Monday, January 3, 2011

My January 1st,2011.

Assalamualaikum and good day to all:)

First of all,selamat tahun baru.Setahun bertambah,semakin bertambah usia,semakin dekat lagi kita dengan mati.Persoalannya,sudahkah kita bersedia?Tepuk dada,tanya iman.Seperti yang kita pelajari dah fahami serta percaya,iman boleh bertambah dan berkurang.Untuk diri saya sendiri dan pembaca,(macam ramai:P),bersama kita memastikan kita tidak terlajak dari landasan.
Insya ALLAH.
Always pray that HE will guide us to the right path,ameen..
Itu tazkirah kali ini,semoga bermanfaat dan selamat menambah amal.

Cerita tahun baru..
Ye la,cuti kan,tak kan la nak duduk di rumah aje,nak juga keluar.Lagipun ni la cuti paling lama yang aku ada apart of cuti raya Cina in February nanti.Lepas tu memang kena posting aje lah,macam tak ada life kan?Oh,no no..Akan ku cari ruang untuk ku bernafas.Ehe:)
Hari tu,masa new year,kami makan tengahari rumah kakak aku yang pertama,Kak Long,dekat je rumah dia.Tapi dekat pun,itu la first time aku sampai.Sebab aku memang busy kan.Lagi pun masa aku cuti,Airis,anak Kak Long,aku juga jaga kat rumah ni.Jadi,aku tak pergi la rumah dia.
Pasal makan tengahari,banyak gila makanan okay.Memang makan besar sampai tidak kehabisan.Membazir pula.Pasal apa,Kak Long aku ni,dia punya cerewet la juga bab makanan ni nak berbanding dengan adik beradik aku yang lain.Kami  main hentam je,kalau makanan tu dah panaskan tiga empat kali pun,selagi rasa dia tak berubah,telan je.Lain dengan kakak aku seorang ni,dia makan sekali je.Tiada istilah panaskan dalam hidup dia.Tak best kan?HAHA.
Antara makanan yang dimasak ialah siakap masak tiga rasa,ikan kembung singgang,ayam madu,ayam goreng pedas,ikan cencaru bakar dan tidak dilupakan makanan wajib kakak kedua aku,sayur campur.Sebelum tu aku nak cakap,aku tak join aktiviti masak-memasak ni,sebab aku sampai tu dah terhidang.Ketua chef untuk hari itu,mak saudara kami dari Klang.Beliau ni kalau ada aktiviti memasak memang nombor satu!Rajin wooo..Aku bercita-cita juga nak jadi macam tu,nak pikat hati suami kannnn:)

Gambar masa makan tak sempat pula snap,sebab semua macam kebulur kan.Layan aje,lepas makan baru la aku sempat main-main dengan Airis.Masa lapar tu tak nampak si kecil tu:P

Malam tu,lepas Isyak,kami ke KLCC,nak cari beg sekolah untuk sepupu aku tu.Cari punya cari satu Parkson,satu Isetan,satu KLCC lah,tak ada yang berkenan di hati budak tu.Sampai la KLCC tutup,pulang dengan tangan kosong.

Malam masih muda..dalam pukul 10malam keluar dari KLCC.
Hati dah terdetik,rasa macam nak makan kat Oldtown sebab dah lama kami tak lepak kat sana.Aku membodek Kak Long,beliau setuju.Terus ke Oldtown.Makan tak ingat dunia!Isk..
Makan macam tak ingat dunia,aku juara order paling banyak.Tahniah wa Syabas!

Untuk tidak menyebabkan makanan yang dimakan ditukar kepada lemak tepu,kami bercadang untuk mengelilingi Uptown Danau Kota.Last time aku pergi,aku pun tak ingat.Punya la ramai makhluk ALLAH kat sini,menyesal pun ada.
Penat kot,nak cari parking satu hal,nak jalan tu satu hal lagi.Tapi nasi dah jadi bubur,alang-alang dah sampai,pusing juga dekat Uptown tu.Hampir 2jam!Aku balik dalam pukul 2.35pagi.Phewwww,memang hancur lebur lemak.Jalan je,sebab memang niat nak jalan.Tak ada beli apa pun.HIHI.

Itu ler kisah sambutan tahun baru aku dan keluarga tercinta:)
Kamu semua macam mana?
Apa pun,semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.Ameen..

Till we meet again..Salam.

4 comments:

wani ponti said...

salam.....wah cantik nina skang...kulit lembut bak sutera...hopefully iman di dada semakin berseri2...

wani ponti said...

salam.....wah cantik nina skang...kulit lembut bak sutera...hopefully iman di dada semakin berseri2...

alexayussida said...

malam tahun baru saya stay rumah aunty,main uno sampai buhsan pastu tdo,midnite ajin kjut nk tgk fireworks skali snow lebat gila..end up makan pagi2 buta n layan magika sampai kul 4 pg bru tdo..hehhee:D

Nina Salleh said...

ALLAH,lembut bak sutera?isk isk..jauh lagi wani.hehe
insyaALLAH,semoga kita semua tidak dimatikan kecuali dalam iman..ameen.

Hey hey,suka la tu.New year hubby saya balik kampung,dan sy pun tgk fireworks dari jauh jaa.sob sob..