Saturday, November 13, 2010

Alhamdulillah..

Assalamualaikum wbt..

Bersyukur ke hadrat Ilahi sebab final exam dah lepas.Harap-harap tak sangkut.
Ya ALLAH, lembutkan lah hati pemeriksa dalam pemberian markah.Ameen..Setelah berusaha,maka bertawakkal dan berdoalah memohon pada-NYA.
Fuhh,first time kot sepanjang hidup ni jawab exam dalam kondisi kesihatan yang kurang menyenangakan.Ku dilanda demam yang menyebabkan kesakitan pada badan yang amat, tidak dapat memfokus untuk study.Aku u ingat nak gi buat Full Blood Count (FBC) test kejap kat Emergency Department (ED) sebab risau denggi, tapi asyik tangguh je.Eh,adakah ini alasan tidak dapat perform well?I don't know,tapi aku dah buat my level best.Lama pulak tu demam kali ni,dah masuk seminggu.Dan dan je sehari lepas exam demam pun hilang,maka terhasillah blog ini.
Hehe:D
Dah lama sebenarnya nak ada blog,ye la,nak juga buat sesi luahan perasaan melalui laman sesawang ni,ye dak?Dah kata zaman moden:P
Blog ini akan dikemaskini untuk setiap kelapangan yang ada.
Oh ya,cerita pasal exam.Semalam, 11Nov kan,lepas dah habis OSCE Trauma tu,ada la sesi debriefing,semua student diberi masa satu minit,Dr.Faizal,pensyarah kami,siap set masa guna jam randik digital tu okay,selagi tak habis selagi tu kena bercakap.Nak ajar bercakap katanya.Tiba turn aku,aku senyap je dalam first ten secs tu,lepas tu baru aku bercakap.Aku pun tak tahu apa aku merapu,Rasanya Dr. tak faham pun,tapi layan aja lah.Takut aku terasa pulak.HAHAHA.Okay mengarut.Tapi sepatutnya ucapan aku untuk seminit tu adalah ucapan syukur dah habis exam.Hmm..Ini lah akibatnya jika tidak berfikir sebelum bercakap.Tapi aku rasa aku dah fikir dah.Idea tu keluar bila tengah jalan dengan member nak gi kafe.Dah terlambat.Apakan kan daya..
Okay,setakat ni dulu untuk kali ini.Aku rasa kena bersiap sebab Ma aku nak ajak pergi Shah Alam,ada apa entah kat sana.Tak sure.Tapi memang aku kena ikut je ke mana Ma aku ajak kalau dah cuti semester ni.Memang ini masa yang dinantikan oleh ibuku terchenta!hehe.

Doakan aku berjaya untuk exam ni tanpa sangkut.Ameen..

2 comments:

alexayussida said...

yeayyyy...dah habess exam:D
happy 4 u...
happy holiday yang..
jgn lupe letak shoutmix plak nti:p

Nina Salleh said...

tentiuuuuu!!:)
alaa,tak reti la nak letak tu.huakaka
doakan sy ye,tamau repeat:(