Sunday, February 12, 2017

BERPANTANG GAYA MODEN: BEZA BERPANTANG ANAK PERTAMA DAN KEDUA

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua

Duk buat apa tu? Dah makan ke? Lipat baju dah? Hihi.

Hari ni Nina nak share, pengalaman berpantang. Sebab dah lalui 2 kali berpantang, walaupun baru 2, dah boleh compare la kan. Hehe. Bukan bermakna nak pantang lagi, tapi kalau ada rezeki insyaALLAH, lebih bersedia. 

Entry ni diharap boleh membantu ibu-ibu yang bakal bersalin, dan berpantang, yang masih buntu nak pilih set berpantang😂


ANAK PERTAMA: KURANG PENGETAHUAN
 
Masa ni mengandung anak pertama, dah 37minggu, gigih photoshoot haa..

Kalau nak tahu, masa berpantang anak pertama, Nina tak sediakan pun apa set pantang untuk makan. Macam tak buat research sangat. 

Jadi, ikut saja apa orang cakap.

Tanggal 8Nov2013, pagi masa nak solat Subuh, air ketuban pecah kat rumah, terus bergegas ke hospital. Bila sehari duk hospital, dah boleh balik. Balik rumah, keluarga semua duk tanya, tak beli ke set pantang apa kan, normal la kalau kita dikelilingi ahli keluarga. Memang akan bertanya. Sebab bagi mereka, apa yang kita makan dalam pantang tu akan bagi tenaga kat kita.

Paling penting, dalam pantang kena jaga betul-betul sebab bagi kesan masa kita berumur nanti. Nina akur saja lah. Dan tanya pendapat mereka, nak beli set apa sebab memang tak buat kajian pun😂

Ramai yang suggest Nona Roguy, okay Nina minta suami belikan. Sekali dia balik, semua benda dia beli. Dalam tu ada tea herbanika, minyak urut herbanika, lulur herbanika, mandian herbanika. LENGKAP! Dari nak mandi, sampai nak makan. Oh ada 1 lagi, phytonatal.

Yang mandian, lulur semua, 2-3 hari je buat, lepas tu tak berapa nak rajin, maklumlah berpantang sendiri hihi. Yang amal pun pil phytonatal, tu pun lepas 2 minggu bersalin sebab dia herba.

Pasal phytonatal, memang dah lama dengar sebab orang cakap memang tak sembelit. Lawas saja membuang. Tapi kalau bayi kuning, memang tak boleh makan tu, dengan tea herbanika pun tak boleh. Nurse pergi cek kat rumah pun nasihatkan supaya jangan ambil apa-apa jenis herba, risau kalau bayi kuning, akan tambah teruk😰

2 minggu lepas bersalin azab jugak, sampai ada episod berak berdarah ingatkan pendarahan lepas bersalin. Berdarah sebab sembelit, lagipun masa tu jahitan luka episiotomy belum lagi sembuh pun😭

Menangis dalam bilik air. Bayangkan dalam mangkuk tandas penuh darah, buasir kot. Nurse datang melawat pun tak bagi makan pil phytonatal tu, sebab takut bayi kuning walaupun Alhamdulillah, anak-anak memang bebas kuning.

Masa tu tak study, tak buat research. 

Lepas kejadian tu, memang dah nekad, nak kena guna set berpantang lain. Masa tu luka pun lambat juga sembuh, kalau tak silap dalam 3 minggu kot. Makan pun kurang sayur, vitamin C pun tak cukup. Protein pun tak cukup, macam mana kulit nak cepat hasilkan sel baru?

SEBAB SEMBELIT SELEPAS MELAHIRKAN

Situasi sembelit selepas melahirkan bayi bukan suatu yang asing lagi, baik yang bersalin secara normal atau secara pembedahan. Nina dah rasa dah tahap membuang sampai berdarah, jadi kena elakkan dah lepas ni. Ada cara. Tapi kena tahu punca dulu.

Nak tau apa punca sembelit?
Antaranya:
📍Buasir
📍Kesakitan pada episiotomy
📍side effect daripada hormon ketika mengandung
📍kesan daripada supplement iron yang dibekalkan ketika mengandung
📍kecederaan pada 'anal sphincter' atau 'pelvic floor muscle' ketika melahirkan
 

 

Bila dah tahu punca, maka barulah kita boleh cari penyelesaiannya. Apa yang lebih penting, dalam pantang, mesti makan makanan yang berserat tinggi, untuk membantu  memudahkan proses pengeluaran najis.

Makanan yang kaya dengan protein dan Vitamin C, untuk mempercepatkan dan memberi kesembuhan pada luka, selain dari menyembuhkan otot yang mengalami trauma.

Kalsium pulak, sangat penting, sebab ia akan membantu pergerakan otot, termasuk otot pada usus. Maka najis akan keluar dengan mudah bila usus bergerak dengan lancar.

ANAK KEDUA: BERSEDIA DENGAN KAJIAN YANG MENYELURUH

 
Baru lepas bersalin terus selfie, sambil tahan sakit sebab ada drip pitocin, masa anak pertama tak ada drip ni mat HKL. Ni anak kedua di HRPZ11

Bila dah tau mengandung anak kedua, memang dah nekad nak guna set mengandung dan berpantang Shaklee.
 
Pantang hari ke 14 dah pergi mall, makan. Grrr..

Masa mengandung Nina dah amalkan pun set prenatal Shaklee. Sebab dah siap-siap prepare, dan janji dengan diri sendiri, kali ni mesti lebih baik. So apa yang Nina amalkan?
 
Masa berpantang, memang continue je makan apa yang Nina dah beli masa mengandung, tambah alfalfa je.

IBU BERPANTANG PERLU BERTENAGA SEPANJANG HARI

Bila pagi dah mulakan hari dengan ESP blend dengan kurma, memang rasa bertenaga. Tak ada rasa kusam, dan serabut. Makan B complex untuk setelkan mood, biasa ibu berpantang kena jaga mood, sebab emosi kadang-kadang terganggu.

Mana taknya, sakit bersalin belum hilang, nak kena menyusukan anak, kalau anak bangun setiap jam, memang haru jugak. Atau ank yang jenis berjaga malam.

Yang best nya bila minum ESP, anak tidur lena, kenyang lebih lama kot. Anak saya tidur kalau lepas maghrib, bangun kejap pukul 10 sambung menyusu, dan tak berjaga pun dalam tempoh berpantang, sampai la pukul 7 pagi. Kalau bangun pun sebab poopoo.

Setiap 1 tu bagi fungsi berbeza, tapi memang penting. 
Untuk sembuhkan luka dengan baik, dan dari dalam, Nina amalkan Vitamin C dan Omega Guard, untuk anti radang. Kesan dia, dari hari ke 14 dah boleh berjalan dengan baik. Boleh travel dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur masa hari ke 10, jalan-jalan Johor masa sebulan selepas bersalin.
Selain dari tu, Osematrix sebagai sumber kalsium, penting untuk tulang yang sihat, dan ATASI SEMBELIT. Sakit dan lenguh badan pun boleh hilang tau. Bukan untuk ibu berpantang saja, ibu mengandung, menyusukan bayi, orang-orang tua dan mereka yang amalkan gaya hidup yang aktif, mereka perlukan kalsium yang cukup.

Memang pengalaman yang berbeza, dapat tenaga yang berpanjangan, mood pun terkawal dengan B complex, luka cepat sembuh, episod mangkuk tandas penuh darah tak ada lagi. Hehe. Alhamdulillah.
 
Terima kasih kepada kawan-kawan yang suggestkan. 

Sekarang, dah habis tempoh pantang, tapi nak tau ada yang lagi power, yang ni. Yang buat muka kita glowing even dalam pantang😍
 
Sesudu kecik je setiap hari, untuk kesihatan menyeluruh, tinggi resveratrol, membaiki dari peringkat sel. 
Beza sangat muka dulu dengan sekarang, dulu kusam, kalau tak jaga dari awal, memang sendiri pun fed up. Walaupun dalam pantang, tetap kena jaga. Nanti diri sendiri yang stress tengok muka kat cermin😂

Apa yang Nina belajar dari pantang ni, air kena minum cukup, 2-3 L sehari air kosong.

Kalau ibu berkerja, pam susu setiap 3 jam, mula dari awal kelahiran bayi tetapi mesti monitor, takut oversupply nanti baby ada risiko tersedak.Kalau nak tahu lebih pasal berpantang dengan Shaklee, boleh whatsapp je.

Sincerely, 
Nina Salleh

No comments: