Wednesday, August 2, 2017

5 KEBAIKAN MINYAK IKAN (OMEGA 3 FATTY ACIDS) TERHADAP KESIHATAN YANG AKAN BUAT ANDA TERKEJUT!

Assalamualaikum and good day to all๐Ÿ˜


Hari ni buat apa? Untuk yang kerja, ada kat ofis la kan melainkan kerja shift macam Nina dulu. Kerja 3 shift, pagi, petang dan malam. Mana 1 je la, bukan setiap hari 3 shift boleh pitam๐Ÿ˜†




Tapi sekarang rutin dah berubah, sejak work-at-home saja, so setiap pagi, akan masak untuk anak, kemas rumah, coaching anak-anak business The Brightstars, check whatsapp group, reply message customers, setelkan postage untuk parcels kalau ada, dan pergi branch Shaklee kat Sri Rampai untuk customer yang nak urgent. Hehe.




Hari ni ada nak postage jugak, dengan nak hantar Omega Guard customer order.


Oh ya, sempena promo Omega Guard ni, Nina nak share sikit, 5 KEBAIKAN MINYAK IKAN YANG AKAN BUAT KORANG MENYESAL TAK MAKAN hehe.




Menyesal sebab minyak ikan yang mengandungi omega 3 fatty acids ni sangat banyak kebaikan terhadap kesihatan kita, tapi Nina bagi 5 saja dulu.


5 KEBAIKAN MINYAK IKAN YANG AKAN BUAT KORANG TERKEJUT DAN MENYESAL TAK MAKAN AWAL:




Menambahbaik kesihatan mata


DHA, sejenis Omega 3 ialah major struktur untuk retina dan otak, kekurangan DHA akan menjejaskan kesihatan mata.


Maka, akan timbul simptom seperti rabun, kerosakan mata yang kekal dan buta!




Kesihatan otak semasa mengandung dan ketika bayi


Omega 3 adalah sangat penting untuk pembentukan otak dan tumbesaran bayi.


Pengambilan Omega 3 yang cukup semasa mengandung, terbukti dapat memberi faedah kepada bayi dari segi:


Lebih pintar (rujuk: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/12509593/)

Social skills dan komunikasi yang lebih baik

Kurang kebarangkalian untuk menghadapi developmental delay

Kurang risk untuk penyakit ADHD, autisma dan cerebral palsy





Melawan keradangan dan jangkitan penyakit


Inflamasi ialah apabila badan berusaha membaiki kerosakan akibat jangkitan kuman, TETAPI inflamasi yNg lama boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan kanser!


Omega 3 akan mengurangkan penghasilan molekul yang  berkaitan dengan inflamasi seperti cytokines. (Rujuk: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/15698426/ )


Kajian menunjukkan pengambilan omega3 akan mengurangkan inflamasi (rujuk: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/24505395/)




Melawan penyakit autoimun


Dalam penyakit autoimun, sistem imun badan menganggap sel badan yang sihat sebagai sel jahat yang asing, maka sistem imun badan akan melawan sel yang sihat.


Omega3 berupaya melawan sesetengah dari penyakit tersebut.


Kajian menunjukkan omega3 yang cukup terutama untuk tahun pertama kehidupan, akan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit autoimun, termasuk diabetis type 1, dan pelbagai penyakit autoimub yang lain.


Rujuk: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4216999/

 

Omega 3 juga berupaya membantu dalam melawan penyakit lupus, rheumatoid arthritis, ulcerative collitis, Crohn's , dan psoariasis.


Rujuk: 

1)https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/15290734/

2)https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/21103107/

3)https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/15723739/




Mengurangkan risiko penyakit jantung


Serangan jantung dan penyakit angin ahmar ialah punca kematian nombor 1 di dunia!


Dahulu kala, pengkaji mendapati mereka yang memakan ikan mempunyai risiko yang sangat rendah untuk kedua-dua penyakit tersebut, rupanya disebabkan oleh pengambilan Omega 3.

(Rujuk: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/18541598/ )


Sejak itu, omega 3 didapati dapat memberi kebaikan kepada kesihatan jantung termasuk:


Triglycerides- pengurangan sebanyak 15-30% dengan pengambilan Omega3 (rujuk: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/16879829/ )


Tekanan darah- Omega 3 mengurangkan tekanan darah pada mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi (rujuk: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/19487105/ )


Pembekuan darah- omega3 akan mengelakkan pembekuan darah sekaligus mengelakkan darah membeku dan menyekat sistem aliran darah (rujuk: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/11997274/)


Ini ialah 5 kebaikan, malah terdapat banyak lagi kebaikan omega 3 kepada kesihatan badan yang Nina tak listkan kat sini, bagi Nina 5 ni yang paling common orang dapat, jadi mulakan dengan pengambilan Omega3 anda sekarang!๐Ÿ˜


Sumber makanan tinggi Omega3

Terdapat sumber makanan yang pelbagai, yang tinggi dengan Omega 3, seperti dalam gambar ni,




Nina pilih Omega Guard dari Shaklee, sebab kalau nak pilih yang dalam gambar tu bukan setiap hari Nina makan, so nak make sure tak missed daily intake, Nina pilih Omega Guard!



Yang pasti, Omega Guard Shaklee ni lebih utama kualiti yang terbaik, The world's finest fish oil๐Ÿ˜Š



Sekarang ada PROMO tau, terlebih jimat! Beli untuk seisi keluarga hehe.




Okay, semoga bermanfaat sharing pasal Omega 3 ni. Mulakan pengambilan Omega3 anda hari ini.


Sincerely,

Nina Salleh

0123114040

Tuesday, August 1, 2017

PELUANG BERNIAGA MODAL RENDAH: BINA PERNIAGAAN SENDIRI

Assalamualaikum semua dan good day๐Ÿ˜

Hari ni dah masuk bulan Ogos, semalam team bisnes Nina 
, The Brightstars dah closing dengan lebih RM60,000 sales, Alhamdulillah!

Bulan baru,ada target baru pulak. So kami target akan hit RM100,000 bulan ni.

Besar ke modal nak buat bisnes ni?

Saya mula hanya dengan RM79.50,dapat kitbag.

Apa yang mahal?

USAHA kita. Hehe.

Nak bisnes saja tak cukup, mesti dari hati yang dalam, ada push factor untuk diri kita.

Bisnes apa Nina buat?

Bisnes jual supplement, bukan setakat jual, educate orang jugak guna ilmu sebagai bekas Penolong Pegawai Perubatan yang pernah berkhidmat dengan kerajaan๐Ÿ˜

Nina mula dulu bulan June 2016, setahun lebih bina empayar, tanpa loan dari bank, sekarang dah lebih 100 agent bernaung di bawah The Brightstars, group yang Nina ketuai.


Dengan modal yang rendah, income yang usaha kita tentukan

Macam mana bisnes ni boleh bantu kita?

Jangan risau, kalau join Nina, full guide akan Nina bagi, thru online saja. Boleh jumpa kalau area dekat untuk offline coahing, TAPI JIKA ANDA BERSEMANGAT sahaja ye!

Warning: BUKAN SKIM CEPAT KAYA, ini skim siapa buat lebih dia dapat lebih.

1.Sharing
Kriteria untuk bisnes ni ialah mesti sharing, lebih masuk dengan jiwa awak, awak mesti pengguna produk ni. Ini ialah supplement dan bukan ubat.

Supplement untuk bantu awak dapat kehidupan yang lebih sihat, dan awak share kepada orang lain.

Mungkin luar sana ada yang hadapi masalah seperti awak, dan masih cari penyelesaian.

Setidaknya, awak dah bantu dia. Share apa awak rasa lepas guna dan consume product ni, jangan risau product ni dah lebih 100 tahun di pasaran.

Pernah dengar Shaklee?๐Ÿ˜

Itu lah dia.

2.Sponsoring
Shaklee ialah bisnes supplement yang guna pakai sistem networking, maksudnya kena invest on people.

Bila dah nama sistem networking, ajak orang bisnes dengan awak, ajar orang untuk cari pendapatan kedua.

Dengan kos sara hidup yang meningkat, tak dinafikan lebih dari 50 peratus rakyat Malaysia memang ada 2 pekerjaan. Yang penting, pilih yang masuk dengan jiwa awak.

Nina pilih Shaklee, sebab, modal rendah, kedai tak payah sewa, dari mana pun boleh urus barang untuk customer sebab boleh online saja.

Sponsor agent baru untuk luaskan wilayah anda.

Gunakan kudrat yang ada, tak perlu guna loan bank.

Untuk yang baru mula berniaga, elak guna loan bank, lebih baik elokkan bank statement untuk beli property untuk investment.

Nina bukan apa, sebab diri sendiri duk merana bayar personal loan, hampir RM1000 bulanan. Sesal kemudian tiada guna.

3.Servicing
Macam mana dengan servicing?

Dalam kita jual supplement, bukan kita jual saja dan lepas customer terkapai-kapai.

Cara makan tak ajar.

Tak tahu keberkesanan kepada customer.

Sebab tu kena ada after sales service, follow up customer, kan dah niat tadi nak tolong orang๐Ÿ˜‰

Untuk agent, kerap adakan coaching.

Kepada yang nak join bisnes dan join team Nina, bernaung bawah Rich Young Group, The Brighstars adalah antara penyumbang besar dalam RYG.

Coaching class
Offline untuk yang area Ampang, atau boleh arrange untuk offline coaching
24/7 supportive whatsapp group
Ada reward untuk yang capai target

Reaward dari upline, bonus 4-5 angka dari Shaklee.

Apa lagi yang boleh dapat kalau join?

Ingat ye, semua ni kena usaha. Nina hanya boleh ajar dan guide, tapi kalau diri sendiri tak rajin, Nina pun tak boleh tolong.

Nak 4 angka?

Nak 5 angka?

Semua tak mustahil.

Untung runcit
Berpeluang untuk dapat car bonus, elaun kereta yang akan dibayar oleh Shaklee setiap bulan
Percutian percuma


Nina salah seorang Car Bonus Achiever dalam Shaklee, setiap bulan, column bonus kereta akan terisi๐Ÿ˜


Nina juga salah seorang incentive trip qualifiers, yang akan dapat free Libra Cruise bulan November 2017 nanti

Untuk cycle 2017/2018, awak boleh berpeluang untuk ke Bangkok secara PERCUMA.

Sertai sekarang untuk kejar free trip 2017/2018, Nina aim Mediterranean Cruise๐Ÿ˜

Kenapa kena join team Nina?

The Brightstars ialah team yang Nina asaskan dari 2016, kami bernaung di bawah Rich Young Group, yang diketuai oleh Master Hasifah.

Master Hasifah ialah bekas pegawai perubatan, yang memulakan perniagaan dan income capai hampir 6 angka!

Join Nina untuk dapat ilmu supplement yang betul dan tak overclaim๐Ÿ˜‰

Nina juga bekas Penolong Pegawai Perubatan, dengan ilmu yang ada, boleh digunakan untuk mengajar dan sebarkan kebenaran kepada orang ramai.

Siapa yang kami cari?

Anda yang tiada modal besar
Sanggup berusaha untuk diri sendiri
Mempunyai visi dan misi untuk membantu diri dan keluarga, seterusnya masyarakat
Yang ingin dapat lebih untuk beri lebih

Jangan tunggu lama-lama.

Mulakan langkah pertama sekarang. Boleh View Fb  Nina Salleh, dan lihat cara Nina.

Sincerely,
Nina Salleh

Thursday, July 27, 2017

SEKOLAH UNTUK ANAK: KERAJAAN ATAU SWASTA?

Assalamualaikum and good day to all๐Ÿ˜

Terima kasih singgah lagi kat blog Nina, sebenarnya baru nak aktifkan diri blogging, atleast seminggu 3 kali.

Siapa baca cuba komen kat ruang komen tu, tinggalkan link blog awak semua.

Jom cabar diri nak? Hehe.

Oh, nak cerita pasal ni.. Naluri mak-mak ni kan, bila ada anak, fikir pasal anak je. Macam raya la, anak berpasang baju baru, mak recycle je๐Ÿ˜…
Kalau la anak faham perasaan ibu, bila besar nanti insyaALLAH tak ada masalah nak rebel dengan ibu sendiri, tapi dengan syarat, dari kecik kena terapkan nilai murni.


Amanda Imani, 4


Maryam Tihani, 2

ANAK DARJAH 1 WAJIB LANCAR MEMBACA

Anak semua dah tidur, masa ni la terfikir macam mana anak nak survive dengan sistem pendidikan zaman sekarang? Bukan salah cikgu, tapi sistem yang boleh membunuh. Siapa mampu tolak sistem?


Kawan whatsapp tadi, copy and paste katanya. Cuba baca, memang menangis๐Ÿ˜ญ

Darjah 1, anak mesti lancar membaca, kalau tak memang kesian๐Ÿ˜ญ

 Aduhai sedih, kita nak ikut sangat negara maju, tapi adakah kita dah ikut from scratch? Macam mana nak catch up kalau Darjah 1 baru kita nak implement? Hmm..

Tak guna cakap banyak kan, apa yang nak dibuat, akan dibuat jugak. Kalau nak hantar anak sekolah kerajaan, terpaksa ikut sistem dan rentak. Kalau taknak, pilih sekolah swasta, tapi mampu ke?

 Sebab tu dari sekarang Nina dah tanam dalam diri, memang bercita-cita nak hantar anak kat Khalifah Model School (KMS), sekolah swasta. Itu saja caranya, tapi tu pun kalau duit cukup kan? Maklumlah sekolah swasta, nak tak nak beribu jugak yuran kena bayar. Tapi tak apa, demi kebaikan anak. Memang kena struggle sekarang.



Gambar anak sekolah KMS.

Banyak baca pasal KMS ni, dan sejujurnya Nina kenal KMS ni sebab follow Facebook Ustaz Hasrizal (Abu Saif, penulis Saifulislam) tak lama dulu๐Ÿ˜

Alhamdulillah, sekolah tu area Ampang jugak, dekat sangat dengan rumah. Senang sangat, semoga murah sangat rezeki.


Boleh ke website khalifahschool.com untuk pendaftaran dan boleh view Visi Misi mereka.

Dulu Nina tak faham, kenapa nak kena hantar KMS, apa KMS ni buat kan, mula-mula memang ikut membabi buta, sebab suka dengar sekolah ni, dan kerap dengar Ustaz Hasrizal bercerita memandangkan anak-anak mereka bekas pelajar KMS, jadi lebih praktikal dan dekat penceritaan beliau.

Dari zaman Nina belum ada anak, Nina dah rasa nak masukkan anak ke KMS ni, over tak?๐Ÿ˜‚

Tapi itu lah impian, dan ada dalam Vision Board Nina. 

Sekarang nampak macam mustahil, tapi tak apa, Nina sedang kerja kuat ni, nak pastikan boleh realisasikan impian, InsyaALLAH..

SAVING UNTUK PENDIDIKAN jANAK

Dari tak nampak jalan, tapi pejam celik lagi beberapa tahun saja anak akan menginjak usia 7 tahun, maksudnya dah darjah 1, kena masuk sekolah. Amanda lagi 3 tahun, Maryam lagi 5 tahun. Sekejap sangat.

Sempat saving ke?

Buat dulu, jadi ke tak nanti fikir. Fake it until you make it๐Ÿ’ช๐Ÿผ

Alhamdulillah, sejak berhenti kerja makan gaji, Nina business Shaklee sepenuh masa, dan dapat simpan secara konsisten untuk anak-anak. Masa kerja makan gaji dulu cepat sangat leka, tak tahu la ke mana duit tu.

Ibu bapa yang makan gaji, jangan jadi macam Nina, sebab saving sendiri sepanjang kerja makan gaji pun ZERO. Teruk kan?


Nak lagi selamat, kalau makan gaji, buat penolakan gaji, sikit pun tak apa asalkan konsisten.
Yang paling selamat setakat ni, Tabung Haji.

Nina zaman kerja makan gaji tak sempat nak buat penolakan, duit asyik habis, bayar hutang saja esok terus gaji 0. Teruk sungguh!

Sekarang dah business, buat betul-betul. Ada amanah yang perlu dijaga..

Sekolah swasta atau kerajaan bukan ukuran, ukur baju di badan sendiri, itu sebetulnya. Kalau nak sekolah swasta, buat  macam nak. Jangan nak hanya di mulut, nanti yuran nak bayar pakai daun kering? (Tanya diri sendiri)


Amanah yang perlu dijaga, semoga membesar menjadi saham Syurga, ameen..

Tolong doakan mereka, semoga terlaksana impian Nina nak hantar mereka ke KMS, dan jadi hamba ALLAH swt yabg bertaqwa๐Ÿ˜Š

Sincerely,
Nina Salleh