah hasil kita tuai. So masukkan yang amount ni, dalam account semasa. 




Setiap bulan bank akan nampak kemasukan yang konsisten, kalau Shaklee bonus masuk setiap 14hb.


Dan, setiap transaction guna current account. Customer bank in ke current account.


Gajikan diri sendiri


Bila dapat bonus, dan untung runcit bulanan, contohnya kita dapat dalam RM2000 bulan pertama berniaga, gajikan diri kita dengan RM500, selebihnya biar dalam current account, agar kita tak rompak duit bisnes kita.


Pastikan amount yang kita gajikan diri ni, adalah konsisten dan sama untuk tempoh masa tertentu. Bila bisnes dah capai next step, baru kita boleh naikkan gaji.




Masukkan gaji yang kita tetapkan sendiri, dalam akaun simpanan peribadi😁


Duit dalam current tadi, duit company kita tak boleh kacau, boleh ke boleh?


Bayar cukai pendapatan


Orang bisnes lagi untung kalau bab cukai pendapatan, sebab lebih banyak pelepasan cukai😁


Ada beza untuk orang bisnes dan makan gaji sahaja,  atau makan gaji dan dia buat bisnes dalam masa sama, dia dah layak untuk isi borang yang orang bisnes pakai.


Beza jugak pemilik enterprise dengan sdn bhd, tu bab lain pulak k!


Sebab apa kena bayar cukai? Selain dari bukti sayangkan negara😝, bank pun suka tengok kalau kita ialah seorang yang berdisiplin bayar cukai. Kita memberi sesuatu kepada negara, so bank akan sayang kita dan percayakan kita untuk diberi pinjaman untuk buat beli hartanah😊




Alert dengan CCRIS CTOS


Pengguna Iphone boleh download app CTOS kat appstore, pengguna android tak pasti ada ke tak boleh cuba cek😁


App ni sangat bagus, sebab kita boleh dapat report dari hujung jari, tak perlu ke bank negara.


Pastikan CTOS Report anda bertanda '0' untuk sepanjang 6bulan-1 tahun, sebelum anda apply untuk buat pinjaman, bukan pinjaman peribadi k! Tu hutang jahat.




Apply untuk beli hartanah, ini hutang baik yang akan buat bank suka, dengan syarat kena bayar on time!


NAK SLIP GAJI WALAUPUN KERJA SENDIRI?


Tapi, Nina buat bisnes Shaklee, senang je, pakai slip gaji Shaklee, memang laku nak beli rumah, kereta atau tanah. Bawak 6 bulan punya statement, tunjuk kat bankπŸ˜‰


Slip ni memang laku tau! Provided bisnes awak berjalan dan awak memang layak dapat pinjaman bank.


Nak juga? Come and join us!



Pendaftaran dengan serendah RM79.50, dan mula berniaga untuk dapatkan 4-5-6 angka anda sekarang!


Agent dari Sarawak yang betul-betul nak ubah ekonomi, sangat dialu-alukan. Stop dreaming, start doing!


Sincerely,

Nina Salleh

012-3114040

Wednesday, August 2, 2017

5 KEBAIKAN MINYAK IKAN (OMEGA 3 FATTY ACIDS) TERHADAP KESIHATAN YANG AKAN BUAT ANDA TERKEJUT!

Assalamualaikum and good day to all😁


Hari ni buat apa? Untuk yang kerja, ada kat ofis la kan melainkan kerja shift macam Nina dulu. Kerja 3 shift, pagi, petang dan malam. Mana 1 je la, bukan setiap hari 3 shift boleh pitamπŸ˜†




Tapi sekarang rutin dah berubah, sejak work-at-home saja, so setiap pagi, akan masak untuk anak, kemas rumah, coaching anak-anak business The Brightstars, check whatsapp group, reply message customers, setelkan postage untuk parcels kalau ada, dan pergi branch Shaklee kat Sri Rampai untuk customer yang nak urgent. Hehe.




Hari ni ada nak postage jugak, dengan nak hantar Omega Guard customer order.


Oh ya, sempena promo Omega Guard ni, Nina nak share sikit, 5 KEBAIKAN MINYAK IKAN YANG AKAN BUAT KORANG MENYESAL TAK MAKAN hehe.




Menyesal sebab minyak ikan yang mengandungi omega 3 fatty acids ni sangat banyak kebaikan terhadap kesihatan kita, tapi Nina bagi 5 saja dulu.


5 KEBAIKAN MINYAK IKAN YANG AKAN BUAT KORANG TERKEJUT DAN MENYESAL TAK MAKAN AWAL:




Menambahbaik kesihatan mata


DHA, sejenis Omega 3 ialah major struktur untuk retina dan otak, kekurangan DHA akan menjejaskan kesihatan mata.


Maka, akan timbul simptom seperti rabun, kerosakan mata yang kekal dan buta!




Kesihatan otak semasa mengandung dan ketika bayi


Omega 3 adalah sangat penting untuk pembentukan otak dan tumbesaran bayi.


Pengambilan Omega 3 yang cukup semasa mengandung, terbukti dapat memberi faedah kepada bayi dari segi:


Lebih pintar (rujuk: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/12509593/)

Social skills dan komunikasi yang lebih baik

Kurang kebarangkalian untuk menghadapi developmental delay

Kurang risk untuk penyakit ADHD, autisma dan cerebral palsy





Melawan keradangan dan jangkitan penyakit


Inflamasi ialah apabila badan berusaha membaiki kerosakan akibat jangkitan kuman, TETAPI inflamasi yNg lama boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan kanser!


Omega 3 akan mengurangkan penghasilan molekul yang  berkaitan dengan inflamasi seperti cytokines. (Rujuk: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/15698426/ )


Kajian menunjukkan pengambilan omega3 akan mengurangkan inflamasi (rujuk: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/24505395/)




Melawan penyakit autoimun


Dalam penyakit autoimun, sistem imun badan menganggap sel badan yang sihat sebagai sel jahat yang asing, maka sistem imun badan akan melawan sel yang sihat.


Omega3 berupaya melawan sesetengah dari penyakit tersebut.


Kajian menunjukkan omega3 yang cukup terutama untuk tahun pertama kehidupan, akan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit autoimun, termasuk diabetis type 1, dan pelbagai penyakit autoimub yang lain.


Rujuk: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4216999/

 

Omega 3 juga berupaya membantu dalam melawan penyakit lupus, rheumatoid arthritis, ulcerative collitis, Crohn's , dan psoariasis.


Rujuk: 

1)https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/15290734/

2)https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/21103107/

3)https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/15723739/




Mengurangkan risiko penyakit jantung


Serangan jantung dan penyakit angin ahmar ialah punca kematian nombor 1 di dunia!


Dahulu kala, pengkaji mendapati mereka yang memakan ikan mempunyai risiko yang sangat rendah untuk kedua-dua penyakit tersebut, rupanya disebabkan oleh pengambilan Omega 3.

(Rujuk: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/18541598/ )


Sejak itu, omega 3 didapati dapat memberi kebaikan kepada kesihatan jantung termasuk:


Triglycerides- pengurangan sebanyak 15-30% dengan pengambilan Omega3 (rujuk: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/16879829/ )


Tekanan darah- Omega 3 mengurangkan tekanan darah pada mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi (rujuk: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/19487105/ )


Pembekuan darah- omega3 akan mengelakkan pembekuan darah sekaligus mengelakkan darah membeku dan menyekat sistem aliran darah (rujuk: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/11997274/)


Ini ialah 5 kebaikan, malah terdapat banyak lagi kebaikan omega 3 kepada kesihatan badan yang Nina tak listkan kat sini, bagi Nina 5 ni yang paling common orang dapat, jadi mulakan dengan pengambilan Omega3 anda sekarang!😁


Sumber makanan tinggi Omega3

Terdapat sumber makanan yang pelbagai, yang tinggi dengan Omega 3, seperti dalam gambar ni,




Nina pilih Omega Guard dari Shaklee, sebab kalau nak pilih yang dalam gambar tu bukan setiap hari Nina makan, so nak make sure tak missed daily intake, Nina pilih Omega Guard!



Yang pasti, Omega Guard Shaklee ni lebih utama kualiti yang terbaik, The world's finest fish oil😊



Sekarang ada PROMO tau, terlebih jimat! Beli untuk seisi keluarga hehe.




Okay, semoga bermanfaat sharing pasal Omega 3 ni. Mulakan pengambilan Omega3 anda hari ini.


Sincerely,

Nina Salleh

0123114040

Tuesday, August 1, 2017

PELUANG BERNIAGA MODAL RENDAH: BINA PERNIAGAAN SENDIRI

Assalamualaikum semua dan good day😁

Hari ni dah masuk bulan Ogos, semalam team bisnes Nina 
, The Brightstars dah closing dengan lebih RM60,000 sales, Alhamdulillah!

Bulan baru,ada target baru pulak. So kami target akan hit RM100,000 bulan ni.

Besar ke modal nak buat bisnes ni?

Saya mula hanya dengan RM79.50,dapat kitbag.

Apa yang mahal?

USAHA kita. Hehe.

Nak bisnes saja tak cukup, mesti dari hati yang dalam, ada push factor untuk diri kita.

Bisnes apa Nina buat?

Bisnes jual supplement, bukan setakat jual, educate orang jugak guna ilmu sebagai bekas Penolong Pegawai Perubatan yang pernah berkhidmat dengan kerajaan😁

Nina mula dulu bulan June 2016, setahun lebih bina empayar, tanpa loan dari bank, sekarang dah lebih 100 agent bernaung di bawah The Brightstars, group yang Nina ketuai.


Dengan modal yang rendah, income yang usaha kita tentukan

Macam mana bisnes ni boleh bantu kita?

Jangan risau, kalau join Nina, full guide akan Nina bagi, thru online saja. Boleh jumpa kalau area dekat untuk offline coahing, TAPI JIKA ANDA BERSEMANGAT sahaja ye!

Warning: BUKAN SKIM CEPAT KAYA, ini skim siapa buat lebih dia dapat lebih.

1.Sharing
Kriteria untuk bisnes ni ialah mesti sharing, lebih masuk dengan jiwa awak, awak mesti pengguna produk ni. Ini ialah supplement dan bukan ubat.

Supplement untuk bantu awak dapat kehidupan yang lebih sihat, dan awak share kepada orang lain.

Mungkin luar sana ada yang hadapi masalah seperti awak, dan masih cari penyelesaian.

Setidaknya, awak dah bantu dia. Share apa awak rasa lepas guna dan consume product ni, jangan risau product ni dah lebih 100 tahun di pasaran.

Pernah dengar Shaklee?😁

Itu lah dia.

2.Sponsoring
Shaklee ialah bisnes supplement yang guna pakai sistem networking, maksudnya kena invest on people.

Bila dah nama sistem networking, ajak orang bisnes dengan awak, ajar orang untuk cari pendapatan kedua.

Dengan kos sara hidup yang meningkat, tak dinafikan lebih dari 50 peratus rakyat Malaysia memang ada 2 pekerjaan. Yang penting, pilih yang masuk dengan jiwa awak.

Nina pilih Shaklee, sebab, modal rendah, kedai tak payah sewa, dari mana pun boleh urus barang untuk customer sebab boleh online saja.

Sponsor agent baru untuk luaskan wilayah anda.

Gunakan kudrat yang ada, tak perlu guna loan bank.

Untuk yang baru mula berniaga, elak guna loan bank, lebih baik elokkan bank statement untuk beli property untuk investment.

Nina bukan apa, sebab diri sendiri duk merana bayar personal loan, hampir RM1000 bulanan. Sesal kemudian tiada guna.

3.Servicing
Macam mana dengan servicing?

Dalam kita jual supplement, bukan kita jual saja dan lepas customer terkapai-kapai.

Cara makan tak ajar.

Tak tahu keberkesanan kepada customer.

Sebab tu kena ada after sales service, follow up customer, kan dah niat tadi nak tolong orangπŸ˜‰

Untuk agent, kerap adakan coaching.

Kepada yang nak join bisnes dan join team Nina, bernaung bawah Rich Young Group, The Brighstars adalah antara penyumbang besar dalam RYG.

Coaching class
Offline untuk yang area Ampang, atau boleh arrange untuk offline coaching
24/7 supportive whatsapp group
Ada reward untuk yang capai target

Reaward dari upline, bonus 4-5 angka dari Shaklee.

Apa lagi yang boleh dapat kalau join?

Ingat ye, semua ni kena usaha. Nina hanya boleh ajar dan guide, tapi kalau diri sendiri tak rajin, Nina pun tak boleh tolong.

Nak 4 angka?

Nak 5 angka?

Semua tak mustahil.

Untung runcit
Berpeluang untuk dapat car bonus, elaun kereta yang akan dibayar oleh Shaklee setiap bulan
Percutian percuma


Nina salah seorang Car Bonus Achiever dalam Shaklee, setiap bulan, column bonus kereta akan terisi😁


Nina juga salah seorang incentive trip qualifiers, yang akan dapat free Libra Cruise bulan November 2017 nanti

Untuk cycle 2017/2018, awak boleh berpeluang untuk ke Bangkok secara PERCUMA.

Sertai sekarang untuk kejar free trip 2017/2018, Nina aim Mediterranean Cruise😁

Kenapa kena join team Nina?

The Brightstars ialah team yang Nina asaskan dari 2016, kami bernaung di bawah Rich Young Group, yang diketuai oleh Master Hasifah.

Master Hasifah ialah bekas pegawai perubatan, yang memulakan perniagaan dan income capai hampir 6 angka!

Join Nina untuk dapat ilmu supplement yang betul dan tak overclaimπŸ˜‰

Nina juga bekas Penolong Pegawai Perubatan, dengan ilmu yang ada, boleh digunakan untuk mengajar dan sebarkan kebenaran kepada orang ramai.

Siapa yang kami cari?

Anda yang tiada modal besar
Sanggup berusaha untuk diri sendiri
Mempunyai visi dan misi untuk membantu diri dan keluarga, seterusnya masyarakat
Yang ingin dapat lebih untuk beri lebih

Jangan tunggu lama-lama.

Mulakan langkah pertama sekarang. Boleh View Fb  Nina Salleh, dan lihat cara Nina.

Sincerely,
Nina Salleh