Wednesday, June 21, 2017

REVIEW: THE MAJESTIC HOTEL

Assalamualaikum dan Salam 27 Ramadhan semua

Kejap je masa berlalu. Tinggal lagi lebih kurang 3 hari je kalau raya hari Ahad, untuk kita all out dalam bulan ni.

Nina nak share kali ni review hotel The Majestic. 
 
Bergambar kat area swimming pool. Masa ni baru lepas hujan, agak basah, kalau tak memang best la photoshoot walaupun pakai timer je😛

Sebab nya dah lama Nina teringin nak bermalam kat sini, tapi duk hold dulu sebab kalau tengok rate biasa RM700-RM800 untuk sekali dengan breakfast.

Hotel ni sebenarnya ada 2 bahagian. Kitorang punya dekat The Autograph, kalau yang bangunan sebelah tu, kena pilih colonial suites, agak kecewa sebab nak bangunan sebelah. Tapi tak tahu kan, takpe lesson learned.
 
Bangunan ni kena pilih colonial suies, kalau tak yang biasa je Autograph collection. Mula-mula tak tahu, so terus datang sini, sampai sini guard ni cakap bangunan belakang, terpaksa u-turn yang tak jauh pun tapi jem.

BOOKING PADA HARGA MURAH

Tapi hari tu, Nina dapat harga kurang dari RM400 untuk booking termasuk breakfast. 

Check in hari Khamis, check out Jumaat. Mungkin harga murah sebab booking awal 2 minggu dari tarikh, dan bukan di hujung minggu. Kalau Sabtu Ahad memang peak dan harga pun akan naik. Tu standard la kan.

Sebenarnya harga asal RM399 sahaja masa booking dekat booking.com, tapi silap Nina jugak terlepas pandang charges semua, so masa check in kena bayar lebih jugak RM400 tapi tak sampai RM500.

BILIK DAN TANDAS KRITERIA UTAMA

Macam biasa, Nina kalau pergi hotel mana-mana akan tengok susun atur, dan tandas!

 
Laluan ke bilik

Kalau pada Nina, perabot ok, susun atur okay, tandas stunning😛 tu dah kira best. So ni dalam bilik kami.

 
Ada 2 katil queen

 
Apa yang lain nya dari hotel-hotel lain, sebab ada coffee maker tu, kalau hotel lain dia provide coffee biasa je, lepas tu yang lain lagi kalau nak add coffee tu, kena bayar🤢

Agak tak best di situ. 

Overall tak ada yang beza, biasa je tak ada yang lain. Kecuali part coffee maker tu hahah. Mungkin kalau nak expect lagi best, kena masuk colonial suites la pulak. 

FACILITIES THE MAJESTIC HOTEL AUTOGRAPH COLLECTION

Kami mengharapkan swimming pool nya sesuai untuk budak. Sebab selain dari diri sendiri mengidam, anak-anak teringin nak mandi swimming pool.

Tapi kecewa.

 
Budak-budak ni boleh celup kepala dengan tepuk-tepuk air je sebab swimming pool nya 1.2M!

Anak pun takut nak masuk walaupun dah bawak pelampung.

 
Nak tak nak terpaksa naik masuk bath tub je laaa.. hehe.

Setakat ni yang pernah jumpa hotel yang betul-betul menepati cita rasa dari bilik, ke breakfast, ke swimming pool, ialah dekat 2 tempat ni.

 
The Shore Hotel&Residences Melaka

 
Hard Rock Hotel Penang

Kalau korang tahu lagi mana-mana hotel dengan swimming pool best untuk anak-anak, boleh share☺️

Silap sendiri tak survey swimming pool hehe.

SAHUR DI BILIK

Memandangkan kami menginap kat sana bulan puasa, ambil pakej breakfast, maka dapat sahur. 

 
Biasanya hotel ada yang kena turun makan kan, tapi mat sini sahur tu dihantar ke bilik.

Menu ditetapkan, air boleh pilih Coffee, Teh tarik atau Teh O. Nina cakap nak semua boleh? Dia cakap ok boleh, so kami dapat rasa semua 3-3 air tu.

Kena try and error, mintak je macam-macam, kalau dapat tu rezeki hehe.

 
Menu hari tu, 

Kari kepala ikan.
Daging kicap
Sayur campur
Sup ekor

Menu sedap.

Boleh pilih nak dihantar jam 4,4.30 atau 5 pagi.

Itu saja sedikit sebanyak review pasal The Majestic kali ni.

Nanti Nina buat review hotel lain pulak. Maklumla baru berjinak dengan blogging. Hahah. Nak buat review hotel lain kena korek gambar pulak.

Sincerely,

Nina Salleh

No comments: