Friday, December 22, 2017

REVIEW: LIBRA CRUISE 5 DAYS 4 NIGHTS FROM PORT KLANG-LANGKAWI-PHUKET-PENANG-PORT KLANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ya ALLAH, dah sebulan peram entry ni sebenarnya😂 Kali ni Nina nak share review pasal Libra Cruise 5 days 4 nights yang Nina ikut sepanjang 22/11-26/11 ni. Trip ni kalau ikut dekat website untuk 4 hari je, RM2000 plus, tak termasuk makan dan passport clearance dekat Phuket nanti kena standby RM350, macam yang ada tulis dekat web, tu pun tak termasuk makan.

 RYG yang join free trip ni🤗

Tapi Nina join trip cruise ni free je, Shaklee bayar dengan 4 kali makan dekat mana-mana restoran dalam cruise ni setiap hari.

CASHLESS SISTEM

Bila masuk cruise ni, duit tak digunapakai. 

Kita akan disediakan dengan 1 kad, ada nama, nombor bilik dan assembly point, yang mana kalau nak makan, atau beli apa-apa kita swipe saja kad ni, bila nak keluar nanti segala bil makan di restoran dalam cruise, atau apa-apa yang kita shopping, akan dicaj dari kad tu.


Kad ni segalanya masa dalam cruise

Benda ni senang jugak, so tak payah gelabah tak cukup duit. Tak ada masalah duit tercicir jugak kot, tapi mungkin ada masalah ‘overspending’ hehe.

KEMUDAHAN BILIK DALAM CRUISE

Masa hari sampai tu gelabah jugak, sebab cek kat nama, bilik pair dengan nama lelaki, ko dah pehal kan? 😂

Habis la mengamuk husband I nanti.

Sebabnya masa Shaklee minta isi nama roomate, dah isi siap-siap nak sebilik dengan Tcer Mona, sideline bisnes, team RYG jugak. Cuma mak lain. Susur galur yang sama. Haaa Shaklee macam tu la, ada susur galur.


Dinner date dengan roomate sebab tak dapat bawak husband😂

Anak-mak-nenek-moyang-dan seterusnya😁

Bilik kami, oh ya dapat shaker free masa 1st day, YEAY!

Bilik best, just nice, bagi Nina dah okay sangat dah, lagipun untuk tidur je bilik ni. Banyak aktiviti luar bilik. Toilet pun best, ada air panas dan sejuk, tak risau nak mandi awal pagi untuk beraktiviti sebab dah duk dalam aircond, kalu kena mandi air sejuk, tak ke jadi P.Ramlee? Gosok mata je siap. Haha!

Toilet muat untuk seorang pada satu masa hehe

Dalam bilik ada TV jugak, channel pun ada beberapa channel Astro. Hmm, tapi tak tengok jugak. Banyak aktiviti luar bilik kan. 

TV kat bilik ada channel, tapi biasa kami bukak tengok lokasi je sebab tengah laut macam tak tahu kat mana😁

Untuk plug pula, kena bawak adapter sebab plug dia macam ni je.



 Kalau tak bawak pun boleh pinjam dekat receptionist cuma takut habis la. Kitorang pinjam jugak, dah bawak tapi silap adapter🤣


Pinjam adaptor dari receptionist 

Kemudahan ironing pun ada, boleh hantar untuk iron. Sehalai tudung RM2, kalau nak banyak, masukkan dalam laundry bag, 1 bag tu RM35. Ni semua dia akan caj melalui kad kita bila check out tau.

RESTORAN ATAS CRUISE

Ada beberapa restoran atas ni, ada yang halal dan non halal. Nina dan team RYG ada try semua restoran yang halal la, tak halal jangan tanya k! Hehe.

1.Meriners Buffet


Dekat deck9

Ni restoran yang mula-mula kami makan, masa sampai  masuk cruise, dinner start jam 6.30 petang. Semua dah lapar masa tu. Nina sendiri pun dari tengahari tak makan.

Tak lalu dah sebab excited, campur mixed feelings nak tinggal anak dan suami, yang paling best baru packing🤪

Makanan sini semua best!
Alhamdulillah, kenyang. Hehe. Kat sini atas sekali, Deck 9, boleh makan dengan tengok laut bawah tu, nampak cruise bergerak. Kalau duk dalam tak rasa sangat.

  1. Spices

Restoran ni pula, macam nama dia, ‘spices’, so ada makanan berempah. Ikan pun berempah, masak ayam berempah tapi Nina suka. Kena dengan tekak. Haha.


Lapar pulak tengok makanan

Kami pilih untuk lunch kat sini masa hari kedua.

  1. Four Seasons

Makan sambil tengok laut, nampak lauuttt sejauh mata memandang

Restoran ni kat dalam, deck 4, sejuk dan damai, overall makanan bagi Nina sedap. Ni gambar kami dekat 4 Seasons untuk breakfast masa hari kedua.


Ada borang kena isi untuk Captain’s Night dinner, restoran pilihan sama ada dapat atau tak, pilih dulu sebab ada limit untuk setiap restoran.


Captain’s Nite dinner di Grand Season


Pilihan menu Nina😁

PITSTOP LANGKAWI-PHUKET-PENANG

Memandangkan ni trip yang Shaklee sponsor, semua perbelanjaan Shaklee tanggung untuk kami. Jadi kalau datang sendiri, kena ada budget sikit lagi untuk bas dan boat untuk transit kat pitstop.

  1. Langkawi (23/11/17)

Jam 3 petang  kami sampai Langkawi. Lepas lunch semua, setel untuk turun Langkawi.

Kami dibawa ke kawasan bebas cukai untuk shopping. Duit shopping ni Shaklee tak bagi la, hehe. Shop at your own risk gitteww. 

Ewah, bergambar jap di Langkawi


Semoga orang ni akan bertemu lagi di Mediterranean Cruise 2018, LETS FIGHTING!

Siapa suka shopping boleh la beli banyak-banyak. Nanti bas akan hantar ke cruise pula. Shopping spree sampai jam 7 petang bas terakhir akan hantar ke cruise, pukul 10 malam cruise bertolak ke Phuket pulak.

  1. Phuket (24/11/17)

Jam 8 pagi dah sampai Phuket, cruise parking di Patong Pier.

Phuket’s view, amazing😍
Subhanallah..

Lepas breakfast, kami bersiap untuk turun dari cruise, kemudian kami dibawa ke Chalong Pier menaiki boat besar. Naik bas dan naik boat kecil pulak untuk ke Hey Island (Banana Beach) bagi meneruskan aktiviti laut.

Naik boat nak ke Hey Island

Ni sebab tentative dah siap, kami ikut je. Kalau personal, ada banyak tour guide untuk bawa ke mana -mana pulau yang kita suka. Hehe.

Post treasure hunt, dapat Cap dan Vitamin C yeay!

Hari kedua ada aktiviti treasure hunt yang Shaklee buat. Hadiah dia berupa aktiviti laut. So kat Phuket ni, yang dapat hadiah seawalker, parasailing, banana boat, zipline dan macam-macam lagi hadiah yang dapat free tu, semua buat kat sini.


Menang parasailing tapi tak naik pun sebab pregnant, uwaaaaaaaa


Tak dapat join aktiviti sobsss😂

Team RYG 2 team, semua menang. 1 team menang parasailing, 1 lagi menang banana boat.

Yang tak menang, boleh bayar sendiri untuk aktiviti laut hehe.

Lepas tu, kami lunch tepi laut. Menu best gila, ada free flow soft drinks. Pastu tengok la sendiri gambar nasi dan lauk🤗


Sotong, ketam, udang, dan pulut pauh fav!


Hirup air kelapa segar, nyaman sungguh!

Alhamdulillah, tak payah keluar duit untuk makan pun. Untuk shopping je.

Pagi sebelum turun ke Phuket, baju ni best dari super upline kami , S2U by MD&MIA🤗

Lepas siap semua, boleh jalan-jalan shopping, atau nak naik cruise terus. Free and easy sampai pukul 4.30 petang waktu Malaysia, masa untuk naik balik ke cruise untuk berlepas ke Penang pukul 7 malam.

Hari sampai ke Phuket ni la ada Captain’s Dinner. Free dining, yang mana pihak cruise sediakan, macam malam berkenalan dengan Captain, boleh bergambar juga dengan Captain.

  1. Penang (25/11/2017)

Hari ke 4, cruise berlabuh di Swettenham Port, Penang.

Masa ni kalau taknak turun Penang, kena turun juga untuk perlepasan imigresen, kena cop passport je la then naik balik cruise kalau taknak jalan-jalan.

Free and easy je. 

Tapi untuk Shaklee ni, kami memang disediakan aktiviti untuk ke Skytower Bridge, tiket dah siap Shaklee sediakan, kami naik dan bergambar je hehe.

Lepas tu ke Chowrasta, makan nasi kandar dan jalan-jalan Penang!

Nina tak turun pun masa kat Penang, rehat kat cruise je.

Pukul 4 petang kena naik cruise dah sebab akan berlepas ke Port Klang pukul 5 petang. Sobs.

 Aktiviti yang Shaklee buat, antaranya senamrobik masa pagi pertama,mak buyung masa ni tak sedar diri haha!


Baju ni Shaklee bagi

Ada sarong’s night, dinner pakai tema sarong, siapa paling kreatif dapat hadiah lagi😍



RYG princesses in Sarong

Antara menu masa Sarong’s night🤤

Dah start sedih, sebab esok pagi-pagi dah berakhir percutian..

Sekian saja review untuk Star Cruise Libra dari Nina. Boleh pergi untuk honeymoon, book sekarang, ada pilihan jugak destinasi yang kita nak😁

Nak tau macam mana nak join free trip Shaklee? Atau baru nak start bisnes? Jom!

Join team Nina!

Start small, finish big
Sincerely,
Nina Salleh


No comments: