Showing posts with label Student life. Show all posts
Showing posts with label Student life. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

Jumaat yang 'Astaghfirullah..'

Assalamualaikum and Good day to all:)

Jumaat sepatutnya menjadi hari yang berkat untuk semua,sebagaimana Jumaat ialah penghulu segala hari.Kiamat pun hari Jumaat,Nabi Adam dicipta pada hari Jumaat.Semua orang pasti tahu kan,yang berukun dengan Rukun Iman yang enam.Insya ALLAH..

Lain pula Jumaat aku.A bad start,leads to a bad whole day.Astaghfirullah,untuk hari Jumaat aku,semalam. 21 Januari 2011.Antara sebab nya ialah:

1)Aku memulakan hari jam 5.45 pagi,sebab aku syif pagi,maksudnya kena punch card pukul 7 pagi.Dah bersiap semua,nak keluar rumah,cari kasut,TAK JUMPA!Dalam hati aku,'Ya ALLAH,ni kena curi la ni'.Sebab aku letak kat luar,sebelum ni pun kasut Abang Long aku dah pernah hilang.Menggelabah la cari kasut posting nak warna hitam.Geledah rak kasut,Alhamdulillah,ada.Tapi aku tak tahu kasut siapa aku rembat,aku rasa itu kasut adik aku.

2)Aku dah memandu dengan kelajuan yang agak membahayakan,tapi aku memang suka pun macam tu.Untuk hilangkan mengantuk.Aku nak kena sampai pukul 6.30 pagi kat PPUKM,sebab dari sana,naik kenderaan rasmi PPUKM untuk ke Hospital Serdang.Tapi tak salah kalau aku nak pergi sendiri,tapi JAUH wehhh.Tak larat eden nak drive.Boleh berhenti dulu,tidur.Aku memang suka tidur dalam kereta.
Sampai kat PPUKM,driver dah tunggu.Tapi yang kumpulan St.John tak sampai lagi.Sebab nak ke hospital tempat aku tu,hantar sama dengan yang nak posting St.John.Aku okay je,tak kisah pun kalau sampai lewat,lagi best.Hee.
Sampai Hospital Serdang,biasala,masuk dalam Call Centre.Sebab memang posting block ni untuk kami observe atau assist call yang masuk.Kalau nak tahu,yang 999 tu,nanti kalau dia dalam emergency dan perlu ambulance,operator 999 akan sambung ke Hospital Kuala Lumpur atau direct ke mana-mana hospital yang ada Medical Emergency Call Centre(MECC).Haa,kami nanti yang kena jawab tu.Tu antara skop kerja yang kena arif.Being a call taker is not as easy as ABC.Perlu pengalaman,kepakaran,pengurusan emosi yang baik untuk mengelakkan sama-sama terikut jadi menggelabah macam caller.
Isu kat Hospital Serdang ni,ada pegawai yang tak puas hati.Dia cakap kami tak ada buat apa dalam tu,cuma menonton television.What the?Kami baru je hari kedua kat hospital tu,tak kan dah nak tunjuk perangai.Agak-agak la.Dah la menuduh,memang dia tuduh pun sebab dia tak pernah masuk bilik tu.Dia mungkin dengar dari mana-mana pegawai.Fitnah betul la.
Dia marah,dan suruh kami masuk resuscitation room,buat apa yang patut.Masalahnya,sekarang ni posting untuk ambulance call,buku log pun perlu dipenuhkan dengan apa yang berkaitan dengan perkhidmatan pre-hospital.Sabar je la..Rasa nak lempang pun ada manusia kerek macam tu.Dia memang berjawatan,tapi dia tak layak nak tuduh kami bukan-bukan,dengan tak endahkan penerangan yang kami bagi.What a bad,rude behaviour,Mr.!
Hari aku yang berkat,jadi hari yang penuh dengan mengata,merungut,memarah beliau.
Astaghfirullah.Aku mohon keampunan dari-MU ya ALLAH..

3)Aku ada gatal-gatal kat badan aku,mulanya aku ingat allergic reaction yang biasa aku dapat,sebab aku memang ada allergic of unknown aetiology.Bila reaction tu datang,akan dapat urticaria ,so aku buat tak tahu.Tapi bila balik rumah,aku tengok banyak gila rashes yang bukan urticaria.
Sebelum ni pun adik-adik aku dah kena,jangkitan virus Varicella-Zoster ,virus ni sangat mudah berjangkit.
Aku assume,memang aku dah kena ni.
Hari ni,Sabtu,aku sepatutnya posting pagi.Tapi aku tak pergi,sebabnya aku nak dapatkan rawatan di PPUKM sambil dapatkan sijil cuti sakit (MC).Hehe.Walaupun tunggu 2jam sebab bukan kecemasan,tapi berbaloi-baloi sebab dapat cuti 5 hari.Tak payah jumpa staf kerek kat Hospital Serdang.Yeaaaayy!
Setiap yang berlaku ada hikmahnya..
Alhamdulillah..

Semoga hari yang dilalui mendapat keredhaan dari-NYA,ameen..
Till  the next entry.
Much love!


Thursday, January 13, 2011

Hypoglycemia.

Assalamualaikum and Good day to all.:)

Untuk yang belum tahu,aku memang sedang belajar untuk menjadi seorang paramedic.Paramedic in my own terms is those who work in pre hospital level,atau dengan kata lain ialah yang berkerja out-of-hospital environment.Merawat sesiapa yang berada dalam kecemasan,di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital untuk definitive care.Kalau nak tahu,berkerja di luar hospital ni lagi banyak risiko.We are risking ourselves.For instance,kalau pergi respond case motor-vehicle accident(MVA),bayangkan dengan cuaca yang kita boleh jangka,tapi tak terjangka.Ops,apa aku merepek?Buat-buat faham.Yang nak cakap di sini,kalau hujan atau panas atau salji tiba-tiba turun di Malaysia ni,kami terpaksa redahi.Tidak seindah berkerja di dalam hospital yang berpendingin hawa itu.Namun,demi kerja.Hehe.(Monolog:siapa suruh nak jadi paramedic kan,aku dah pilih,and I dare to.I am giving my very best.)
Itu pendahuluan untuk kerja sebagai paramedic.Belum kerja lagi,aku masih belajar.Maksudnya tiada lagi gaji yang masuk setiap bulan itu,tapi sepanjang posting aku,Alhamdulillah,dah banyak macam case yang aku respond.Hypoglycemia ialah case yang common,apart from MVA.
Hypoglycemia is a condition where serum glucose level is below 3.5mmol/L,however the number differs in different person.For a better understanding,kindly visit about hypoglycemia.
It looks simple,but it is an emergency.It is a life-threatening condition that often took for granted by most of us.
Antara sign and symptom yang akan dialami apabila seseorang berada dalam keadaan gula dalam badan yang rendah ialah giddiness,body weakness,sweating,unresponsive and even death!
I was responded to a call last few nights,that wanted us,an ambulance crew to confirm death.Relax je la kan,sebab dah tak ada,ye la,caller pun relax.Okay,sampai lokasi,attached ecg leads,straight line appears,membawa maksud asystole.No heart beat.Lung auscultation,no air entry.No sign of breathing.Pupils fix and dilated,no reaction to light.Glucose level appeared low;unrecordable by the machine.Gosh!The death was secondary to hypoglycemia!See,it can lead to death.Brain cannot function without glucose that will provide energy.Every organ needs energy to well-functioned.
Tak elok berkalau,memang ajal dia,he was an Indian.Tapi,untuk pengetahuan semua,jika berlaku perkara ini antara orang-orang sekeliling anda,cepat dial 999 untuk yang berada di Malaysia.Jangan bertangguh.True,ajal maut kita sudah tercatat sejak azali,tetapi usaha kena ada.
Berbalik kisah tadi,in pre hospital level,we usually will give bolus Glucose 50% 50ml in hypoglycemia patient.But for that patient,he had no sign of life.He was unresponsive about one hour ago before the relatives called 999.So,untuk kesedaran bersama,be alert untuk setiap yang berlaku di sekeliling kita and please do not take thing for granted!
Semoga bermanfaat,untuk peringatan bersama.:)

Sunday, December 26, 2010

Kelaparan.

Salam and good day to all:)

Hari ini hari kedua..
Hari ini hari kedua aku tidak memakan nasi..
Bukan kerana tiada beras..
Akan tetapi kerana malas memasak..
Oleh sebab itu,minum air milo bersama biskut hi-fibre sahaja..
Cukup mencabar,namun boleh diet.

Sekian.Entry pendek sebagai penyeri perut yang lapar nasi.Malasnya nak masak...

Tuesday, December 21, 2010

New Semester begins..

Salam and good day to all:)

Okay,sekarang pukul 9,aku nak kena tidur pukul 11.Sepatutnya study ni.Tapi nak juga update,a quick update it is.
Aku dah start kelas,sebetulnya bukan kelas macam kamu semua fikir.Kelas lecture tu kan.No no no!Bukan sama sekali.Ini adalah posting.Aku dah semester kedua untuk tahun 4,tahun akhir aku sebagai pelajar Sains Perubatan Kecemasan (Paramedic).Alhamdulillah,result final exam lepas melayakkan aku untuk meneruskan pengajian.Tahun 4 ni memang tiada kelas,posting sahaja.Posting kalau ada yang tak faham iaitu berkerja tanpa gaji.Yes!Itu la perkataan yang tepat untuk posting aku sebagai paramedic student.
Kalau tak tahu juga paramedic tu apa scope kerja dia,nanti lain kali aku cerita.Hee.InsyaALLAH.
Untuk semester terakhir ni banyak juga benda best yang aku discovered sampai sekarang.Pertama nya,waktu posting dah jadi 10 jam,which was previously hanya 7 jam.Even office hour pun 9 jam.So kami lah juara.Clap clap untuk diri sendiri sebab paling lama waktu berkerja:(.Syif pagi akan mula jam 7pagi,habis 5 petang.Syif petang pula 12 tengahari mula,10malam habis.Tak boleh tipu okay,kami kena punch card.Siap kena sign sekali.Tapi siapa berani,or should I say terlebih berani macam aku boleh la buat kan.HAHA.
Perkara kedua,aku telah dilantik untuk jadi ketua kelas bagi semester ni.Kelas kami memang setiap semester akan tukar ketua,penat la kan kalau orang sama.Lagi pun nak uji kemantapan orang sebagai ketua.Tapi aku rasa perlantikan aku sebagai ketua kali ini bukan untuk uji kemantapan aku,tetapi lebih kepada untuk mendisiplinkan diri aku.Terima kasih,kawan.Aku akan cuba yang terbaik.Ketua kan,kena tunjuk contoh baik.Atas sebab itu la aku dah buat 12jam posting hari ini.Kita akan tengok esok pula okay.Harap-harap lebih baik.Tapi....tak kan la aku nak buat 13jam,ye dak?Nanti dapat gelaran gila posting.Ewwww,so not me:P
Itu sahaja kali ni,aku nak study pula.Nanti next entry jumpa lagi.
Much love!
Salam..

Saturday, November 13, 2010

Alhamdulillah..

Assalamualaikum wbt..

Bersyukur ke hadrat Ilahi sebab final exam dah lepas.Harap-harap tak sangkut.
Ya ALLAH, lembutkan lah hati pemeriksa dalam pemberian markah.Ameen..Setelah berusaha,maka bertawakkal dan berdoalah memohon pada-NYA.
Fuhh,first time kot sepanjang hidup ni jawab exam dalam kondisi kesihatan yang kurang menyenangakan.Ku dilanda demam yang menyebabkan kesakitan pada badan yang amat, tidak dapat memfokus untuk study.Aku u ingat nak gi buat Full Blood Count (FBC) test kejap kat Emergency Department (ED) sebab risau denggi, tapi asyik tangguh je.Eh,adakah ini alasan tidak dapat perform well?I don't know,tapi aku dah buat my level best.Lama pulak tu demam kali ni,dah masuk seminggu.Dan dan je sehari lepas exam demam pun hilang,maka terhasillah blog ini.
Hehe:D
Dah lama sebenarnya nak ada blog,ye la,nak juga buat sesi luahan perasaan melalui laman sesawang ni,ye dak?Dah kata zaman moden:P
Blog ini akan dikemaskini untuk setiap kelapangan yang ada.
Oh ya,cerita pasal exam.Semalam, 11Nov kan,lepas dah habis OSCE Trauma tu,ada la sesi debriefing,semua student diberi masa satu minit,Dr.Faizal,pensyarah kami,siap set masa guna jam randik digital tu okay,selagi tak habis selagi tu kena bercakap.Nak ajar bercakap katanya.Tiba turn aku,aku senyap je dalam first ten secs tu,lepas tu baru aku bercakap.Aku pun tak tahu apa aku merapu,Rasanya Dr. tak faham pun,tapi layan aja lah.Takut aku terasa pulak.HAHAHA.Okay mengarut.Tapi sepatutnya ucapan aku untuk seminit tu adalah ucapan syukur dah habis exam.Hmm..Ini lah akibatnya jika tidak berfikir sebelum bercakap.Tapi aku rasa aku dah fikir dah.Idea tu keluar bila tengah jalan dengan member nak gi kafe.Dah terlambat.Apakan kan daya..
Okay,setakat ni dulu untuk kali ini.Aku rasa kena bersiap sebab Ma aku nak ajak pergi Shah Alam,ada apa entah kat sana.Tak sure.Tapi memang aku kena ikut je ke mana Ma aku ajak kalau dah cuti semester ni.Memang ini masa yang dinantikan oleh ibuku terchenta!hehe.

Doakan aku berjaya untuk exam ni tanpa sangkut.Ameen..