Showing posts with label bone broth. Show all posts
Showing posts with label bone broth. Show all posts

Monday, March 5, 2018

KONGSI RESEPI : CARA MUDAH UNTUK BUAT BONE BROTH

Assalamualaikum dan salam sejahtera😁

Lambat update entry, sepatutnya dah scheduled pukul 10 pagi, tapi biasalah kita rancang ALLAH swt juga rancang kan. Hehe.

Nina masih dalam mood Ganu, untuk S2U families tour, kami bertiga sampai Terengganu by road. Nina lah driver, power kan? Hahaha

Kawan-kawan Nina semua sihat? Anak-anak sihat? Sekarang dengar cerita musim demam kan? Tapi rasanya tiap-tiap musim pun musim demam kalau kat Malaysia, takde 4 musim eh🤭

Kebetulan pulak Nina buat bone broth, so nak share cara mudah buat bone broth. Tak payah pening kepaleeee, tak payak nak fikir banyak, sap sap soi semua bahan, siap! Hehe.

Nina kongsikan cara mudah untuk buat bone broth, tau tak untuk apa bone broth ni?  Bagus sangat la untuk demam selesema, kaya dengan mineral dan zat galian. Untuk sesiapa ada anak kecik yang dah boleh makan, rajin-rajin buat bone broth ni takpe, boleh simpan stock. Haaa nama lain dia kan chicken stock. Penampah perisa dalam makanan pun sodap, sihat pun sihat.

Jom banteras musim demam tak bertepian😆

CARA MUDAH BUAT BONE BROTH

Bahan-bahan untuk buat bone broth:

1. Rangka/ tulang ayam 
( kalau nak lembu, tukar tulang lembu, yang pasti memang nak yang rangka tulang tu
2. Daun saderi
3. Lobak merah
4. Bawang besar 
5. Bawang putih
6. Asam limau

Senang je, boleh tengok gambar. Nina share.


Ayam yang dah bersih, masukkan dalam periuk besar. Perahkan asam limau untuk extract zat galian dari tulang



Masukkan air yang dah ditapis


Yang atas air tu, kena buang, guna senduk buang, setiap kali mendidih ada benda macam tu kena buang sebab tu bahan kotoran pada ayam


Dah mendidih, transfer ke dalam slow cooker


Set masa sehingga 24 jam, kalau guna lembu, lagi lama 48 jam untuk extract zat dari tulang. Air kena sentiasa tambah


Dah siap, boleh tapis. Isi ke dalam bekas. 


Boleh tambah dalam masakan untuk anak-anak, tak perlu guna perencah sesedap rasa ke, ajinomoto ke, sebab bahaya. Yang ni lagi sihat😉


Sedap kan? Dah jadi makanan😁 Nina buat bubur ni pakai bone broth. Nanti Nina share resepi bubur nasi ni pulak. Anak pun suka.

Dah siap bone broth, mudah kan? Simpan dalam freezer stock tu, bila masak boleh buh dalam masakan. 

Anak Nina Alhamdulillah memang kuat makan dan berselera, sayur pun semua makan😁

ALTERNATIF BONE BROTH

Ada masa Nina pun takde stock bone broth tu. 

Kalau musim diorang tak sihat, ni lah Nina kan bagi, selain dari bone broth, Nina akan bagi Nutriferon untuk boost imuniti. Nina sendiri pun makan kalau demam, kalau makan setiap hari lagi bagus😉


1 sachet Nutriferon, dicipta oleh pakar imunologi Jepun, Dr Yasuhiko Kojima yang ambik masa 40 tahun, bayangkan, bukan biasa-biasa tau.

Dapatkan Nutriferon untuk kesihatan seisi keluarga hari ini dari Nina.

Boleh whatsapp Nina untuk pertanyaan.

Sincerely, 
Nina Salleh

Monday, February 26, 2018

KEIBUBAPAAN: TIPS HILANGKAN SELESEMA ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Amanda dah pergi sekolah, Alhamdulillah. Ada yang tanya macam mana dengan homework kan? Agak la mencabar, tapi takpe bagus jugak sebab mom boleh sama-sama belajar😂


Workload boleh tahan untuk anak 5 tahun, tapi no pain no gain kan?


Homework setiap hari memang ada. Biasanya balik sekolah jam 11.40 pagi, Nina akan bagi makan. Lepas tu check homework, siapkan homework, dan tidur sekejap. Kadang-kadang tak tidur. Pukul 3.30petang, Amanda ada kelas mengaji. Baru je start, baru Iqra’ 1. Semoga cepat-cepat Amanda boleh absorb. Masa umur macam ni anak-anak daya ingatan dia macam sponge, seraaaapp semua. So no worries k, in fact sel otak dia akan lebih berhubung bila ada banyak aktiviti. 


Kalau ada rezeki, Nina nak masukkan anak-anak ke kelas berenang, sebab dia suka sangat mandi kolam tapi rugi lah sebab tak pandai berenang kan..


Jauh menyimpang, kali ni Nina nak share TIPS HILANGKAN SELESEMA ANAK.


Sebab anak kecik lagi-lagi 2 tahun ke bawah, memang tak dinasihatkan beri ubat selesema, sebab ubat tu boleh menyebabkan kesan ‘tidur berpanjangan’ , yang kadang-kadang lepas bagi ubat, ada anak jadi kebiruan terus sebab tak bernafas. 


 Jadi apa alternatif kalau anak kecik kena selesema?


Semua boleh guna bahan yang ada kat dapur je. 


TIPS HILANGKAN SELESEMA ANAK


Selesema kebanyakannya akan baik sendiri, tapi biasanya akan timbulkan ketidak selesaan pada anak. Susah tidur, nak minum susu pun susah, akan buat anak meragam kebanyakannya. Hehe. Tu yang kena cari akternatif, tapi kena tahu bila nak bawa anak ke hospital ye. Terutama bila ada tanda seperti nafas laju dan nampak tulang rusuk.


SEDUT HINGUS


Yang ni memang semua biasa buat kan? Sama ada guna penyedut atau direct je mouth-to-nose punya sedutan😂


Bagi Nina, yang jenis ni tak lawas. Tak kuat sedutan. Huhu


Penyedut tu kalau yang ada boleh sedut guna mulut lagi efektif.


Yang ni lagk power hehe. Ada macam-macam brand boleh dapat di kedai baby


KUNYIT


Tahu tak kunyit ni ialah sejenis tumbuhan yang mempunyai properti anti bakteria dan anti viral. Nina sendiri suka sangat kalau masak makanan anak, letak kunyit. Kalau kunyit hidup lagi bagus kan, tumbuk sikit, rasa pun sedap.


Kalau anak selesema pulak, tumbuh atau lenyet sikit, dan sapu atas batang hidung anak. Yang ni Nina belajar dari Ma, masa zaman Amanda kecik lagi. It works wonder for her and her sisters❤️


Senang sangat, jadi memang Nina kena standby la atleast serbuk kunyit kat rumah. So korang boleh cuba kat anak masing-masing.


BAWANG BESAR


Bawang besar pun boleh jadi penawar selesema anak. Dengan kuasa anti radang (gittewww macam kuasa dragon ball🤪) .


Cara dia, boleh belah saja dan letak di bilik. Biar ada bau dia. Benda ni akan membantu anak untuk melawan keradangan pada salur pernafasan.


BAWANG PUTIH


Bawang putih lagi memang terkenal dengan kuasa anti viral. Kalau dulu, bawang putih kita guna untuk mata yang ketimbit tu kan. Tapi tak tahu kenapa guna tu. Bila dah tau baru boleh relate. Untuk melawan keradangan tu.


Gambar kredit google image


Cara kalau guna bawang putih, mesti lalukan pada api, lenyetkan atau ketuk, dan campur dengan minyak. Macam minyak zaitun atau boleh guna Shaklee Organic Massage Oil. 



Buat garlic sock dengan cara pakaikan baby stokin, dan sapu pada stokin tu, elakkan sapu direct pada kaki sebab mungkin boleh menyebabkan kaki baby sakit atau melecur sebab bawang putih ni panas sikit. 


Kalau baby yang dah agak besar, boleh sapu pada dada, tapi AWAS! Mesti test pada bahagin kulit yang lain dulu😊


BONE BROTH


Yang ni sangat sangat sangat terbaik! Bone broth ni ada banyak version, Nina selalu buat yang mana mudah untuk Nina. Yang best nya, kalau buh dalam masakan, dia akan jadi penambah perisa. Untuk masakan bayi, jangan la letak ajinomoto, garam atau gula lagi-lagi kalau baru nak introduce solid😊


Bahaya sebab tu semua kimia, unless kita guna bahan natural. Kalau garam, tukar garam batu instead of garam biasa tu. 



So bone broth ni boleh campur dalam makanan baby, atau kalau masih breastfeed, boleh buat penambah perisa untuk makanan mak. Untuk buat bone broth, boleh tengok cara mudah untuk masak bone broth kat sini


OMEGA GUARD SHAKLEE


Nina sendiri ada pengalaman, beberapa kali anak masuk wad sebab jangkitan kuman pada paru-paru. Masa Amanda, ada sekali tu dalam sebulan, 3 kali kena admit, tak sanggup rasa tengok anak kena admit. Sampai kena suspek TB, naudzubillah..


Masuk Maryam pulak, Bila dah umur lebih 6 bulan, masuk wad. Rasa risau jugak, despite both were fully breatfed up to 6 months. Rupanya, bagi sepenuhnya susu ibu tak menjamin anak kita terjaga dari penyakit bahaya sebab kita mungkin kekurangan nutrisi.


Jadi masa Maryam warded, Nina dah start belajar dan bagi dia setiap hari 1 biji Omega Guard Shaklee, untuk dapat Omega 3. 


Omega 3 sangat bagus untuk melawan keradangan. Boleh baca tentang kebaikan minyak omega 3 di sini .


Kena sorok botol Omega Guard Shaklee dari diorang


Sampai la saat tu, Nina dah start supplementkan anak dengan Omega Guard Shaklee sebab ia antara yang terbaik Nina pernah jumpa. 


Sekarang menyusukan anak ketiga, Nina tak skip Omega Guard Shaklee dah.


Untuk Amanda dan Maryam, mereka dah boleh makan sendiri sebiji sehari.


Ini antara tips hilangkan selesema anak.


Yang Omega Guard Shaklee tu bukan untuk hilangkan, tapi lebih kepada menghalang, jadikan amalan sebelum dapat penyakit🤗


Order sendiri Omega Guard Shaklee di sini: order di sini


Untuk sebarang pertanyaan, boleh whatsapp Nina k. Yang Nina share adalah berdasarkan pengalaman sendiri, berjaya untuk Nina. Mungkin awak pun boleh cuba. Hehe. Semoga bermanfaat!


Sincerely,


Nina Salleh

012-3114040