Saturday, December 25, 2010

Niat terbengkalai.

Salam and good day to all:)

Hari ni hari ke 4 aku berseorangan di rumah ni sebab orang-orang penting dalam hidup aku berada di luar Kuala Lumpur dengan urusan masing-masing.
Hari ni hari Sabtu kan,siapa kaki televisyen tu pasti tahu perihal cerekarama di tv3 jam 10malam.Awal tadi,seawal sebelum Maghrib,(ceh,tak tahan tu niat sebelum solat lagi)aku dah niat nak tengok cerekarama.Tapi kan,lepas solat Isyak,aku terfikir sesuatu.Jeng jeng jeng..Biasanya aku tak tutup pun pintu bilik ni,tunggu Mimot masuk.Tapi malam ni nampaknya semua itu tidak akan berlaku kerana sesuatu telah mengganggu fikiranku.HAHA.
Kalau la tak janji dengan rakan seperjuangan nak buat meeting,dah lama ni aku masuk dalam selimut.
Aaaahhh,itu semua mainan syaitan.ALLAH ada kan,baca la ayat 1000 dinar,ayat kursi,insya ALLAH,kita akan di dalam lindungan-NYA.
Ironinya,kenapa kita macam lebih takut kepada makhluk-NYA berbanding kepada Pencipta yang satu itu?
Astaghfirullah..Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun,ampuni hamba-MU yang lemah ini..

Pada pendapat aku,sebab mungkin dari kecil lagi kita didedahkan dengan 'hantu','momok',cerita-cerita hantu yang menghantui pawagam.Aku dapat buat pemerhatian pada adik-adik aku,mereka memang suka layan cerita hantu bagai ni,lepas tu balik rumah nak minum air kat dapur yang tak sampai 10langkah perjalanan pun kena berteman.Persoalannya,macam mana nak ubah pemikiran kanak-kanak ni?
Back to the basic,banyakkan ajar mereka tentang DIA yang satu.Bukan la maksud aku nak kena ajar akidah,tauhid rububiyyat dan uluhiyyat itu,mungkin sangat berat.Tapi cuba ajar melalui perkara yang dekat pada mereka.
Aku cakap je,tak apply pun lagi sebab aku tak ada anak lagi.HEHE.Nanti la ada anak,aku try.Kena banyak membaca buku Parenting Skills juga,mendidik anak bukan semudah menggoreng kacang.Bila tengok budak zaman sekarang,buat aku takut nak ada anak.

Nampaknya lari topik ya,tak apa.Atleast dapat juga input yang secoet itu.
Sekian untuk kali ini.Xx 

No comments: