Friday, February 2, 2018

TIPS TURUNKAN BERAT BADAN SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, hari ni Nina dah 50 hari lepas bersalin anak ketiga, baby pun dah besar dah. Syukur sangat untuk anak ketiga, walaupun sakit lebih sikit dari kakak-kakak, tapi kali ni Nina tak alami koyakan, jadi tak perlu jahitan😊


Eisyal Diyani hari ke-41

Rezeki dan bahagian masing-masing, nasihat Nina untuk ibu yang bakal melahirkan, doa banyak-banyak, minta suami doakan sekali. Hehe. Semoga urusan ibu-ibu semua dimudahkan, selamat dan sihat sempurna, ameen..

BERAT NAIK HAMPIR 20KG

Antara perkara yang merisaukan Nina ialah, macam mana nak turunkan berat sebab kali ni paling berat antara semua, sebelum mengandung 51.5KG, minggu terakhir check up sebelum bersalin 69.2KG😱


Minggu-minggu  akhir sebelum bersalin, baju macam ni je boleh pakai

Berat ke berat? Bayangkan kali ni semua baju Nina yang muat masa mengandung sebelum, tak muat! Memang pening nak keluar, sebab tak ada baju, Nina memang tak pernah beli pun baju sempena mengandung, duk pakai baju sama je dengan masa tak mengandung. Nasib baik lah muat, tapi kali ni nasib kurang baik sebab tak muatttt. Huwarghhhh nangisssss.

Kali ni juga Nina pertama kali kena minum air gula pasal berat naik 2KG, yang dibenarkan 1KG je kot. Bukan makan banyak,tapi berat sebab bahagia hahaha. Alhamdulillah, Nina hadap jugak air gula tu masa tu dah 36minggu kot, tapi bebas kencing manis masa mengandung. 

Lepas tu duk fikir macam mana kalau berat tak turun? Takut, risau, gelabah semua ada tapi jauh dari sudut hati Nina yakin boleh turun sebab?

Baca la sampai habis.. hehe

6 hari lepas bersalin

Jadi Nina nak tolong jugak, mungkin ada yang lepas bersalin, lepas tu semakin kembang, berat taknak turun kan? Tu memang haru la, Nina share cara Nina, tips untuk turunkan berat badan selepas bersalin.

TIPS TURUNKAN BERAT BADAN SELEPAS BERSALIN

1. MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN

Nina share ni cara Nina, apa yang Nina buat ialah, menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu badan. Mungkin ada ibu baru yang masih blur dan tak tahu macam mana nak menyusukan bayi dengan susu badan, Nina ada share kat sini.

Bagi Nina, tips yang paling penting untuk turunkan berat badan selepas bersalin ialah menyusukan anak dengan susu badan sebab kalori kita akan banyak terbakar. Senang kerja tak bersenam pun hampir 20cal dibakar untuk setiap oz susu. Haha.



Siapa tak suka kerja mudah kan? Anak dapat khasiat susu ibu, ibu dapat turun berat.

2. MINUM AIR KOSONG SEKURANGNYA 3L SEHARI

Biasa ibu lepas bersalin akan senang lapar, lagi-lagi kalau menyusukan anak dengan susu badan,  selain banyak mengunyah, cicah biskut la, buat air milo la, tinggi kalori tu, pastikan ada botol air.

Bawa ke mana-mana, Nina pilih botol ni, kat rumah pun Nina pakai botol tau, baru senang. Rasa nak makan, minum dulu jadi kita boleh kurangkan portion makanan kita. 


Botol favorite semestinya dari Shaklee, sekarang ada lagi kalau nak boleh order dari Nina😉

3. DINNER NASI SEBELUM JAM 8 MALAM

Nina akan dinner nasi, sebelum jam 8. Atleast 8.30 malam la paling lambat. Kalau dinner family, kadang-kadang tu boleh la kan, tapi kalau hari-hari pukul 10-11 malam baru nak makan, memang la makanan tu bertukar jadi lelemak bertempel pada salur darah kita. 


Ni pulak salah satu menu masa Nina berpantang.

Nina tak strict pun dengan makanan pantang, yang pasti kena ada sayur dan protein lain. Nina memang makan nasi banyak, tak boleh kurang😬
 Sebab tu Nina perlukan ESP, bila lapar malam, Nina akan shake ESP lebih baik dari makan nasi malam buta kan.

Katalah Nina lapar sangat kan, instead of makan nasi, Nina akan shake ESP SOY PROTEIN ni.


Salah satu favorite Nina, tapi matcha milk tea kena import dari Jepun pulak😂

Macam-macam resepi ada Nina share jugak kat sini , tak payah campur apa pun sedap sebenarnya, rasa vanilla🤤

ESP ni bantu Nina sangat sebab, dia bagi kenyang lama, lagipun soy protein ni sangat bagus untuk kulit, dan bagi ibu tenaga. Dalam pantang kalau lemau tu yang penat kan, nak pastikan badan bertenaga, rajin-rajin shake dan minum ESP.

4. PASTIKAN SETIAP HARI ADA BUANG AIR BESAR

Sebenarnya, untuk orang yang sihat, setiap hari dia akan buang air besar. Bayangkan kalau 3 hari sekali membuang air besar, macam mana tersumbatnya kat dalam tu kan?



Ada masuk, tapi tak keluar.

Betapa toksik usus kita sebab duk kumpul toksin. Jadi pastikan air cukup, makan makanan yang tinggi fibre. Untuk yang ada masalah sembelit, bagi ibu lepas bersalin Nina cadangkan untuk makan pil Ostematrix, kalsium akan mudahkan pergerakan usus.

5. PEMILIHAN SET PANTANG YANG TEPAT!

Dulu masa anak pertama, Nina sangat skeptikal dengan Shaklee, Nina pilih produk X yang kalau fikir balik macam tak tahu apa set tu bekalkan dari segi nutrisi kepada badan😂

Tapi sebab ramai orang suruh beli yang tu, kita beli je la. 

Kali ni dah kenal Shaklee, memang tak la nak ambik set lain kan. Nina pilih set pantang Shaklee.

Sebenarnya yang ni rahsia Nina. Hehe!

Dalam stacker tu, ESP dan ostematrix tak masuk sebab ESP minum pagi, Ostematrix Nina akan makan sebelum tidur.

Set Pantang Shaklee

Sebenarnya kalau makan semua ni, lengkap untuk keperluan nutrisi setiap hari kepada ibu, di samping anak juga dapat khasiat jika diberikan susu badan sepenuhnya.

Yang paling penting, bantu ibu untuk turunkan berat badan selepas bersalin. Dah ramai yang berjaya turunkan berat selepas bersalin dengan set pantang Shaklee, bukan Nina je. Hehe!



Ni tips Nina turunkan berat selepas bersalin. Tapi untuk fitkan, kena rajinkan plank, kuatkan balik otot di perut supaya tak geleber dan squat untuk jalan tak bergesel peha. Haha😂

Jangan la sehari lepas bersalin plank terus, lepas 30hari ok kot. Tapi tengok badan masing-masing. Plank dan squat ni kalau tiap hari amalkan pun bagus.

Paling penting dari semua tips turunkan berat selepas bersalin, ialah keinginan kita sendiri untuk turunkan berat badan. Bukan sekadar nak nampak cantik depan suami, tapi untuk kesihatan sendiri.


Semoga kita semua menjaga amanah tubuh badan yang sihat.

Nak beli vitamin Shaklee boleh klik di nombor Nina ya.

Sincerely,
Nina Salleh

No comments: