Assalamualaikum dan salam sejahtera
Amanda dah pergi sekolah, Alhamdulillah. Ada yang tanya macam mana dengan homework kan? Agak la mencabar, tapi takpe bagus jugak sebab mom boleh sama-sama belajar😂
Homework setiap hari memang ada. Biasanya balik sekolah jam 11.40 pagi, Nina akan bagi makan. Lepas tu check homework, siapkan homework, dan tidur sekejap. Kadang-kadang tak tidur. Pukul 3.30petang, Amanda ada kelas mengaji. Baru je start, baru Iqra’ 1. Semoga cepat-cepat Amanda boleh absorb. Masa umur macam ni anak-anak daya ingatan dia macam sponge, seraaaapp semua. So no worries k, in fact sel otak dia akan lebih berhubung bila ada banyak aktiviti.
Jauh menyimpang, kali ni Nina nak share TIPS HILANGKAN SELESEMA ANAK.
Sebab anak kecik lagi-lagi 2 tahun ke bawah, memang tak dinasihatkan beri ubat selesema, sebab ubat tu boleh menyebabkan kesan ‘tidur berpanjangan’ , yang kadang-kadang lepas bagi ubat, ada anak jadi kebiruan terus sebab tak bernafas.
Jadi apa alternatif kalau anak kecik kena selesema?
Semua boleh guna bahan yang ada kat dapur je.
TIPS HILANGKAN SELESEMA ANAK
SEDUT HINGUS
Yang ni memang semua biasa buat kan? Sama ada guna penyedut atau direct je mouth-to-nose punya sedutan😂
Bagi Nina, yang jenis ni tak lawas. Tak kuat sedutan. Huhu
Penyedut tu kalau yang ada boleh sedut guna mulut lagi efektif.
KUNYIT
Tahu tak kunyit ni ialah sejenis tumbuhan yang mempunyai properti anti bakteria dan anti viral. Nina sendiri suka sangat kalau masak makanan anak, letak kunyit. Kalau kunyit hidup lagi bagus kan, tumbuk sikit, rasa pun sedap.
Kalau anak selesema pulak, tumbuh atau lenyet sikit, dan sapu atas batang hidung anak. Yang ni Nina belajar dari Ma, masa zaman Amanda kecik lagi. It works wonder for her and her sisters❤️
Senang sangat, jadi memang Nina kena standby la atleast serbuk kunyit kat rumah. So korang boleh cuba kat anak masing-masing.
BAWANG BESAR
Bawang besar pun boleh jadi penawar selesema anak. Dengan kuasa anti radang (gittewww macam kuasa dragon ball🤪) .
Cara dia, boleh belah saja dan letak di bilik. Biar ada bau dia. Benda ni akan membantu anak untuk melawan keradangan pada salur pernafasan.
BAWANG PUTIH
Bawang putih lagi memang terkenal dengan kuasa anti viral. Kalau dulu, bawang putih kita guna untuk mata yang ketimbit tu kan. Tapi tak tahu kenapa guna tu. Bila dah tau baru boleh relate. Untuk melawan keradangan tu.
Cara kalau guna bawang putih, mesti lalukan pada api, lenyetkan atau ketuk, dan campur dengan minyak. Macam minyak zaitun atau boleh guna Shaklee Organic Massage Oil.
Buat garlic sock dengan cara pakaikan baby stokin, dan sapu pada stokin tu, elakkan sapu direct pada kaki sebab mungkin boleh menyebabkan kaki baby sakit atau melecur sebab bawang putih ni panas sikit.
Kalau baby yang dah agak besar, boleh sapu pada dada, tapi AWAS! Mesti test pada bahagin kulit yang lain dulu😊
BONE BROTH
Yang ni sangat sangat sangat terbaik! Bone broth ni ada banyak version, Nina selalu buat yang mana mudah untuk Nina. Yang best nya, kalau buh dalam masakan, dia akan jadi penambah perisa. Untuk masakan bayi, jangan la letak ajinomoto, garam atau gula lagi-lagi kalau baru nak introduce solid😊
Bahaya sebab tu semua kimia, unless kita guna bahan natural. Kalau garam, tukar garam batu instead of garam biasa tu.
So bone broth ni boleh campur dalam makanan baby, atau kalau masih breastfeed, boleh buat penambah perisa untuk makanan mak. Untuk buat bone broth, boleh tengok cara mudah untuk masak bone broth kat sini.
OMEGA GUARD SHAKLEE
Nina sendiri ada pengalaman, beberapa kali anak masuk wad sebab jangkitan kuman pada paru-paru. Masa Amanda, ada sekali tu dalam sebulan, 3 kali kena admit, tak sanggup rasa tengok anak kena admit. Sampai kena suspek TB, naudzubillah..
Masuk Maryam pulak, Bila dah umur lebih 6 bulan, masuk wad. Rasa risau jugak, despite both were fully breatfed up to 6 months. Rupanya, bagi sepenuhnya susu ibu tak menjamin anak kita terjaga dari penyakit bahaya sebab kita mungkin kekurangan nutrisi.
Jadi masa Maryam warded, Nina dah start belajar dan bagi dia setiap hari 1 biji Omega Guard Shaklee, untuk dapat Omega 3.
Omega 3 sangat bagus untuk melawan keradangan. Boleh baca tentang kebaikan minyak omega 3 di sini .
Sampai la saat tu, Nina dah start supplementkan anak dengan Omega Guard Shaklee sebab ia antara yang terbaik Nina pernah jumpa.
Sekarang menyusukan anak ketiga, Nina tak skip Omega Guard Shaklee dah.
Untuk Amanda dan Maryam, mereka dah boleh makan sendiri sebiji sehari.
Ini antara tips hilangkan selesema anak.
Yang Omega Guard Shaklee tu bukan untuk hilangkan, tapi lebih kepada menghalang, jadikan amalan sebelum dapat penyakit🤗
Order sendiri Omega Guard Shaklee di sini: order di sini
Untuk sebarang pertanyaan, boleh whatsapp Nina k. Yang Nina share adalah berdasarkan pengalaman sendiri, berjaya untuk Nina. Mungkin awak pun boleh cuba. Hehe. Semoga bermanfaat!
Sincerely,
Nina Salleh
No comments:
Post a Comment