Friday, May 12, 2017

KEIBUBAPAAN:7 TIPS MENGHADAPI ANAK CHICKEN POX

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang berkat😁

Hari ni Nina nak share, tips untuk hadapi anak yang kena peyakit berjangkit chicken pox ni, walaupun mula-mula gelabah, tapi kena cool nanti satu rumah gelabah. Hehe.

Baru anak sorang kena chicken pox, terus nak bagi tips kan.
 
Pooorah siapa nak baca tips hang Nina😜

Biar ler, Nina memang suka share, you don't have to be perfect to share, if you care then you share😁

Anak siapa dah kena chicken pox? Ok la korang ada pengalaman, Nina ni tak ada pengalaman. Mula dengan 1 message dari suami, tunjuk gambar ada biji kat Amanda.

'Ni apa?'
 

Wah dia ingat kita bomoh? 2 biji macam tu boleh jadi gigitan serangga, boleh jadi nyamuk, boleh jadi macam-macam.

Sampai la Nina jumpa sendiri Amanda, sebab sebelum tu Amanda dah kat kampung, Nina masih kat KL ada urusan, ooh dah kena dah anak aku. Selama ni tengok anak orang lain saja..

Bila kena macam tu,beberapa perkara penting ibu bapa kena tahu. Nina boleh listkan ni, setakat yang Nina praktis.

1)JANGAN GELABAH!

Kalau macam suami Nina, dia style gelabah ayam la, ajak pi klinik la, ajak pi hospital la, tapi Nina style rilex😎

Tak ada apa, biasa la, kita observe dulu, Nina cakap. Malas nak pi klinik, lagipun memang Nina lebih suka ke hospital dari klinik. Tu pun kalau perlu. Takkan setakat ada biji 2 macam tu nak pergi jabatan kecemasan sebab hari Sabtu klinik kesihatan tutup, kang dah jadi salah guna jabatan kecemasan😭 

2)KUARANTIN ANAK ANDA

Jangan bawa anak bersiar-siar di pasaraya atau di kedai makan, atau mana-mana tempat awam. Berkurung dulu di rumah. Kalau tak silap Nina, untuk penjawat awam, boleh dapat cuti kuarantin kan 5 hari?

Jangan kecam kalau salah. 
 

Nampak tak bintik-bintik? Teruk jugak la ni dah hari ke 4 rasanya.

Kalau betul, sila apply ye, jangan sia-siakan cuti anda, dan risikokan anak-anak lain di taska😁

3)SELERA MAKAN ANAK

Perhatikan anak anda, kita kenal anak kita kan? 

Selera makan macam mana?

Paling penting, adakah anak kita lesu atau aktif macam biasa? Kalau aktif macam biasa Alhamdulillah, kalau anak lesu lembik, jangan bertangguh.

Guna naluri keibuan untuk justify, perlu ke hospital atau tidak.
 
Dah day 7 of illness.

Alhamdulillah, Amanda aktif saja.

Main concern is, tahap keaktifan anak.

Bila anak tak aktif, nafas laju, atau lain-lain simptom yang mencurigakan, tak selera makan ke, terus ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut.

4)ENCOURAGE ORALLY

Galakkan anak meminum sebanyak mungkin air kosong, dan makan.
 
Her favorite immune booster

Alhamdulillah, Amanda berselera macam biasa, aktif macam biasa, tiada simptom seperti nafas laju dan sebagainya. 

Makan nasi banyak. Minum air kosong pun banyak. 

5)IMMUNE BOOSTER
 
Nina memang bagi immune booster untuk anak, terutama bila dijangkiti selesema, batuk dan demam, 1 sachet Nutriferon sehari untuk tingkatkan imuniti badan. Ketahanan badan melawan penyakit, akan bantu cepatkan proses badan balik kepada asal😁

6)JAGA ANAK DARI MENGGARU

Perbuatan menggaru memang sangat best. Nina sendiri pun tak boleh kalau setakat nak gosok, tapi kagum sangat dengan anak sendiri, bila kita bagitau sekali je suruh gosok, tak boleh garu nanti berdarah, dari lepas tu dia gosok je tabahnya lahaiπŸ˜‚

Mak ni cakap saja. Cakap kat orang boleh la suruh gosok. Kalau diri sendiri memang lagi berdarah lagi sedap.

Mandikan dengan sabun Basic H yang tak ada kimia, tak pedihkan dan tak sakitkan (irritate) kulit , boleh bantu juga dalam menghadapi chicken pox.
 
Untuk mandian, masukkan setitik Basic H dalam sebaldi air, then mandikan, best sebab anak tak pedih.

Lepas mandi,Nina akan sapu herbal blend cream, bau berangin tapi tak pedih pun. Lembabkan kulit, ni memang multipurpose krim, buat lotion pun best!
 
Best sangat herbal blend ni, sebelum ni tengok orang je. Work wonder!

Parut Amanda pun tak ada sangat, Alhamdulillah.

7)TAHU LIMIT SEBAGAI IBU BAPA

Kena tahu limit kita, supaya bila ada apa-apa, kita bergefas ke hospital berdekatan😁

Kadang-kadang, kita dah sampai tahap buntu macam mana nak tolong anak, jangan lengah terus bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Biasanya naluri ibu ni, bila ada tak kena dia tak sedap hati kan? Gunakan juga naluri tu untuk judge perlu ke hospital atau tak.
 
Dah fully recovered 

Tapi kalau jenis hati kering, tolong jangan guna naluriπŸ˜‚

Itu saja tips kali ni. Boleh share jika bermanfaat😁

Sincerely,
Nina Salleh

No comments: