Tuesday, December 27, 2016

AQUARIA: IBU BAPA PERLU TAHU

Assalamualaikum and good day to all

Walaupun kita cuti panjang, tumpang seronok kalau hari cuti. Boleh la luangkan masa bersama suami dengan anak-anak, tu pun jarang jugak.

Alhamdulillah, hari ni suami ajak jalan-jalan. Kita excited betul kalau suami ajak ni, benda RARE jugak sebab suami pun kerja ikut masa dia yang kebanyakan memang kurang masa kalau nak jalan-jalan.

PLAN ASAL KE FARM IN THE CITY

Macam biasa, suami kalau suruh bersiap nak jalan-jalan, memang tak ada nya dia nak bagitau ke mana destinasi. Ada mood dia, dia pi booking hotel. Ada masa jalan-jalan kat Maluri (rumah Mak saya).

Kali ni dalam kereta saya dah tanya nak ke mana. Suami tak terus jawab pun.

Diam.

Sebelum tanya, 'Farm in the city bukak kan?' Dalam dialek Kelate sebab kami berdua asal negeri Kelate.

Saya jawab, 'buka, jom!' Dengan penuh excited. 'Maryam Amanda mesti suka ni.' Sambung saya.

Masa kami dalam perjalanan ke sana, hujan membasahi bumi Ampang, maka berkira-kira risau hujan lebat di sana, kami reroute ke Aquaria KLCC. Memandangkan anak-anak pun mungkin suka dengan Aquaria, ada ikan jerung fav saya! Hehe.

PROMOSI TIKET AQUARIA

Sampai Aquaria, mak aih punya panjang beratur. Maklumlah, cuti umum kami jangka ramai yang akan keluar dari KL, tapi sangkaan kami meleset. Ramai yang ambil peluang untuk melihat ikan dalam aquarium gergasi ni.

Beratur saja dah ambik masa dalam 30minit. Sebelum tu, saya dah siap-siap prepare Debit Card Hong Leong Bank, pinjam kad Kaklong, terserempak di KLCC😄

Ada promosi, untuk pengguna kad RHB dan Hong Leong, dapat free tiket untuk kanak-kanak berumur 3-12 tahun dengan pembelian 2 tiket dewasa.

Jimat banyak sangat!

Untuk kami tadi, jimat RM35, free ticket untuk Amanda. So pastikan bawa kad RHB atau Hong Leong.

Untuk bank CIMB akan dapat pengurangan sebanyak 25% dari harga tiket.

Untuk pengguna kad Maybank, akan dapat 10% pengurangan dari harga ticket.

Kami kira-kira, yang free admission untuk kanan-kanak paling jimat, kami hanya bayar RM92 sahaja, YEAYY!

Promosi tamat 31 Disember 2016

Untuk details, boleh layari http://aquariaklcc.com/promotions , banyak lagi kad  boleh guna untuk penjimatan.

MOM AND PAPA OVER EXCITED

Apalah nasib kan, nak bawa anak, rupanya mak dengan ayah yang over excited. Tengok shark macam apa je. Nampak ikan pari besar pun rasa nak berlari. Tengok ikan panjang terbganga kejap. Macam-macam ciptaan ALLAH swt kan? Subhanallah..

Anak-anak mengantuk, sorang memang tengok dengan tak ada perasaan, taoi pindia takut kalau bawak dekat cermin. Yang kakak minta Papa dukung, kesian papa🤣 . Dari awal sampai akhir memang kena dukung. Dia mengantuk dan taknak duduk atas stroller tapi mok selamat sebab tak payah pakai carrier hihi. Dah ready carrier.

End up gambar anak tak banyak pun, gambar mak yang banyak, lagi pun handphone habis bateri. Ni pun ada la gambar sikit guna handphone suami tapi tak best lah sebab handphone dia pun battery low😭
Layan saja la walaupun quality gambar mengecewakan😖
Sayang, cepat ambik gambar saya bagi nampak Jaws tu!

Mom excited sangat, Papa pulak taklarat nak layan

 
Tak payah cakap pun dah nampak siapa excited kan?

Hehe.

Kalau nak bawa anak datang sini, pastikan anak dah rehat cukup. Nanti anak moody jadi macam gambar di atas😌

Sincerely,
Nina Salleh

No comments: