Saturday, February 3, 2018

LIFESTYLE: RUTIN KEHIDUPAN SEBAGAI MAK ANAK 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni Nina saja nak share, macam mana Nina boleh jadi mak anak 3,eh??? Hahah! Tu melawak saja ok.

Nak share macam mana kehidupan, sebab sebelum ni Nina pun tertanya jugak, terfikir adakah jadi macam lipas kudung? Adakah jadi macam tak tahu ke mana hala? 
Rumah tongkang pecah? Memang pun😂


Gambar kenangan sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Kerjaan, nanti Nina cerita lain bab kenapa Nina resign kerja kerajaan.

Alhamdulillah setakat ni semua in control. Tu pun sebab ada lelaki yang buat semua benda yang Nina tak buat. Lelaki dalam gambar ni😝


Tak payah gambar handsome nanti ada yang ajak karoke bini belum habis pantang🤪

BAHAGIKAN TUGAS SUAMI ISTERI

Sebenarnya, lelaki dalam gambar tu yang buat semua, kerja Nina, bagi susu baby, masak tu pun bukan setiap hari, banyak yang beli jugak, lipat baju anak-anak sebab dia tak pandai baju kecik katanya, Nina bagi masa untuk dia praktis🤣


Amanda Imani, Eisyal Diyani, Maryam Tihani

Paling penting, dari sebelum ada anak, bahagikan tugas. 

Kalau macam Nina, laundry suami buat, mandikan anak pun suami buat. 

Pagi sebelum keluar, dia akan mandikan anak siap-siap. Lepas tu hand over kat Nina, sebab dia akan keluar cari sesuap rezeki.

Part Nina pulak, bagi anak makan, dan jaga yang lain-lain la kan, sepanjang hari basuh berak, mandikan petang pulak, pastikan anak makan nasi dan sayur. Kalau boleh nak tambah lagi aktiviti mengajar anak, masih nak cuba fit in.


Dah besar dah, masa dia kecik la sepatutnya kita install apa yang penting untuk kegunaan mereka nanti, yang boleh jadi saham untuk kita jugak, gittew..

CERITA BISNES MAK ANAK 3

Alhamdulillah, untuk part bisnes pulak, syukur sangat Nina dah jumpa bisnes yang paling best dalam dunia! Which is my Shaklee business lah kan💅🏻

Yang mana, masa berpantang pun bisnes Nina boleh jalan. Tak perlu nak susah jumpa client, atau nak sibuk bukak kedai. Kalau bisnes yang macam tu, mungkin ambik masa 2 minggu lepas bersalin jugak la baru Nina bole get back on track, sebab awal-awal lepas bersalin takkan terus nak gi kedai kan🤧

Bisnes Nina, boleh order online dan HQ akan postkan. Semua masuk dari website saja.


Contohnya macam ni, Nina akan order dari handphone, dan hantar kepada customer


Yang ni pulak, Nina akan minta husband belikan di branch dekat je dari rumah Nina, Sri Rampai, untuk customer yang nak COD😁

Jadi Nina tak kisah untuk beli dan pos sendiri kepada customer, tak ada isu. Tapi bila dalam pantang nak drive sendiri tu yang jadi isu kan😂

Sebab bisnes Shaklee ni sangat flexible. 



Dah start offline coaching💪🏼

Sebenarnya bisnes Shaklee ni online saja pun boleh, asalkan ada internet semua boleh jalan.

Tapi, 

Nina galakkan jugak anak-anak The Brightstars untuk kalau ada peluang dan ruang, pergi jumpa mereka, uplines kita untuk minta tips. Mesti ada lagi yang kita boleh dapat dari offline.

Bila Nina offline coaching, anak macam mana? Hihi. Biasanya anak yang 2 orang besar tu Nina tak bawak, tinggal dekat kaka, adik atau Ma Nina, diorang main dengan sepupu-sepupu kat sana.


Kalau dah jumpa geng memang tak ingat mom papa pun😁

Setakat ni tu je cerita Nina. 

Nanti Nina share lagi. Apa pun, tengok juga nature kerja kita kan, untuk Nina, Alhamdulillah jumpa bisnes ni, kalau Nina masih lagi dengan kerja dulu, Nina mungkin lagi jadi lipas kudung. 

Untuk sekarang, macam ni sangat dan apa sebenarnya yang Nina nak. Kebebasan masa, tapi duit tetap nak buat jugak. Sebab tu banyak bisnes Nina dah pernah cuba. Alah, tu nanti Nina sambung k!

Tapi nak vitamin Shaklee atau nak join team Nina, boleh je whatsapp k!

Sincerely, 
Nina Salleh

No comments: