Showing posts with label omega guard shaklee. Show all posts
Showing posts with label omega guard shaklee. Show all posts

Thursday, March 29, 2018

PERLUKAH SUPPLEMENT UNTUK IBU YANG MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera😁

Dah masuk bulan Rejab kan, puasa dah ganti? Hehe. Tanya diri sendiri. Kali ni Nina nak share, apa amalan Nina sebagai ibu yang menyusukan anak sepenuhnya sehingga 6 bulan.

Menyusu si kecik ni pulak, Eisyal dah 3 bukan sayang..

Rutin ni (menyusukan anak) dah bermula sejak 2013, sampai sekarang sebab setiap 2 tahun beranak😂

Harap lepas ni rehat lama. Bukan tak penat, penat jugak nak menyusu dengan sus badan ni. Renyah, leceh. Tapi bagi Nina, lagi senang dari bagi susu botol.

Tak payah pilih susu, tak payah beli susu, jimat banyak dah. Tidur malam pun tak payah bangun, kira on the go je lah.

PERLU KE SUPPLEMENT UNTUK IBU YANG MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN?

Betul ke perlu supplement untuk ibu yang menyusukan anak dengan susu badan?

Nina pun tak ambik masa Amanda, sebab berfikiran tak payah la supplement semua ni. Mengarut! Kan? Siapa ada terfikir macam Nina? Huhu. 

Tapi ended up, Amanda despite fully breastfed, berapa kali masuk wad, sebab jangkitan kuman paru-paru, sampai suspected Tuberculosis. Sedih..

Mom&Amanda di Frankfurt

Sejak dari tu, Nina belajar dari kesilapan, walaupun kita menyusukan anak dengan susu badan, tetap kena cukupkan nutrien, baru dapat khasiat kat anak.

Tampung nutrien dengan pengambilan supplement yang betul. Nina dah mula dengan supplement masa Maryam. Alhamdulillah, setakat ni less admission to hospital compared to Amanda.. semua pun dengan izin ALLAH swt, kita hanya usaha😁

APA YANG NINA AMALKAN?

Nina ada share tips untuk menyusukan anak di sini , untuk ibu yang pertama kali. 

Untuk supplement, apa yang Nina amalkan ialah:


ALFALFA COMPLEX
  • Sebagai galactagogue iaitu  milkbooster
  • Memberi tenaga kepada ibu

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
  • Membantu pertumbuhan sel2 bayi dengan lebih baik
  • Memberikan tenaga kepada ibu. 
Bonus :kulit akan menjadi gebu, parut2 memudar dan sebarang luka akan lebih cepat sembuh


Salah satu fav kombi ESP Nina, iaitu dengan Matcha Milk Tea

OSTEMATRIX
  • Mengandungi kalsium magnesium dan Vitamin D
  • Kalsium diperlukan dalam penghasilan susu ibu  
  • Mengelakkan masalah osteoporosis, gigi patah atau sakit2 tulang
B COMPLEX
  • Membantu ibu mengawal tekanan, sangat penting untung memastikan penghasilan susu yang lancar
  • Mindset adalah utama untuk menjayakan penyusuan bayi dengan susu badan


SUSTAINED RELEASE VITAMIN C
  • Meningkatkan imunisisasi tubuh dengan membantu penghasilan antibodi
  • Disalurkan menerusi susu ibu kepada anak tersayang menjadikan bayi lebih sihat, jarang dihinggapi penyakit


LECITHIN
  • Membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
  • Membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
  • Membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • Membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi 
OMEGA GUARD
  • Minyak ikan dari sumber ikan laut yang telah melalui berkali-kali proses penyulingan
  • Memberikan DHA dan EPA untuk perkembangan otak bayi
  • Menghubungkan sel-sel otak bayi
  • Mempunyai anti radang yang akan membantu melawan penyakit
Anak dah besar sekarang, mereka dan makan Omega Guard sendiri, setiap hari satu biji Nina bekalkan.



Nina akan amalkan sehari Nutriferon untuk hari yang Nina tak sihat, sebab dalam tu ada powerful antibacterial, dari sumber semulajadi. Kalau anak demam pun Nina akan suap 1sachet seorang. Pagi demam, malam terus sihat, pengalaman Nina sendiri.

Mungkin kebetulan kan. Tapi Nina percaya pada produk Shaklee, mereka buat untuk memberi yang terbaik kepada kita.

Apa pun, sebenarnya tak ada yang rigid untuk supplement bagi ibu yang menyusukan bayi, tapi lebih kepada untuk perlindungan dan penyelesaian masalah kepada ibu.

Bagi yang ingin dapat bantuan untuk menyusukan anak, insyaALLAH Nina boleh tolong berdasarkan pengalaman dan sedikit ilmu dari kelas-kelas yang Nina hadir.

Boleh whatsapp Nina untuk pertanyaan atau order. Nina akan bantu, yang penting, hati kena nekad dan cekal untuk menyusukan bayi dengan susu badan.

Sincerely,
Nina Salleh

Monday, February 26, 2018

KEIBUBAPAAN: TIPS HILANGKAN SELESEMA ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Amanda dah pergi sekolah, Alhamdulillah. Ada yang tanya macam mana dengan homework kan? Agak la mencabar, tapi takpe bagus jugak sebab mom boleh sama-sama belajar😂


Workload boleh tahan untuk anak 5 tahun, tapi no pain no gain kan?


Homework setiap hari memang ada. Biasanya balik sekolah jam 11.40 pagi, Nina akan bagi makan. Lepas tu check homework, siapkan homework, dan tidur sekejap. Kadang-kadang tak tidur. Pukul 3.30petang, Amanda ada kelas mengaji. Baru je start, baru Iqra’ 1. Semoga cepat-cepat Amanda boleh absorb. Masa umur macam ni anak-anak daya ingatan dia macam sponge, seraaaapp semua. So no worries k, in fact sel otak dia akan lebih berhubung bila ada banyak aktiviti. 


Kalau ada rezeki, Nina nak masukkan anak-anak ke kelas berenang, sebab dia suka sangat mandi kolam tapi rugi lah sebab tak pandai berenang kan..


Jauh menyimpang, kali ni Nina nak share TIPS HILANGKAN SELESEMA ANAK.


Sebab anak kecik lagi-lagi 2 tahun ke bawah, memang tak dinasihatkan beri ubat selesema, sebab ubat tu boleh menyebabkan kesan ‘tidur berpanjangan’ , yang kadang-kadang lepas bagi ubat, ada anak jadi kebiruan terus sebab tak bernafas. 


 Jadi apa alternatif kalau anak kecik kena selesema?


Semua boleh guna bahan yang ada kat dapur je. 


TIPS HILANGKAN SELESEMA ANAK


Selesema kebanyakannya akan baik sendiri, tapi biasanya akan timbulkan ketidak selesaan pada anak. Susah tidur, nak minum susu pun susah, akan buat anak meragam kebanyakannya. Hehe. Tu yang kena cari akternatif, tapi kena tahu bila nak bawa anak ke hospital ye. Terutama bila ada tanda seperti nafas laju dan nampak tulang rusuk.


SEDUT HINGUS


Yang ni memang semua biasa buat kan? Sama ada guna penyedut atau direct je mouth-to-nose punya sedutan😂


Bagi Nina, yang jenis ni tak lawas. Tak kuat sedutan. Huhu


Penyedut tu kalau yang ada boleh sedut guna mulut lagi efektif.


Yang ni lagk power hehe. Ada macam-macam brand boleh dapat di kedai baby


KUNYIT


Tahu tak kunyit ni ialah sejenis tumbuhan yang mempunyai properti anti bakteria dan anti viral. Nina sendiri suka sangat kalau masak makanan anak, letak kunyit. Kalau kunyit hidup lagi bagus kan, tumbuk sikit, rasa pun sedap.


Kalau anak selesema pulak, tumbuh atau lenyet sikit, dan sapu atas batang hidung anak. Yang ni Nina belajar dari Ma, masa zaman Amanda kecik lagi. It works wonder for her and her sisters❤️


Senang sangat, jadi memang Nina kena standby la atleast serbuk kunyit kat rumah. So korang boleh cuba kat anak masing-masing.


BAWANG BESAR


Bawang besar pun boleh jadi penawar selesema anak. Dengan kuasa anti radang (gittewww macam kuasa dragon ball🤪) .


Cara dia, boleh belah saja dan letak di bilik. Biar ada bau dia. Benda ni akan membantu anak untuk melawan keradangan pada salur pernafasan.


BAWANG PUTIH


Bawang putih lagi memang terkenal dengan kuasa anti viral. Kalau dulu, bawang putih kita guna untuk mata yang ketimbit tu kan. Tapi tak tahu kenapa guna tu. Bila dah tau baru boleh relate. Untuk melawan keradangan tu.


Gambar kredit google image


Cara kalau guna bawang putih, mesti lalukan pada api, lenyetkan atau ketuk, dan campur dengan minyak. Macam minyak zaitun atau boleh guna Shaklee Organic Massage Oil. 



Buat garlic sock dengan cara pakaikan baby stokin, dan sapu pada stokin tu, elakkan sapu direct pada kaki sebab mungkin boleh menyebabkan kaki baby sakit atau melecur sebab bawang putih ni panas sikit. 


Kalau baby yang dah agak besar, boleh sapu pada dada, tapi AWAS! Mesti test pada bahagin kulit yang lain dulu😊


BONE BROTH


Yang ni sangat sangat sangat terbaik! Bone broth ni ada banyak version, Nina selalu buat yang mana mudah untuk Nina. Yang best nya, kalau buh dalam masakan, dia akan jadi penambah perisa. Untuk masakan bayi, jangan la letak ajinomoto, garam atau gula lagi-lagi kalau baru nak introduce solid😊


Bahaya sebab tu semua kimia, unless kita guna bahan natural. Kalau garam, tukar garam batu instead of garam biasa tu. 



So bone broth ni boleh campur dalam makanan baby, atau kalau masih breastfeed, boleh buat penambah perisa untuk makanan mak. Untuk buat bone broth, boleh tengok cara mudah untuk masak bone broth kat sini


OMEGA GUARD SHAKLEE


Nina sendiri ada pengalaman, beberapa kali anak masuk wad sebab jangkitan kuman pada paru-paru. Masa Amanda, ada sekali tu dalam sebulan, 3 kali kena admit, tak sanggup rasa tengok anak kena admit. Sampai kena suspek TB, naudzubillah..


Masuk Maryam pulak, Bila dah umur lebih 6 bulan, masuk wad. Rasa risau jugak, despite both were fully breatfed up to 6 months. Rupanya, bagi sepenuhnya susu ibu tak menjamin anak kita terjaga dari penyakit bahaya sebab kita mungkin kekurangan nutrisi.


Jadi masa Maryam warded, Nina dah start belajar dan bagi dia setiap hari 1 biji Omega Guard Shaklee, untuk dapat Omega 3. 


Omega 3 sangat bagus untuk melawan keradangan. Boleh baca tentang kebaikan minyak omega 3 di sini .


Kena sorok botol Omega Guard Shaklee dari diorang


Sampai la saat tu, Nina dah start supplementkan anak dengan Omega Guard Shaklee sebab ia antara yang terbaik Nina pernah jumpa. 


Sekarang menyusukan anak ketiga, Nina tak skip Omega Guard Shaklee dah.


Untuk Amanda dan Maryam, mereka dah boleh makan sendiri sebiji sehari.


Ini antara tips hilangkan selesema anak.


Yang Omega Guard Shaklee tu bukan untuk hilangkan, tapi lebih kepada menghalang, jadikan amalan sebelum dapat penyakit🤗


Order sendiri Omega Guard Shaklee di sini: order di sini


Untuk sebarang pertanyaan, boleh whatsapp Nina k. Yang Nina share adalah berdasarkan pengalaman sendiri, berjaya untuk Nina. Mungkin awak pun boleh cuba. Hehe. Semoga bermanfaat!


Sincerely,


Nina Salleh

012-3114040 

Tuesday, January 23, 2018

CARA TURUNKAN KOLESTEROL JAHAT DALAM DARAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni buat apa? Nina masih lagi belum 40 hari berpantang anak ketiga, tapi dah merata pergi, tak duduk rumah pun banyak sangat kerja. Tapi tak apa selagi kita suka kerja kita😁


Dah selamat offline coaching, few sessions dengan team #thebrightstars dan #RYGawesome. 

Hari ni Nina nak share cara untuk turunkan kolesterol jahat dalam darah kita. 


Hari Ahad lepas, keluarga kami dikejutkan dengan kematian mengejut 2 orang saudara kepada waris, yang mengalami serangan jantung. Sebab tu Nina terdetik nak share pasal ni. Memandangkan kita tak nampak kadar kolesterol dalam darah. 

Korang tau tak, berdasarkan Kaji Selidik Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Malaysia (2015) hampir separuh rakyat Malaysia mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, dan angka ini dijangka meningkat disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat (Sumber)

Tapi macam mana nak tahu tahap kolesterol jahat kita? 

Mesti buat ujian darah secara berkala setiap 6-12 bulan. Pemeriksaan boleh dijalankan di mana-mana hospital berbayar atau kerajaan, klinik kesihatan atau swasta.

Keadaan kolesterol yang tinggi dalam darah,  disebut hypercholesterolemia dalam istilah sains, akan meningkatkan risiko untuk mendapat serangan jantung, penyakit jantung dan stroke. 


Kolesterol yang tinggi akan menyebabkan salur darah menjadi sempit.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN KOLESTEROL TINGGI

Beberapa faktor yang perlu diambil kira, antaranya:

1)Pemakanan iaitu diet harian yang tidak seimbang akan lebih cenderung untuk kolesterol tinggi dalam salur darah

2)Gaya hidup sama ada aktif atau biasa sahaja, tidak melakukan senaman yang berkala setiap minggu 

3) Genetik, dari ibu bapa yang juga menghadapi masalah kolesterol tinggi dalam darah, atau masalah kesihatan jantung

4) Merokok, akan meningkatkan kolesterol dalam salur darah

5)Pesakit darah tinggi

6) Pesakit kencing manis

7) Berat badan berlebihan, walaubagaimanapun, orang kurus tak semestinya kolesterol berada pada tahap normal, pastikan buat ujian darah secara berkala😊



CARA TURUNKAN KOLESTEROL JAHAT

Banyak cara untuk turunkan kolesterol jahat dalam darah, antaranya dengan mengawal pemakanan dan melakukan senaman yang berkala.

Tapi sebenarnya Nina sendiri tak mampu nak jaga pemakanan, jadi Nina pilih untuk amalkan supplement bagi topup nutrisi harian Nina. Okay tu pasal Nina😂

Dalam gambar kat bawah, Nina  share macam mana kolesterol dalam darah seorang doktor perubatan turun setelah mengamalkan Omega Guard Shaklee secara konsisten.
Keputusan darah pada Julai/2017 dan Januari/2018. Perbezaan bacaan untuk:

Kolesterol: 5.12mmol/L —> 4.37 mmol/L
Triglyceride: 0.61mmol/L —>0.59mmol/L
LDL (kolesterol jahat): 3.57mmol/L—>2.83mmol/L

CADANGAN VITAMIN UNTUK KESIHATAN JANTUNG

Beberapa vitamin dari Shaklee yang boleh diamalkan untuk menjaga jantung kita.


1)CoQ-Trol Plus

  • CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10bersama resveratrol dan tokoferol.
  • Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.
Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

Tahukah Anda?
Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. Untuk mendapatkan 100mg Coenzyme Q10, anda perlu mengambil:


Menurut kajian coenzyme Q10 membantu menguatkan otot jantung, melindungi saluran darah dari kolesterol terkumpul dan membantu optimiskan pengepaman darah oleh jantung.


2)OmegaGuard™

OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk.

 Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).

Omega-3 dapat mengurangkan keradangan yang boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung.

Jaga dan sayangi jantung kita

EPA & DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut - yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:

• Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah
• Meningkatkan pengaliran darah
• Mengekalkan degupan jantung yang sihat




Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, pengambilan supplemen Omega-3 adalah penting. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan sehari.


3) Phytocol-ST™

Diperbuat daripada gabungan sterol dan stanol. Ia membekalkan 2,000mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari.
Sterol dan stanol tumbuhan adalah sebatian semula jadi yang ditemui dalam tumbuhan, buah, sayur dan bijian. Kajian menunjukkan bahawa apabila ditambah kepada pemakanan sihat, ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda. 




Oleh kerana ia mempunyai struktur yang serupa dengan kolesterol, mereka akan bersaing untuk penyerapan dan sekaligus membantu meningkatkan kesihatan.


4)Vivix®
                                     

Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.



Campuran proprietari saintifik termaju berasaskan anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang  berkepekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.
 Keberkesanan anggur muscadine ini ada dalam setiap botol Vivix melalui proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.
Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu dalam menggalakkan fungsi jantung yang sihat dengan:
  • Mengurangkan keradangan dalam salur darah.
  • Menggalakkan dinding salur darah yang sihat. 
  • Menggalakkan tekanan darah yang sihat.
  • Mengekalkan tahap pergumpalan platelet yang sihat.


 Ketahui bagaimana polifenol menggalakkan fungsi jantung yang sihat.

1. Saleem, T. S. M., & Basha, S. D. (2010). Red wine: A drink to your heart. Journal of Cardiovascular Disease Research, 1(4), 171–176. http://doi.
org/10.4103/0975-3583.74259

2. Vidavalur, R., Otani, H., Singal, P. K., & Maulik, N. (2006). Signi cance of wine and resveratrol in cardiovascular disease: French paradox revisited. Experimental &
Clinical Cardiology, 11(3), 217–225.

3. Lopez-Sepulveda R, Rosario J, Miguel R, Maria JZ, Manuel S, Manuel GG, et al. Wine polyphenols improve endothelial function in large vessels of female
spontaneously hypertensive rats. Hypertension. 2008;51:1088–95. [PubMed]

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Nina ok? Boleh tanya apa yang sesuai, Nina tolong bagi list ikut bajet awak. 

Atau

Nak jimat lebih, jadi ahli Shaklee dan beli dengan harga ahli yang jauh lebih jimat, klik link untuk pendaftaran sebagai ahli Shaklee .

Sincerely,
Nina Salleh