Thursday, June 8, 2017

TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENGANDUNG DAN MENYUSUKAN ANAK


Assalamualaikum dan good day semua😁

Sekejap masa berlalu kan? Pejam celik kita sudah menghampiri pertengahan Ramadhan.. Allah.. belum buat yang terbaik, masih ada masa. Jom kita buat yang terbaik, semoga lebih baik dari sebelumnya.

Kali ni Nina share tips berpuasa sambil  mengandung dan menyusu, dengan bertenaga. Tanpa terkulai layu di tasik madu. Kali ni dah kali ke-3 Alhamdulillah berpuasa sambil mengandung dan menyusukan anak. Ada mommies yang sama? Hehe

 
Gambar throwback masa 1st pregnancy

TABIAT BARU: BERBUKA PUASA DI MASJID

Kali ni Nina sempat merasa mengandung sambil menyusukan Maryam, kandungan baru lagi berusia 10-11 minggu (lupa daaa) , dan baru je ceraikan susu Maryam. Hihi. Nak tau macam mana Nina buat, boleh refer entri sebelum.

 
Nina dan Maryam, kami sedang tunggu Isyak kat Masjid KLCC.

  Mengandung kali ni buat Nina mengidam nak berbuka di masjid. Jadi kalau orang tanya nak berbuka makan apa? Tak boleh jawab, tak rasa nak makan apa kecuali makanan masjid. Dan setakat hari ni tak pernah masak lagi, itu pun salah satu tips nak berpuasa dengan bertenaga, walaupun menyusu dan mengandung.

Sebab?

Jimat tenaga nak memasak. 😆

 
Menu kat masjid masa 1 Ramadhan dah cukup gembira dah ibu mengandung😁

MINUM AIR DENGAN CUKUP

Tips penting, kena pastikan untuk bertenaga walaupun menyusu dan mengandung, air mesti cukup.Sebab seorang yang mengandung dan menyusukan anak, Nina memang kena jaga, air dalam badan mesti kena cukup, nanti Nina akan dehydrated, macam mana nak puasa dengan bertenaga bila badan dah dehydrated kan? Bukan sahaja lesu dan lembik, akan lebih memudaratkan lagi nanti.

Jadi, ibu-ibu kena minum air dengan cukup. Ini ialah cadangan untuk pengambilan air yang cukup.
 
Boleh bawak bekal untuk ke masjid solat tarawih.

Tambahan untuk Nina, setiap kali nak pergi masjid, Nina akan prepare air Performance Drink, sejenis minuman isotonik, biasanya Nina akan blend dengan nenas. Sedap!

 
Guna Ferrano Blender, special dari Shaklee. Hihi, bestnya sebab senang blender ni, kecik dan tak rasa malas nak basuh. Bekas dia boleh terus guna, cuma tukar penutup je. Tak mengesal beli.

Kalau nak buat air ni, bahan-bahan:

Nenas dihiris
Performance Drink 2 sudu besar
Air sejuk
Ais

Semua bahan diblend sehingga dapat kepekatan yang kita suka. Nina suka buat awal, dan letak tempat sejuk beku, bila bawak masjid dalam pukul 6 dah keluar rumah, Maghrib nanti dia dah sempat cair, minum sejuk-sejuk, sedap! Hilang haus.

Ibu menyusu sangat perlu PD untuk bulan puasa ni, sebab perlu ganti bendalir dari badan, agar tak dehydrated.

 
Bawak ke masjid. Hehe. Sedap. Nampak sedap tak?

SAHUR DENGAN MAKANAN YANG KENYANG LAMA

Ibu mengandung dan menyusu akan perlu makanan yang kenyang lama, terutama untuk pembentukan janin bagi yang di awal kehamilan. Ibu menyusu pulak, akan bakar lebih kalori dari orang biasa, sebab perlu menyusukan bayi, dan sesetengah yang berkerja, akan perlu pan susu bagi memenuhi keperluan anak.

Sebab tu kena pastikan, kalori cukup, dan apa yang dimakan kenyang lama, dalam bahasa sains nya Glycemic Index yang rendah.

 
Contoh senarai makanan dan GI.

Semakin rendah GI, semakin lama makanan akan ada dalam badan, tenaga akan dilepaskan secara perlahan-lahan.

 
Beza sangat. Kalau makan nasi, beras biasa,sebab kalau beras Basmathi GI rendah, berbanding minum ESP atau Cinch untuk bersahur.
 
Masih bertenaga hingga ke petang💪🏼

Nak tahu rahsia?

Nina sahur dengan Mealshake, plus Cinch dan Milo atau nestum😉
 

Ini mealshake blend dengan pisang, sangat sedap, mudah sedia, tambah 1 scoop cinch boleh tahan sampai berbuka. 

 
Ini pun salah satu contoh, tapi tukar ESP dengan cinch😉

MASALAH GASTRIK HILANG

Perut Nina sangat sensitif kalau mengandung, akan senang kena gastrik. Tapi bila dah mulakan sahur dengan cinch ni, HILANG GASTRIK.

Kalau tak, lepas berbuka confirm meringkuk tahan sakit perut, nak tarawih pun tak boleh dah. 

Untuk ibu-ibu yang mengandung dan menyusu, boleh cuba set Ramadhan ni. Sangat berbaloi.

Puasa dengan bertenaga.

 
SET RAMADHAN

 
SET RAMADHAN 

Berbaloi sangat, syukur. Oh, 1 lagi yang Ibu mengandung jangan lupa , supplement prenatal😉

 
Untuk kesihatan ibu dan bayi.

Kalau berminat untuk sebarang pertanyaan, boleh whatsapp Nina ye.

Itu saja perkongsian hari ni, semoga bermanfaat. Selamat berpuasa dengan bertenaga.

Sincerely,
Nina Salleh

No comments: