Thursday, October 12, 2017

CARA GUNA EASY PARCEL YANG MUDAH

Assalamualaikum, selamat hari Khamis, esok Jumaat lepas tu weekend yeay! 

Eh panjang ucapan😂

Buat apa petang ni? Nina baru nak sentuh nasi untuk hari ni, tapi update blog dulu la.. kenyang lagi, tadi pagi minum ESP shake dengan milo, letak air sejuk, memang sedap lemak berkrim lalu tekak kita kan. Hehe. Tapi yang ni bukan banyak lemak tau, tinggi protein untuk badan yang sihat dan kulit cantik.

Nina suggest semua mak-mak untuk dapatkan ESP ni.


Sebab ESP promo ni la postage berderu-deru nak kena buat, Nina memang buat postage setiap hari. Lagipun untuk tolong team mates. Ada yang mintak Nina poskan, sebab tu hari-hari jalan.

Jadi kalau nak beli dengan Nina, boleh je postage everyday!


CARA POST BARANG DARI RUMAH

Okay, kali ni Nina nak share pulak macam mana Nina handle postage. Dengan anak kecil yang memang mengikut je ke mana, bab packing tu pandai-pandai la kan masa diorang tidur atau berperang je la dengan anak😆

Kalau dah barang banyak sangat, macam mana nak angkut? Rumah Nina dah la apartment, kena naik tangga 1, bayangkan macam mana Nina nak turun bawak barang banyak? Dengan anak lagi, dengan perut lagi.

Memang nangis kan. Tapi jangan nangis la, nak bisnes jiwa kena kental. Setiap masalah ada penyelesaian.

So ini penyelesaian untuk anda yang nak jimat masa tak payah pergi pejabat pos drop barang.

Dari isi borang, details, bayar, semua online, dari rumah. Tinggal tunggalu abang posman datang ambik je.

Paling best, RATE RENDAH, dan boleh pilih macam-macam courier service dari hujung jari tau. Tak payah susah nak drive.



Jemput like page FB:By Nina Salleh untuk info lebih tentang produk Shaklee, atau nak join team Nina💪🏼

Ada beberapa steps je, yang penting percuma. Ok mula-mula, cara mudah untuk guna pelbagai jenis courier tanpa deposit ialah, kena register, klik link bawah gambar ni.



Nak register, klik sini Easy Parcel dan register macam biasa. Kemudian, follow je step Nina tunjuk ni, senang sangat!


Pilih bulk upload untuk hantar parcel yang banyak, lebih dari 1 pun boleh.

Nina suka guna bulk upload ni walaupun 2 je parcel😂


Sebab korang baru lagi, so tak ada lagi template kan? Kena download dan boleh save siap-siap. Next time boleh reuse.


Isi je semua details, yang penting, macam jenis barang, berapa KG--sangat penting untuk tahu jumlah kena bayar, nama, alamat, nombor telefon pengirim dan penerima.

Take note, alamat pengirim tu, mana kita nak abang posman pick up barang dari kita😁


Okay ni paling best, ada bermacam courier boleh pilih. InsyaALLAH semua tip top!

Nina dah pernah try semua, termasuk yang tak ada dalam list tu, 'Aramex' sebab ada post parcel ke Sarawak, satu daerah tu Aramex yang ambil.

Kat sebelah tu column SMS, senang klik yes je nanti penerima akan dapat sms notification siap tracking number. Best kan?

Okay, dah setel, save file excel tadi. Masuk balik website, pilih bulk upload lagi, dan kali ni nak import order dah.


Cari file yang kita siap isi, untuk diimport. Nina tulis tarikh senang nak pilih. 

Buat 1 folder untuk easy parcel.


Loading untuk masukkan file tadi.


Klik untuk semakan details


Sebelah kanan lagi, boleh klik untuk cek, nama alamat penerima, pick up date dan kalau tak setuju dengan harga, kat sini boleh tukar courier.

Bila semua dah ok, check out!


Tunggu saja, ni lepas tekan check out tau, belum bayar. Hehe.


Okay sekarang, boleh bayar.

Top up tu untuk topup balance kita.


Bila dah bayar, kita akan redirected here, boleh print😁


Tadaaaaa! Ada borang siap kan. Canggih je kan hehe.
Sediakan gunting pulak lepas print.


Ni contoh kalau poslaju.

Kalau skynet lain, setiap courier lain, tengok la pilih courier mana.

APA YANG BEST?

Apa yang best guna Easy Parcel?

Sebab, boleh dapat lower rate dari pergi timbang manual dekat pos laju. Tu pun dengan syarat kita topup.

Nina selalu topup RM500, kita akan dapat free flyers comel dengan topup RM500 ni.

Kalau nak cuba dulu, ada je topup RM100 rasanya hehe. Topup RM2,000 dapat free penimbang😍

Lagi? Apa yang best?

Best sebab tak payah nak pergi beratur timbang barang, barang kita dah siap, tunggu posman hantar je. Syok!

Rugi siapa belum try. Nikmat dunia jugak ni😂


Tapi kalau nak try ESP, boleh tanya Nina k. Harga promo terlajak jimat!

Tu je nak share, nak makan nasi pulak.

Sincerely,



2 comments:

sirap said...

Centre tu gunting siap2 la eh bagi posmen. Baru nak guna ni.

Seo said...

Thanks for sharing mengenai Easy Parcel.

Jika anda ingin menghantar pos oversea, anda boleh consider the best express agent in Malaysia - Collectco jugak. Mereka ada servis seperti send a parcel, send parcel from Malaysia to Singapore. Juga, mereka ada partnership dgn Pos Malaysia bagi international shipping. Pos Malaysia International Parcel