Monday, November 10, 2014

Amanda Imani Mohd Farid; Happy 1st Birthday

Assalamualaikum and good day to all..

Alhamdulillah, Thank You ALLAH swt for the blessings..Thank You for the most precious gift you granted to us on 8th November 2013 at 7.34AM.It was on a blessing Friday..

Few weeks before delivery
A night before delivery, luckily we had our family dinner at Concorde Hotel
so I eat a lot as a preparation for my confinement period:P
Daripada tak boleh bangun sendiri sekarang dah boleh menapak berjalan semeter-2meter.. Daripada uwek uwek saja masa baby, sekarang dah boleh 'tatatata', 'papa', 'bah bah', 'ma ma',boleh buat mulut muncung,nganga mulut saja-saja,kenyit-kenyit mata,boleh agah kita lagi,yang bestnya dia pulak buat 'ciku-cak-aa' kat kita..

1st day of life;with Papa 
Papa first put on her booties
Day 7;Papa botakkan dia
Daripada minum susu,tidur,poopoo,celik mata and repeat cycle,sekarang dah tak boleh duduk diam tapi syukur sebab daripada lahir dia memang tidur malam tak berjaga kecuali ada 2-3 kali yang dia cranky atau tak sihat, mom surrendered and pass baton to papa je..hewheww

Time really flies..

I think what I miss the most about this is my confinement period.Hehe, feeling puteri raja gitu kannnn..
I miss my confinement meal though..
Ikan dengan sambal lada hitam dapnye
Sebab berpantang sendiri kan, 28 hari dah keluar gi makan kat Ginza. Well, ada orang seludup keluar masuk:P
Ni la penyeludup keluar masuk kahkah

Muka happy dapat makan Siakap stim, kerapu kicap,ngan salted egg prawn

Abah ikut ajo dan bayar:P
Yang ni family terdekat je tahu, yang kami dah keluar rumah gi Pavillion on day 30 of confinement. Huaaahahaha so dah buat entry ni jadi semua yang baca dapat tahu. Kuang kuang kuang
Day 30 of life; her first day out.
Mom craving for Sushi so Tokbah belanja Sushi kat Pavillion hehe.

Umur 40 hari dah sampai Kota Singa,hehe. We went to visit Marine Park there and macam biasa lah aktiviti makan-makan je lepas tu shopping dekat Sentosa Resort World. Tak jumpa cari gambar hahah.

Abang Hamzah dengan Kakak Aisyah datang melawat

Abang Adam pun datang


So here's some of her pictures jadi boleh tengok perkembangan dia, gambar jatuh katil semua tu tak ada tak sempat snap.

Masa ni tembam sekarang dah susut

Pipi macam kuih pau


Dengan Kakak Aisy Husna kat kenduri Auntie Safiah

Happy dapat makan

Like a baws

Mandi kolam taknak keluar

Asal terlepas je habis bawah meja dia pergi

Yang macam tahi lalat tu biji tembikai lencun baju makan tembikai,
orang iftar dia pun sibuk nak iftar juga
1st time pergi baby spa,tak sabar nak bawak lagi bila dia besar ni




Buat mulut comel dia tu

Visited Sabah

With Kakak Fariha
Admitted on her birthday
Happy 1st Birthday, Amanda Imani
Doakan semoga Amanda Imani Mohd Farid membesar dengan sihat, jadi anak solehah, saham syurga kami.Doakan juga agar kami dapat menjaga amanah ini dengan sebaik mungkin.Ameen.




Friday, November 22, 2013

Jumaat ke-3 sebagai seorang ibu

Assalamualaikum ,salam Jumu'ah mubarakah:)

Setelah lama tak tulis blog,ada juga reason untuk menulis; which is about my experience on giving birth.
All praise be to ALLAH swt, HE answered my prayer.
Alhamdulillah.No words could describe the feeling.
Alhamdulillah,for the continuous blessing Ya ALLAH..

I don't know where to start.Tapi kisah nak bersalin ni sakit dia start hari Khamis (7/11/13) tengahari,masa zuhur tu,solat tu dalam keadaan sakit.Sakit kali ni bukan macam sakit sebelum ni yang aku sangka sakit nak bersalin rupanya Braxton-hicks cuma:P.2 kali juga pergi HKL tu gara-gara Braxton-hicks.
Al-maklum la first time,maka semua nya nak menggelabah lebih.Huehue.
Braxton-Hicks yang aku boleh differentiate dengan real contraction ialah sakitnya kat perut je,perut je yang keras whereas real contraction sakitnya perut, ke belakang, sampai ke pelvis area. Yang pastinya jangan ada mindset tak tahu macam mana sakit untuk yang first time sebab you will definitely know when it is time.
Jangan jadi macam saya menggelabah lebih,yang penting cepat ke hospital kalau notice reduce fetal movement.

Sambung balik cerita sakit,lepas solat zuhur tidur dulu dengan harapan sakit hilang.Bangun tu Asar still sakit. Sempat lagi study message dengan kawan-kawan yang dah selamat bersalin,study macam mana sakit diorang.Wakaka.
Pastu sakit,tahan je,tahan,tahan,malam suami balik.Sempat lagi pergi makan nasi kerabu dengan pulut mangga.Suami dah ajak pergi hospital,aku refused alasannya malas nak kena tahan,nanti lagi sakit,baik tahan sakit kat rumah je selagi boleh tahan.
Oh,dari Zuhur tu dah macam ada show,tapi malam pukul 12 macam tu lagi banyak keluar bloody show,tapi aku buat tak tahu je.
Dah niat nak pergi hospital lepas Subuh,sebab kalau gi pukul12 malam tu,masalah la nak solat.Duk fikir surau tak tahu kat mana la,itu la,ini laa.Padahal boleh je solat tepi katil.Nakkk jugak zon selesa.
Lepas tu try untuk tidur.Dari pukul 12,lepas tu pukul2,pukul 4 terjaga.Pukul 5 mandi,siap-siap nak solat,pukul5.30 pagi masa tu,lagi lebih kurang 10minit nak Subuh,berdiri ready untuk solat,tengok-tengok basah dah lantai,air ketuban dah pecah.
Baru la menggelabah betul ni terus bersiap ke hospital.Masa tu hujan,suami dah bising cakap orang ajak tadi taknak pergi,aku siap gelak-gelak lagi sebab tengok dia pulak macam nak bersalin.HAHA.
Lepas tu turun dah dalam kereta ni,dia pulak tertinggal handphone,penting kot,sebab sibuk dengan barang aku,tertinggal barang sendiri.Sabar jelaaa..Rumah tinggi ni itulah risiko,tunggu pulok dia naik ambil handphones.
Alhamdulillah walaupun hujan,jalan tak mula jem lagi masa tu,sampai hospital lebih kurang pukul6.Masuk PAC,syukur jugak dah pergi hospital sebelum tu maksudnya dah buka file and ada rekod,tak la lama tunggu.Cuma kena test urine,check BP,berat badan,ve dengan scan.
Masa tu yang sakit amat sangat dah aku rasa,aku target os dah 7/8/9 cm dah,tapi ve baru 4cm.Sungguh mengecewakan,cehh..Dengan sakit yang macam tu,primigravida pulak tu,kalau ikut teori anak first ni os nak fully ambik masa dalam 10-12 jam (kalau aku tak silap).
Masa tahu baru 4cm,dalam hati,Ya ALLAH rasa tak tahan.Nak operate,nak epidural,nak pethidine,punya sebab tak tahan.Tapi di satu sudut fikir jugak,kita boleh tahan ni sebab tu ALLAH bagi,kalau tak ALLAH tak bagi sakit macam ni.
Perut rasa memulas macam nak buang air besar,masuk toilet tak boleh buang pulok.Nak teran takut keluar baby.Lama dalam toilet sampai staffnurse ketuk pintu suruh keluar,dia pun risau terberanak dalam tu. Lepas tu ready untuk masuk labor room sebab dah 4cm.
Masa atas wheelchair nak tunggu naik labor room,istighfar banyak,banyak,banyak,baca segala doa yang ingat.Minta supaya dipermudahkan dan selamat semua.Lama jugak atas wheelchair ni,tunggu suami register.Huhu.
Sampai labor room,dengan rasa sakitnya kena transfer atas katil,dia tak bagi mengiring sebab nak pasang CTG,tapi aku tak tahan. Lepas doktor clerking sikit-sikit,tinggal midwife,aku cakap la 'saya memang dah tak tahan nak terberak ni kak.'
Dia pun check rekod kat PAC tadi baru 4cm,tapi sebab nampak aku memang macam dah tak tahan,dia ve sekali dah 9cm!
Lepas tu cepat-cepat dia bukak set alat-alatan,dia cakap 'okay,kalau sakit je boleh teran'.Aku dengan rasa tak percaya,tanya dia,'saya dah nak bersalin ke???'
Lawak gila sempat gelak sikit.
Dalam hati,okay dah boleh push ni.Cotraction je aku Pushhhhhhhhhhhh,suami duk jadi pon-pon-boy kat sebelah,dengar jugak dia duk cakap 'sayang boleh,sayang kuat'.
Alhamdulillah,tepat 7.34pagi Jumaat (8/11/13) selamat lahirkan baby girl,2.8kg,namely 
Amanda Imani binti Mohd Farid.
Amanda;lovable.
Imani; very faithful.One who has a strong faith in ALLAH swt.
Semoga dia membesar menjadi sebagaimana namanya.Ameen ya Rabb.

I am now a mother.
On her day 1 of life.

Thursday, June 13, 2013

When the two lines appeared..

Assalamualaikum and good day to all of you..(Padahal diri sendiri je baca)

Tajuk nak hebat je kan.Sebenarnya dah lama nak buat cerita pasal ni,tapi ye lah,ada macam-macam isu yang paling utama ialah malas.Bila nak rajin ni..Kalau bab-bab berjalan,makan,rajin je.Kalau bab kemas rumah,nak basuh baju,lipat baju,meeeemang malas.Membuak-buak malasnya..

Okay pasal tajuk tu,nak cerita macam mana perasaan masa dapat tahu urine pregnancy test (UPT) positif.
Al-kisah nya kita memang ada banyak stok alat untuk buat test tu kat rumah,beli sendiri je kat Watson,beli yang paling murah pulak tu.Tak sampai RM6 kot.Tapi dia tulis accuracy 100% percaya je la campur dengan nak jimat.Haha.Ye lah,mana boleh beli yang RM30 kalau nak buat stok.Kuikuikui..
Suatu petang/malam,kita lepak macam biasa kat kedai yang tempat family selalu lepak,sebelum ni kalau makan situ automatik akan order tomyam dengan nescafe ais.Tapi hari tu rasa mual,muak,na muntah semua ada la bila tengok kakak makan tomyam,nescafe ais pun tak lalu.Akhirnya kita makan benda lain yang bukan my regular menu tapi dah lupa.
Pastu balik rumah dah lewat dah,dalam pukul 11 kot masa tu,ada one last piece of UPT punya alat,lepastu buat laa.Tapi tak berharap pun,masa buat tu konon-konon ni mainan perasaan ni,macam-macam ayat dalam hati sebab taknak berharap.Dah buat tu tak tengok terus pun,biar je macam tak endahkan benda alah tu.
Dalam 10 minit lepas tu baru tengok dengan perasaan yang konon relaks macam dah tahu ni mesti negatif,tiba-tiba tengok ada dua line (tajuk entry), terkejut,unexpected,perasaan yang tak tahu nak gambarkan macam mana sebab dah banyak kali buat test ni tapi ni first time nampak double line,terus panggil suami, 
'SAYAAAAAANGGGGGGGGGGGGGGG!!!'
Suami macam,apa dia?Apa dia?Terkejut la dia.Pastu kita cakap 'Positifffff!!!',pastu dia macam betul ke ni?Macam tak percaya and kita bagitahu kalau ikut test ni betul la,tapi jom ultrasound la untuk confirmation.

Macam ni la test stripnya yang murah je,bukan digital punya tapi this is not mine,image from Google.Hehe
So malam tu kami tidur dengan hati berbunga-bunga cinta,keesokan hari pergi ultrasound masa tu kandungan berusia 7 minggu.
Dan sekarang,setakat hari ni Alhamdulillah baby dah 18 minggu.Due date somewhere in November.Mohon doa semua agar dipermudahkan dan semoga permata hati yang bakal lahir ni menjadi penyejuk mata dan saham syurga untuk kami dan orang-orang sekeliling.Ameen..:)