Thursday, February 16, 2017

KITA BUKAN TUHAN

Hari ni kita benci dia, sebab dia tak beli dengan kita.

Hari ni kita kutuk dia, sebab dia rampas customer kita.

Hari ni kita marah dia, sebab dia paksa kita buat kerja dia.

Hari ini kita sakit hati, kerana kita ingin ajak dan beri peluang kepada mereka untuk ubah hidup mereka, malangnya kita diperli.

Salahkah usaha kita?

Hari ni kita seolah-olah ingin jadi Tuhan, yang menghukum gerak geri manusia lain.

Lupakah kita, KITA BUKAN TUHAN?

Hati kita, hati dia, dan hati mereka, Tuhan yang pegang.

Dia beli dengan kita, sebab Tuhan gerakkan untuk beli dengan kita.

Dia join bisnes kita, sebab Tuhan gerakkan hati dia untuk join.

Tugas kita?

Buat yang terbaik, selagi kita boleh memberi. 

Tak perlu menghukum.

Semoga, apa yang kita beri, boleh membantu mereka, bermanfaat untuk mereka, dan sebagai bekal untuk ke sana yang pasti.

Perjalanan masih jauh, sahabat..

Semoga redha ALLAH swt milik kita semua.

Sincerely, 
Nina Salleh

No comments: