Friday, November 22, 2013

Jumaat ke-3 sebagai seorang ibu

Assalamualaikum ,salam Jumu'ah mubarakah:)

Setelah lama tak tulis blog,ada juga reason untuk menulis; which is about my experience on giving birth.
All praise be to ALLAH swt, HE answered my prayer.
Alhamdulillah.No words could describe the feeling.
Alhamdulillah,for the continuous blessing Ya ALLAH..

I don't know where to start.Tapi kisah nak bersalin ni sakit dia start hari Khamis (7/11/13) tengahari,masa zuhur tu,solat tu dalam keadaan sakit.Sakit kali ni bukan macam sakit sebelum ni yang aku sangka sakit nak bersalin rupanya Braxton-hicks cuma:P.2 kali juga pergi HKL tu gara-gara Braxton-hicks.
Al-maklum la first time,maka semua nya nak menggelabah lebih.Huehue.
Braxton-Hicks yang aku boleh differentiate dengan real contraction ialah sakitnya kat perut je,perut je yang keras whereas real contraction sakitnya perut, ke belakang, sampai ke pelvis area. Yang pastinya jangan ada mindset tak tahu macam mana sakit untuk yang first time sebab you will definitely know when it is time.
Jangan jadi macam saya menggelabah lebih,yang penting cepat ke hospital kalau notice reduce fetal movement.

Sambung balik cerita sakit,lepas solat zuhur tidur dulu dengan harapan sakit hilang.Bangun tu Asar still sakit. Sempat lagi study message dengan kawan-kawan yang dah selamat bersalin,study macam mana sakit diorang.Wakaka.
Pastu sakit,tahan je,tahan,tahan,malam suami balik.Sempat lagi pergi makan nasi kerabu dengan pulut mangga.Suami dah ajak pergi hospital,aku refused alasannya malas nak kena tahan,nanti lagi sakit,baik tahan sakit kat rumah je selagi boleh tahan.
Oh,dari Zuhur tu dah macam ada show,tapi malam pukul 12 macam tu lagi banyak keluar bloody show,tapi aku buat tak tahu je.
Dah niat nak pergi hospital lepas Subuh,sebab kalau gi pukul12 malam tu,masalah la nak solat.Duk fikir surau tak tahu kat mana la,itu la,ini laa.Padahal boleh je solat tepi katil.Nakkk jugak zon selesa.
Lepas tu try untuk tidur.Dari pukul 12,lepas tu pukul2,pukul 4 terjaga.Pukul 5 mandi,siap-siap nak solat,pukul5.30 pagi masa tu,lagi lebih kurang 10minit nak Subuh,berdiri ready untuk solat,tengok-tengok basah dah lantai,air ketuban dah pecah.
Baru la menggelabah betul ni terus bersiap ke hospital.Masa tu hujan,suami dah bising cakap orang ajak tadi taknak pergi,aku siap gelak-gelak lagi sebab tengok dia pulak macam nak bersalin.HAHA.
Lepas tu turun dah dalam kereta ni,dia pulak tertinggal handphone,penting kot,sebab sibuk dengan barang aku,tertinggal barang sendiri.Sabar jelaaa..Rumah tinggi ni itulah risiko,tunggu pulok dia naik ambil handphones.
Alhamdulillah walaupun hujan,jalan tak mula jem lagi masa tu,sampai hospital lebih kurang pukul6.Masuk PAC,syukur jugak dah pergi hospital sebelum tu maksudnya dah buka file and ada rekod,tak la lama tunggu.Cuma kena test urine,check BP,berat badan,ve dengan scan.
Masa tu yang sakit amat sangat dah aku rasa,aku target os dah 7/8/9 cm dah,tapi ve baru 4cm.Sungguh mengecewakan,cehh..Dengan sakit yang macam tu,primigravida pulak tu,kalau ikut teori anak first ni os nak fully ambik masa dalam 10-12 jam (kalau aku tak silap).
Masa tahu baru 4cm,dalam hati,Ya ALLAH rasa tak tahan.Nak operate,nak epidural,nak pethidine,punya sebab tak tahan.Tapi di satu sudut fikir jugak,kita boleh tahan ni sebab tu ALLAH bagi,kalau tak ALLAH tak bagi sakit macam ni.
Perut rasa memulas macam nak buang air besar,masuk toilet tak boleh buang pulok.Nak teran takut keluar baby.Lama dalam toilet sampai staffnurse ketuk pintu suruh keluar,dia pun risau terberanak dalam tu. Lepas tu ready untuk masuk labor room sebab dah 4cm.
Masa atas wheelchair nak tunggu naik labor room,istighfar banyak,banyak,banyak,baca segala doa yang ingat.Minta supaya dipermudahkan dan selamat semua.Lama jugak atas wheelchair ni,tunggu suami register.Huhu.
Sampai labor room,dengan rasa sakitnya kena transfer atas katil,dia tak bagi mengiring sebab nak pasang CTG,tapi aku tak tahan. Lepas doktor clerking sikit-sikit,tinggal midwife,aku cakap la 'saya memang dah tak tahan nak terberak ni kak.'
Dia pun check rekod kat PAC tadi baru 4cm,tapi sebab nampak aku memang macam dah tak tahan,dia ve sekali dah 9cm!
Lepas tu cepat-cepat dia bukak set alat-alatan,dia cakap 'okay,kalau sakit je boleh teran'.Aku dengan rasa tak percaya,tanya dia,'saya dah nak bersalin ke???'
Lawak gila sempat gelak sikit.
Dalam hati,okay dah boleh push ni.Cotraction je aku Pushhhhhhhhhhhh,suami duk jadi pon-pon-boy kat sebelah,dengar jugak dia duk cakap 'sayang boleh,sayang kuat'.
Alhamdulillah,tepat 7.34pagi Jumaat (8/11/13) selamat lahirkan baby girl,2.8kg,namely 
Amanda Imani binti Mohd Farid.
Amanda;lovable.
Imani; very faithful.One who has a strong faith in ALLAH swt.
Semoga dia membesar menjadi sebagaimana namanya.Ameen ya Rabb.

I am now a mother.
On her day 1 of life.

3 comments:

Anonymous said...

;) bace dh

Anonymous said...

ameen..yarabbalalaminn :)) -aunty nurul

Unknown said...

Tq doakan aunty nurul😘