Friday, September 8, 2017

5 TIPS KULIT CANTIK DARI DAPUR YANG AKAN BUAT SUAMI TAK PANDANG LAIN

Assalamualaikum, Salam Jumaat yang berkat😁

Terima kasih sebab sudi baca lagi tulisan Nina hihi. Buat apa hari ni? Long weekend lagi kan? Apa kata sesuai sangat buat benda ni, 5 TIPS CANTIK GUNA BAHAN DARI DAPUR SAJA.

Nina nak share hari ni 5 tips kulit cantik yang akan buat suami korang tak pandang lain.

Ok lupa nak masukkan tips yang lebih penting dari 5 ni, mintak doa supaya suami tak pandang lain😆

5 tips kulit cantik ni yang bestnya hanya guna bahan dari dapur saja. Tapi kalau tak masak tu lain la ye, memang tak ada nak cari kat dapur😋

Isteri yang nak pikat hati suami, sangat bagus amalkan tips ni, yang pasti, memang berkesan dan mesti konsisten. Mana ada benda hari ni buat esok terus jadi kan hehe.

Buat sebulan nanti share testimoni ok!

Cabaran cantik dari dapur😁


My bare face, tanpa make up dan foundation atau filter. Nina kalau keluar just apply Uv Protection, tu penting tau untuk elak jeragat. 

Ok, teruskan baca k, akan ada 5 tips kulit cantik yang siapa pun boleh buat, kena rajin je.

1. Gunakan TIMUN
Lebam bawah mata? Cuba hiris timun macam ni, lekatkan pada mata, rehatkan mata selepas bangun dari tidur, dan sebelum tidur.

10 minit je, cuba buat seminggu, dan tengok lebam pada mata anda dah hilang😁

Buat setiap hari lebih baik untuk kesan optimum.


2. Jangan buang AIR BASUHAN BERAS
Sangat serbaguna dan penuh manfaat, untuk kulit yang gebu dan licin, celup kapas dalam air basuhan beras dan jadikan toner.
Atau, sesuai untuk dijadikan make up remover. Jadi anda JIMAT! Sebab tak perlu beli make up remover dan toner. Kulit jadi halus dan mulus gituu😁

Cubalah, pasti tak menyesal, dan paling penting, poket tak kurus😆


3. Uncang TEH HIJAU sebagai scrubber

Kulit berjerawat? Ada blackhead atau whitehead? Nah, jangan minum sahaja teh hijau, uncang nya boleh terus scrub muka secara lembut. Jerawat mudah kecut, black head white head akan tanggal😁


4. Minyak kelapa untuk kulit sihat

Orang dulu-dulu senang, sebab pandai buat minyak kelapa. Jangan mintak resepi dengan Nina tau, tak pernah buat😆 Beli je VCO kat kedai, untuk rambut lebat, untuk area kulit yang kering, sapu saja minyak kelapa.

Rambut akan lebat hitam dan kulit kering tiada lagi😍


5. Lidah buaya

Boleh sapu terus pada muka, buat masker dan perubahan akan ketara, aloe vera akan mengurangkan parut jerawat, jika dibuat berterusan, naaaa FLAWLESS😁

Tapi ni semua untuk orang rajin. Yang betul-betul berdisiplin akan nampak hasil. Nina memang tak la. Pagi-pagi nak hiris timun, mana nak sediakan sarapan anak kan? Anak nangis lagi tak sempat makan kena baling timun tu😂

Nina guna ni, yang sekarang tengah PROMO!


Radiant set, set untuk remajakan balik kulit dan untuk pikat hati suami.

Nampak kesan kalau konsisten, suami pun taknak keluar rumah nanti. Hehe.

Dapatkan Radiant Set yang sedang PROMO ni. 

Nina pun tak miss, so ini rahsia Nina untuk kulit yang tanpa filter dan tanpa make up, tapi masih selfie penuh yakin!

Sincerely, 
Nina Salleh

No comments: