Thursday, November 10, 2011

Tak akan muncul pelangi tanpa hujan.:)

Assalamualaikum and good day to all.:)

Alhamdulillah, memasuki bulan Zulhijjah,bulan umat Islam mengerjakan ibadah Haji, bulan di mana paling ramai manusia berkumpul di satu tempat pada satu-satu masa iaitu sewaktu wuquf di Padang Arafah.Bagi yang berpuasa, Alhamdulillah semoga beroleh barakah dan semoga permintaan dan doa kita semua dimakbulkan oleh Yang Maha Mendengar.Ameen..
Alhamdulillah,kita masih dikurniakan peluang untuk masih merasa pahitnya ujian dunia,manisnya pertemuan,getirnya terkadang menempuh cubaan dari-NYA dalam masa yang sama,semua itu untuk mengekalkan kita pada berpegang teguh yakin hanya pada-NYA.Jangan pernah berputus asa dengan rahmat-NYA.
Untuk memberi kita peluang,memohon pada yang Esa, balik ke pangkuan-NYA jika tersasar dari jalan.
Alhamdulillah untuk semua itu..

Bagi aku, bersyukur tidak terhingga kerana aku diuji untuk merasa manisnya dan nikmatnya perjalanan ujian itu.
Mana mungkin ada pelangi tanpa hujan mendahului.:)
Hidup ini ialah ujian, jangan mengeluh,jangan menyesal dengan apa yang berlaku,jangan menyesal dengan jalan yang dipilih,tetapi berwaspadalah sebelum memilih jalan itu.
Jalan terbentang luas,untuk kita teliti,untuk kita pilih.Ia terletak di tangan kita.Setelah apa yang kita pilih tidak menepati jangkaan kita,di saat itu,di ketika itu,jangan sesekali kita menyesal kerana terselit hikmah di sebaliknya.
Percaya pada janji-NYA,sesungguhnya selepas kesulitan ada kemudahan.
Apa pun yang terjadi di tengah perjalanan itu, carilah kebahagiaan kerana kebahagiaan tidak datang dengan bergolek.Ciptalah memori yang suatu masa nanti pasti akan kita rindui..

Berusaha,berdoa dan tawakkal, kemanisannya akan dirasai nanti,just a matter of time.Percayalah.:)




2 comments:

alexayussida said...

inspiring:)

iloveyou!

hey its 111111..

Nina Salleh said...

Yes,it is today.:)
I love you more!<3